Assalamualaikum, Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyertai bersih 3.0, tapi saya tidak mempunyai blog. Manalah tau kalau kalu kisah saya yang takseberapa ini dapat memberi sedikit manafaat keopada sesiapayang membaca nya. pihak tuan bolehlah meng"edit" mana-mana yang patut. saya bukan penulis, cuma meluahkan apa di hati saya.
Kalaulah ada satu-satunya penyesalan dalam hidup aku ialah, aku tak begitu kenal arwah abah, dan tak cuba untuk mengenali dia semasa hayat dia. Yang aku tahu abah seorang yang tegas dan garang, dan tak banyak yang aku tahu tentang abah. Tetapi semasa abah mendapat jemputan khas sempena sambutan kemerdekaan sebagai salah seorang yang tercatat namanya sebagai penentang Malayan_Union, itulah masa aku paling bangga dengan abah.
Kalaulah ada satu-satunya penyesalan dalam hidup aku ialah, aku tak begitu kenal arwah abah, dan tak cuba untuk mengenali dia semasa hayat dia. Yang aku tahu abah seorang yang tegas dan garang, dan tak banyak yang aku tahu tentang abah. Tetapi semasa abah mendapat jemputan khas sempena sambutan kemerdekaan sebagai salah seorang yang tercatat namanya sebagai penentang Malayan_Union, itulah masa aku paling bangga dengan abah.
Penubuhan parti serpihan Semangat 46 telah menyaksikan abah begitu marah dengan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Sebagai seorang yang begitu memuja Dr. Mahathir, aku tak begitu memahami atau cuba untuk memahami abah, dan sedikit sebanyak makin menjauhkan kami.
Abah meninggal semasa aku di semester akhir. Keputusan aku untuk tidak menyambung pengajian telah memeranjatkan ahli keluarga aku, terutamanya emak. Pemergian abah agak meninggalkan kesan pada aku, kerana takda apa lagi untuk aku buktikan. Aku Cuma ingin abah berkata, “Man, abah bangga dengan engkau”.
Seperti kebanyakan pemuda-pemuda lain, aku tidak mengambil kisah sangat tentang politik tanahair, cuma yang aku tahu segala-gala nampak baik-baik sahaja, kerana kita mempunyai seorang pemimpin dan Ketua Negara yang sangat di percayai untuk memimpin negara. Tetapi tahun 1998 telah mengubah pandangan aku. Sedikit demi sedikit aku mula melihat di manakah asasnya kemarahan abah itu. Semenjak itu juga aku cuba mencari sebanyak yang boleh maklumat tentang segala kepincangan yang telah berlaku dalam negara kita. Semakin banyak aku mencari, semakin banyak aku nampak perkara-perkara yang aku rasa sukar untuk aku terima, sebagai seorang rakyat. Sejak itu aku menjadi“majoriti senyap” Bertukarnya dua kepimpinan Negara semakin menambahkah lagi segala kepincangan.
Semasa Perhimpunan Bersih 1.0 aku hanyalah antara beberapa ramai “majority senyap”yang hanya menyaksikan dari jauh sahaja, melalu media-media alternatif, dan berharap agar aku ada keberanian dan begitu mengagumi mereka-meraka yang begitu berani. Aku malu dengan diri aku kerana tidak dapat berbuat sesuatu, dan akhirnya aku cuba memberanikan diri untuk menyertai Perhimpunan Bersih 2.0. Dalam keadaan berbelah bagi, aku tak dapat betul-betul ‘menyertai”nya kerana terlalu banyak sangat halangan, ataupun mungkin hanya alasan, kerana aku masih tidak cukup berani agaknya.
Aku telah bertekad untuk tidak membuat kesilapan lagi. Perhimpunan Bersih 3.0, aku berada di sana seawal jam 10 pagi untuk memastikan aku berada betul-betul di hadapan Dataran Merdeka, untuk menunjukkan segala apa yang aku dan orang lain tidak setuju dengan apa yang kerajaan lakukan. Segala macam kezaliman, penyelewengan, penindasan dan segala sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan buruk mereka.
Apabila aku berada di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, betul-betul di hadapan Dataran Merdeka, yang kita semua dilarang memasukinya, aku dapat lihat bendera Malaysia berkibar megah, seolah-olah melambai kepada kita semua, anak-anak yang mencintai bumi yang kita pijak ini. Segala hiruk pikuk seolah-olah hilang seketika. Wajah abah terbayang di depan mata aku. Dengan penuh semangat dia melaungkan segala laungan-laungan penentangan kepada British. Untuk seketika, semangat abah meresap dalam tubuh aku dan inilah rasanya untuk menjadi seorang yang merdeka.
Wajah abah hilang seketika apabila terdengan bunyi letupan dan satu bau yang sangat tidak menyenangkan, nafas aku terasa amat sesak, mata dan kulit terasa teramat pedih. Orang ramai berada dalam keadaan yang sangat kelam kabut. Tiada tempat untuk bergerak oleh kerana kesesakan yang disebabkan oleh terlalu ramai sangat manusia. Tiba-tiba aku rasa terlalu marah, geram, sedih dan berbagai-bagai perasaan lagi. Tak pernah dalam hidup aku, aku berasa terlalu tidak berdaya seperti ini. Apakah salah kami? Apa? Mereka langsung memekakkan telinga tidak mendengar, menutup mata tidak melihat, pernahkah mereka merasa apa yang kami rasa? Layakkah kah kami terima semua ini? Di manakah kemanusian?
Dalam kesesakan nafas dan kepedihan mata, aku cuba membuka mata dan melihat seorang pemuda Cina mencurahkan air kemukanya, dan menghulurkan botol kearah aku. Aku rasa dia langsung tak tahu pun siapa yang berada di sebelah dia. Aku capai botol itu dan mencurahkan baki air ke muka aku. Dalam keadaan cuba mencari perlindungan, seseorang memberi aku garam untuk di sapu di muka dan di makan. Dalam perjalanan, aku lihat seorang Pakcik berbangsa India sedang di kerumi. Masing-masing membiarkan muka mereka untuk di sembur dengan sejenis penyembur. Aku pun meletakkan muka aku untuk disembur sama. Aku tak tahu apakah bendanya itu, tetapi ianya amat melegakan.
Tiba-tiba air mata kepedihan oleh gas pemedih mata, bertukar menjadi air mata terharu. Terharu diatas apa yang sedang aku alami. Seorang Cina yang dahulunya selalu dikatakan sebagai Komunis dan seorang India yang bukan sebangsa dengan aku, memberikan bantuan tanpa memikirkan apa-apa, aku rasa malu dengan apa yang telah mereka buat untuk memecahkan kita. Rupa-rupanya perkauman ini merupakan senjata yang ampuh, yang digunakan oleh Sang Penguasa untuk terus berkuasa.Manusia mempunyai naluri yang sama. Inginkan keadilan, keamanan dan satu tempat yang dapat dikongsikan bersama. Bila kita mempunyai satu keinginan yang sama, garis pemisah antara bangsa akan terputus. Dan untuk pertama kali aku rasa terlalu bangga menjadi rakyat Malaysia “Aku tidak sendiri lagi”. Segala ketakutan aku selama in telah terpadam.
Bila kewarasan kembali menguasi diri, aku mendungak kelangit, menyerahkan diri aku kepada Sang Pencipta. DIA yang mengengenggam jiwaku, hanya DIA yang layak menghukum, siapalah aku? Aku hanya seorang hamba.
Tiba-tiba wajah abah kembali di hadapan mataku dan segalanya semakin jelas bagi aku.Akhirnya aku faham. Abah cuma inginkan suatu yang lebih baik untuk anak-anak dan generasi akan datang, sama seperti kita semua. Tapi aku tidak pasti adakah abah dilayan seperti ini oleh British?
Di keheningan petang 28.4.2012 itu, dari jauh aku dapat lihat semburan air dan asap dan orang ramai sedang melarikan diri. Di celah-celah asap itu aku dapat lihat sinar untuk hari esok. Usaha Pak Samad dan yang lainnya tidak sia-sia. Aku bangga menjadi sebahagian dari sejarah, dan aku takkan di jajah lagi. Aku bangga untuk menceritakan kepada anak-anak dan cucu-cucu aku kalau aku masih diizinkan untuk hidup, bahawa aku bukannya sesiapa dan aku tak tahu kalau aku dapat menyumbang apa-apa, tapi aku banga untuk berada bersama-sama orang-orang yang bebas dan “hidup”. Aku akan beritahu mereka yang kematian bukan bermula ketika nafas kita terhenti. Bila kita membiarkan diri dan jiwa kita sentiasa dibelengu dan tidak melakukan apa-apa untuk membebaskanya, kita sebenarnya sudah mati.
Kalaulah abah masih hidup, inilah yang menyatukan kita. Tiba-tiba aku seakan terdengar abah membisikkan ketelinga aku, “Man, abah bangga dengan engkau”
Anak Pagoh
Ab Rahman Awang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan