Khamis, 19 April 2012

Rokok Epal

Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah... 

Baca dengan akal

Isu PTPTN begitu hangat diperkatakan pada masa kini. Semenjak DS Anwar menawarkan pendidikan percuma dengan pemansuhan PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13, maka pelbagai ulasan diberi oleh golongan kerajaan, professor-professor dan terkini ulama-ulama pun bercakap isu yang sama.

Seperti biasa, TV3 dan RTM akan hanya memaparkan pandangan yang pro kepada kerajaan sahaja berbanding dengan pelbagai lagi ulasan yang pro kepada pembangkang.



Saya pun tidak mahu terkecuali dalam memberi pandangan dalam isu PTPTN ini tetapi  pandangan saya hanyalah dari kacamata seorang Penjual Pulut Panggang sahaja.

Congakkan saya berasaskan keputusan SPM 2012 yang baru sahaja keluar tempohari dengan jumlah 468,808 calon dengan  1,609 calon mendapat 9A yang pasti ditawarkan skim pelajar cemerlang dibawah tajaan MARA atau JPA

Maka jumlah calon berbaki  467,199.  Dari jumlah tersebut, kita tolak 10% jumlah pelajar yang tidak mahu menyambung pelajaran disebabkan tidak berminat atau pun gagal (istilah gagal sebenarnya tidak boleh digunakan kerana pelajar yang mendapat 1A pun kini layak untuk menyambung pelajaran) iaitu  46,720 orang menjadikan jumlah calon sebanyak 420,479 layak memohon PTPTN.

Dari jumlah 420,479, setiap calon dikehendaki membeli pin e permohonan di BSN berharga RM5.00 satu jadi pada peringkat awal PTPTN menjana RM2,102,395.00 diatas penjualan PIN.

Dari jumlah calon tersebut kita buat pecahan kepada 148500 akan ditawarkan ke IPTA dan bakinya sebanyak 271,979 akan ditawarkan ke IPTS. Dari jumlah 271,979 pula kita buat pecahan kepada 50% membuat Ijazah Sarjana Muda, 30% membuat Diploma dan 20% membuat Sijil. 50% calon Sarjana Muda berjumlah 135,990 calon manakala 30% calon Diploma berjumlah 81,590  dan calon sijil 10% sebanyak 27,1980 calon.

Jumlah PTPTN bagi calon Sarjana Muda  IPTA adalah RM30,000 (jumlah maksima) bagi 6 semester bermakna 148,500 calon akan membuat pinjaman sebanyak RM30,000.00 seorang berjumlah RM4,455,000,000 bagi 3 tahun.
Bagi pelajar IPTS Ijazah Sarjana Muda pula, RM49,500 adalah jumlah maksima bagi tempoh 6 semester yang perlu dipinjam oleh calon IPTS dengan jumlah pinjaman RM6,731.505,000 bagi 3 tahun.

Bagi Pelajar jurusan Diploma IPTS, RM24,000.00 merupakan jumlah maksima bagi 6 semester dengan jumlah calon sebanyak 81,590 dengan jumlah pinjaman RM1,958,160,000.

Kita lupakan calon sijil kerana asas pinjaman adalah kecil.
Asas keuntungan PTPTN adalah bermula dengan caj 3% atas nama kos pengurusan dan kini ditukar kepada 1% atas penukaran nama.

Kita bulatkan jumlah pinjaman Ijazah Sarjana Muda IPTA, IPTS dan Diploma IPTS kepada angka RM13,144,665,000 selama 3 tahun dengan jumlah 1% bermakna keuntungan asas pengurusan adalah sebanyak RM13,144,665.00. Ditambah dengan kos pembelian pin sebanyak  RM2,102,395.00 maka untung awal adalah sebanyak RM15,247,060.

Dari jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM13,665,000, pembayaran dibuat secara ansuran mengikut semester iaitu RM13,665,000 dibahagi 6 (semester) iaitu RM2,277,500 semester. Lebihan tersebut sebanyak RM11,387,500 dimasukkan ke bank sebagai fixed deposite (simpanan tetap) dengan jangka hayat kematangan 6 bulan dengan pendapatan 3.38% faedah bagi 3 bulan pertama dan diikuti dengan 3.48% bagi 3 bulan kedua bererti dalam tempoh 6 bulan PTPTN menjana RM384,897.50 bagi tiga bulan pertama diikuti dengan RM409,679.45 bagi tiga bulan kedua. 

Ini bererti dalam 6 bulan, pinjaman yang dilakukan oleh pelajar boleh menjana pendapatan RM794,576.95. Bayangkan berapakah pendapatan PTPTN seterusnya kerana kadar faedah bank akan naik sebanyak0.1% bagi 3 bulan seterusnya dan 0.1% setiap bulan selepas sembilan bulan dengan faeedah tertinggi adalah sebanyak 4.88%. Itu baru pinjaman pelajaran berasaskan statistik kelulusan SPM 2012. Bagaimana dengan 2011,2010,2009 dan yang lain-lainnya.

Kebenarannya, PTPTN adalah satu mesin menjana wang kerajaan bagi memastikan setiap pelajar di Malaysia ini akan terikat dengan beban hutang disamping dengan secara halus menunjukkan kepada masyarakat Malaysia kononnya kerajaan BN amat perihatin dengan menyediakan pinjaman kepada para pelajar.

Ketika saya menghadiri kursus membuat pulut panggang di UK selama 3 bulan, saya mendapati bahawa bukan sahaja pendidikan di UK diberi percuma bahkan para pelajar sekolah diberi elaun galakan £30  bagi yang pelajar yang tidak ponteng.

Kawan saya yang sedang berkerja di German juga memaklumkan kepada saya bahawa selain pendidikan percuma, para pelajar dari Negara luar juga ditawar biasiswa apabila telah disahkan tempat di university tempatan.

Kewujudan PTPTN sebenarnya lebih kepada membuka peluang kepada para korporat @ keparat yang memiliki modal untuk membuka IPTS dengan menawarkan pelbagai kursus dengan kos  2 atau 3 kali ganda dari IPTA. Bagi ibubapa pula, peluang untuk melihat anak bergelar mahasiswa pula terbentang luas dengan tawaran dari IPTS ini walaupun keputusan SPM anak mereka kalau zaman dahulu hanyak GRED 3 meskipun terpaksa berhutang.

Saya masih ingat, suatu ketika dulu, jika dapat masuk ke Universiti, ibubapa akan mengadakan kenduri kesyukuran tetapi kini anak sudah mendapat segulung ijazah tetapi terpaksa berkerja di Restoran Makan Segera kerana tiadanya nilai ijazah tersebut dalam pasaran tempatan.

Kita boleh memberi beberapa nama IPTS yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada lepasan IPTS mereka kerana kualiti yang mereka ada tetapi kita juga boleh memberi senarai yang lebih panjang nama-nama IPTS yang melahirkan graduan yang tiada kelayakan untuk berkerja.

Walaupun saya hanya seorang penjual pulut panggang, tapi saya amat perihatin dengan fact and figure dalam isu pinjaman kerana saya tidak mendapat RM250 juta untuk mengembangkan perniagaan yang saya amat arif berbanding seseorang yang mendapat RM250 juta bagi menguruskan perniagaan yang beliau tidak arif.

Saya juga mempunyai hutang bank sebanyak RM14,000.00 yang tidak dilupuskan berbanding seseorang yang memiliki hutang RM57 juta yang begitu senang kerajaan lupuskan.

Saya juga memmiliki untung RM100 sehari berbanding kerugian mencecah ratusan juta oleh syarikat GLC milik kerajaan.

Saya yakin jika saya diberi RM1 juta bagi mengembangkan perniagaan saya, saya akan memastikan corak pengurusan PTPTN dan PLUS yang menjadi model perniagaan saya kerana kedua-dua perniagaan ini sentiasa untung dan tidap pernah rugi…

Ya Allah...!! Kau Hancurkan lah penzalim2 ini!!

SUDAH masuk malam ke-6 mahasiswa dan anak muda berkhemah di dataran merdeka. Bantuan dan sumbangan tidak putus-putus diberikan oleh rakyat kepada kami. Kelas dan pengisian ilmiah diberikan secara percuma dan ditubuhkan “Universiti Dataran” sebagai simbolik model pendidikan percuma. 

Walaupun DBKL robohkan pada awal-awal perkhemahan namun mahasiswa tetap membangunkan semula, timbalan menteri wilayah juga sudah menjenguk tapak perkhemahan ini dan akhirnya DBKL terpaksa akur dengan kehendak mahasiswa. Suasana juga aman dan menarik perhatian para pengunjung untuk bergambar bersama. Sedikit pun kami tidak mengotorkan tempat mahupun membuat kacau.

