10 PENYAKIT PALING ANEH DI DUNIA
1. Penyakit Kaki Gajah (Elephantiasis)
Penyakit kaki gajah atau Lymphatic Filariasis dapat dikenali dari bentuk kaki atau lengan penderita yang membesar. Penyakit ini disebabkan oleh cacing parasit, iaitu Wuchereria Bancrofti, Brugia Malayi dan Brugia Timori yang semuanya dapat disebarkan oleh nyamuk. Penyakit ini telah menyerang lebih dari 120 juta orang diseluruh dunia. Penyakit ini merebak apabila nyamuk betina yang membawa parasit ini menggigit seseorang, larva yang disebut microfilariae menyebar di dalam aliran darah, larva ini dapat bertahan hidup bertahun – tahun lamanya. Selalunya, kesan penyakit ini muncul setelah setahun dijangkiti.
2. Progeria
Progeria disebabkan oleh satu perubahan kecil di dalam kod genetik janin, tetapi perkara ini telah menghancurkan dan mengubah hidup seseorang. Rata-rata anak yang lahir dengan penyakit ini akan meninggal pada umur 13 tahun, kerana tubuh mereka mengalami penuaan lebih cepat seperti kebotakan, penyakit jantung, lemah tulang dan radang sendi. Berita baiknya adalah penyakit ini sangat jarang terjadi, hanya sekitar 48 orang sahaja yang menderita penyakit ini di seluruh dunia, tetapi ada sebuah keluarga yang mempunyai 5 anak yang semuanya menderita penyakit ini.
3. Werewolf Syndrome
Ketika rambut mula tumbuh di wajah kanak – kanak yang berumur 2 tahun bernama Abys DeJesus, doktor segera mengenali gejala tersebut sebagai Human Werewolf Syndrome. Penyakit ini disebut Werewolf Syndrome kerana seseorang dengan penyakit ini diseluruh tubuhnya akan ditumbuhi rambut seperti Werewolves.
4. Blue Skin Disorder
Sebuah keluarga besar yang dikenal sebagai “orang biru” tinggal di bukit di sekitar Troublesome Creek di Kentucky . Mereka adalah Blue Fugates. Kebanyakan dari mereka hidup sehingga umur 80 tahun. Mereka tiada penyakit serius, hanya kulit sahaja yang berwarna biru. Penyakit ini diwariskan secara turun-temurun. Orang dengan penyakit ini kulitnya akan berwarna biru, plum, atau hampir ungu.
5. Pica
Orang yang menghidapi penyakit ini mempunyai kemahuan untuk memakan benda – benda bukan makanan seperti tanah, kertas, najis haiwan dan tanah liat. Meskipun penyakit ini dikaitkan dengan kekurangan mineral, pakar kesihatan tidak menemui penyebab pasti dan ubat untuk penyakit ini.
6. Vampire Disease : Takut Matahari
Pengidap penyakit ini ketika keluar rumah akan selalu menghindari sinaran matahari, jika tidak kulit mereka yang terkena matahari akan melecur. Kadangkala, kulit mereka akan terus melecur meskipun baru terkena sinaran matahari. Mereka bukan pontianak ( vampire ), tidak meminum darah dan tidur didalam keranda, cuma mereka memiliki gejala seperti si penghisap darah itu.
7. Alice in Wonderland Syndrome
AIWS or Micropsia adalah suatu keadaan yang mempengaruhi persepsi penglihatan manusia. Objek akan kelihatan lebih kecil daripada objek sebenar. Umumnya objek yang dilihat akan kelihatan sangat jauh atau kelihatan sangat dekat sekali pada waktu yang sama. Contohnya seekor anjing akan kelihatan sebesar tikus atau kereta akan mengecil seperti mainan. Keadaan ini berkaitan dengan persepsi sahaja, kesalahan otak mengolah informasi bukan kerana struktur mata si pesakit yang rosak.
8. Blaschko’s Lines
Penyakit ini adalah sangat aneh dan tidak dapat dijelaskan, pertama kali diperkenalkan pada tahun 1901 oleh ahli dermatologi dari Jerman bernama Alfred Blaschko’s. Penyakit ini tidak memiliki gejala yang dapat diramalkan, kesan penyakit ini adalah timbulnya bentuk V pada tulang belakang atau S pada dada dan perut.
9. Walking Corpse Syndrome
Suatu sindrom akibat tekanan mental dimana pesakit merasa seperti kehilangan sebagian tubuhnya atau keseluruhan badannya. Seringkali mereka merasa telah meninggal dan menjadi mayat berjalan. Khayalan ini biasanya berkembang, dengan pesakit dapat mencium bau daging tubuhnya yang mereput atau merasakan ada cacing merayap di kulitnya. Peristiwa terjadi kepada orang yang kekurangan tidur atau menderita sakit jiwa akibat mengambilan dadah jenis amphetamine dan cocaine.
10. Jumping Frenchman Disorder
Ciri – ciri utama penyakit ini adalah pesakit benar-benar terkejut oleh suatu suara atau penglihatan yang tak dijangka. Biasanya reaksi orang yang normal akan menoleh ketika ada suara atau sesuatu di belakang kita, tetapi pengidap penyakit ini akan mengeluarkan reaksi yang aneh seperti memukul lengannya, menjerit atau berbicara berulang-ulang sesuatu perkataan…hmm..mcm penyakit latah je…hehe~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan