Jumaat, 18 Mei 2012

Pejabat Agama


"AKU sudah tidak sanggup hidup susah. Selepas ditinggalkan suami, aku buntu bagaimana harus aku membesarkan anak yang masih kecil secara sendirian. "Hendak bekerja selesa, aku tidak pernah masuk universiti. Jadi, aku sekadar mencuba nasib dalam lapangan yang tidak memerlukan sijil tinggi.
"Bermula sebagai pelayan di sebuah kelab malam, rupa parasku tidak henti-henti dipuji ratusan pelanggan.
"Nekad dengan tawaran yang dijanjikan, aku tinggalkan maruah seorang wanita dan berpegang pada gelaran pegawai perhubungan pelanggan (GRO)." Begitulah bingkisan rasa yang dibenam bekas GRO yang hanya mahu dikenali sebagai Luna ini.
Wanita ini baru berusia 26 tahun manakala anak lelakinya berumur 6 tahun. Rumah tangga yang dibina bersama bekas suami runtuh angkara orang ketiga. Sejak detik itu, Luna hanya mengejar wang ringgit. Fasa tiga tahun bergelumang dalam kegelapan banyak mendidik Luna tentang nilai sebuah kehidupan.
Janji-janji lelaki berhidung belang, diperalat ibu bapa sendiri dan duit yang tidak pernah mencukupi membayangi kehidupan wanita bertubuh genit ini. "Mula-mula saya merahsiakan pekerjaan sebenar daripada ibu bapa tetapi lama-kelamaan mereka hairan dengan pendapatan yang saya miliki.
"Hampir setiap hari saya memberi mereka wang memandangkan anak saya dijaga oleh mereka. Selepas berterus-terang, mereka hanya diam dan tidak pula meminta saya berhenti," keluh Luna kecewa.
Pada permulaan profesion hitam tersebut, Luna tidak mengambil masa lama untuk memancing 'ikan besar'. Untung kecantikan yang dimilikinya, Luna diambil bekerja oleh seorang usahawan Jepun di ibu kota sebagai pembantu peribadi.
Dunia GRO ditinggalkan sementara dan Luna fokus pada tugas baharunya itu. Bak kata pepatah, terlepas daripada mulut buaya, masuk ke mulut harimau, hidup Luna tidak banyak bezanya selain memenuhi serakah lelaki dari Negara Matahari Terbit itu.
"Saya bekerja dengan lelaki Jepun yang berusia 40-an itu selama lima bulan. Dia perlu kembali ke negaranya semula dan apa yang melucukan, dia ingin saya ikut balik ke Jepun.
"Saya diberi masa seminggu tinggal di Jepun dan jika tiada masalah, saya boleh menetap terus tetapi saya belum bersedia," ujar Luna.

Sekali terjebak, pasti sukar berpaling lagi. Luna kembali bekerja di kelab yang sama. Setahun mengabdi diri, Luna berubah angin ke sebuah pusat hiburan yang terkenal dalam kalangan golongan berada. "Sebanyak 80 peratus pengunjung tempat itu lelaki Melayu berusia 30 tahun ke atas.
"Majoriti mereka sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan hebat. Sudah tentu kelompok pelanggan sebegini disukai gadis GRO kerana poket tidak akan pernah kering. "Di situ saya bertemu dengan seorang lelaki Melayu yang merupakan pelanggan tetap saya. Hubungan kami bertukar menjadi lebih peribadi, jadi saya berhenti kerja sekali lagi dan tinggal bersamanya.
"Selama setahun saya hidup dengan duda muda itu. Kami berniat untuk berkahwin tetapi ditentang ibu bapanya."Semenjak itu, dia seperti acuh tak acuh dengan hubungan kami," singkap Luna yang terus angkat kaki dan kembali bergelar GRO.
Setiap malam, Luna membenarkan tangan-tangan lelaki miang menjalar pada segenap tubuhnya. Dibiar sahaja bibirnya dikucup tanpa sekelumit berahi. "Apa yang saya fikir ketika menjalin asmara dengan mereka ialah duit yang bakal diterima," akui Luna.
Tidak dinafikan habuan bergelar GRO sangat lumayan iaitu mencecah belasan ribu ringgit dalam sebulan. "Kadang-kadang saya dapat RM1,000 untuk tip sahaja dalam sehari. Bayangkan sahaja kalau semua pelanggan yang ditemui mewah sebegitu?
"Agak menghairankan, duit tidak pernah cukup. Ibu bapa pula semakin berani meminta macam-macam daripada saya. "Segala permintaan mereka saya tunaikan. Pernah sekali, saya terpaksa dapatkan RM5,000 dalam masa tiga hari bagi menampung tiket penerbangan dan perbelanjaan mereka ke luar negara.
"Hati saya terguris dengan sikap mereka. Saya tahu saya silap, tetapi mereka alpa dengan kemewahan yang disogokkan. Mereka sanggup melihat anak sendiri tersesat daripada landasan agama," kesal Luna.

Tahun ketiga sebagai GRO mempertemukan Luna dengan seorang lagi jejaka. Kali ini, dia lebih berhati-hati. Buat kesekian kalinya, Luna meninggalkan kerjaya GRO dan ditaja sepenuhnya lelaki tersebut. Lelaki yang telah berkahwin itu mempunyai dua orang anak namun sedang mengalami krisis rumah tangga.
Pada awalnya, Luna dan lelaki itu hidup berasingan tetapi selepas sah bercerai, mereka tinggal sebumbung. Selepas setahun bersekedudukan, mereka ditangkap khalwat dan mendirikan rumah tangga. Perlahan-lahan, bayangan sebagai GRO pudar daripada pandangan mata Luna. Kemewahan bukan keutamaan, cukuplah dia ditemani anak dan suami tercinta.
"Saya bersyukur sebab suami turut mengambil inisiatif mengubah diri. Kami menyelami ilmu agama dan hidup dengan lebih tenang. "Mujur ketika menjadi GRO saya tidak membeli kereta atau rumah. Jika tidak, pasti sukar untuk lari daripada kerja itu kerana perlu membayar pembiayaan aset-aset tersebut," cerita Luna yang telah tiga kali menggugurkan kandungan sepanjang menjadi GRO.
Pengalaman yang ditempuhi Ruby, 28, pula disulami selembar babak pahit. Tugas seorang GRO bukan sekadar melayan kerenah lelaki malah perlu bijak memberikan kata-kata manis. "Semua GRO perlu tahu mengambil hati pelanggan. Kadang-kadang niat itu bukan hendak menggoda tetapi sering disalah erti.
"Kesannya, saya pernah dikasari beberapa lelaki akibat menolak keinginan mereka untuk bersetubuh. "Ada pula kes membabitkan isteri dan teman wanita pelanggan yang datang menyerang saya kerana menyangka kami mempunyai hubungan istimewa.
"Pelanggan yang baru berjinak-jinak ingat semua GRO boleh dibawa ke ranjang sedangkan ada yang hanya bekerja mengikut had. "Misalnya, segelintir GRO memang bertugas menemani pelanggan menyanyi dan tidak melibatkan sentuhan fizikal apatah lagi berasmara.
"GRO yang memilih untuk menggadaikan maruah dibayar dengan harga yang jauh lebih tinggi. "Namun, bukan semua pusat hiburan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan," jelas Ruby yang telah mendampingi kerjaya itu sejak tahun 2005 lagi.
Seperti Luna, Ruby juga beberapa kali cuba menyelamatkan diri daripada terus hanyut sebagai GRO. Ruby pernah berhenti untuk tiga bulan tetapi desakan keluarga yang memerlukan perbelanjaan tinggi memaksa wanita itu berpatah balik.

Ibarat tiada noktah, Ruby memperdagangkan diri bagi menampung kos persekolahan adik-adiknya. Tanggungjawab selaku anak sulung cukup menyeksa Ruby sehingga dia tidak lagi mengendahkan pandangan serong orang terhadap dirinya.
"Pada tahun 2010 saya berhenti lagi dan kali ini ada sedikit perubahan. Saya tidak bergantung sepenuhnya pada pekerjaan itu kerana pada siang hari, saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. "Semenjak itu, saya jarang bekerja malam dan hanya datang demi memenuhi permintaan pelanggan tetap.
"Semakin lama dalam bidang ini, saya bertambah letih dan banyak berfikir tentang tujuan hidup yang sebenar," ceritanya. Tambah Ruby, GRO dikelaskan kepada dua kategori. Kelompok pertama terdiri daripada mereka yang digelar kaki kikis manakala yang kedua ialah GRO yang betul-betul bekerja bagi memperbaiki kesempitan hidup.
GRO kaki kikis selalunya mengambil kesempatan atas kemewahan yang dilimpahkan pelanggan kepada mereka. Golongan sebegini sanggup berbuat apa sahaja asalkan kehendak materialistik mereka dipenuhi. Merujuk pada dunia GRO, kumpulan kaki kikis lebih digemari pelanggan kerana tuntutan batin mampu dilaksanakan dengan baik. Berbeza pula dengan GRO yang masih memiliki pertimbangan, mereka sering didekati lelaki budiman.
"Memang ada pelanggan yang baik hati. Selalunya mereka akan bertanya kenapa bekerja macam ini, bercerita masalah keluarga dan kerja namun mereka tidak berbuat apa-apa dengan saya. "Lelaki sebegini tidak lokek memberi duit apatah lagi selepas mengetahui saya ada anak dan adik yang perlu ditanggung.
"Nama pun GRO, terpaksa tebalkan muka menerima pemberian tersebut," jelas Ruby yang tidak percaya pada pelanggan yang mengajaknya berkahwin. Sebagai GRO yang masih belum meninggalkan dunia itu secara rasmi, Ruby tidak bercadang untuk kekal berada dalam kancah maksiat itu. Berdasarkan pemerhatiannya, GRO yang sudah berusia sukar membina hidup baharu.
"Lebih menyedihkan apabila kebanyakan GRO yang berumur 35 tahun ke atas sudah bersuami dan apa yang anda rasa melihat suami mereka sendiri hantar isteri pergi kerja menjual maruah?" bentak Ruby yang jelik dengan sikap lelaki dayus sebegitu.

Pili Reis


Piri Reis

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Konstantinopel, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum pernah ditemui sehingga tahun 1818!

Kemudian mereka terus membuat kajian mendalam lagi, mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang kerana ia adalah sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat daripada kulit rusa.

Peta aneh tersebut dipersembahkan kepada Arlington T. Mallerey iaitu seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula 'lega' kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Kononnya sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenali kompas dan bintang-bintang! Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin diberitahukan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.

Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey kerana peta tersebut didapati ternyata sangat TEPAT!

Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.
Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H Hapgood dan Richard W Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahawa peta kuno itu berkemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit!!

Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)

Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.

Peta itu adalah karya Muhiddin Piri Reis. Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16.

RIWAYAT MUHIDDIN PIRI REIS

Piri Reis lahir pada tahun 1465, di Gallipoli, Turki, yang merupakan wilayah pantai. Ayahnya bernama Haci Mehmet, sedangkan bapa saudaranya merupakan seorang laksamana terkenal ketika itu, Kemal Reis.

Seperti anak-anak yang pada umumnya yang dipengaruhi suasana sekelilingnya, sejak kecil lagi beliau bergelut dengan pantai dan kebiasaan untuk berlayar. Tidak menghairankan ketika umurnya baru 12 tahun, beliau telah bergabung bersama bapa saudaranya, Kemal Reis.

Meskipun masih remaja, rupanya beliau sarat dengan pengetahuan. Beliau tidak merasa kekok berlayar bersama bapa saudaranya. Dan itu rupanya menjadi petanda awal kepada kerjayanya mengharungi lautan dan samudera bersama Kemal Reis. Selama 14 tahun Kemal Reis memberi bimbingan kepada anak saudaranya itu.

Kesultanan Uthmaniyyah telah memberinya kedudukan terhormat kepada beliau dalam Angkatan Laut Diraja pada tahun 1494. Tambahan pula dengan kehadirannya telah menjadikan angkatan laut Kesultanan Uthmaniyyah semakin kuat. Mereka terkenal, dengan perjuangan tanpa putus asa bagi menegakkan Islam.

Kemasukan Kemal Reis ke dalam Angkatan Laut Diraja telah membawa Piri bersama-sama juga ke dalamnya. Ia tetap berada di bawah arahan bapa saudaranya, walaupun beliau telah mulai dipercayai untuk menjadi pemimpin bagi pasukan kecil.

Meskipun sibuk dengan urusan Tentera Dirajanya, namun apabila beliau mempunyai kelapangan Piri seringkali pulang ke kampung halamannya. Di sana beliau akan mencatatkan setiap perjalanannya selama ini ke dalam sebuah karya; peta. Akhirnya terbukti, pada tahun 1513 ia mampu menghasilkan sebuah peta dunia. Dalam karyanya itu, ia memetakan Laut Atlantik serta pantai-pantai di Eropah, karyanya diberi tajuk I-Bahriye.

Pada tahun 1516-1517, Piri Reis diberi mandat bagi memimpin sebuah pasukan Kerajaan Uthmaniyyah untuk pergi melawan Mesir. Dalam kesempatan ini Piri telah berlayar ke Kaherah melalui Nil dan kemudian menggambarkannya ke dalam sebuah peta dan memberikan maklumat yang terperinci tentang wilayah tersebut.

Setelah Mesir bergabung dengan Kesultanan Uthmaniyyah, Piri memiliki pula kesempatan melakukan hubungan peribadi dengan pemegang tampuk kekuasaan di sana, Yavuz Selim. Maka beliau memperlihatkan peta hasil buatannya kepada sultan. Hasil karyanya itu juga dimasukkan ke dalam Bahriye.

Piri juga pernah mengalami pertempuran yang dahsyat ketika bersama bapa saudaranya disaat melawan pasukan dari Venesia pada tahun 1520. Dan pasukan Uthmaniyyah ketika itu akhirnya berjaya menewaskan musuhnya. Kejadian ini merupakan kemenangan yang besar bagi Kerajaan Uthmaniyyah.

Kegembiraan yang beliau rasakan kemudian berubah menjadi duka. Bapa saudaranya yang dikasihinya, Kemal Reis telah mati akhirnya. Untuk menggantikan posisi Kemal Reis, pihak pemerintah kemudian melantik Piri Reis untuk menjadi Laksamana Kesultanan Uthmaniyyah.

Meskipun Piri telah menjadi laksamana yang begitu padat kegiatannya, beliau tetap meluangkan masa untuk menuliskan catatan setiap perjalanannya. Pada tahun 1528 hingga 1529, Piri melengkapi peta pertamanya yang tercantum dalam I-Bahriye.

Kali ini, beliau berhasil memetakan wilayah Barat Daya Atlantik, sebuah wilayah yang disebut dunia baru yang terletak dari Venezuela hingga ke bahagian selatan Greenland. Jadi, tidaklah hanya kemenangan di laut yang beliau mampu rasakan.

Dengan kenyataan ini, Piri Reis juga telah memberikan sumbangan bagi ilmu pengetahuan, terutama Geografi dan Nautika atau Ilmu Pelayaran. Ilmu yang mereka kembangkan tidak hanya berguna bagi kalangan Islam, namun kepada seluruh dunia.

Laksamana Piri Reis telah memberikan sumbangan bagi kebesaran Kesultanan Uthmaniyyah, juga keharuman Islam. Ia telah melakarkan prestasi besar dengan karyanya I-Bahriye yang menjadi panduan bagi orang-orang selepasnya dalam mengharungi dunia pelayaran. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1554.

Semua karyanya akhirnya dijumpai dalam dunia moden. Itulah yang diceritakan pada awal artikel ini. Ketepatannya dan bagaimana ia difoto dari pandangan atas amat menghairankan ramai orang. Sehingga ada pendapat yang mengatakan ia menggunakan teknologi makhluk asing untuk menghasilkan peta tersebut! Ada juga pendapat yang mengatakan ia adalah peta yang dibuat oleh bangsa-bangsa yang hilang seperti Atlantis ataupun Lemuria. Bangsa-bangsa ini dikatakan mempunyai tamadun dan teknologi yang tinggi.

Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti Illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander yang Agung, 8 peta karya ahli geografi Muslim, 4 peta Portugis, dan 1 peta hasil karya Columbus.

Kemudian peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkaskan untuk dijadikan sebagai satu peta dunia. Ini bersesuaian dengan pengakuan Piri Reis;

''Di dalam abad ini (Pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya, '' kata Piri Reis lagi,''Ia dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai ...''

Walaupun begitu, bagaimana Piri membuat pengubahsuaian sehingga menghasilkan peta yang begitu tepat dan benar melampaui kronologi sejarah amat mengkagumkan. Malah sangat tepat jika ditinjau dari segi kronologi geografi.

Contohnya, Greenland digambarkan sebagai dua buah pulau yang berbeza. Kejanggalan ini akhirnya berakhir setelah dibuktikan oleh para penyelidik Perancis yang telah melakukan kajian ke atas ekspedisi ke kutub. Mereka menyatakan bahawa ketika itu terjadi gempa bumi yang membuatkan lapisan ais merekah dan menghasilkan ruang pemisah atau belahan pada Greenland.

Pada Januari 1966, di majalah Fate, Profesor Charles H Hapgood menjelaskan penemuan yang mengagumkan tersebut. Ini merupakan perkara yang luar biasa, Piri dapat memetakan sebuah wilayah yang dimana seorang pun tidak dapat menemui Antartika ketika itu sehinggalah tahun 1818.

Menariknya, Hapgood benar-benar tercengang, betapa lengkapnya peta tersebut dan langsung mengubah anggapannya selama ini bahawa orang-orang Islam tidak memiliki ilmu kartografi yang baik!. Ilmuwan Jerman, P Kahle, melakukan analisis dan mengiktiraf bahawa Piri merupakan seorang ahli kartografi yang handal dan terhebat sepanjang zaman.

Jadi bagaimana dengan kita sebagai umat Islam? Adakah kita masih memikirkan bahawa Islamlah pembawa kemunduran, kolot dan ketinggalan zaman? (atau agama keganasan?-ini adalah pandangan paling primitif pada masa kini). Kita diajar di sekolah tentang sumbangan tokoh-tokoh Barat kepada kemajuan dunia, sehingga tergenggam ijazah di tangan pun masih manis mulut memuji-muji kecerdikan tokoh-tokoh Barat.

Tahukah anda para sarjana Barat benar-benar mengagumi para ilmuwan Islam dahulukala? Tahukah anda bahawa untuk membina superkomputer Blue Gene/L (ini adalah superkomputer yang terpantas di dunia, selaju 136.8 teraflop persaat-trillion pengiraan titik perpuluhan persaat) nenek moyang para jurutera IBM yang hidup pada zaman kegelapan Eropah terpaksa melutut meminta secebis ilmu daripada pensyarah-pensyarah mereka yang beragama Islam di universiti-universiti seluruh empayar Islam. Para cendekiawan Barat hari ini telah menulis banyak buku yang merakam sumbangan dunia Islam kepada dunia. Tetapi buku-buku seperti ini cuba digam, diharamkan atau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Inilah yang berlaku kepada Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Florina, di dalam ucap tamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

"at this civilisation was driven more than anything by invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its matematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nation were afraid of ideas, this civilisation thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilisations, this civilisation kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I'm talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent"

Maksudnya:

"Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Arkiteknya mereka bentuk bangunan yang menentang graviti. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara sedang bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila terdapat halangan mengancam ilmu pengetahuan daripada tamadun silam, tamadun ini pula terus menghidupkan ilmu pengetahuan dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung"

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucap tama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya...

Inilah Barat, masih angkuh, sombong dan tetap mahu mengubah sejarah...
 — 

syiah

Salah satu alasan yang membuat kaum Syiah Rafidhah selalu berbunga-bunga ialah sebagai berikut ... 

[=] Syiah adalah musuh terbesar Amerika dan Israel. 

[=] Syiah adalah musuh utama Zionis Yahudi yang sangat ditakuti kerana punya intalasi nuklear.

Sejarah Syiah: "Selalu Menusuk Ahlus Sunnah dari Belakang. Dan Tak Pernah Perang Melawan Orang Kafir."
[=] Hizbullah adalah sosok kekuatan Syiah yang selalu gagah-berani menghadang barisan Zionis Israel.

[=] Sementara Saudi, Kuwait, dan Qatar, selalu bermanis-manis kata dengan dedengkot Yahudi, iaitu Amerika.

[=] Revolusi Khomeini adalah revolusi Islam yang menginspirasi perjuangan gerakan-gerakan Islam di dunia.

Ya, kurang lebih begitu tuntutan para aktivis agama Parsi (Syiah Rafidhah) ini. Di pelbagai forum, kesempatan, termasuk dalam perbincangan di page ini, alasan-alasan itu selalu mereka munculkan. Seakan-akan, tidak lagi alasan bagi Syiah untuk tetap wujud di muka bumi, selain tuntutan-tuntutan seperti itu.

Lalu bagaimana pandangan kita sebagai Ahlus Sunnah tentang tuntutan kaum Syiah ini?

Mari kita bahas secara ringkas dan praktikal, dengan memohon pertolongan Allah Al Hadi ...

PERTAMA. Kaum Syiah Rafidhah itu terus bekerja keras dan sangat nafsu, agar mereka tetap diakui sebagai Islam, tetap dipandang sebagai Muslim, tetap menjadi sebahagian dari kaum Muslimin sedunia. Hal ini adalah hakikat siksaan spiritual yang Allah turunkan ke atas hati-hati mereka, selamanya. Mereka telah sangat berdosa kerana mencaci, menghina, mengutuk, dan mendoakan keburukan atas isteri-isteri Nabi, para Khulafaur Rasyidin, dan para sahabat Radhiyallahu 'Anhum. Maka Allah pun menjadikan mereka selalu gelisah, takut, dan sangat menginginkan diberi label Islam atau Muslim. Mereka selalu dalam kebingungan seperti ini, seperti Bani Israil yang kebingungan selama 40 tahun di Padang Tiih, kerana telah menghina Nabi Musa 'Alaihissalam dan Allah Ta'ala. Lihatlah manusia-manusia pemeluk agama Parsi (Rafidhah) itu ... mereka kemana-mana membawa laknat atas doa-doa laknat yang mereka bacakan untuk mengutuki manusia-manusia terbaik dari para sahabat Radhiyallahu 'Anhum.

KEDUA. Dalam sejarahnya, sejak zaman Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu sehingga ke hari ini, ketahuilah bahawa Syiah Rafidhah (agama Parsi) ini tidak pernah berjihad melawan kaum kufar, baik itu Nasrani, Yahudi, musyrikin, dan orang-orang atheis. Syiah tidak punya sejarah jihad menghadapi kaum kufar. "Jihad" kaum Syiah sebahagian besar diarahkan untuk menyerang kaum Sunni, sejak zaman dahulu sampai saat ini.

Mula-mula Syiah di Kufah mengundang Husein Radhiyallahu 'Anhu datang ke Kufah, katanya mau dibaiat. Kerana Husein sudah berangkat ke Kufah, oleh penguasa kala itu (Yazid bin Muawiyah) Husein dianggap bughat, sehingga boleh ditewaskan. Waktu tiba di Kufah, tak satu pun kaum Syiah keluar untuk membaiat, menolong dan menyokong Husein. Posisi Husein sangat tersepit, akan kembali ke Madinah, dia sudah dianggap bughat. Meminta bantuan Kufah, tak satu pun Syiah yang akan menolong. Akhirnya, Husein ditumpas di Padang Karbala. Bahkan kala penumpasan itu, tak satu pun hidung Syiah menampakkan diri, walau sekadar untuk menolong korban dari pihak Husein dan keluarganya. Nah, peristiwa pembunuhan beramai-Husein oleh kaum Syiah itulah yang selalu mereka rayakan dan nikmati dalam momen-momen Asyura. Air mata mereka mengutuk para pembunuh Husein, sedangkan hati mereka berucap: "Alhamdulillah Husein dan keluarganya telah binasa di Karbala."

"Jihad" kaum Syiah seterusnya ialah membantu Hulagu Khan (penguasa Mongol) untuk menumpaskan Khilafah Abbasiyah. Kemudian mereka berusaha melenyapkan kaum Sunni di Mesir, tetapi ditumpaskan oleh Nuruddin Mahmud Zanki. Mereka terus menikam perjuangan Salahuddin Al Ayyubi. Mereka juga selalu menjadi musuh Khilafah Turki Uthmaniyah, selalu kerjasama dengan negara-negara Nasrani Eropah untuk melemahkan Khilafah Turki. Di zaman kontemporari, Revolusi Khomeini di Iran telah menumpaskan Ahlus Sunnah di Iran. Mereka juga menikam perjuangan mujahidin di Afghanistan. Mereka membantai Ahlus Sunnah di Iraq, Lubnan, Syria, Yaman, bahkan mereka hampir-hampir menguasai Bahrain.

Singkat kata, tidak ada Jihad kaum Syiah dalam sejarah, selain "jihad" yang diarahkan untuk memusnahkan dan menghancur-leburkan kaum Sunni. Sejarah klasik dan moden sudah memaparkan fakta. Bahkan dalam kes Iran Contra Gate terbongkar skandal besar. Ternyata, di balik gerakan Kontra di Nicaragua, Amerika membekalkan senjata kepada para gerila itu. Dari mana dana? Dari hasil kerjasama jual-beli minyak dengan Iran. Padahal dalam kempen dunia, sudah dimaklumkan bahawa Amerika itu sedang konflik dengan Iran. Tetapi di balik itu ada sandiwara "jual-beli minyak" yang menggelikan. Kes ini sangat terkenal, sehingga seorang kolonel Amerika dikorbankan sebagai tumbalnya.

KETIGA. Apa yang dilakukan Hizbullah (Syiah Rafidhah) di Lubnan kepada Israel? Apakah dia terlibat perang terbuka dengan Israel? Apakah dia menduduki wilayah Israel dan berusaha mengusir penduduk Yahudi? Ternyata, aksi-aksi Hizbullah itu hanya melepaskan tembakan mortar ke arah pasukan Israel atau wilayah Israel. Atau mereka melakukan tembakan senapang, atau tembakan peluru berpandu anti tank. Hanya itu saja. Mereka tidak pernah terlibat perang terbuka vis a vis, seperti para pejuang Ahlus Sunnah di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain. Jadi singkat kata, aksi-aksi Hizbullah itu hanya semacam "main-main" untuk membuang peluru-peluru ringan. Itu saja.

KEEMPAT. Dalam sejarah perang Arab-Israel, sejak merdeka tahun 1948 Israel sudah berkali-kali bertempur dengan pasukan Arab. Yang terkenal adalah perang tahun 48, perang tahun 67, dan perang tahun 70-an. Ia kerap disebut perang Arab-Israel. Setelah itu belum ada lagi perang yang significant. Dalam sejarah ini, lagi-lagi tiada peranan Iran sama sekali. Bahkan ketika Ghaza dihancur-leburkan Israel pada tahun 2008-2009 lalu, Iran lagi-lagi tidak terlibat apa-apa. Jadi, apa yang boleh dibanggakan dari manusia-manusia pemeluk agama Parsi (Syiah Rafidhah) itu?

KELIMA. Menurut Ustaz Farid Okbah, di Iran itu sangat banyak orang-orang Yahudi. Menurut maklumat, jumlahnya boleh mencapai 50.000 jiwa. Mereka boleh hidup aman dan sentosa di Iran, sedangkan Ahlus Sunnah hidupnya sangat menderita disana. Iran bersikap welcome kepada kaum Yahudi, dan sangat ofensif kepada kaum Muslimin. Ini adalah realiti yang sangat menyedihkan. Makanya tidak salah kalau ada yang mengatakan, Rafidhah lebih sadis dari orang-orang kafir lain.

Contoh yang sangat unik ialah kerjasama antara Hamas dan Iran. Banyak orang menyebutkan, Hamas kerap kerjasama dengan Iran. Hal itu konon mengikut sikap Syaikh Al Bana yang dulunya pernah berkata, bahawa Syiah adalah sesama saudara Muslim juga. Mereka sama-sama Ahlul Qiblah. Tetapi realitinya, Ikhwanul Muslimin di Syria dibantai puluhan ribu manusia disana oleh regim Hafezh Assad. Ternyata, regim itu dan anaknya, dibantu oleh Iran juga. Nah, ini kan sangat ironis. Hamas kerjasama dengan Iran, sementara Al Ikhwan di Syria dibantai oleh regim Syria yang disokong oleh Iran.

KEENAM. Propaganda bahawa Syiah Rafidhah itu musuh Zionis Israel, semua ini hanya propaganda belaka. Sejatinya mereka itu teman-karib, sahabat dekat, saling tolong-menolong, sebahagian menjadi wali atas sebahagian yang lain. Mereka ini selamanya tak akan pernah terlibat dalam peperangan. Kaum Yahudi memerlukan Iran, sebagai seteru Ahlus Sunnah. Sedangkan Iran memerlukan Yahudi, juga sebagai seteru Ahlus Sunnah. Dalam hadis Nabi Saw juga disebutkan bahawa kelak dajjal akan muncul dari Isfahan (salah satu bandar di Iran yang saat ini banyak dihuni Yahudi) dan 70.000 pasukan. Yahudi memerlukan Iran, kerana darinya akan muncul pemimpin mereka. Dan dalam literatur-literatur Syiah, sosok dajjal itu sebenarnya adalah sosok "Al Mahdi Al Muntazhar" yang mereka tunggu-tunggu. Begitulah, banyak persamaan kepentingan antara Syiah dan Yahudi.

KETUJUH. Fakta seterusnya yang sangat menakjubkan. Ternyata Syiah Iran juga menjalin kerjasama dengan China dan Rusia, dua negara dedengkotnya Komunis. Mereka ini umumnya kerjasama dalam soal industri, perdagangan, dan jual-beli senjata. Ketika Amerika berniat menjatuhkan hukuman akibat pemasangan nuklear Iran, akan China dan Rusia memveto niat itu. Kedua-dua negara terang-terangan membela Iran. Begitu juga China dan Rusia juga membela regim Bashar Assad (semoga Allah Al Aziz akan memecahkan kepala manusia durjana satu ini, amin ya Mujibas sa'ilin) ​​dari ancaman hukuman antarabangsa. Sedangkan kita tahu, regim Syria sangat dekat koneksinya dengan Iran. Jadi, kita boleh simpulkan sendiri kedudukan Iran di mata China, Rusia, dan regim Syria.

Jadi kalau kemudian kita mendengar propaganda Syiah anti Yahudi, Syiah anti Amerika, Syiah anti Zionis, dan sebagainya ... ya sudahlah, saya akan ketawa saja. Tidak usah dianggap serius. Anggaplah semua itu hanya "olah-raga kata-kata" saja (meminjam istilah seorang ahli politik busuk). Syiah selamanya akan berkawan dengan kaum kufar dan sangat keutamaan dengan kaum Muslimin (Ahlus Sunnah). Mereka itu lahir dari sejarah kita, tetapi wujud dan hatinya milik orang kafir. Na'udzubillah wa na'udzubillah min dzalik.

Semoga artikel sederhana ini bermanfaat. Semoga kita semakin sedar, bahawa Syiah Rafidhah bukanlah kawan. Mereka memerlukan istilah kawan selagi masih lemah. Nanti kalau sudah kuat, mereka akan menghancur-leburkan Ahlus Sunnah. Tetapi cukuplah Allah Ta'ala sebagai Wali, Pelindung, dan Penolong kita. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Penjaga. Walhamdulillahi Rabbil a'alamiin

Khamis, 17 Mei 2012

tahu


Ramai di kalangan warga tentera tidak mengetahui apakah hak-hak mereka di dalam politik termasuk hak-hak serta peraturan buat mereka sewaktu mengundi.  Di sini, KOBAT ingin menjelaskan apa yang terkandung di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera, (PMAT) 1972, Bahagian 3 - KEGIATAN POLITIK DAN PILIHANRAYA, agar menjadi panduan kepada semua warga tentera dan juga kepada semua parti-parti politik.


Warga tentera BOLEH hadir sebagai pemerhati di dalam mana-mana perhimpunan parti politik


PMAT 1972, Bahagian 3; (secara rengkas dan mudah difahami):

Bah 3, 1- Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi ahli sebarang parti politik.

          2 -  Tidak boleh menjadi calon pilihanraya.

          -  Tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik, tidak boleh berucap bagi  pihak mana-mana parti politik, menyiar atau menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi mana-mana parti politik.

          4 -  Tidak boleh hadir mana-mana perjumpaan politik dengan berpakaian seragam, kecuali diarahkan untuk melakukan tugas.

          5 -  Tidak boleh menyampaikan apa jua maklumat samada secara sulit atau terbuka melalui sebarang media berkaitan politik atau sebarang isu yang menjadi perbalahan politik yang menyentuh Angkatan Tentera.

          6 -  TIDAK BOLEH;

               a.  Mengambil bahagian di dalam mana-mana kerja politik atau membantu pilihanraya untuk mana-mana parti politik, perjumpaan mana-mana parti politik atau merayu undi

ATAU;

               b.  Mempamirkan mana-mana pelekat politik di dalam kawasan kem atau kenderaan tentera/kerajaan.

Warga tentera TIDAK BOLEH menjadi perayu undi mana-mana parti politik
         
        7.  Ia BOLEH HADIR di perjumpaan atau perhimpunan politik DENGAN SYARAT bahawa;

               a.  Bukan pada masa bertugas.

               b.  Berpakaian `preman' atau Awam (Tidak rejimental mufti)

               c.  Tidak mengambil apa-apa bahagian di dalam perjumpaan atau perhimpunan itu.

       
          8.   Apabila mengundi, HENDAKLAH BERPAKAIAN `PREMAN' (tidak Rejimental Mufti).

Adakah ini menyalahi Peraturan kerana memakai seragam sewaktu mengundi?  Sila rujuk Peraturan 3, Bil 8.


Semua yang di atas adalah intipati kepada apa yang terkandung di dalam PMAT tersebut yang kami catatkan secara ringkas, bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua warga tentera supaya mereka dapat memahami lebih jelas tentang hak-hak mereka di dalam tentera. 

Secara lojiknya, apabila seseorang warga tentera itu DIBENARKAN mengundi, mereka wajar diberi hak untuk mendengar sebarang bentuk penerangan dari mana-mana parti politik agar mereka boleh membuat pilihan. 

4 Jari


SETIAP daripada kita tahu bahawa agama melarang kita mengumpat atau memperkatakan hal buruk orang lain. Bagaimanapun, menceritakan keburukan orang lain selalu sahaja terjadi dalam kehidupan manusia.
Kita cenderung untuk membincangkan keburukan pihak lain. Sebaliknya, jarang sangat manusia membincangkan keburukan diri sendiri.
Dalam psikologi, hal ini dikenali sebagai bias balik diri (self-serving bias). Semua ini merupakan lumrah bagi sesiapa sahaja. Apabila kita dipuji majikan atau dinaikkan pangkat kerana prestasi yang baik, kita percaya bahawa penilaian yang dibuat majikan itu betul. Sebaliknya, kalau kita dinilai buruk, kita percaya bahawa majikan melakukan hal yang silap.
Ahli sukan seperti pemain bola sepak terkenal dunia pun ada kecenderungan bias balik diri. Apabila mereka menjaringkan gol walaupun dalam keadaan ofsaid, tetapi dipersetujui oleh pengadil, mereka yakin bahawa pengadil membuat keputusan yang betul. Mereka seolah-olah percaya bahawa apa yang dilakukannya itu memang betul, apatah lagi apabila pengadil telah mengesahkannya.
Begitu juga dengan pelajar. Apabila mereka lulus cemerlang, mereka tidak merasa sebarang cacat celanya dengan soalan peperiksaan.
Mereka cenderung menerima keputusan itu. Sebaliknya, jika gagal mereka akan mengkritik pihak lain, misalnya guru yang tidak mengajar dengan baik. Ada juga yang menyatakan bahawa soalan peperiksaan yang diberikan terlalu susah. Banyak kajian dilakukan bagi melihat fenomena itu.
Contoh kajian global
1. Majoriti usahawan merasakan mereka melakukan urusniaga mengikut etika yang betul, walaupun kenyataannya mungkin tidak begitu.
2. Di Australia, 86 peratus pekerja menilai prestasi mereka lebih baik daripada kebanyakan orang. Hanya 1 peratus sahaja menilai diri di bawah paras purata.
3. Di Belanda, kebanyakan pelajar sekolah tinggi menilai diri mereka sebagai lebih jujur, amanah, mesra dan boleh dipercayai berbanding purata pelajar lain.
4. Kebanyakan pemandu, bahkan mereka yang sedang berada di hospital kerana kemalangan jalan raya merasakan diri mereka lebih cekap dan selamat berbanding rata-rata pemandu lain.
5. Ramai orang percaya bahawa diri mereka lebih cerdik, kurang prejudis dan merasakan diri mereka lebih menarik berbanding ahli masyarakat lain.
Perasaan dan ilusi
Hakikatnya, ia hanya ilusi atau sebuah perasaan semata-mata. Semua ilusi ini sedang kita alami setiap hari lalu menjadikan manusia cenderung mencari kesalahan orang lain, berbanding mencermin diri sendiri.
Kajian juga mendapati manusia tidak adil dalam menilai diri sendiri. Manusia cenderung menilai diri sendiri sebagai berubah-ubah mengikut keadaan, sebaliknya menilai orang lain sebagai bersifat kekal dalam sebarang keadaan sekalipun.
Misalnya, apabila melihat salah laku atau kesilapan orang lain, manusia cenderung menyatakan bahawa orang tersebut mempunyai sifat negatif tadi dan ia wujud secara berkekalan.
Sebaliknya, apabila diminta menilai diri sendiri, manusia akan menyatakan bahawa sifat negatif tersebut hanya wujud dalam keadaan tertentu.
Sebagai contoh, sifat pemarah. Kita cenderung menyatakan bahawa kita hanya menjadi pemarah dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Semua ini menjadikan, dalam kehidupan sebagai manusia, kita lebih banyak menghabiskan masa dengan membincangkan keburukan pihak lain berbanding mencari kebaikan mereka. Manusia juga sibuk memperkatakan mengenai kehebatan diri sendiri berbanding memperkatakan tentang sifat buruk yang ada.
Mengapa hal ini terjadi?
Ini diasaskan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ilusi positif iaitu manusia cenderung untuk mempunyai ilusi positif terhadap diri sendiri.
Misalnya, kita tidak akan mati muda, walaupun kita tahu ramai orang lain yang mati muda.
Kita juga percaya tidak akan diserang kanser walaupun kita kuat merokok. Bagaimanapun, kalau diminta menilai orang lain yang merokok, kita cenderung berkata mereka akan diserang penyakit.
Kita juga cenderung menilai kita sebagai orang baik, walaupun orang lain mungkin menilai kita sebagai sombong. Sebaliknya kita menilai orang lain sebagai sombong, walaupun orang itu menilai diri mereka baik.
Faktor kedua ialah penolakan majmuk. Misalnya, manusia cenderung untuk tidak mahu berkawan dengan orang asing (walaupun orang asing itu mahu berkawan dengannya) kerana manusia cenderung untuk menjangkakan bahawa orang asing itu tidak berminat dengan persahabatan.
Namun begitu, pada masa yang sama, kita pula berkata bahawa kita ini sebenarnya seorang yang ingin bersahabat, cuma terpaksa tidak memulakannya kerana bimbang hasrat itu ditolak.
Sebenarnya itulah yang telah terjadi dalam diri kita sebagai manusia.
Sebab itulah, sebagai manusia kita tidak perlu terlalu berbangga dengan diri sendiri dan menghukum orang lain dengan label yang buruk.
Hakikat sebenarnya, kita sebagai manusia hanyalah sebuah ilusi yang dimainkan oleh perasaan sendiri.