Khamis, 17 Mei 2012

Tingkap Terjun


http://www.ibnuhasyim.com,17 Mei 2012



Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
  • Pemimpin yang adil;
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

Umaah



Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.

Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.

Selasa, 15 Mei 2012

bangkitlah!!!!


Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
(An-Najm, 53: 39)

Kebanyakan students & termasuklah saya
selalu anggap yang
markah tinggi-tinggi, gempak, hebak, mantap & seangkatan dengannya
dinobatkan dengan suke & girangnye sebagai pelajar yang cemerlang & gah di seantero pra-sekolah, tadika, sekolah mahupun di universiti.

Dan kebanyakan students & termasuklah juge saya sekali lagi
akan mengeluh & kadang-kadang teriak
kalau dapat paper je
tengok-tengok
markah rendah, cukup-cukup makan minum, atas-atas pagar sekolah, ala-ala kadar & sama waktu dengannya.

Kita rabun & kadang-kadang, silau kan?
Ujian bukan hanya teletak pada kegagalan
Cubaan bukan hanya terletak pada kehampaan
Dugaan bukan hanya terletak pada keputus asaan.

Kita tak bersyukur.
Dapat markah sikit je
Dapat markah corot je
terus konyok-konyokkan kertas
remuk-remukkan paper
supaya kawan sebelah tak sempat nak intai.
Sikit lafaz syukur pun kita tak sempat nak ucap
Cube bayang
ramai lagi remaja sebaya kita ni
takde peluang langsung nak timba ilmu macam kita sekarang.
Kita insan yang terpilih & mempunyai tanggungjawab.
pernahkah kita terfikir?

Kegagalan bukan untuk diratapi & bukan juga untuk dikesali
tetapi dijadikan kegagalan sebagai pembakar semangat diri
agar lebih bertenaga di kemudian hari.
Senyummm =)


Sebaliknya,
kejayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian & cubaan dari Yang Maha Mengetahui.
Try duduk sorang-sorang
cube teka kenapa Allah tak berikan kejayaan & kemasyuran untuk kali ini?
Kita ingat Allah tak makbulkan doa kita.
Walhal sebenarnya,
kalau dilihat dari mata hati & bukan dari mata realiti
Allah nak selamatkan kita dari sesuatu.

Kemungkinan besar,
kalau Allah kurniakan kita kejayaan & kemasyuran pada ketika itu
kita akan bongkak, riak, pandang langit tinggi mendongak & pandang orang yang dibawah kerek tak beragak.
Kita tak mampu untuk cakap,
"tak mungkin la..
takkan aku macam tu kot.."
sebab Allah laagi Maha Mengetahui
segala yang tersirat & tersurat.
We've limited knowledge so we've limited freedom in our life. Don't think that u're the best planner because Allah is The Most Best Planner ever. We can't assume & predict exactly what will happen in our future. So, we've to depend on Him tightly because we've limited knowledge.
Just, keep on praying, never hesitate & trust on Him. 
Hebat kan rahmat Allah =)

Bagi mereka yang berjaya
tak beerti Allah tak nak selamatkan anda dari penyakit yang berbahaya kat atas tadi
tapi Allah sebenarnya telah
memilih anda
untuk memegang amanah & tanggungjawab yang besar
iaitu
kongsikan ilmu itu pada mereka yang lain & amalkan ilmu itu dalam kehidupan seharian.
Ilmu bukan hanya terletak pada transcript tetapi tersemat di dalam hati hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah.


Ingat ni.
Kalau ilmu yang diajarkan kepada seseorang itu
diamalkan oleh mereka malah di 'share'kan juge pada mereka-mereka yang lain
pahala telah dikreditkan terus menerus ke dalam bank amalan anda selama mana ia masih di amalkan.
Andai kata telah sampai waktunya kita kembali menghadap Ilahi
jangan risau sebab pahala akan terus menerus juge di kreditkan.
Tak macam pelaburan saham kan? =)

Peringatan ini khas buat sahabat-sahabat & terutamanya untuk diri sendiri yang selalu sangattt lupe rentetan kurangnya makan kurma & kismis ;D

Bersyukurlah teman-teman =)


Hari Guru 2012


ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.
Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."
Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."

Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.

Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.


“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012”


Sekian Wassalam