Selasa, 13 Mac 2012

Airport

Dalam kehidupan seharian yang serba canggihsekarang ini, lapangan terbang boleh jadi tempat yang paling sibuk di dunia. Setiapminit pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang berbeza di seluruhdunia. Ada banyak lapangan terbang di mana para-para juruterbang merasa selamat saat sampai di sana. Namun, tidak semua lapangan terbang menjadi tujuan yang menyenangkan bagijuruterbang, berikut ada beberapa banda yang merupakan mimpi buruk bagi mereka. 


1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai
Lokasi: Osaka, Jepun
Tahun Dibina: 1994
 Lapangan terbang antarabangsa Kansai dibina di atas sebuah pulau buatan dengan panjang2.5 batu dan lebar 1,6 batu. Daerah ini cukup besar sehingga dapat dilihat dari angkasa.Pelancong dari lapangan terbang boleh pergi ke bandar utama dengan kereta, atau feridengan kelajuan tinggi.

Stewart Schreckengast yang adalah seorang profesor teknologi penerbangan di PurdueUniversity dan bekas perunding penerbangan MITRE, mengatakan bahawa lapangan terbang ini mungkin akan berada di bawah air dalam 50 tahun atau lebih kerana perubahan iklim dankenaikan paras air laut akibat pemanasan global.
2. Lapangan Terbang Madeira
Lokasi: Santa Cruz, Portugal
Tahun Dibina: 1964

Madeira Airport adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa. Lapangan terbang ini pernah terkenal dengan landasan pacu pendek yang dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut yang membuat pendaratan sukar hanya untuk juruterbang berpengalaman. Landasan yang asli hanya 1,400 meter, namun kemudian dilanjutkan 400 meter.

Panjang landasan diperbaharui dua kali pada tahun 2003 hingga di atas lautan. Kerana dibina menggunakan sampah, panjangnya dibina di atas 180 tiang yang tingginya dalam 70m.

3. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin
Lokasi: Saba, Belanda
Tahun Dibina: 1963

Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin adalah satu-satunya lapangan terbang di pulau Caribbean, Saba, di Antiles Belanda. Lapangan terbang ini mencangkupi seluruh lokasi di pulau kecil ini. Terlepas dari kenyataan bahawa belum ada tragedi besar yang pernah berlaku di sini. Beberapa ahli masi menganggap bahawa ini adalah salah satu lapangan terbang yang paling berbahaya di dunia.

Yang membuat lapangan terbang ini berbahaya adalah bahawa kedua-dua hujung landasan pacu tersebut ditahan oleh tebing yang akhirnya terus ke laut sementara satu sisinya ditutupi dengan bukit-bukit tinggi. Ini berkemungkinan pesawat yang terbang untuk overshoot berakhir di tebing laut.

 4. Landasan Terbang Es
 Lokasi: Pulau Ross, Antartika
Tahun Dibina: Tak dapat dikesan

Landasan terbang ES adalah salah satu daripada tiga landasan utama yang digunakan untuk mengangkut barang ke antartika. Tidak ada landasan berturap di sini. Semua pesawat harus mendarat di sepanjang ais dan salji. Pendaratan harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Salah satu cabaran yang juruterbang akan hadapi adalah untuk mengarahkan pesawat ke bahagian tanah agar pesawat tidak terjebak ke dalam salji.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana
 
 Lokasi: Saint Maarten, Caribbean Timur
Tahun Dibina: 1942

Lapangan Terbang Princess Juliana adalah lapangan terbang tersibuk kedua di Caribbean Timur. Lapangan terbang ini dinamakan Juliana dari Belanda, seorang putrimahkota yang telah mendarat di sini tahun 1944. 

Lapangan terbang ini memiliki landasan yang sangat pendek, kira-kira 2.180 meter yang membuatkannya ia menjadi sangat terkenal. Kerana pendeknya landasan ini, pesawat terpaksa menghampiri pulau dengan membuat penerbangan yang sangat rendah. Pelbagai gambar-gambar kapal terbang yang terbang di atas 10-20 meter atau 30-60 kaki di atas pulau ini difikirkan ia adalah palsu tetapi ia adalah benar sama sekali.

6. Lapangan Terbang Courchevel
 Chourchevel adalah nama daerah salji terbesar di Perancis. Daerah ini mempunyai lapangan terbang dengan landasan pacu yang sangat pendek sehingga juruterbang perlu mendarat di sebuah strip pelambat dan lepas landas di jalur penolak untuk mendapatkan kelajuan yang cukup. Hanya pesawat peribadi atau charter dan helikopter dibenarkan mendarat.

