Ahad, 13 Mei 2012

Sakit angker

10 PENYAKIT PALING ANEH DI DUNIA

1. Penyakit Kaki Gajah (Elephantiasis)
Penyakit kaki gajah atau Lymphatic Filariasis dapat dikenali dari bentuk kaki atau lengan penderita yang membesar. Penyakit ini disebabkan oleh cacing parasit, iaitu Wuchereria Bancrofti, Brugia Malayi dan Brugia Timori yang semuanya dapat disebarkan oleh nyamuk. Penyakit ini telah menyerang lebih dari 120 juta orang diseluruh dunia. Penyakit ini merebak apabila nyamuk betina yang membawa parasit ini menggigit seseorang, larva yang disebut microfilariae menyebar di dalam aliran darah, larva ini dapat bertahan hidup bertahun – tahun lamanya. Selalunya, kesan penyakit ini muncul setelah setahun dijangkiti.

2. Progeria
Progeria disebabkan oleh satu perubahan kecil di dalam kod genetik janin, tetapi perkara ini telah menghancurkan dan mengubah hidup seseorang. Rata-rata anak yang lahir dengan penyakit ini akan meninggal pada umur 13 tahun, kerana tubuh mereka mengalami penuaan lebih cepat seperti kebotakan, penyakit jantung, lemah tulang dan radang sendi. Berita baiknya adalah penyakit ini sangat jarang terjadi, hanya sekitar 48 orang sahaja yang menderita penyakit ini di seluruh dunia, tetapi ada sebuah keluarga yang mempunyai 5 anak yang semuanya menderita penyakit ini.

3. Werewolf Syndrome
Ketika rambut mula tumbuh di wajah kanak – kanak yang berumur 2 tahun bernama Abys DeJesus, doktor segera mengenali gejala tersebut sebagai Human Werewolf Syndrome. Penyakit ini disebut Werewolf Syndrome kerana seseorang dengan penyakit ini diseluruh tubuhnya akan ditumbuhi rambut seperti Werewolves.

4. Blue Skin Disorder
Sebuah keluarga besar yang dikenal sebagai “orang biru” tinggal di bukit di sekitar Troublesome Creek di Kentucky . Mereka adalah Blue Fugates. Kebanyakan dari mereka hidup sehingga umur 80 tahun. Mereka tiada penyakit serius, hanya kulit sahaja yang berwarna biru. Penyakit ini diwariskan secara turun-temurun. Orang dengan penyakit ini kulitnya akan berwarna biru, plum, atau hampir ungu.

5. Pica
Orang yang menghidapi penyakit ini mempunyai kemahuan untuk memakan benda – benda bukan makanan seperti tanah, kertas, najis haiwan dan tanah liat. Meskipun penyakit ini dikaitkan dengan kekurangan mineral, pakar kesihatan tidak menemui penyebab pasti dan ubat untuk penyakit ini.

6. Vampire Disease : Takut Matahari
Pengidap penyakit ini ketika keluar rumah akan selalu menghindari sinaran matahari, jika tidak kulit mereka yang terkena matahari akan melecur. Kadangkala, kulit mereka akan terus melecur meskipun baru terkena sinaran matahari. Mereka bukan pontianak ( vampire ), tidak meminum darah dan tidur didalam keranda, cuma mereka memiliki gejala seperti si penghisap darah itu.

7. Alice in Wonderland Syndrome
AIWS or Micropsia adalah suatu keadaan yang mempengaruhi persepsi penglihatan manusia. Objek akan kelihatan lebih kecil daripada objek sebenar. Umumnya objek yang dilihat akan kelihatan sangat jauh atau kelihatan sangat dekat sekali pada waktu yang sama. Contohnya seekor anjing akan kelihatan sebesar tikus atau kereta akan mengecil seperti mainan. Keadaan ini berkaitan dengan persepsi sahaja, kesalahan otak mengolah informasi bukan kerana struktur mata si pesakit yang rosak.