NAMUN, Malam ke-6 adalah peristiwa berdarah buat mahasiswa dan rakyat khususnya. Sedang anak muda duduk aman berdiskusi bersama, Sekitar jam 2.36 pagi, puluhan samseng yang digelar sebagai PERKASA UMNO datang tanpa memberi salam . "BANGUN, BANGUN. BALIK BELAJAR! BERAMBUS DARI SINI CELAKA!" kemudian terus menyerang dari arah kiri, kanan, depan dan belakang tapak perkhemahan tanpa diajak berbincang walau sedetik cuma.
Ketika itu kira-kira 50 anak muda berada di kawasan perkhemahan, india cina dan melayu . 

Samseng yang mengatakan mereka ini cintakan negara dan mempertahankan bangsa terus menerus menghancurkan 16 khemah dengan kejam. Mereka yang tidur di dalam khemah disepak dari luar khemah tidak kira lelaki atau perempuan, kemudian mereka terus meranapkan khemah dan mencampakkannya seperti sampah. Botol-botol air dan bekalan makanan sumbangan rakyat diteraburkan dihancurkan dan disepak begitu sahaja seerti bola.

Dalam masa 10 minit mereka menyerang dan meranapkan khemah dan apa-apa sahaja yang ada di tapak perkhemahan. Kemudian mereka menjerit “ korang ingat korang je boleh berkuasa dekat sini, kami juga boleh berkuasa la! Bodoh!”. Loud haler yang anak muda gunakan untuk bersuara turut dihempas berkali-kali sehingga hancur berkecai.

Sesiapa yang merakam dan memegang kamera terus diserang kerana mereka takut dengan “KAMERA”, yang merakam dan ambil gambar akan dikejar dan dibelasah. Seorang siswa dirampas IPADnya sewaktu beliau mengambil gambar, beliau ambil semula kameranya kemudian badannya ditumbuk hingga rebah dan disepak.

Ada juga kamera yang dipecahkan. Wartawan sanggup membiarkan badannya disepak terajang sewaktu samseng-samseng ini cuba merampas dan meragut kamera DSLR miliknya. Ramai yang menyaksikan kejadian ini dan sudah pasti akan mengingati sampai mati apa yang samseng jalanan kerjakan.

Kebanyakan mahasiswa dan anak muda tidak mampu berbuat apa-apa, bilangan kami sedikit dan jika melawan tak tahu apa yang bakal terjadi pada kami, Lagipun, kami bukannya samseng. semuanya tergamam melihat aksi rakus samseng-samseng yang kebanyakan berada di bawah pengaruh alkohol.

Ada Seorang lelaki dalam lingkungan 36 tahun dikejar di jalanan dan dibelasah sehingga berdarah dan rebah ke bumi kerana cuba menghalang “tugas” samseng-samseng ini. Ada juga seorang siswa cina disepak ditumbuk bertubi-tubi oleh mereka. Tiada seorang pun yang berani membantu, walaupun ada yang cuba menghalang mereka juga diterajang ditumbuk sang zalim.

Para samseng terus menghalau mahasiswa dan sesiapa sahaja di kawasan berkenaan. Namu mereka tetap tidak berganjak walaupun ada samseng yang menarik dan mengangkat mereka dan ada juga dibawa ke tempat gelap untuk dibelasah.
Kelihatan pihak DBKL dan beberapa orang polis hanya berdiri jauh memerhati. Sehinggalah Safwan Anang dan kawan-kawan menjerit ke arah polis "MANA POLIS?, apa ni takkan tengok je!"

Walaupun sangsi dengan tindakan mereka yang seakan-akan meredhokan dan membiarkan kezaliman berlaku di hadapan mata. Ada juga polis muda yang memberitahu mereka juga sebenarnya takut nyawa mereka terancam. Mereka cuba menghubungi polis lain meminta bantuan setelah tidak mampu meredakan keadaan.

Ada seorang SB terpaksa mengeluarkan pistol untuk meredakan keadaan . Namun pistol tidak menjadi ancaman buat samseng. Mereka boleh kata “tembaklah kalau berani”. Apa-apa boleh jadi dalam keadaan sebegini.
Hatta samseng-samseng sehingga sanggup mengancam BUNUH!. Setelah selesai kerja meroboh dan menghancurkan khemah. Ketika itu barulah 3 buah kereta polis datang mengejut. Macam Kisah tamil lagaknya. 

Namun………
Terkilan sangat dengan tindakan pihak polis yang melihat sendiri kejadian tersebut berlaku di depan mata. Ada juga pihak polis yang menjerit “ hormat kami, kami ada di sini” namun arahan tersebut tidak diendahkan samseng jalanan. Pihak polis tidak boleh menangkap mereka dengan alasan mereka tidak membawa senjata. Sudahlah 3 buah kereta polis hanya tiba setelah selesai tapak perkhemahan dihancurkan, satu tangkapan untuk siasatan pun tidak dilakukan sedangkan banyak saksi kejadian melihat.

Selepas perundingan dengan orang ramai, polis dan samseng jalanan. Para samseng beredar pergi walaupun mereka mengatakan “kami takkan balik selagi korang semua tak balik, Memalukan bangsa sendiri!”. Mahasiswa tetap bertahan dan bersepakat untuk terus berada di tapak perkhemahan dan mengadakan perbincangan dan perkongsian peristiwa yang berlaku. Pihak kami memang akan berundur dengan hormat untuk menghormati konsert DIRAJA yang bakal diadakan. Namun bila perkara sebegini terjadi. Perlu difikirkan tindakan selanjutnya.

Para Samseng yang menyerang sebenarnya adalah penakut kerana hanya mengambil kesempatan bila melihat mereka mampu menyerang kerana bilangan anak muda yang berada di tapak perkhemahan agak kecil. Mereka juga takut dengan kamera kerana malu dengan aksi meraka yang memalukan. Mereka juga takut kerana tidak berani face to face, one by one tetapi menyerang beramai-ramai. Ingat para samseng, tindakan kalian membuatkan orang ramai makin membenci kerajaan Umno barisan nasional. Tindakan kalian mengimejkan kerajaan yang menanti perubahan.

Kepada pihak polis. Walaupun siapapun kami di mata kalian, kami tetap rakyat MALAYSIA yang perlu dijaga. Walaupun kami kadang-kadang hilang kepercayaan kepada anda tetapi kami percaya ada di antara kalian yang jujur dan ikhlas bekerja untuk menjaga keamanan Negara.

Buktinya walaupun para samseng melaung “kenapa korang nak jerit panggil polis, korang sendiri tak percaya polis”. Kami jerit dan merayu itu ertinya kami masih cuba mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada kalian yang mampu membuat sesuatu untuk menjaga kami dan menaikkan reputasi kalian yang melambangkan imej Negara. Jangan nanti. Kami HILANG LANGSUNG kepercayaan dan harapan kepada kalian.

Kami tetap berterima kasih kepada pihak polis yang sudi memantau kegiatan kami dari hari pertama sehingga hari ini. Terima kasih juga membantu kami menyuraikan kekecohan ini. Sangat bersyukur ada pihak polis seperti anda, kalau tidak, tak tahulah apa yang bakal terjadi.

lagho


Kau mawarku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hatiku
Merayu jiwaku


Kau teruna
Rangkai nyawa
Lagu hati beta
Mestikah pergi jauh kembara
Ku terbayang jua
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang wajahmu dinda
Hancur kerna
Kau juwita kau teruna
Bila engkau hilang di mata
Beruk pun turut ketawa
Nota: Lain kali ingat, jangan membazirkan masa dengan berchatting dengan entah sesapa yang tidak kita kenali.


Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung ?

Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.


Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar

Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.


Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.

Sekadar makluman, dalam Islam makruh bagi kita memakan hati (organ dalaman).Ramai mempersoalkan sedangkan hati mempunyai khasiatnya yang tersendiri juga. Jawapannya adalah memandangkan kita tidak tahu di bahagian hati manakah khasiat tersebut disimpan dan salah satu fungsi major hati adalah untuk mengneutralkan toxins/dadah , rasanya lebih wajar kita tidak digalakkan memakannya.

Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab no2 kepada kanser kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk,kerana pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan kesenangang terhadap penggunanya.

Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian.

Cedera Parah Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk (Klik Disini)



Sumber :
1) http://hasnulhadiahmad.com/keburukan-akibat-menggunakan-tandas-duduk/ 
2) http://en.wikipedia.org/wiki/Defecation_postures