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Barra
Lokasi: Barra, Scotland
Tahun Dibina: 1975

Lapangan Terbang Barra adalah satu-satunya lapangan terbang di dunia di mana pesawat perlu mendarat di pantai. Lapangan terbang ini terletak di pantai di Pulau Barra, Scotland yang sangat luas.

8. Lapangan Terbang Lukla
Lokasi: Nepal
Tahun berdiri: Tida dapar dikesan

Lapangan Terbang Lukla adalah lapangan terbang terkecil di Kota Lukla di Nepal Timur. Lapangan terbang ini terletak pada ketinggian 2.900 meter dan cukup popular kerana mempunyai gunung yang sangat besar di satu sisinya dan 1000 meter turunan di sisi lain. Pada tahun 2008, nama lapangan terbang ini diubah demi menghormati Sir Edmund Hillary yang merupakan orang pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.

aduan

Semoga ada pihak yang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan serta keluhan yang begitu panjang dan terperinci di bawah ini.  Kebenaran di sebalik kemegahan pekerjaan sektor awam (pertahanan negara) 

Dari laman web Aduan Rakyat . March 12th, 2012 Dengar sahaja seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan bagaikan satu pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Tidak semua pekerjaan dalam kerajaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan realiti saya dan juga yang dialami oleh orang sekeliling saya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan adalah ‘anggota tentera’. 

Kerajaan kita Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi, dan dalam erti kata bukan pemerintahan autokratik, iaitu hanya mendegar arahan oleh pemerintahan sahaja. Tapi keadaan ini tidak berlaku dalam angkatan tentera kita. Ramai anggota tentera mengalami tekanan dan penganayaan bila mneceburi bidang ini. 

Saya ingin menumpukan hanya dalam satu bidang sahaja iaitu kebenaran yang saya peroleh dalam kehidupan anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Saya baru berpindah di Pulau Labuan, persekitaran di sini agak mendamaikan kerana tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk tempatan di sini agak baik walaupun pada mulanya saya tidak biasa dan berasa seperti orang asing. 

Yang menjadi permasalahan saya ialah orang-orang semenjung terutama orang-orang atasan disini . Sikap mereka agak teruk kerana melayan pekerja bawahan dengan teruk. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya merupakan isteri kepada salah seorang anggota TUDM. Kehidupan dengan ahli TUDM tidak lah begitu senangy yang digambarkan. Kami para isteri terpaksa berkorban banyak untuk para suami kami. 

Ramai yang tidak tahu bahawa meganggotai TUDM memerlukan banyak duit untuk berkhidmat, gaji yang diberi tidak banyak malah anggotanya terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk berbakti kepada negara. Hal ini tidak berlaku pada orang atasan, tetapi orang bawahan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dimana sikap orang atasan yang tidak menjaga kebajikan orang bawahan mereka. Mereka seperti bangga diri dan tidak mementingkan orang bawahan mereka. Bagi pendapat saya TUDM di pulau Labuan adalah salah satu kawasan yang amat teruk dari segi pengurusan dan pentadbirannya.

Bukan sahaja tidak cukup kakitangan tetapi pihak atasan disini suka mendera atau lebih senang dikatakan membuli pekerja bawahan mereka.  Suami saya baru sahaja masuk kursus interaksi untuk kenaikan pangkat sarjan. Saya tengok mereka bukan berkursus tetapi mereka dibuli dengan teruk sekali. Ini adalah kebenarannya. Bukan sahaja mereka sedang di orentasi oleh anggota yang berpangkat ‘Encik’ malah dalam masa yang sama mereka juga terpakse pergi bekerja dalam masa yang sama.  

Tiap-tiap malam mereka pulang kerumah pada jam 3 pagi dan kadang-kadang hampir pukul 4 pagi, jika mereka bekerja shift malam, mereka akan terus masuk pejabat dan keesokkan paginya pergi semula ke tempat mereka diorentasi tanpa tidur. Saya tidak faham apa yang penting sangat orentasi ini selepas dinaikkan pangkat sarjan berbanding dengan kerja yang menjaga keselamatan negara. Ramai yang berkata orentasi ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada mereka pada masa dahulu.

Mereka semua ini seperti orang yang tidak berpegang kuat pada ajaran agama.  Setiap agama mengajar kita kebaikan dan mengajar kita supaya tidak meyimpan dendam. Pihak atasan tidak mengikut dan jadikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Lihatlah bagaimana nabi kita menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap, bagaimana boleh memenagi kejayaan dalam medan perang.  

