Sabtu, 19 Mei 2012

pokok bengkok




‎[Luangkan sedikit masa anda untuk membaca kisah menarik ini]

PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz. Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Imam Lelaki

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar



Gambar sebenar yang sukar untuk kita lihat:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."

(Surah al-Baqarah ayat 120).

Sedarlah shbt2 sasaran sebenar golongan yang benar2 memusuhi Islam di setiap negara Islam ialah para Ulama'

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjat As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti jejak langkan As Syahid As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar, Ameen..

Jumaat, 18 Mei 2012

Renee Talalla


Walaupun letih, mengantuk dengan sakit-sakit diseluruh badan, saya perlu juga menulis untuk mengeluarkan segala yang dipendam di minda supaya saya dapat melelapkan mata. Jadi, di sini pengalaman Bersih 3 bagi saya yang ditulis pada pukul 11 malam pada 28 April 2012.

Sebagai rakyat yang juga warga emas yang mematuhi undang-undang, walaupun tidak mempunyai keberanian seperti orang lain, kami telah memilih untuk tidak menyertai Bersih 2 apabila ia telah diharamkan, , KL dikawal ketat dan sebagainya. Kali ini, seperti mereka yang lain, kami telah membuat keputusan untuk menunjukkan sokongan kami untuk menyertai Bersih 3.0. 

Tiada salah kiranya kami menyangka tidak akan ada masalah, namun kami tetapi bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan - garam, tuala basah dan sebagainya di dalam beg. Kami yakin peserta akan berdisiplin dan pihak polis akan lebih berhati-hati selepas kekacauan pada Bersih 2.
Pada jam 10.30 pagi, saya dan suami saya menaiki LRT ke Pasar Seni. Kereta api begitu sesak dengan orang ramai berborak dan beramah mesra. 

Dari Pasar Seni pada kira-kira pukul 11 ​​pagi, kami berjalan-jalan melalui Pasar Seni dan menyelusuri tepian Tun Perak. Orang ramai yang berkumpul, berdiri di sekeliling atau duduk di atas kaki lima di sepanjang jalan. Kami berjalan melalui orang ramai yang sangat bersesak berhampiran pertemuan antara Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari tempat duduk yang sedikit tinggi dari atas tanah. (Pada usia 70 dan suami yang hampir mencecah 80, jika kami cuba untuk duduk di atas jalan atau tepi jalan, kami akan menghadapi kesukaran untuk bangun!

Bagaimanapun, kami berjaya mendapati tempat yang sesuai. Diatas tiga anak tangga bersebelahan kolam air di tepi dinding. Sudah ramai yang duduk disitu tetapi beberapa orang telah membuat ruang untuk kami. Jika berdiri di atas anak tangga kedua, kami dapat melihat sedikit. Kami juga boleh duduk di atas anak tangga itu. Ada satu barisan orang di belakang kami pada anak tangga ketiga. Tempat itu agak teduh. Tempat yang cukup sempurna.

Peserta semakin ramai, semua beradap dan berdisiplin
Pada pukul 11.30; semakin ramai yang tiba pada setiap minit. Saya jangka 80% daripada mereka orang Melayu, selebihnya Cina dengan sedikit kaum India. Kami semakin dihimpit, tetapi masih boleh bertahan di tempat teduh kami tadi. Kami menjadi sangat lapar pada pukul 1:00 petang, (lupa untuk membawa makanan!) tetapi tidak boleh bergerak walau 6 inci pun. Saya mula mengambil gambar. Manusia berada sejauh mata dapat memandang pada setiap arah. Mungkin ada kira-kira 40 orang atau lebih barisan orang di hadapan kami- terbukti ini menjadi begitu membahayakan kemudian!


Lagu kebangsaan dinyanyikan beberapa kali dan melaungkan Bersih , bersih, bebas , bebas dan sebagainya. Semua berada dalam kawalan walaupun berada dalam panas dan kelaparan! Saya berbual-bual dengan seorang pakcik ceria berusia 75 tahun yang datang pada pagi itu dari Pahang. Seorang makcik yang memakai tudung berdiri berhampiran dengan saya datang dari Terengganu. Kedua-duanya orang biasa tanpa banyak yang dibual bicarakan, namun kami merasakan ikatan yang erat atas niat dan tujuan yang sama apabila berada disitu.

Kami tidak dapat mendengar ucapan-ucapan yang telah dibuat sekali-sekala dan terlalu ramai orang berada di hadapan kami untuk menyaksikan siapa yang telah bercakap dan sebagainya. Tetapi, kami dapat melihat dengan jelas polis yang mendindingi kami disepanjang bahagian depan Dataran.

Satu perkara kecil yang dapat membuktikan disiplin penonton sebelum panik bermula: ribuan orang telah duduk dan berdiri di hadapan kami, namun tiada sesiapa pun yang merokok. Saya telah terbaca ia adalah satu perkara yang mesti dielakkan. Arahan telah dipatuhi. Hanya perokok yang tahu bagaimana rasanya untuk tidak merokok selama 3-4 jam sambil menunggu dengan tahap ketegangan dan keseronokan yang sebegitu!

Anwar berucap dan setelah berhenti, keadaan menjadi kacau bilau
Pada kira-kira pukul 2.30 petang, Anwar membuat ucapan, setelah kurang daripada 5 minit, ramai yang bersorak, kami berdiri di atas platform yang dibuat. Kami boleh nampak Anwar namun tidak dapat mendengarnya.
Setelah selesai Anwar berucap dia mungkin telah beredar. 

Saya boleh mendengar laungan Buka! Buka! Buka! Tiba-tiba kami melihat barisan hadapan bergerak ke arah Dataran hanya berhampiran di mana Anwar telah berucap dan polis berundur. Dari kedudukan kami, ia kelihatan seperti mereka benar-benar telah membuka halangan dan membiarkan orang ramai masuk ke Dataran. Semua orang berdekatan bersorak dengan sekuat hati dan gembira dengan perkembangan yang ajaib ini!

Tiba-tiba keadaan menjadi kacau bilau. Tanpa sebarang amaran [yang kami boleh dengar], meriam air dilepaskan dan gas pemedih mata dipancarkan kepada beribu-ribu di hadapan kami. Saya fikir kami berada jauh dibelakang jadi tiada apa yang akan berlaku - polis menghentikan mereka yang sudah melepasi halangan dan menghentikan pemerhatian ke atas kami.

Kami tersilap!! Mereka terus menembak kanister gas pemedih mata beberapa kali tepat ke arah orang ramai - tidak henti-henti untuk membenarkan orang ramai lari. Pop pop pop bunyi tembakan, asap berada di mana-mana. Orang ramai berlari ke semua arah untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus datang ke arah kami dan ingat, kami adalah baris yang dibelakang berdekatan air dan dinding!! Tiada tempat untuk pergi dan diasak oleh beratus-ratus orang yang panik. Lebih banyak yang diserang dengan gas beracun berlari ke kolam berdekatan dinding.

Kami tidak dapat turun dua langkah pun apatah lagi mengeluarkan garam, tuala dan sebagainya. Orang ramai yang panik menolak kami dan bergelut untuk mendapatkan air. Suami saya sudah terbaring di atas tangga dan langsung tidak dapat duduk. Saya telah ditolak dan separuh badan berada di dalam kolam, bersama beg. Entah bagaimana saya berjaya merangkak keluar dari kolam renang, cuba untuk membantu suami duduk tetapi tidak boleh. Terlalu ramai orang yang bergelut di atas kami. Pada masa itu, gas pemedih mata telah sampai kepada kami. Memedihkan dan memualkan, batuk dan sebagainya, kami tidak dapat bernafas atau melihat untuk keluar dari sana walaupun tidak ditolak dan diasak ke belakang.

Polis sengaja memerangkap orang ramai
Selepas beberapa detik yang menakutkan, orang ramai mula bangun dari tangga. Dengan mata yang pedih, batuk dan sesak nafas, kami cuba melepaskan diri dari kawasan Dataran. Kami menuju ke belakang tetapi diasak lagi dengan lebih banyak gas pemedih mata yang datang dari kawasan Jalan Raja Laut. Tiada tempat untuk lari. Bagaimana hendak bersurai? Mengapa mereka memerangkap rakyat dengan melepaskan tembakan dari depan dan belakang? Semua orang yang melarikan diri keliru dan tidak tahu di mana harus dituju.

Melihat kesusahan kami, beberapa orang muda berbangsa Cina datang dan memberikan kami garam, menenangkan kami sambil berkata 'jangan lari, tinggal di sini, ia akan berlalu. Setelah berdiri di tengah-tengah awan gas pemedih mata dan meletakkan garam pada lidah gejala gas reda sedikit. 

Kemudian, beberapa orang Melayu yang telah berlindung di belakang kereta yang diletak di belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman menyeru kepada kami "makcik, pakcik mari sini , mari sini". Kita menuju ke arah mereka. Mereka memberikan kami air dan garam yang lebih dan begitu prihatin. Dari belakang kereta kami Nampak peserta berlari-lari ke semua arah dengan polis mengejar mereka. Kami memutuskan untuk bersembunyi di belakang kereta sehingga keadaan menjadi lebih tenang. Sahabat-sahabat kami mula beredar. Kami bersendirian dalam keadaan yang lebih tenang tapi masih cemas.

Akhirnya sekumpulan anggota polis datang dan mendapatkan kami. Seorang polis muda menjerit kasar “mari sini”. Suami saya berjalan perlahan-lahan ke arah mereka tetapi polis biadap itu terus menjerit pada saya. Saya kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah dia dan berkata lembut, jangan bising, kenapa bising, itu kurang ajar. Dia kelihatan seperti mahu memukul saya. Mujurlah seorang pegawai polis datang dan berkata perlahan-lahan kepada kami. Saya bertanya, 'Adakah kami akan selamat?' 'Ya”, katanya kepada kami “kami akan bawa anda keluar”. “Jadi, suruh orang anda berhenti menjerit”, saya memberitahunya. Dia menyuruh si biadap berhenti dan si biadap mula meninggalkan kami.

Kami telah diiringi keluar berhampiran Dataran dan dibenarkan pergi. Polis berada di mana-mana dan mengiringi tahanan dan kami nampak mencurigakan kepada polis dan penonton!! Kami berjalan menuju kelab Selangor. Pintu-pintu telah ditutup. Kami terpaksa mengemukakan kad keahlian kami sebelum mereka membenarkan kami masuk. Rupa kami pada masa itu sudah semestinya teruk!! Basah, bermata merah dan berlumuran air. 

Kami bergegas ke tandas dan menukar baju T yang basah, mengeringkan rambut ( nasib baik kami telah dibawa baju T bersih). Setelah membersihkan diri, kami duduk dan makan sandwich dan minum teh, makanan pertama sejak sarapan pagi. Lega rasanya hidup dalam keadaan yang bertamadun lagi!

Young and bonded together to help each other
Kini kira-kira jam 4 petang. Pada pukul lima kami memutuskan untuk menaiki LRT untuk kembali ke rumah. Satu lagi drama!
Ramai polis berada di luar kelab Selangor, berehat sambil merokok dan sebagainya. Seorang daripada mereka dengan menggunakan bahasa Melayu berkata, 'pakcik, maaf semua jalan untuk LRT ditutup'. 'Bagaimana kami nak balik rumah? kami bertanya. Dia menggelengkan kepala dan kemudian menunjuk ke arah Jalan Raja Laut. Di sepanjang jalan, orang ramai memberitahu bahawa satu-satunya cara keluar adalah melalui komuter. Sogo, Masjid Jamek dan stesen LRT Pasar Seni semuanya ditutup.

Setelah jauh berjalan kaki di sepanjang Raja Laut, kami mendaki ke atas bukit yang curam, tiada laluan sebenar, dan akhirnya memanjat pagar untuk mendapatkan keretapi. Tidak boleh menggunakan jejantas kerana ia telah disekat oleh pihak polis.

Semua jalan yang kami telah dibantu oleh anak-anak muda Cina dan Melayu, menolak kami dari belakang dan mengheret kita di hadapan atas bukit dan atas pagar! Perasaan yang mengagumkan dan bernilai seluruh pengalaman jahat mengalami kebaikan ini dari orang yang tidak dikenali. Kereta ke Sentral dan kemudian LRT ke PJ padat.

Sekali lagi pengalaman bersama mengeratkan semua, tua dan muda, semua yang mereka telah lalui sehinggalah kepada orang asing yang berada di sebelah mereka.

Biadap kerana sanggup membahayakan orang muda, wanita dan warga tua
Semua orang terkejut dengan kekerasan dan tahap tindak balas polis hanya kerana beberapa orang telah melanggar halangan. Setelah berada di rumah, kesakitan dan kepenatan baru dirasai! Jauh lebih mengejutkan adalah tindakan polis yang sanggup membahayakan nyawa orang muda dan tua. Mereka tahu orang ramai begitu bersesak dan untuk melarikan diri adalah amat sukar. Mereka mahu menyuraikan orang tetapi memerangkap mereka di tengah-tengah dengan menembak gas pemedih mata dari depan dan dari belakang? Dan mengapa mereka mengejar orang yang cuba untuk menjauhkan diri daripada gas?

Orang tua, wanita dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri. Ia bukanlah perhimpunan haram, dan mereka telah berjaya menjauhkan orang ramai dari Dataran. Jadi mengapa mereka dikejar di jalanan dan lorong-lorong? Kenapa stesen LRT ditutup dan menyusahkan orang ramai untuk pulang ke rumah.

Terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab. Ia tidak masuk akal
Namun, saya bersyukur kerana melakukannya. Ini telah membuka mata saya, bagaimana Malaysia boleh lakukannya, tanpa mengira bangsa dan juga agama. Orang ramai bergegas membantu kami. Paling menyentuh perasaan adalah anak-anak muda Melayu dan Cina yang telah membantu kami. Perangai terburuk dan mulia manusia telah kami lihat. Kami baik sahaja. 

Suami saya telah hilang tuala dan topinya dan mempunyai ada beberapa kesan luka pada kaki. Ia boleh menjadi lebih buruk. Beliau telah bangun dan pergi ke gereja pada jam 6.30 pagi ini! Semuanya berjalan dengan lancar. Begitu banyak untuk diraikan bagi Malaysia kita!
Kita sendiri akan berubah selama-lamanya – tidak akan menjadi takut sekiranya masyarakat sivil perlukan kita, denga izin Tuhan, kita akan menjadi lebih bersedia untuk bertindak balas!

Renee Talalla merupakan seorang guru bahasa yang berkahwin dengan pesara Diplomatik Malaysia. Suaminya telah menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1990-an. Usianya hampir mencecah 80 dan Renee pula berusia 70 tahun

Jenuh nak jawab nie kat K U B U R...!


http://www.erapasca.com


Teman Sokong Piem!! 76 Kebaikan Bee-End Pada Rakyat 1Malaya yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!


Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara..

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskanpembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.


  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.


  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.



4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.


  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.




7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.


  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan:RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)



8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 jutasetahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyakRM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.



65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.



74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.