Ahad, 25 Mac 2012

sungai terpanjang


10
Sungai Zaire / Sungai Congo
Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya bermula dari jalur pertemuan sungai Lualap dan SungaiLuapula dan mengalir sampai samudera atlantikPanjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 batu.

9sungai Irtish
Sungai ini besumber di daerah pergunungan altai di rusiadan berakhir di pertemuan sungai Ob (sungaiterpanjang peringkat 5dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 batu.

8Sungai Parana
Sungai ini terletak di paraguaialirannya bermula dari pertemuan antara sungai paranaiba dan sungaigrandedan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 batu. 

7Sungai Yenise
Sungai ini merupakan salah satu sungai terpanjng di daerah Rusiaberhilir di Gunung Tannu-Ola di daerahTuva baratRusiadan bermuara di samudera Artikdengan panjang keseluruhannya mencapai 2800 batu. 

 6Sungai Huang He
Sungai Huang He atau sungai kuningAliranya bermula dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bahagian baratpanjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 batu. 

5. Sungai Ob
Sungai ini adalah batasan yang berakhirnya aliran sungai Irtish (No. 9). Aliranya bermula dari gunung AltaiRusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhannya mencapai 3459 batu. 

4. Sungai Yangtze
Inilah sungai terpanjang di daratan ChinaSungai Yangtze atau sungai Chang Jiangmengalir dari datarantinggi Tibet hingga bermuara di laut ChinaPanjang keseluruhannya mencapai 3602mil.

3Sungai Mississippi
 Sungai Mississippi ialah sungai terpanjang kedua di benua AmerikaAlirannya bermula dari daerahpergunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Mexico dengan panjang keseluruhannya mencapai 3713 batu.

2. Sungai Amazon
Bermula dari aliran glazer tasik Fed di peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin danberakhir di Lautan Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 batu.

1. Sungai Nil
Inilah Sungai terpanjang di DuniaSungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini berhulu di Tasik Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 batu.

Syahid

Lihatlah wajah-wajah mereka yang syahid dalam perjuangan memerangi musuh-musuh islam dan demi tuhan yang satu yakni Allah swt.



kredit: http://halimislam.blogspot.com

berpantang ajal

hidup dan matiseseorang itu hanyalah Allah swt. yang menentukan.

Berikut adalah 9 kemalangan pesawat yang hanya meninggalkan 1 penumpang di dalam pesawat yang masih selamat dan panjang umur.

 1.Juliane Köpcke
Tarikh Jatuh: 24 Disember 1971
Jenis pesawatLockheed L-188A Electra
Crash sitePuerto supernovidades, Peru
Penumpang & Crew92 orang
Meninggal: 91 orang
Punca Crash: Kesalahan manusia kegagalan struktur dan mungkin kerana kilat.


2. Vesna Vulović
Tarikh jatuh: 26 Januari 1972
Jenis pesawat:-McDonnell Douglas DC-9
OperatorJugoslovenski Aero pengangkutan
Punca CrashBombing
Crash siteHinterhermsdorf Jerman Timur
Penumpang & Crew28 orang
meninggal27


3. Mohammed el-Fateh Osman
Tarikh jatuh: 8 Julai 2003
Jenis pesawatBoeing 737
OperatorSudan Airways
Crash sitePort Sudan
Penumpang & Crew116 orang
Korban: 115 orang
Punca Crash: Tidak diketahui

 4. George Lamson Jr.
Tarikh Jatuh: 21 Januari 1985
Jenis pesawatLockheed Electra 188
Crash SiteReno Nevada USA
Penumpang & Crew71 orang
Kematian: 70 orang
Punca CrashPilot / kesalahan crew 



5. Erika Delgado
Tarikh jatuh: 13 Januari 1995
jenis pesawatDC-9
OperatorIntercontinental syarikat penerbangan
Crash SiteMaria La Baja 500 batu utara-barat dari Bogota
Penumpang & Crew52 orang
Kematian: 51 orang
Punca Crash: tidak diketahui

 6. Nestor Mata
Tarikh jatuh: 17 Mac 1957
Jenis pesawatC-47 Skytrain
OperatorPhilippine Air Force
Crash Site: S 22 batu dari Cebu City Filipina
Penumpang & Crew26 orang
Kematian: 25 orang
Punca CrashFire fatique 



7. Foye Kenneth Roberts
Tarikh jatuh: 14 JUNI 1943
Jenis pesawatB-17C Flying Fortress
Crash siteBAKERS CREEK NEAR MACKAY QLD Australia
Penumpang & Crew41 orang
Kematian: 40 orang
Punca Crash: Tidak diketahui

 8. James Polehinke
Tarikh jatuh: 27 Ogos 2006
Jenis pesawatBombardier Canadair Regional Jet (CRJ) CRJ-100ER
OperatorComair (/ b / a Delta Connection
Crash siteBlue Grass Airport Lexington Kentucky
Penumpang & Crew onboard50 orang
Kematian: 49 orang
Punca CrashKesalahan Pilot 



9. First Lieutenant Martin Farkas
Tarikh Jatuh: 19 Januari 2006
Jenis pesawatAntonov An-24
OperatorSlovakia Tentera Udara
Crash LamanHejce Hungary
Penumpang & Crew43 orang
Kematian: 42 orang
Punca Crash: kesalahan Pilot

Jumaat, 23 Mac 2012

8 iktibar...

Nik Nasri Nik Malek
Hari ini (22 Mac 2012) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:

1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga  walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.

5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.

6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja.

7.  Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.

8. Perjuangan Islam tidak terhenti dengan syahid dan matinya pemimpin. Rasulullah SAW wafat, para sahabat meninggal, para ulama dan pejuang Islam terdahulu telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah. Nabi SAW memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlaku antara 2 ketentuan-menang atau syahid.