Jika keadaan ini tidak dibendung, kita akan menghadapi satu masalah yang pada satu masa akan datang. Saya berharap pada suatu masa pihak atasan lebih mengambil berat akan setiap pekerjanya supaya kita semua dapat bekerja dengan gembira dan ikhlas. Suasana ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik dari semua pihak. Bidang perkerjaan ini bukan sahaja menyebabkan setiap pekerjanya tertekan dari segi emosi malah kehidupan keluarga mereka juga akan turut terjejas. Setiap kali kursus beribu-ribu duit akan habis untuk selesaikan kursus itu.

Sehingga kami pernah menjual kenderaan kami semata-mata terpaksa meghadiri kursus. Kadang-kala saya berasa sakit hati kerana di Labuan ini apa sahaja yang dilakukan adalah secara paksaan. Orang bawahan selalu dipaksa membuat bayaran untuk menjamu orang atasan. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa membeli baju-baju T-shirt TUDM. Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur tiada satu pun baju yang dipaksa beli.

Disini sudah beratus habis hanya untuk membeli baju T-shirt dan untuk buat makan-makan. Di Kuala Lumpur juga kursus induksi ini tidak teruk seperti di sini. RM50 pun dikatakan tidak habis untuk kegunaan kursus ini, ini kerana mereka lebih mementingkan kerja. Di Labuan, baru 3 hari kursus sudah habis hambir rm300. Kenapa mereka terlalu kejam dan tidak berperasaan, ada dikalangan anggota yang mempunyai anak menghadapi masalah untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak mereka kerana masalah keawangan.  
Pendapatan mereka banyak dihabiskan untuk member kepuasan pada pihak atasan. Makan harian keluarga ini juga hanya ala kadar sahaja. Saya tidak mempunyai cahaya mata jadi perasaan kasihan pada kanak-kanak ini amat mendalam. Mengapa pihak atasan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh orang bawahan mereka. 

Bukan sahaja mereka tiada masa dengan keluarga malah masalah kesihatan juga akan timbul, saya terlalu risaukan suami saya, bukan sahaja anggota badan dia mengalami kesakitan iaitu patah bahu danjuga patah kaki tapi kadang-kadang saya heran di masih boleh bertahan mugkin disebabkan semangatnya yang kuat dan tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah dia melakukan kerja harian dan aktiviti seperti biasa.  

Malah sudah lama dia muntah darah dan juga buang air besar berdarah. Darahnya bukan sikit tapi terlalu banyak sehinggakan penuh mangkuk tandas. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, doktor disana hanya memberitahu itu hanyalah panas dalam badan. Saya memaksa dia untuk berjumpa doktor disini, dan dia dikatakan suspek ulser perut dan memerlukan rawatan lanjut.
Hingga hari ini suami saya masih tiada masa untuk membuat rawatan lanjut. Ulser perut adalah satu penyakit yang agak berbahaya, jika tidak dirawat ia akan membawa kepada kanser dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat jika diambil mudah. Di Labuan ini juga dikatakan sudah mempunyai 3 anggota yang kurang siuman tapi mereka tidak dapat lagi disahkan gila kerana kadang-kadang mereka seperti normal.

Hal ini berlaku dikatakan masalah tekanan ayang dihadapi. Saya betul-betul minta bantuan agar masalah ini dapat diselesaikan.  Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ramai juga anggota yang sudah berenti kerana tidak sanggup mengalami tekanan pihak atasan kepada mereka dan terpakse melakukan kerja-kerja yang mengarut dan tidak penting. Sahabat-sahabat suami saya juga kesemua mereka ingin berhenti jika keadaan ini berlanjutan.

Sahabat saya juga memberitahu bahawa kawan suami dia sudah ramai yang berhenti dan mencari kerja lain. Pada 10 mac 2012 iaiatu pada hari sabtu lalu, anggota TUDM telah ,megadakan majlis hari keluarga untuk mes sarjan. Semua para isteri yang dimana suami mereka yang masih berkrusus interaksi tidak menghadiri majlis hari keluarga berkenaan. Ini adalah kerana ingin menjaga air muka para suami yang mana mereka telah disuruh untuk mempersiapkan majlis berkenaan. 

Mereka tidak mahu isteri-isteri mereka mendapat malu melihat mereka semua bekerja seperti hamba semasa majlis berkenaan dijalankan. Sepatutnya pihak atasan tidak boleh bertindak demikian kerana semua anggota membayar untuk majlis ini, tapi mereka disuruh bekerja untuk jayakan majlis ini sehingga mereka tidak dapat merasainya.  

