Khamis, 17 Mei 2012

IPO


Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda.
Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms.
Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di’halau’ dpd majlis tandatangan borang tsb.
90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh.
Surat Tanggung Kerugian menulis….
‘ SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2,
DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI’.
Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu… yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil.
Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ‘ penyenaraian yang sakit’. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan.
Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat.
Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut.
Hubungi-
Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757,
Aris Fezol 0199855883,
Zolkifli Abu Osman 0194653701,
Yohanis 0133039913.
ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!
Pada yang ada rakan-rakan anak kelahiran bumi FELDA. Tolong share maklumat ini pada mereka, jika tak mahu lihat mereka merana, sesal tak sudah di hari kemudian.
34sytecx May 17, 2012 at 5:39 pm
ya sememangnya sanggat tepat ulasan anda..
saya yg bertahun dlm pasaran saham ni pon boleh pelik kenapa semudah ini cara yg diambil utk perdayakan org ramai!!
Isa samad kata,’xpe lah biar je amik saham ni nti lepas sehari dua boleh jual’ – Bicara rakyat,rtm1 (4/5/2012)
tetapi saya difahamkan bahawa setiap peneroka tidak mempunyai kuasa utk melakukan transaksi jual beli secara terus.mesti melalui pejabat felda! jadi mcm mana boleh ada pegangan saham oleh peneroka sedangkan mereka tidak ada sebarang kuasa pada saham2 yg patut mereka miliki(melalui pinjaman yg dh dibuat)?
35SONDOL May 17, 2012 at 11:02 pm
Siapa yang akan menerima durian yang betul-betul runtuh sehingga terkambus bila FELDA disenaraikan mari kita lihat……
1;..Broker saham …berdasarkan % IPO.
2:…OOOMAR Setapa….komisen dari lanun dan penyamun…
3:..Para pengarah dan pengurusan tertinggi….saham percuma dan diskaun..
4:..Menteri berkaitan….proksi..
5:..PENEROKA ……tanggung hutang runtuh…tak mampu bayar …..bank tuntut bayaran…..tak bayar ,
,dipaksa lelong tanah ….
6:…Kalau tidak ada muslihat mengapa pula peneroka dipaksa membeli saham FELDA,mengapa peneroka tidak diberi pilihan samaada berminat membeli atau tidak saham tersebut…
7;..Mengapa penyenaraian ini perlu dibuat dengan tergesa-gesa macam orang nak lari malam,tanpa sebarang kajian terperinci serta pandangan pelbagai pihak yang berkepentingan…kalau benar-benar jujur untuk membantu warga felda,mengapa pandangan warga felda tidak diambil kira, sedangkan ianya mengenai kepentingan mereka bukannya kepentingan mana-mana individu…..Nampak sangat agenda jahat IPO ini.
Sasaran utama adalah tanah yang terletak dikawasan stategik….Kapitol Land sedang ghairah mencari tanah di negara ini…felda mungkin dalam senarai…..
36Dewana May 17, 2012 at 7:09 pm
Saya rasa pun mcm betul juga. Apabila BN menang harga saham felda akan dijatuhkan dengan dahsyat sekali. Maka peneroka terpaksa menanggung kerugian kejatuhan harga tersebut. Ada 200 000 unit pun tak guna kalau harga 1 unitnya tinggal hanya 10 sen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan