Selasa, 1 Mei 2012

air :)





































































bersih 3.2

A: Yela..dia kan pendukung IFC, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah bla..bla..bla..So, siapa yang sokong dia maknanya dia menyokong Ambiga!Siapa yg sokong si Ambiga memang x sayangkan ISLAM!

B: Oh..macam tu sekali ea..urm..nak tanya sikit boleh?

A: Hah! Tanya ape pulak ni??

B: Ko ade facebook x?Ko guna henpon jenis ape ek?Suka minum milo?Ada twitter x, aku nak add la..hehe..

A: Ape punya soalan la ko ni..memang la aku ada akaun facebook.Aku guna nokia dengan IPAD..canggih x aku?Milo tu memang la peberet aku la..Nanti aku PM fb ko aku punya akaun twitter ea..

B: Hah! Sah ko AHLI NERAKA!!!!

A: Aik?Kenapa lak ko ni?Jangan tuduh sembarangan!

B: Memang la..ko tau x fb tu milik Mark Zuckberg?Dia tu kafir tau!Nokia dan IPAD pun org kafir yang punya.Twitter punya founder tu si Jack Dorsey tau!Dia pun kafir!Milo tu pun pemiliknya Nestle.Pun org kafir gak!

A: Dah tu apasal aku ni ahli neraka pulak?

B: Dah kau guna barangan dia, kira ko sokong org kafir la..Ko x sayangkan Islam!

A: Eh..bukan macam tu..aku cuma gunakan kemudahan yg dia sediakan..gunakan kepakaran yg dorang ada..bukan bermaksud aku sokong dia tu..Lg pun aku gunakan fb dan twitter utk kebaikan..untuk sebarkan maklumat dsbgnya..

B: Owh..macam tu ea..untuk pengetahuan ko..mcm tu juga dengan org yang menghadiri BERSIH, mereka menyokong tentang tuntutan BERSIH..dalam tuntutan tu, xde pon disebutkan tentang menyokong seks bebas, xsokong mahkamah syariah or etc..mereka bersama-sama untuk 8 perkara tersebut sahaja..itu pun berkaitan dengan keadilan mengenai PRU13..tentang daftar undi dsbgnya..

A: Owh..mcm tu ke..huhu..kalau aku cakap yang sokong Bersih tu x sayang Islam..maknenye aku pon sama la ek..huhu

Demo



kerajaan FIRAUN pernah dilanda masalah kewangan dan krisis pemakanan -keringnya sungai nil dan sawah padi mengering -hama@pepijat telah menyerang padi dan gandum apabila masak -bencana banjir akibat hujan yang turun dengan deras -katak-katak dan pepijat busuk masuk kesetiap rumah kaum-kaumnya Assalamualaikum saudara-saudara SEISLAM KU..


Apa yang saya nyatakan diatas adalah bencana yang diturunkan oleh Allah swt keatas KERAJAAN FIRAUN..ia sama dengan apa yang NEGARA KITA ALAMI SEKARANG..IAITU... -negara kita mengalami masalah kadar hutang yang tinggi disamping pengangguran -krisis makanan berkurangan terutamanya masalah bekalan BERAS,MINYAK MASAK dan CILI(sila rujuk artikel "BULAN" -air parit dikangar susut dan sawah padi kering -padi dikedah diserang ULAT RATUS -hujan yang kerap serta BANJIR -CUMA MASIH TIADA SERANGAN KATAK.... Saudara-saudara apa yang terjadi ini adalah kerana SISTEM@JENIS aturan dalam PENTADBIRAN negara kita amalkan ialah SISTEM DEMOKRASI CUBA kita susun dari jawatan PERDANA MENTERI TURUN KEBAWAH..

IA MEMBENTUK "PYRAMID" KAN... FIRAUN juga terkenal dengan sifat "SOMBONG,RIAK,BONGKAK dan PEMARAH" SESUAILAH dengan zaman kita ini dipanggil ZAMAN KERAJAAN MENYOMBONG dari salah 1 fasa zaman yang kita lalui dari hadis nabi Kita tentang "PERMASALAHAN KEPEMIMPINAN"(sila rujuk artikel lepas) zaman kita ini pula selalu kita jumpa situasi ini -BILA dapat aja keja gov mula la nak sombong dengan kawan-kawan@orang sekampung -bila ada menantu yang kerja biasa dipandang HINA -engkau kerja 


kampung@kilang mana nak layak dengan dia SEMUA situasi "SOMBONG" dan "RIAK"....yang mendengar sakit hati dan "DENDAM" dan mula "MARAH"....SEMUA INI SIFAT IBLIS SEMASA PENCIPTAAN ADAM AS SEBAGAI "KHALIFAH" SISTEM DEMOKRASI@PYRAMID INI DIPAKAI DALAM SEMUA BIDANG -pentadbiran -perubatan -perniagaan -pendidikkan -ketenteraan dan lain-lain yang ada unsur mengkelaskan seseorang penjawat@pekerja mengikut KUASA@PANGKAT saudara-saudara...DEMOKRASI adalah amalan dari ZAMAN FIRAUN lagi...kita pergi MENGUNDI IBARAT KITA "MENGEMAS-KINIKAN" SISTEM FIRAUN INI...sedang nabi kita tidak pernah dirikan negara islam dengan adakan pikihanraya..jadi kita MASIH UMAT NABI KAH??? 

Demokrasi juga adalah umpama "GELANGGANG" DAJJAL cuba kita tengok PYRAMID tu ada simbol "MATA 1" kan..jadi sistem ini cacat sebelah nya@dajjal itu buta matanya...SEDANGKAN TUHAN KAMU TIDAK BUTA... Dan...... Cuba susun percaturan dari PENJAGA GOLhingga PEMAIN BOLA SEPAK untuk posisi perlawanan bola dipadang@GELANGGANG Maka.... Sesuailah dengan salah 1 hadis nabi kita ini iaitu Rasullulah saw telah bersabda"Bilamana disaat-saat akhir zaman..ramai ulama yang melalui jalanku..akan terpedaya lalu terperangkap DITENGAH-TENGAH GELANGGANG FITNAH DAJJAL...bahkan paling dahsyat...

mereka membawa sekalian pengikut..pembantu dan pendukong mereka.."TERJUN KE DALAM API NERAKA" HR.BUKHARI -pengikut@pendokong yang mengikuti seseorang ulamak dirikan sistem demokrasi...jadi kita bagaimana ni?pergi mengundi suburkan@kemas kinikan sistem firaun ni... JADI Saudara-saudara DEMOKRASI adalah amalan firaun dan ia adalah medan percaturan dan GELANGGANG DAJJAL Apa yang lebih mustahak...tiada 1 pun dalam AL-QURAN TERTERA AYAT@PERKATAAN "DEMOKRASI" dan tiada 1 hadis pun dari nabi kita dirikan negara islam dengan pergi MENGUNDI@GUNAKKAN PILIHANRAYA Dan baru-baru ini seorang penasihat bahagian Keagamaan negara kita mengatakkan "WAJIB PERGI MENGUNDI" kerana khuatir negara@kerajaan jatuh pada orang KAFIR YA MUNGKIN BENAR.... 


TAPI....bukankah sistem kita pakai ini juga sistem KAFIR...amalan AMERIKA@NASRANI yang ,menjadi GELANGGANG DAJJAL@YAHUDI..kan kita sedang MENIRU dan MENGIKUTI mereka yang KAFIR... Dengarlah ini saudara-saudaraku... Sabda Rasullulah saw"sungguh kamu(umat islam) akan MENIRU TINGKALAKU orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta..Hingga andainya mereka masuk kedalam lubang biawak sekalipun nescaya kamu tetap mengikuti mereka,kami bertanya:wahai rasullulah,Apakah mereka itu umat yahudi dan nasrani?Beliau SAW menjawab;Siapa lagi." HR.BUKHARI meniru tingkah laku:- -kita amalkan demokrasi seperti yahudi dan nasrani -kita pilih pemimpin dengan "KERTAS" yang ditanda ini amalan nabi kah?sudah nampak macam "cabutan no bertuah" Dengarlah ini pula saudara-saudara ku sabda rasullulah saw"akan datang kepada manusia TAHUN-TAHUN yang penuh tipu daya,orang yang berdusta dianggap benar,orang yang amanah dianggap khianat,serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah,Maka ada yang menanyakkan:apa itu Ruwaibidhah?


Rasullulah saw menjawab orang bodoh dan hina ditugaskan menanggani kepentingan Umum" (HR.ibn MAJAH) SAUDARA-SAUDARA TENGOK NI!!!! TAHUN-TAHUN TIPU DAYA=inilah TAHUN-TAHUN PILIHANRAYA@DEMOKRASI AKAN DIKEMASKINIKAN..JANJI ITU DAN INI DEMI KUASA DIPARLIMEN..UMUM SANA DAN SINI..... JADI SAUDARA-SAUDARA ISLAMKU SILA PILIH HENDAK DEMOKRASI@NABI.....?? Fikir-fikirlah saudara-saudaraku...kita umat nabi dan islam....BUKAN NASRANI@YAHUDI.....

Boss__an..!!!


Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.

Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.

Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buah

Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....

Boss jenis manjang nak cepat

Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap.

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak

Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?

Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ....

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat

Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.

Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia.

Jadi boss korang jenis yang macamana. Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa.....

Jawatan letak...


Oleh Mohd Sayuti Omar
Memerhati kepada kolaborasi pihak polis dengan BN khasnya Umno dalam mengagal dan menyekatkan desakan dan tuntutan rakyat agar membersihkan pilihan raya demi mensucikan demokrasi di negara ini menerusi himpunanBersih: Duduk dan Bantah semalam sudah sampai masanya kalau Jabatan Perkhidmatan Awam mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu membuat semakan untuk menilai sejauh manakah relevannya perkataan Polis Di Raja Malaysia digunakan.





Ismail Omar
Kita tahu perkataan itu (Polis Diraja) tidak bererti polis hanya perlu melindungi dan menjamin keselamatan Raja-Raja Melayu tetapi slogan itu adalah simbol kepada kerajaan dan rakyat. Raja adalah kerajaan, raja adalah rakyat. Justeru tugas dan tanggungjawab pasukan polis ialah menjaga keselamatan negara dan menjamin keselamatan bangsa tanpa mengira individu itu apa warna mereka, anutan agama dan fahaman siasahnya.

Tugas polis menjamin keselamatan dan tugas itu adalah aset dan integriti mereka. Kalau polis gagal apa lagi bersekongkol dengan kejahatan itu bukan polis DiRaja lagi, itu polis DiUmno?  Atau polis yang memakai uniform suci untuk menjadi jahat bagi memenuhi tembolok bodoh mereka.

Polis tidak boleh (haram) melanggar sumpah dan janji perkhidmatan mereka. Mereka tidak boleh berpihak atau menjadi agen yang boleh menerima upah atau tidak, kepada mana-mana puak dan juga kumpulan. Hakikat ini termasuk juga polis tidak boleh menjadi ‘barua’ kepada mana-mana kumpulan siasah termasuk Umno serta mana-mana  individu politik hatta dia adalah seorang perdana menteri seperti Ha Najib Razak. Najib dan jawatan perdana menteri dua perkara berbeza, begitu juga Umno dengan kerajaan dua perkara berlainan.

Yang boleh polis jaga, kawal ialah perdana menteri, dan keseluruhan kerajaan. Hatta isteri perdana menteri dan anak-anaknya tidak berhak mendapat kawalan langsung polis.  Manakala individu rakyat berhak menerima perlindungan polis atas dasar dia warganegara dan atas dasar prinsip kemanusiaan yang dijunjung oleh polis.

Malangnya tanggungjawab dan amanah itu sudah mungkir dan melencung jauh. Ia bukan amalan dan kewajiban lagi.  Polis di Raja Malaysia bukan lagi menjaga hak dan kepentingan serta keselamatan rakyat menurut prinsipnya, tetapi adalah menjadi musuh apabila mereka sedia menjadi Pandir dan ‘kooli” kepada kumpulan politik tertentu ataupun individu yang memiliki kuasa politik. Lebih dahsyat dari itu polis menjadi samseng kepada orang dan segelintir puak tertentu.

Ramli Yusuf
Peristiwa demi peristiwa yang membabitkan polis dan orang politik yang didedah sepanjang masa di negara ini menunjukkan hakikat ini. Polis tidak boleh menafikan akan berlakunya perkara ini. Sebab sejarah dan masa akan datang menceritakan segala-galanya. Saya tidak tahu sampai ke tahap mana Ketua Polis Negara, Ismail Omar) dan timbalannya dan lain-lain pangkat perlu menundukkan kepala kepada penguasa (politikus) yang memperalatkan mereka atau membayar mereka dengan pelbagai fasalitis termasuk menaikkan pangkat atau pun menawarkan jawatan kontrak selepas pencen.  Apakah sampai dahi mencecah ke bumi dan ekor bernajis melayang ke atas? Sampai ke situkah?

Dalam sepanjang hayat saya 52 tahun saya tidak pernah dengar ada orang-orang besar polis mengambil tindakan berani meletakan jawatan lantaran mengambil risiko dan tanggungjawab kerana bersubahat dengan mana-mana individu politikus.

Yang ada dan berhenti dari jawatan itu kerana mati ditembak dan mati dilanggar lori treler.
Sesuatu yang malang kerana sejarah ini tidak berlaku. Sudah berapa banyak peristiwa dan tragedi hitam yang diragui kononnya ada penglibatan polis dan penggunaan polis secara salah, tetapi ketua atau orang bertanggungjawab itu tidak mengambil tanggungjawab meletak jawatan.

Di Malaysia bukan saja orang politik lenyap rasa tanggungjawab (responsilibiti) kepada tugas dan amanah, polis juga... orang yang berada dalam pasukan yang kononnya tinggi tahap disiplinnya. Tagline perkhidmatannya Tepat dan Betul melambangkan integriti mereka. Soalnya sejauh manakah mereka menjaga dan mengawal integriti itu?  

Peristiwa-peritiwa berdarah, comot dan maut yang dianggap ada sangkut paut polis seperti Memali, peristiwa Ketua Polis Negara menumbuk Anwar Ibrahim dalam lokap, peristiwa pembunuhan politikus Pas Abdul Samad Ahmad Miangi, pengerudian terhadap Al Arqam, al Maunah dan macam-macam lagi semuanya boleh dipersoalkan akan kredibiliti polis. Meskipun kejadian itu tidak berkait langsung dengan polis tetapi umum akan persoal tindakan polis.

Dan peristiwa semalam yang masih hangat di hidung dan mata kita juga boleh dibahukan kepada polis.
Semua peristiwa itu ada kena mengena dengan penglibatan dan kolaborasi polis dengan pihak tertentu. 

Di sini terus terang dengan agak keras saya katakan atas apa yang berlaku semalam ketegangan di hujung himpunan Bersih di mana jelas dan nyata polis bersubahat menyebabkan Ketua Polis Negara Aziz Omar perlu meletak jawatan. Beliau kena mengambil tanggungjawab dan tidak perlu berhelah seribu madah lagi dengan apa yang berlaku.

Beliau juga tidak perlu merasa sayang dengan keuntungan jawatan sebaliknya perlu menjaga maruah dan moralnya dulu sebagai anggota polis. Ismail akan meminta jawatankuasa disiplin polis membuat atau menmgambil tindakan ke atas anggota kecilnya yang melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan pasukan. Tetapi bagaimana dengan Ismail. Tindakan polis yang rakus dan bersalahan dengan tatacara manusia dan agama itu sebenarnya lebih teruk dari kesalahan anggota kecil menjatuhkan imej pasukan. 

Jadi apabila tidak ada orang yang berani untuk menilai kesalahan moral polis itu maka Ismail selaku ketuanya perlu mengambil tindakan. Itulah tugas dan amanah seorang ketua.
Hishamuddin Hussein
Untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuran anak buahnya beliau boleh menyiasat sendiri dengan menyaksikan laporan bebas dan juga rakaman video kekejaman dan kerakusan polis kepada orang awam. Bukalah blog dan Fb berlambak-lambak rakaman demikian. Ismail tidak boleh hanya melihat rakaman yang disediakan oleh anak buahnya saja, kerana sudah tentu anak buahnya akan menyediakan video yang baik untuk polis. Sebagai ketua yang adil Ismail kena tengok semua rakaman dan menerima semua pengaduan.

Usaha menyembuyikan kejadian sebenar termasuk kekejaman polis tidak ubah seperti cuba hendak menyembunyikan speaker yang bervoltan dan bervolume tinggi dalam guni. Ia sia-sia saja sebab bunyi itu akan dapat didengar oleh orang ramai. Bahkan bunyi itu kini sudah melangkau ke seantero dunia.

Persoalan juga timbul bagi saya apakah kejadian ini satu sabotaj? Ada kemungkinannya. Polis sengaja dibiarkan ganas ataupun disuntik pil ganas sebelum itu agar mereka boleh menjadi seperti anjing. Gunanya untuk memberi damge kepada Ismail. 

Kemungkinan ini tidak boleh dinafikan begitu saja. Politiking, rebut kuasa jatuh menjatuh juga berlaku dalam pasukan polis. Nasib malang menimpa bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuf adalah bukti jelas dan sejarah paling busuk dan hanyir dalam pasukan polis. 
  
Sehubungan itu juga Aziz Yusuf Pengerusi SPR perlu juga melepas jawatan untuk memikul tanggungjawab apabila himpunan mencecah 250,000 itu. Himpunan Bersih itu diadakan berpunca dari kedegilan dan kebebalan beliau untuk tidak menerima beberapa tuntutan Bersih. Pasti kalau SPR sedia menerima tuntutan itu himpunan seperti itu tidak akan berlaku.

Iya beliau adalah orang yang diminta oleh perdana meteri untuk tidak memenuhi tuntutan rakyat demi Umno. Atau pun atas kedudukannya dia sebagai ahli Umno juga pasti dia mahu berkhidmat kepada parti. Namun dia tidak sepatutnya menggunakan kedudukan sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas boleh bertindak demikian. Kalau Aziz hendak membela Umno beliau perlu bertanding jawatan tertinggi parti dan masa itu baru boleh dipulihkan Umno.

Abdul Aziz Yusuf
Kalau Aziz ada maruah dia perlu melepas jawatan selepas himpunan itu berjaya. Jika tidak dunia akan mempersoalkan dimanakah maruah beliau sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas, adil, telus dari segala penjawat jawatan lain. Implikasi dari Bersih itu sebenarnya sudah tidak ada guna Aziz terus memegang jawatan itu kerana beliau akan disumpah sepanjang jalan beliau menuju ke pejabat SPR. Kalau beliau ada integriti beliau kena melepas jawatan itu sesegera mungkin.

Selain dari Ismail Omar dan Aziz Yusuf seorang lagi perlu mengambil tanggung jawatan dan maruah itu dia dimaksudkan itu Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Hishamuddin juga perlu meletask jawatan. Dia kena bertanggungjawab sebagai seorang penguasa politik.

Sekiranya mereka tetap diam membisu dan memakan wang rakyat setelah menganiaya rakyat dengan jawatan dan bidang kuasa mereka miliki, mereka akan dikecam dan disumpah sepanjang hayat. Mahukah mereka? Kalau mereka seorang berintegritri seperti bangsa Jepun, Korea hatta India, mereka akan melepaskan jawatan. Kalau mereka seorang beriman dengan agama (Islam) mereka juga kena melepasnya kerana agama tidak mengajar mereka bertindak begitu dan mereka perlu bertaubat
http://msomelayu.blogspot.com/