Sabtu, 2 Jun 2012

Membazir amalan syaitan!!!


Harakahdaily,02 Jun 2012

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk ‘pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.’

Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop.

“Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata.

Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut,” tulis laporan tersebut.

The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok.

“Adakah ia dibuat daripada emas?” soal beliau.

Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

“Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan,” kata Roslan.

Roslan berkata jumlah yang dituntut ada “lebih rendah” daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi.

Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

“Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian,” kata Mohid yang dipetik The Star.

Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000.

khas utk anak2 PDT III KMS 2012

Assalammualaikum... Disini Terdapat Beberapa Info Tentang PENDAFTARAN PDT SEMESTER 3 2012 Yang Akan Dijalankan Pada Ahad Ini Bermula Jam 3.00 Petang Di Asrama Blok Capella.. [Dua2 Lelaki Dan Perempuan Di Capella]

1. Pembayaran Yuran Sebanyak RM290 SAHAJA.... Melalui BANK SIMPANAN NASIONAL [BSN] SAJA.. TIADA TUNAI Ketika Pendaftaran Dijalankan... Dan Kepada Pelajar Yang Tidak Membuat Penbayaran Di BSN... Anda TIDAK BOLEH MENDAFTAR..

2. Tentang Yuran... Anda TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG CENDERAMATA Seperti T-Shirt Baru.... Lab Coat... Tali Leher Atau Tudung Kolej.... Maksudnya Anda Perlu Membawa Semua Cenderamata Yang Diterima Semasa Pendaftaran SEMESTER SATU.. Untuk Kegunaan Di KMS.

3. Pakaian Semasa Pendaftaran Adalah FORMAL Seperti Ke Kuliah.. [ Berkasut Dan Bertali Leher ] ( Ini Adalah Info Terkini.. Sebarang Perubahan Tentang Pakaian Semasa Pendaftaran Akan Diberitahu Kemudian.. )

4. Kedudukan Bilik Anda[ PDT SENIOR] Adalah Seorang Untuk Setiap Bilik.... Maknanya , Anda Akan Duduk Seorang Dalam Bilik Bersama 3 Freshie Atau "Alang" ....

5. Anda Hanya Perlu Bawa SLIP BANK BAYARAN BSN , KAD PENGENALAN Dan KAD MATRIK Semasa Pendaftaran... Tiada Dokumen Lain Diperlukan (Sebarang Perubahan Akan Diberitahu Kemudian.. )

6. Pendaftaran Dimulakan Seawal 3.00 Petang Di Blok CAPELLA BG SEMUA PDT SENIOR LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN...

7. Pertukaran Bilik Hanya Boleh Dilakukan Atas Sebab Kesihatan DENGAN SURAT AKUAN DARIPADA Doktor Perubatan...

8. Wakil Setiap Praktikum PDT SENIOR Dikehendaki Berkumpul Di DKK4 Tepat Jam 8.00 Malam Untuk Pengagihan Jadual Waktu... [ Sebarang Perubahan Akan Diberitahu Kemudian ]

9. Stor Simpanan Barang PDT Akan Dibuka Seawal Jam 3.00 Petang Dan DIJANGKA Tutup Jam 6.00 ATAU 7.00 Malam...

Rasanya Itu Sahaja Info Yang Di Perolehi Daripada Unit HEP Kolej Matrikulasi Selangor....

Sekian..

KMS- Kualiti Melangkau Sempadan

moh ler kite sumer solat berjemaah!


10 request

10 PERMINTAAN SYAITAN.


Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syetan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

Jumaat, 1 Jun 2012

Laut Mati 2


Oleh Haji Subky Abdul Latif

Beberapa buah negeri di Amerika Syarikat baru-baru ini telah meluluskan perundangan menghalalkan kahwin sejenis. Laki-laki berkahwain dengan laki-laki dan perempuan kahwin dengan perempuan. Bagi yang kahwin sesama lelaki, tidak diketahui yang mana suami dan yang mana isteri. Atau keduaduanya suami tanpa isteri.

Begitu juga bagi yang perempuan yang mana isteri dan yang mana suami. Atau mereka bergilir, sehari jadi suami dan esoknya jadi isteri pula. Jantan merasa jadi isteri dan betina merasa jadi suami.


Keruntuhan kemanusiaan itu sudah berlaku lama di barat, tetapi baru inilah Amerika memperundangkannya. Jika amalan ini diamalkan oleh majoriti penduduk Amerika, maka natijahnya rakyat Amerika tidak berkembang. Penduduknya yang lahir dalam negara bukan saja tidak bertambah, bahkan akan berkurangan. Setiap pasangan tidak akan ada zuriat.

Jika tiada pendatang menjadi warga negaranya, dalam tempoh seratus tahun akan datang Amerika tidak lagi negara yang besar dari nisbah rakyatnya.
Sedang hikmat perkawinan adalah untuk memakmurkan bumi dengan penduduk. Apabila perkahwinan tidak mendatang zuriat, maka keturunan manusia tidak bersambung. Keturunan itulah tempat warga emas mengadu kasih sayang. Bangsa Amerika yang tua nanti tiada lagi tempat untuk mengadu kasih sayang. Generasi Amerika yang terkemudian akan menghadapi krisis baka.

Amalan terkutuk ini telah dirakamkan laknatnya oleh Allah SWT terhadap kaum Lut di zaman purba di wilayah Sodom dan Gemurah. Sejarah ini bukan sekadar diketahui oleh orang  Islam, bahkan diketahui oleh penganut Yahudi dan Nasrani (Kristian).

Kaum Lut dibinasakan hingga tidak berbenih dan wilayahnya — Sodom dan Gemurah — diterbalikkan; yang di bawah ke atas dan yang atas ke bawah hingga menjadi Laut Mati yang terdapat di Jordan sekarang.

Laut Mati itu kekal sejak zaman Nabi Lut a.s. dulu hingga sekarang untuk jadi pengajaran kepada manusia sepanjang zaman. Setiap orang yang berkunjung ke Jordan dan Laut akan mengetahui kejadian terkutuk ribuan tahun lalu.
Apabila bangsa Amerika menyokong perundangan itu dan mengamalkannya, maka ia menempahkan kecelakaan ribuan tahun dulu. Amal buruk itu telah memberi natijah sial kepada kaum Sodom  dan wilayahnya. Dan apabila  sialan itu diulang semula, maka ia mengundah kecelakaan yang sama.

Tunggulah bala itu. Mungkin bala itu tidak seratus peratus yang terjadi pada Sogom itu, atau bukan seluruh bumi Amerika menjadi Laut Mati seperti yang di Jordan itu, tetapi kecelakaan itu adalah menyamai kutukan Laut Mati itu.
Amerika ada tamaddun terbesar sekarang. Ia adalah terbesar, tergagah dan terkaya. Ia dapat menggunakan pengaruh dan tekanannya kepada dunia dan semua bangsa di dunia. Apa yang dimahukan nescaya berlaku. Tidak arif sesiapa untuk menelah cara mana Amerika dapat dialah dan  ditundukkan oleh mana-mana kuasa di dunia. 

Bersatulah semua bangsa di dunia, dengan senjata canggihnya dan segala kekuatannya, tidak terfikir oleh sesiapa ia dapat dialahkan. Hinggalah Amerika kini menjadi kuasa yang sombong dan takbur.

Semua menerima hakikat setiap yang ada akan tiada, setiap yang hidup akan mati, dan setiap yang gagah akan ada masa ia lembik. Empayar Rom yang perkasa dulu kini di ambang muflis. Empayar British sedunia dulu kini tinggal England. Emipayar SovietUnion tingga Rusia saja sekarang. Maka kita tidak dapat mengagak Amerika akan merudum dalam waktu yang terdekat dan cara mana. Jika Amerika juga tidak kekal tetapi kita tidak tahu cara mana ia akan jatuh.

Tetapi dengan keangkuhannya ia cuba menunjukkan melawan ketentuan Allah tentang kemanusiaan, ia membuat undang-undang seperti yang berkuatkuasa di zaman kaum Lut a.s. Dengan pengaruhnya ke atas dunia, penyakit kemanusiaan Amerika itu akan merebak ke seluruh dunia. Apa yang diamal di Amerika akan diamal pula oleh lain-lain rantau.

Manusia akan menuju kehancuran jika penyakit Amerika itu diekspot keluar. Tetapi kerana kepercayaan kita kapada agama dan kepada Allah serta RasulNya, dunia dan manusia ini akan diselaamatkan, maka Amerka membuat satu kesilapaan kemanusiaan dengan memperundangkan kahwin sejenis. Jika Allah tidak terbalikkan Sodom dulu, dunia sekeliling akan jadi macam kaum Lut juga.

Sebelum ia merebak Allah laknat Sodom. Selamat manusia seluruhnya. Amerika juga boleh dilaknat. Undang-undang diluluskan oleh Obama itu mengudang kemurkaan Allah mengikut kepercayaan Islam. Bagi menyelamatkan manusia, Allah akan timpakan bala atas Amerika atas rangginya meluluskan peraturan kahwin sejenis. Masa binasa Amerika telah tiba, ia menunggu untuk jadi Laut Mati kedua.