Demikianlah juga Tiga Abdul, filem yang diterbitkan pada tahun 1964, arahan P. Ramle sarat dengan pengajaran yang segar sepanjang zaman.
Kisah Tuan Sadiq Segaraga lakonan Ahmad Nisfu yang licin kepalanya, dibantu oleh tuan ‘penasihat 20 persen’ Saleh kamil, cuba menipu Haji Mahadi dan S. Kadarisman melalui watak Abd Wahab dan Abd Wahib dalam perjajian yang berat sebelah.
Konflik bermula apabila Tuan Sadiq Segaraga mengadu masalah kewangan pada penasihatnya Kasim Patalon.
Dari situlah Tuan penasihat memberikan cadangan untuk menipu 3 Abdul dan berjanji akan menyediakan perjanjian yg akan menguntungkan Tuan Sadiq Sigaraga.
Di atas penipuan ini Tuan Sadiq bersetuju untuk menganugerahkan 20 persen pada tuan penasihat.
“Jika anakanda marah anakanda akan dijual seluruhnya.” Demikianlah bunyi dialog sebelum tanda tanga diturunkan.
Tapi sebaliknya kalau bapa mertua mereka marah, tiada apa apa kerugian yang ditanggung oleh Tuan Sadiq. Dokumen tipu itu hanya menguntungkan satu pihak.
Atas keyakinan tak mungkin bapa mertua akan menipu menantu, dokumen perjajian yg berat sebelah ini ditanda tangani dengan yakin, kalaupun ada penipuan, mereka merasakan mereka cukup cerdik dan tak mungkin akan ditipu. Namun akhirnya dua beradik ini dijual dan seluruh harta dirampas.
Kisah 3 Abdul hari ini muncul dalam versi moden. Watak watak itu kini dilakonkan pula oleh Najib bagaikan Tuan Sadiq yang tamak. Isa Samad bagaikan “penasihat 20 persen” dan mangsa mereka adalah peneroka.
Peneroka diberikan satu dokumen bank yang harus ditanda tangani dan berisiko mengakibatkan kerugian seumur hidup.
Majoriti peneroka yang menandatangani dokumen itu tidak mengetahui isi kandungan, syarat dan termanya. Mereka hanya diminta pergi pejabat Felda untuk tanda tangan borang durian runtuh. Rupanya mereka menanda tangani dokumen yang sama seperti Abd Wahab dan Abd Wahib.
Dalam surat tanggung rugi tertera klausa:
“Saya pada bila bila masa bertanggung jawab sepenuhnya dan bersedia menanggung kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan, guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, caj, penalty, fee, denda, kos yuran undang undang dan apa jua perbelanjaanyang dibuat, diambil dibawa, dikenakan, dialami, ditanggung, didakwa, atau kena bayar dalam apa jua keadaan terhadap saya ……(seterusnya)”
Bermakna FGVHB yang menjadi pemain utama dalam saham Felda ini, tak akan menerima risiko jika berlaku sesuatu yang tak diigini. FGVHB berlepas tangan, hanya peneroka yang akan menanggung semua risikonya.
Majoriti peneroka penuh yakin, tak mungkin kerajaan BN akan menipu rakyat sebagaimana yakinnya Abd Wahab dan Abd Wahib, tak mungkin ditipu oleh mertuanya sendiri.
Dalam usia menjangkau 60 tahun, terasa sangat menghairankan bila bank ‘masih sudi’ untuk memberi pinjaman. Sedangkan 15 tahun lalu, ketika usia mereka 40an ada peneroka yang naik turun tangga bank untuk mohon pinjaman biaya tanam semula setelah tamat perjanjian bersama Felda.
Mereka enggan untuk menyerahkan ladang mereka kepada Felda kerana yakin jika diusahakan sendiri lebih baik dari Felda.
Mereka hanya perlukan sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja, tetapi tidak ada mana-mana bank sudi memberi pinjaman.
Peneroka terpaksa meminjam dari sanak saudara dan isteri peneroka berkorban mencagarkan barang kemas di pajak gadai untuk mendapatjan wang.
Tapi kini tujuh bank berlumba lumba menawarkan pinjaman. Tambahan menghairankan peneroka tak tahu berapa amaun pinjaman yang akan diluluskan oleh bank kepada mereka, berapa jumlah saham yang akan dibiayai.
Tidak ada penerangan dari pihak bertauliah atas risiko yang akan peneroka tanggung. Cuma yang jelasnya dalam perjanjian dengan Maybank sebagai contoh, perkara iv seksyen 4.02 tercatat klausa:-
Apabila dikehendaki oleh bank, peneroka (pelanggan) hendaklah menggadai atau menyimpan dengan bank dokumen hak milik bagi mana-mana atau semua harta tidak alih milik mereka… (seterusnya).
Persoalannya adakah harta tidak alih milik itu bermaksud geran tanah ladang dan tapak rumah?
Lebih malang lagi anak-anak peneroka tidak dibenarkan campur tangan dalam urusan tanda tangan dokumen ini, namun dalam seksyen 6.21 menyebut, dokumen ini mengikat hak milik, wakil diri, waris … (seterusnya).
Inilah perjanjian 3 Abdul alaf moden. Peneroka yang enggan menandatangani dokumen pinjaman saham ini ‘diharam jadahkan’ oleh perdana menteri baru baru ini.
Jangan biarkan penipuan Ahmad Nisfu versi 1 Malaysia dan Saleh Kamil penasihat 20 persen berulang diabad ini. Peneroka perlu menjadi Abd Wahub lakonan P Ramlee bagi menggagalkan penipuan ini. Walaupun pada awalnya Abd. Wahub dianggap bodoh oleh dua abangnya.
Harapan harus disandarkan pada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Felda dan Selamatkan Malaysia.