8. Blaschko’s Lines
Penyakit ini adalah sangat aneh dan tidak dapat dijelaskan, pertama kali diperkenalkan pada tahun 1901 oleh ahli dermatologi dari Jerman bernama Alfred Blaschko’s. Penyakit ini tidak memiliki gejala yang dapat diramalkan, kesan penyakit ini adalah timbulnya bentuk V pada tulang belakang atau S pada dada dan perut.

9. Walking Corpse Syndrome
Suatu sindrom akibat tekanan mental dimana pesakit merasa seperti kehilangan sebagian tubuhnya atau keseluruhan badannya. Seringkali mereka merasa telah meninggal dan menjadi mayat berjalan. Khayalan ini biasanya berkembang, dengan pesakit dapat mencium bau daging tubuhnya yang mereput atau merasakan ada cacing merayap di kulitnya. Peristiwa terjadi kepada orang yang kekurangan tidur atau menderita sakit jiwa akibat mengambilan dadah jenis amphetamine dan cocaine.

10. Jumping Frenchman Disorder
Ciri – ciri utama penyakit ini adalah pesakit benar-benar terkejut oleh suatu suara atau penglihatan yang tak dijangka. Biasanya reaksi orang yang normal akan menoleh ketika ada suara atau sesuatu di belakang kita, tetapi pengidap penyakit ini akan mengeluarkan reaksi yang aneh seperti memukul lengannya, menjerit atau berbicara berulang-ulang sesuatu perkataan…hmm..mcm penyakit latah je…hehe~

blind 24




Please take few seconds to Read this story.. It's Worth..!

A 24 year old boy seeing out from the train's window shouted...
"Dad, look the trees are going behind!"
Dad smiled and a young couple sitting nearby, looked at the 24 year old's childish behavior with pity, suddenly he again exclaimed...
"Dad, look the clouds are running with us!"
.
The couple couldn't resist and said to the old man...
"Why don't you take your son to a good doctor?"
.
The old man smiled and said...
.
"I did and we are just coming from the hospital, my son was blind from birth, he just got his eyes today.
.
MORAL..........!
.
Every single person on the planet has a story. Don't judge people before you truly know them. The truth might surprise you.

Sabtu, 12 Mei 2012

Tak berkat

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

Gaji min

Oleh: lonewolf

"Putrajaya, 30 April 2012 - Pengumuman penetapan kadar gaji minima sektor swasta di Malaysia telah disampaikan oleh pemerintah pada 30 April 2012 jam 9.00 malam sempena hari pekerja 1 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 (RM4.33 sejam) dan RM800 (RM3.85 sejam) bagi Sarawak, Sabah dan Labuan. Gaji minimum akan dikaji semula dari semasa ke semasa selaras dengan produktiviti negara, kemampuan dan daya saing.

Pemerintah menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Tiada Guna Gaji Minima, Rakyat Mahukan Jaminan Keperluan Asas, Makanan, Pakaian dan Tempat Tinggal

Di dalam sistem ekonomi sekular kapitalis, jumlah gaji yang dibayar kepada pekerja akan menentukan kos pengeluaran yang harus ditanggung oleh majikan. Jika kos pengeluaran meningkat disebabkan perlaksanaan tersebut, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada harga barang keluaran.

Jadi, apalah gunanya jika gaji ‘dinaikkan’ kepada jumlah minima dan pada masa yang ‘harga barang keluaran juga naik’.

Sungguhpun pemerintah berjanji akan mengawal kenaikan harga barangan, namun kebiasaannya kenaikan tetap berlaku.

Selagi ekonomi sekular kapitalis memandang tenaga kerja hanya daripada aspek material dan alat untuk meraih manfaat semata-mata, selagi itulah tujuan mendasar melaksanakan gaji minima ini tidak akan dapat dicapai.

Tambahan lagi, bagi pekerja bawahan yang hidup di kota-kota besar, adakah jumlah yang dicadangkan itu (RM900.00) benar-benar dapat menampung kos kehidupan mereka? Jawapannya TIDAK!!!

Sedangkan ramai golongan pekerja pertengahan seperti penyelia dan juruteknik pun tidak dapat mengecapi kehidupan yang makmur dan sejahtera di tengah-tengah kota raya yang dikelilingi pemungut hutang.

Di dalam Islam, tenaga kerja tidak dianggap sebagai objek atau alat untuk meraih manfaat semata-mata tetapi setiap pekerja dipandang sebagai seorang manusia yang mempunyai keperluan dan tanggungjawab untuk dipenuhi.

Bagi pekerja yang gajinya rendah dan tidak mampu untuk memenuhi keperluan diri dan keluarganya, negara akan menjamin semua aspek pemenuhan samada ia melibatkan keperluan asas seperti 

  1.  makanan,
  2.  pakaian dan
  3.  tempat tinggal serta juga
  4.  keperluan lain seperti elektrik,
  5.  air,
  6.  pendidikan dan
  7.  kesihatan.
Jadi, dengan semua jaminan yang diberikan itu, tidak ada sebab untuk negara Islam melaksanakan gaji minima kerana di dalam Islam jumlah gaji bukan satu penanda aras kepada kesejahteraan dan kemakmuran.

Kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara ditentukan melalui kaedah dan hukum berkaitan pengagihan dan pemilikan kekayaan negara iaitu Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah .

Belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negara umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan usaha menjadi Negara Maju tetapi rakyat masih lagi miskin merempat muflis berhutang papa kedana.

Khatimah


Wahai mereka yang memegang kekuasaan pemerintahan! Kalian sendiri tahu bahawa kalian kini berada di dalam dilema akibat dari sistem sekular kufur demokrasi yang kalian terapkan. Kalian bimbang jika gaji dinaikkan, pelbagai masalah akan timbul, antaranya kos buruh negara akan meningkat dan ini akan menyebabkan pelabur asing mencari negara lain untuk melabur.

Kalian bingung ketika berhadapan dengan masalah ini, namun kalian tidak pula pernah berpaling kepada Islam untuk menyelesaikannya. Malah lebih buruk, kalian palingkan muka kalian dari Islam dan kalian rangkul penyelesaian kufur yang pastinya akan membawa lebih banyak kerosakan.

Islam menjamin keperluan rakyatnya dengan menyediakan peluang pekerjaan untuk setiap rakyat yang mampu bekerja. Islam meringankan beban rakyat dengan menjamin hak setiap individu rakyat dalam mendapatkan keperluan asas – makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Selain itu, hak-hak masyarakat seperti pendidikan, kesihatan dan lain-lain juga dijamin oleh Islam. Selain dari itu, hukum pekerjaan di dalam Islam akan memastikan bahawa setiap pekerja akan mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Jaminan-jaminan ini secara pasti akan melepaskan setiap individu rakyat, tidak kira dari golongan pekerja mahupun tidak, dari tekanan-tekanan kehidupan yang kini di alami oleh para pekerja yang terpaksa tunduk di bawah sistem kapitalis yang kejam ini."
 

Jadullah

Di Perancis sekitar 50 tahun yang lalu, ada seorang berbangsa Turki berusia 50 tahun bernama Ibrahim yang bekerja sebagai penjual makanan di sebuah kedai. Kedai tersebut terletak di sebuah pangsapuri di mana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang mempunyai seorang anak bernama Jad, berumur 7 tahun.

Jad, si anak Yahudi Hampir setiap hari mendatangi kedai tempat di mana Ibrahim bekerja. Setiap kali hendak keluar dari kedai, Jad sering mengambil sepotong coklat milik Ibrahim tanpa izinnya.



Pada suatu hari selepas belanja, Jad terlupa dan tidak mengambil coklat ketika hendak keluar, dan tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahu bahawa ia terlupa mengambil sepotong coklat sebagaimana kebiasaannya.
Jad terkejut, kerana ia mengira bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang ia lakukan selama ini. Ia pun segera meminta maaf dan takut jika saja Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada orang tuanya.

“Tidak mengapa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap kali kamu mahu keluar dari sini, ambillah sepotong coklat, itu adalah milikmu,” ujar Ibrahim.

Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang seorang Muslim kini menjadi layaknya seorang ayah dan teman akrab bagi Jad si anak Yahudi.
Sudah menjadi kebiasaan Jad setiap kali menghadapi masalah, ia selalu datang kepada Ibrahim. Dan setiap kali Jad selesai bercerita, Ibrahim selalu mengambil sebuah buku dari laci, memberikannya kepada Jad dan kemudian menyuruhnya untuk membukanya secara rawak.

Setelah Jad membukanya, kemudian Ibrahim membaca dua helai darinya, menutupnya dan mula memberikan nasihat dan penyelesaian kepada masalah Jad. Beberapa tahun pun berlalu dan begitulah hari-hari yang dilalui Jad bersama Ibrahim.

14 Tahun berlalu
Jad kini telah menjadi seorang pemuda gagah dan berumur 24 tahun, sedangkan Ibrahim ketika itu berumur 67 tahun. Alkisah, Ibrahim akhirnya meninggal, namun sebelum wafat ia telah menyimpan sebuah kotak yang dititipkan kepada anak-anaknya di mana di dalam kotak tersebut ia letakkan sebuah buku yang selalu ia baca setiap kali Jad berunding kepadanya.
Ibrahim berwasiat agar anak-anaknya nanti memberikan buku tersebut sebagai hadiah untuk Jad, seorang pemuda Yahudi.

Jad baru mengetahui wafatnya Ibrahim ketika puteranya menyampaikan wasiat untuk memberikan sebuah kotak. Jad pun merasa terkejut dan sangat sedih dengan berita tersebut, kerana Ibrahim yang selama ini memberikan penyelesaian dari semua permasalahannya, dan Ibrahim satu-satunya teman sejati baginya.

Hari-hari pun berlalu, setiap kali dirundung masalah, Jad selalu teringat Ibrahim. Kini ia hanya meninggalkan sebuah kotak. Kotak yang selalu ia buka, di dalamnya tersimpan sebuah buku yang dulu selalu dibaca Ibrahim setiap kali ia mendatanginya.

Jad lalu cuba membuka lembaran-lembaran buku itu, akan tetapi kitab itu mengandungi tulisan berbahasa Arab sedangkan ia tidak boleh membacanya. Kemudian ia pergi ke salah seorang temannya yang berbangsa Tunisia dan memintanya untuk membacakan dua helai dari kitab tersebut. Persis sebagaimana kebiasaan Ibrahim dahulu yang selalu memintanya membuka lembaran kitab itu dengan rawak saat ia datang berunding.

Teman Tunisia tersebut kemudian membacakan dan menerangkan makna dari dua helai yang telah ia tunjukkan. Dan ternyata, apa yang dibaca oleh temannya itu, mengena persis ke dalam permasalahan yang dialami Jad kala itu. Lalu Jad bercerita mengenai permasalahan yang sedang menimpanya. Lantas teman Tunisianya itu memberikan penyelesaian kepadanya sesuai apa yang ia baca dari kitab tersebut.

Jad pun menjadi kagum. Kemudian dengan penuh rasa ingin tahu ini bertanya, “Buku apa ini?”
Ia menjawab, “Ini adalah Al-Quran, kitab suci bagi umat Islam!”
Jad seakan tidak percaya, sekaligus merasa takjub. Lalu ia kembali bertanya, “Bagaimana caranya menjadi seorang Muslim?”
Temannya menjawab, “Mengucap syahadah dan mengikut syariat!”
Setelah itu, dan tanpa ada rasa ragu-ragu, Jad lalu mengucapkan syahadah, ia telah kembali kepada Islam.

Islamkan 6 juta orang
Kini Jad sudah menjadi seorang Muslim, kemudian ia menukar namanya menjadi Jadullah Al-Qur’ani sebagai rasa takzim atas kitab Al-Quran yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh masalah hidupnya selama ini. Dan sejak itulah ia memutuskan akan menghabiskan sisa hidupnya untuk berkhidmat menyebarkan ajaran Al-Quran.

Mulanya Jadullah mempelajari Al-Quran serta memahami isi kandungannya, dan seterusnya beliau berdakwah di Eropah hingga berjaya mengislamkan 6,000 Yahudi dan Nasrani.
Suatu hari, Jadullah membuka lembaran-lembaran Al-Quran hadiah dari Ibrahim itu. Tiba-tiba ia mendapati sebuah lembaran bergambarkan peta dunia.

Pada saat matanya tertuju pada gambar benua Afrika, nampak di atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan di bawah tanda tangan itu tertuliskan ayat:
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!" [QS. An-Nahl ayat 125]
Ia pun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan ia memutuskan untuk melaksanakannya.

Beberapa waktu kemudian, Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke negara-negara Afrika, antaranya adalah Kenya, selatan Sudan (yang majoriti penduduknya adalah Nasrani), Uganda serta negara-negara sekitarnya. Jadullah berjaya mengislamkan lebih dari 6 juta orang dari puak Zulu. Ini baru satu suku kaum, belum dengan suku-suku kaum yang lain.

Akhir Hayat Jadullah
Jadullah Al-Qur’ani, seorang Muslim sejati, pendakwah hakiki, menghabiskan umur 30 tahun sejak keislamannya untuk berdakwah di negara-negara Afrika yang gersang dan berjaya mengislamkan jutaan orang.
Jadullah meninggal dunia pada tahun 2003 yang sebelumnya sakit. Kala itu beliau berusia 54 tahun, beliau meninggal dunia ketika masa-masa berdakwah.

Kisah yang tak selesai
Ibu Jadullah Al-Qur'ani adalah seorang wanita Yahudi yang fanatik, ia adalah wanita berpendidikan dan pensyarah di salah satu institusi perguruan tinggi. Ibunya baru memeluk Islam pada tahun 2005, dua tahun sepeninggalan Jadullah iaitu saat berumur 70 tahun.

Sang ibu bercerita bahawa (ketika puteranya masih hidup) ia menghabiskan masa selama 30 tahun berusaha sekuat tenaga untuk mengembalikan anaknya agar kembali menjadi Yahudi dengan pelbagai macam cara, dengan segenap pengalaman, kelebihan ilmu dan kemampuannya, akan tetapi ia tidak dapat mempengaruhi anaknya untuk kembali menjadi Yahudi.

Sedangkan Ibrahim, seorang Muslim tua yang tidak berpendidikan tinggi, mampu melunakkan hatinya untuk memeluk Islam, hal ini tidak lain kerana Islamlah satu-satunya agama yang benar.

Yang menjadi pertanyaannya, “Mengapa Jad si anak Yahudi memeluk Islam?”
Jadullah Al-Qur'ani bercerita bahawa Ibrahim yang dia kenal selama 17 tahun tidak pernah memanggilnya dengan kata-kata: “Hai orang kafir!” atau “Hai Yahudi!” dan Ibrahim tidak pernah  mengucapkan, “Masuklah agama Islam!”
Bayangkan, selama 17 tahun Ibrahim tidak pernah sekalipun mengajarnya tentang agama, tentang Islam atau pun tentang Yahudi. Seorang tua Muslim yang sederhana itu tak pernah mengajaknya berbincang masalah agama. Akan tetapi ia tahu bagaimana menuntun hati seorang anak kecil agar terikat dengan akhlak Al-Quran.

Kemudian dari kesaksian Dr Shafwat Hijazi (salah seorang pendakwah terkenal di Mesir) yang suatu saat pernah mengikuti sebuah seminar di London dalam membahas permasalahan Darfur serta penyelesaian pengendalian dari ajaran Kristian, beliau berjumpa dengan salah satu pimpinan suku Zulu.

Apabila ditanya apakah ia memeluk Islam melalui Jadullah Al-Qur'ani?, Ia menjawab, tidak! namun ia memeluk Islam melalui orang yang diislamkan oleh Jadullah Al-Qur'ani.

Subhanallah, akan ada berapa banyak lagi orang yang akan masuk Islam melalui orang-orang yang diislamkan oleh Jadullah Al-Qur'ani. Dan Jadullah Al-Qur'ani sendiri memeluk Islam melalui tangan seorang muslim tua berbangsa Turki yang tidak berpendidikan tinggi, namun mempunyai akhlak yang jauh dan jauh lebih luhur dan suci.

Begitulah kisah tentang Jadullah Al-Qur'ani, kisah ini merupakan kisah nyata yang diterjemahkan dari catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat yang digelar sebagai “Syeikh golongan Revolusioner Mesir.” Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota Lembaga Fatwa Mesir yang ditembak syahid dalam sebuah insiden di Kaherah pada hari Jumaat, 16 Disember 2011 lalu.
Kisah nyata ini layak untuk kita renungi bersama di masa-masa penuh fitnah seperti ini. Di saat ramai orang yang sudah tidak mengindahkan lagi cara dakwah Qurani. Mudah mengkafirkan, fasih mencaci, mendakwa sesat, menyatakan bidah, melaknat, memfitnah, padahal mereka adalah sesama muslim.

Suatu ketika dulu pendakwah kita telah berjuang mati-matian menyebarkan Tauhid dan mengislamkan orang-orang kafir, namun kenapa sekarang orang yang sudah Islam, dikafir-kafirkan dan dituduh syirik? Bukankah kita hanya diwajibkan menghukumi sesuatu dari yang tampak saja? Sedangkan masalah batin biarlah Allah yang menghukuminya nanti. Kita sama sekali tidak diperintahkan untuk membelah dada setiap manusia agar mengetahui kadar iman yang dimiliki setiap orang.

Mari kita renungi kembali surat Thaha ayat 44 iaitu Perintah Allah Subahanhu Wa Ta’ala kepada Nabi Musa dan Harun, ketika mereka akan pergi mendakwahi Firaun.

Allah berfirman: 
فقولا له قولا لينا لعله يتذكر أو يخشى
“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Bayangkan, Firaun yang jelas-jelas kafir laknatullah, namun ketika berdakwah dengan orang seperti ia pun, harus tetap dengan kata-kata yang lemah lembut, tanpa menyebut dia Kafir Laknatullah!

Lalu apakah kita yang hidup di dunia sekarang ini ada yang lebih Islam dari Nabi Musa dan Nabi Harun? Atau adakah orang yang saat ini lebih kafir dari Firaun, di mana Al-Quran pun merakam kekafirannya hingga kini?

Maka alasan apa bagi kita untuk tidak menggunakan dakwah dengan kaedah Al-Quran? Iaitu dengan hikmah, nasihat yang baik, dan perbincangan menggunakan hujjah yang kuat namun tetap sopan dan santun?

Wajar dalam dakwah yang perlu kita perhatikan adalah bagaimana cara kita agar mudah menyampaikan kebenaran Islam ini.

Oleh itu, jika sekarang kita dapati ada orang yang kafir, boleh jadi di akhir hayatnya Allah akan memberi hidayah kepadanya sehingga ia kembali kepada Islam.

Bukankah Umar Al-Khattab RA dulu juga pernah memusuhi Rasulullah SAW? Namun Allah berkehendak lain, sehingga Umar pun mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam.

Lalu jika sekarang ada orang Muslim, boleh jadi di akhir hayatnya Allah mencabut hidayah darinya sehingga ia mati dalam keadaan kafir. Na'udzubillah tsumma Na'udzubillahi min dzalik.

Kerana sesungguhnya dosa pertama yang dilakukan Iblis adalah sombong dan angkuh serta merasa diri sendiri yang paling suci sehingga tak mahu menerima kebenaran Allah dengan sujud hormat kepada Nabi Adam AS.
Oleh kerana itu, boleh jadi Allah mencabut hidayah daripada seorang Muslim yang tinggi hati, lalu memberikannya kepada seorang kafir yang rendah hati. Segalanya tiada yang mustahil bagi Allah.

Marilah kita pertahankan akidah Islam yang telah kita peluk ini, dan jangan pernah mencicip ataupun memamah akidah orang lain yang juga telah memeluk Islam serta bertauhid.

Kita adalah saudara seislam seagama. Saling mengingatkan adalah baik, saling melindungi akidah sesama Muslim adalah baik. Marilah kita sentiasa berjuang bahu-membahu demi perkara yang baik-baik saja.