Selain itu juga tiap-tiap bulan EMT dipotong untuk membayar mes. Apabila mereka minta bajet untuk jayakan majlis mes, pegawai atasan beritahu tiada duit. Di mana semua duit yang dibayar oleh anggota kepada mereka. Sudahlah mereka memotong EMT sesuka hati mereka tanpa diketahui oleh anggota.

Kesemua anggota disini tidak berani bersuara kerana takut gaji mereka disekat dan takut diambil tindakan yang bukan-bukan oleh pegawai atasan.
 EMT yang aggota dapat sudah tidak penuh, malah dipotong ikut sesuka hati. Dimana semua keadilan untuk mereka. Mereka dikatakan tiada tempat boleh mengadu kerana semua berkaitan dengan pegawai atasan. 

Sebenarnya semua ini berlaku sejak dahulu lagi tapi tiada siapa yang berani mengadu dan dedahkanya kerana terlalu banyak penindasan berlaku. Tiada satu pihak pun yang membuat kajian mengenai peratusan anggota tentera yang berhenti kerja dan juga peratusan anggota tentera yang menjadi tidak siuman.

Semua ini sepatutnya diambil berat kerana jika Malaysia memgalami peperangan kita tidak mempunyai anggota tentera yang bagus, berpengalam dan juga berpengetahuan, yang tinggal hanyalah anggota yang masih baru dan mentah. Sepatutnya anggota yang berkhidmat sudah lama iaitu lebih lima tahun haruslah diberi kelebihan supaya mereka terus kekal untuk berkhidmat. 

Perubahan yang hanya nampak baik sekarang adalah kenaikan gaji mereka. Suami saya pernah mendapat kenaikan gaji sebanyak 2 sen sahaja tidak seperti yang digemburkan dalam berita, pergi mana duit tu, kita tidak tahu. Dia juga mengalami masalah gaji iaitu tidak mendapat kenaikan gaji sebanyak dua kali. Ini kerana ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengannya dan menyekat kenaikan gaji suami saya.
 
Suami saya ingin penyiasatan dilakukan semula mengenai kenaikkan gajinya tetapi memerlukan beberapa dokumen, dan suami saya tidak menyimpanya dan sudah hilang disebabkan asyik berpindah rumah. Jadi dia biarkan sahaja sebab tiada bukti. Kami hanya menganggap tiada rezeki kami.

Permasalan lagi satu yang menjadi saya keliru ialah kerajaan sabah Sarawak memberi setiap anggota elaun sebanyak RM500 seorang, tetapi mereka tidak dapat sebanyak itu, malah diberi berlainan bayaran mengikut pangkat. Apabila sampai di sini juga elaun sara hidup dipotong.
Yang menjadi persoalannya mengapa pihak berkaitan memotong elaun sara hidup kerana itu adalah untuk sara hidup dan elaun sabah Sarawak adalah elaun yang berlainan iaitu elaun kerana anggota sangup berpindah jauh untuk berkhidmat. Dengan artikel ini, saya harap nasib anggota tentera akan lebih terbela.

Bagi mereka yang sering melihat negara kita adalah sebuah negara yang aman damai tanpa sebarang peperangan, itu adalah benar, jika bagi mereka anggota tentera tidak bekerja kerana tiadanya perang, mereka silap sama sekali. Malah mereka bekerja lebih teruk dan lebih masa tanpa mendapat sebarang ganjaran.

Mereka yang tidak hadapi situasi ini mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Inilah hakikat disebalik kemegahan yang selalu kita lihat hari ini.  Saya harap perkara ini tidak diambil mudah. Pertahanan Negara amat penting dalam sesebuah negara sebab itulah di negara barat gaji anggota tentera adalah yang paling tinggi kerana bermacam risiko yang mereka akan hadapi. Saya memikirkan pada masa akan datang tiada sesiapa yang akan menganggotai angkatan tentera Malaysia kerana masalah ini diambil mudah oleh pihak yang berkaitan.
Mereka akan lihat tiada apa kelebihan hanya tekanan hidup yang akan mereka hadapi. Penyelarasa gaji yang diumumkan oleh perdana menteri kita baru ini telah mengembirakan ramai kakitangan awam. Saya masih ragu-ragu akan kenaikan gaji ini dalam sektor awam yang berkaitan dengan anggota tentera kerana setiap kali kenaikan gaji dihebohkan di media masa masa dan media cetak, keadaan yang berlaku tidak seperti yang di gambarkan.  

Orang bahawahan hanya menerima kenaikan gaji yang sedikit sahaja tidak seperti yang digambarkan oleh media masa. Kelebihan kenaikan gaji ini hanya diperoleh oleh orang atasan yang sudah mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. Kita semua tunggu dan lihat sahaja bagaimana penyelarasan gaji ini diagihkan. Adakah seperti dahulu yang hanya mementingkan gaji orang atasan sahaja atau berita gembira untuk orang yang bekerja keras seharian berbanding orang atasan yang hanya tahu mengarah orang bawahan membuat kerja. 
Saya, sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga yang sudah melalui pengalaman ini amat kesal dengan apa yang berlaku. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di sini sahaja, malah berlaku di setiap kawasa. Bilakah semua ini akan berakhir, tiadakah orang yang mahu membela nasib mereka.

Secara kesimpulan semua ini berkaitan dengan wang dan juga pangkat dan darjat seseorang. Bak kata, orang yang senang bertambah senang, orang yang susah bertambah susah. Dunia sudah tebalik, orang bawahan menjaga kebajikan orang atasan. Tiada lagi hormat tapi hanya ketakutan.

Sedar lah wahai manusia hukumnya memakan hasil titik peluh orang lain dan apabila kita mati semua umat islam hanya memakai kain kapan berwarna putih, tiada lagi pangkat tiada lagi kemegahan, semua akan sama rata. JIka ada sesiapa yang membaca artikel ini silalah memberi pandangan terhadap kes ini dan berilah komen-komen untuk menyelesaikannya dan agar dapat menyedarkan mana-mana pihak yang berkaitan.

Hal ini berlaku pada semua anggota tentera di Malaysia yang bertugas bukan sahaja TUDM. Tolonglah hentikan penindasan ini yang tidak memberi apa-apa manfaat tapi musibah semata-mata. Ini hanyalah luahan yang sudah lama terbuku dan semua orang boleh bersuara dan memberi pandangan mereka masing-masing. Saya harap kita semua mendapat satu kehidupan yang tanpa permainan duniawi, terus pandang kehadapan, hilangkan rasa iri hati, dendam, pentingkan diri dan timbulkan kebaikan dalam diri kita, hidup pasti akan sejahtera walaupun sederhana. 

By: Peacegurlz84 

kawen rahsia

"Adakah anda ingin kahwin?" ... Mesti semua orang mahu dan berkeinginan untuk kahwin. Tapi, mengapa ada dalam kalangan kita maish lagi ingin tidak berkahwin atau menangguhkan perkahwinan? Sedangkan kahwin itu, banyak faedahnya.

Jadi, sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

1. Sunah para nabi dan rasul

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Zuriat keturunan

Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah

Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

4. Bertanggungjawab

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”

5. Memelihara maruah

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga

Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

kitab kunin

Sungguh saya terkesima dengan kesederhanaannya. Pengajarannya sungguh bersahaja tetapi berwibawa. Dalam kuliah selepas Subuh itu, dia merujuk kepada kitab kuning – Muniyatul Musolli, karangkan Syeikh Daud Al Fatani. Dia bukan ustaz yang popular, pun bukan ilmuwan selebriti yang sering muncul di kaca TV. Dia hanya imam biasa, bergamis dan berserban seadanya. Namun dia punya suara yang merdu dan bacaan qiraat yang sangat mantap. Rela mengajar, walaupun dengan bilangan murid yang paling minima!

Saya masih ingat analoginya, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”

Dia menyambung, “maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoga Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat.”     

Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.

Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Justeru, sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!

Bergaullah dengan ahli ilmu yang sebenar, kita akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan kelembutan hatinya dalam berzikir.
Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.

Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!

Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis… Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.

Sering kali mereka menjawab ‘wallahuaklam’ pada soalan-soalan yang diajukan. Mereka tidak berlagak seperti manusia serba tahu. Mereka boleh bertukar posisi, bertindak sebagai murid yang banyak mendengar apabila dirasakan orang yang dihadapinya lebih mengetahui. Bukan mudah menjadi ‘pendengar’ ketika selalu berperanan sebagai ‘penutur’ tetapi kerana sifat tawaduk mereka, para ulama silam sanggup kelihatan bodoh daripada terus berlagak pandai dan memandai-mandai.

Sesungguhnya, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.

Guru yang mengajar kitab kuning, yang saya ceritakan pada awal tulisan ini hanya menaiki motosikal… tetapi sungguh, saya jarang memandang wajahnya melainkan di situ ada senyuman!

Isnin, 12 Mac 2012

amazing

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC ^^Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji ^-^ ) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil sajaProf kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita :P :D :) ^-^ T-T” @-@ xD riak muka kita semuanyaKerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..