Khamis, 17 Mei 2012

Kire Umah


Cuba kita perhatikan rumah yang berkeluasan tanahnya 22×70.
Bangunan yang dibina atas tanah itu hanya 40×22=880 kaki persegi
kos untuk membina meliputi harga barang dan upah pekerja:-
1 kaki persegi = RM60.00
880 kaki persegi x RM60.00 = RM52,800.00
kos tanah:-
1 kaki persegi = RM20.00
keluasan tanah=70×22=1540kaki persegi
1540 x RM20.00 = RM30,800.00
Jumlah kos pembinaan rumah + kos tanah:-
RM52,800 + RM30,800 = RM83,600
Harga yang boleh diletakkan oleh Pemaju kepada Pembeli:-
RM83,600 x 2 = RM167,200.00
(Pemaju terpaksa meletakkan harga 2 kali ganda untuk menampung kos lain-lain kemudahan yang ia bina seperti pagar, jalan tar, Taman Permainan, Surau, Pili Bomba dan lain-lain.
Pemaju tidak menjual terus kepada pembeli kerana mengelakkan terperangkap dengan lain-lain masalah.
Orang tengah memainkan peranan membeli daripada pemaju dengan harga RM167,200.00 dan menjual kepada pembeli dengan harga RM334,400.00 seunit.
Kos membina rumah sebanyak RM60.00 sekaki persegi adalah kos yang paling murah.Kebiasaan boleh mencapai hingga RM100.00 ka persegi mengikut kawasan.
Kos harga tanah RM20.00 adalah anggaran disebabkan harga mengikut kawasan.Di kawasan luar bandar antara RM13.00 hingga RM15.00 kaki persegi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan