بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 11 Mei 2012
anak polis
Assalamualaikum, Terdetik hati ni nak menulis sedikit nukilan tentang peristiwa Bersih yang terjadi baru2 ni. Bersih yang sebelum ni aman menjadi agak tragis apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Siapa yang tidak mahu bersih, saya suka bersih, manusia normal akan suka bersih, perhimpunan bersih menuntut kerajaan memenuhi 8 tuntutan supaya pilihanraya diadakan secara Fair and Clean, rakyat biasa yang tidak celik atau tidak amik pot akan memandang remeh perkara ini dan menganggap bersih ni adalah sebahagian dari dakyah pembangkang, rusuhan dan mampu menggugat keselamatan negara.
Oleh yang demikian, ada yang bertepuk tangan melihat rakyat di henyak, dibelasah, dimaki oleh polis polis yang dilihat muda dan masih baru dlm menghadapi tugasan ini. Rakyat pula menggelarkan polis2 ini seperti anjing yang dicucuk hidung mengikut tuannya dan mengigit apabila diarahkan berbuat demikian.
Rakyat2 yang bertangan kosong tidak mengira usia dibelasah semahu mahunya oleh individu yang punya kuasa ditangannya. Saya sebagai anak polis tidak terasa apabila polis digelar begitu, polis sebagai goverment servant dilihat sepatutnya menjaga dan melindungi rakyatnya dari penjenayah tapi kini dilihat sebaliknya. Polis yg kini disanjungi dipandang serong oleh masyarakat yang celik .
Kenapa saya tak terasa dengan panggilan anjing tu? saya rasa panggilan itu tepat kearah segelintir polis yang menyakiti rakyat dan tidak valid utk polis yang baik hati. ayah saya yang saya kenali adalah seorang polis yang sangat baik (dia pun tak sokong bersih), ketika kawan2nya yang lain memberi "duit kopi" kepada pegawai tinggi utk naik pangkat, ayah saya memilih untuk tidak berbuat demikian, dia kata dia tidak akan beri anak2nya makan hasil sumber yang tidak halal, Maka kekallah ayah saya dengan pangkat kopral sehingga pencen akibat tidak pandai membodek. ketika anggota2 lain membawa balik mercun yang dirampas utk anak2 mereka, ayah saya tidak pernah berbuat begitu kerana dia tahu perbuatan itu salah.
Semasa menjadi anak polis, byk perkara yang saya lihat tidak baik berlaku kepada polis2 terutamanya yang bujang. Walaupun mereka polis, mereka masih melakukan kesalahan seperti menghisap ganja, pil kuda, syabu dan sebagainya di bilik2 mereka.
Perkara ini saya tahu dari rakan saya yg juga anak anggota join sekaki dan perkara ni dilihat sebagai perkara biasa. Ironinya, kawan saya yang join sekaki itupun sekarang sudah menjadi anggota polis. Semasa bermastautin di Utara 3 tahun yang lepas, rumah bujang saya pernah diserbu oleh anggota2 polis yang mengesyaki aktiviti dadah di rumah saya yang dimana saya tidak terlibat dan kesudahannya kawan saya di angkut ke balai.
Saya tak kisah jika kawan saya tu di angkut jika benar dia bersalah, tetapi janganlah di ambil barangan seperti handphone dan wang yang ada di dalam dompetnya tu. ini menguatkan teori Ayah saya yang yang Polis ni termasuk dlm P yang lain seperti Pencuri, Perompak dan Perogol yang juga bermula ngan huruf P.Pernah satu ketika dulu negara digemparkan dengan sebilangan senjata2 polis seperti steyr dan revolver dicuri dari gudang senjata di kem saya dipercayai untuk dijual juga dilakukan oleh anggota polis yang tidak berakhlak .
Anda bayangkan bagaimana akhlak anggota2 polis seperti ini yang dikerahkan untuk menjaga rakyat, adakah anda pasti negara kita aman dijaga oleh orang2 sebegini?Itu belum masuk lagi kes international yang membabitkan anggota polis dalam edisi pengeboman warga Mongolia yang hangat satu ketika dulu. Adakah negara kita aman? Fikirkan sekali lagi.
Berbalik kepada himpunan Bersih, saya menyertai himpunan bersih di penang baru2 ni di padang kota, saya lihat tiada Fru,Barb Wire seperti yang dilihat di dataran merdeka, himpunan berlangsung dengan aman dimana rakyat diberikan hak utk berkumpul tidak seperti yang berlaku di dataran merdeka. Polis2 yang bertugas semasa perhimpunan di penang cuma bersantai di atas bas berbeza dengan rakan mereka di dataran merdeka.
Saya percaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku tanpa provokasi dari pihak polis. Berikan hak rakyat untuk berhimpun. Ada yang kata peserta bersih ni adalah mengikut telunjuk ambiga, sedangkan perkara yang di perjuangkan adalah untuk menuntut keadilan. Berbeza dengan polis2 yang mengikut telunjuk Ketua Polis dan Menteri untuk melanyak rakyatnya sendiri, bangsanya sendiri, saudara seagamanya sendiri? Data2 dlm kamera wartawan di padam dengan alasan SOP, padahal untuk cover up kejadian membelasah rakyat dari dipertontonkan kepada dunia.
Saya petik kata2 dari ustaz yang dikasihi iaitu Dr Asri Zainul Abidin,
Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga. si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)
Benar anda hanya "menjalankan tugas" dari pihak atasan, tetapi hendaklah dilakukan dengan bertimbang rasa, taatilah perintah Allah di tempat pertama, penuhilah keredhaan Allah terlebih dahulu sebelum memenuhi keredhaan orang atasan anda itu. Anda bukan musuh rakyat bahkan diperlukan rakyat, tetapi yang tidak betul yang menimbulkan kebencian awam adalah tindakan sendiri yang menyalahi prinsip prinsip keadilan dan keamanan.
Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Azhar
sumber: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=14246
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan