Khamis, 14 Jun 2012

gula2



Sejak kebelakangan ini kita selalu membaca dan mendengar berita sifat murah hatinya pihak kerajaan memberikan hadiah dan saguhati kepada rakyat kebanyakan dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat. Akan tetapi mengapa hanya sejak akhir-akhir ini sahaja bantuan sedemikian diberikan, bagi yang "tidak buta dan jelas penglihatannya" amatlah memahaminya kerana pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi jadi ianya boleh dianggap sebagai "gula-gula" pemimpin untuk memancing undi rakyat. Disaat ekonomi dunia sedang tenat lebih-lebih lagi apabila negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan juga Jepun dilanda masaalah kewangan yang kritikal, dari mana pula kerajaan mendapat wang yang begitu besar untuk menjadi begitu pemurah itu? Adakah negara kita ini mempunyai jumlah simpanan wang yang banyak? Tidak mungkin kerana tidak lama dahulu rakyat sudah pun digerunkan dengan amaran bahawa kerajaan akan bankrup jika harga barangan tidak dinaikkan? Pernahkah kita berfikir dengan cara apakah sebenarnya kerajaan mendapatkan wang untuk berbelanja apatah lagi dengan mudahnya memberikan gula-gula tersebut? Terdapat berbagai cara pihak kerajaan mendapatkan wang untuk pembangunan negara, pembangunan rakyat dan juga pembangunan harta pemimpin itu sendiri apatah lagi jika mahu mempertahankan Putrajaya "at all cost" (biar apa pun harga yang terpaksa dibayar". Disini ingin saya berkongsi sedikit maklumat mengenai cara biasa dan juga kebarangkalian cara lain bagaimana wang tersebut boleh diperolehi dan implikasinya kepada kita semua sebagai rakyat.


1. Cukai
Cukai adalah cara utama dan kebiasaannya bagi kebanyakan kerajaan didunia mendapatkan sumber pendapatannya (lebih tepat "dana" kerana duit rakyat bukan pendapatan tetapi amanah). Sebahagian dari pendapatan rakyat diambil contohnya dari wang gaji, keuntungan perniagaan, lesen dan sebagainya dikumpulkan sebagai dana untuk menggerakkan jentera kerajaan menjalankan aktivitinya baik dari gaji kakitangan kerajaan termasuklah pak menteri, sultan dan kerabatnya hinggalah kepada pembinaan jalanraya, sekolah dan sebagainya. Akan tetapi pihak pemimpin hari ini rata-ratanya sudah lupa bahawa wang tersebut adalah wang rakyat dan bukannya kepunyaan mereka sendiri. Mereka hanya diamanahkan oleh rakyat untuk menggunakan wang tersebut sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat. Akan tetapi adakah itu telah dilaksanakan sepenuhnya? 

Amat jijik saya melihat nota ini terpampang di pam-pam minyak kerana apa yang cuba diutarakan disini adalah kononnya kerajaan telah membantu memberikan subsidi kepada rakyat agar harga minyak menjadi rendah lantas mengurangkan beban rakyat. Persoalannya bukankah wang tersebut sebenarnya adalah wang rakyat, jadi membanggakan usaha "menolong rakyat" dengan cara tersebut adalah suatu tidak munasabah kerana wang subsidi itu juga adalah wang rakyat. Ramai rakyat yang melihat usaha kerajaan ini sebagai langkah kepimpinan yang baik, kerana apa? Kerana mereka lupa yang duit subsidi itu adalah duit mereka sendiri sebenarnya. Pertolongan yang juga memberi manafaat kepada mereka ini diagung-agungkan sedangkan laba besar yang mereka perolehi dari pembaziran, korup dan sebagainya disembunyikan.

"Eh, bukan duit aku la, aku mana bayar cukai, gaji aku kecik je..." Mungkin itu kalimah yang akan keluar dari rakyat berpendapatan rendah, akan tetapi mereka lupa sebenarnya cukai jalan, bayaran lesen memandu, malah tol yang mereka bayar itu akan kembali juga kepada kerajaan dalam bentuk cukai menerusi cukai kepada syarikat tol itu sendiri dan juga cukai pendapatan kepada bos-bos pondok tol itu sendiri.

Apa akan jadi kepada masyarakat jika wang cukai digunakan sebagai "gula-gula" kepada rakyat?. Kesannya mungkin tidak kelihatan serta-merta, akan tetapi selepas pilihanraya apabila kerajaan sudah tidak punyai wang lagi untuk menggerakkan jenteranya, maka sudah tentulah kadar cukai perlu dinaikkan, jika masa diperlukan untuk mengutip cukai dari rakyat, langkah segeranya adalah dengan meminjam wang dari pihak luar (samalah macam manusia akhir zaman ini yang nak semua cepat, meminjam tanpa mengira halal haram riba') akan tetapi mengaburinya dengan pinjaman untuk membangunkan projek-projek tertentu. Dan siapa yang akan menanggung hutang tersebut? Dan apabila pihak kerajaan sedar negara akan bankrap, siapa yang akan diugut jika bukan rakyat? Masaalahnya ramai manusia hari ini otaknya seperti otak ikan, walaupun mulut dah robek dek mata kail sebelumnya, bila nampak umpan, masih nak makan lagi. Itu adalah sifat biasa bagi mereka yang lemah frontal lobenya. Dan siapakah pula yang membentuk suasana kehidupan menyebabkan rakyat menjadi sedemikian jika bukan "ayah" sebagai ketua keluarga (Malaysia) iaitu pemimpin itu sendiri?

2. Pinjaman
Hutang luar negara semasa sudah mencecah 456.1 billion ringgit dan jika kita bahagikan dengan jumlah rakyat Malaysia hari ini yang berjumlah hampir 28.9 juta orang, bermakna setiap seorang dari kita secara automatiknya berhutang sebanyak 15 ribu ringgit. Mungkin ada yang berkata "Bukan aku yang berhutang tetapi kerajaan, mengapa aku pulak yang terbabit". Akan tetapi bukankah kerajaan sebenarnya mewakili rakyat iaitu diri kita sendiri, dan kerajaan mendapatkan wangnya dari cukai yang diambil daripada rakyat. Oleh kerana pendapatan kerajaan majoritinya didapati daripada cukai, hutang yang semakin besar bermakna kadar cukai juga perlu dinaikkan untuk menampung hutang tersebut. 

Perlu diingatkan hampir kesemua hutang-hutang luar tersebut perlu dibayar balik dengan faedahnya, jadi siapakah yang akan menanggung beban membayar balik balik pinjaman beserta faedah tersebut jika bukan kita rakyat kebanyakan? Maka tidak hairanlah mengapa tidak lama sebelum ini VAT atau GST sudah pun diperkenalkan kepada rakyat. Kesan pemberian "gula-gula" menggunakan duit cukai ini tidak kelihatan serta merta kerana pemimpin yang memerintah sekarang ini begitu cilik lagi teramat bijak akan memendam beban hutang ini sehinggalah selesai pilihanraya. Jika mereka menang, ekonomi dunia akan dipersalahkan sebagai alasan menaikkan cukai, dan jika mereka kalah pula, akan ada alasan untuk menyerang pihak yang menang jika mereka terpaksa menaikkan cukai jika ianya teramat perlu untuk "mencuci najis" yang ditinggalkan oleh diri mereka sendiri sebelum itu. 

3. Bon Kerajaan/Saham
Bon-bon yang dikeluarkan oleh kerajaan sebenarnya adalah simpanan tetap yang telah dijanjikan pulangannya oleh kerajaan kepada pembeli-pembeli bon-bon tersebut. Ia sebenarnya adalah "pinjaman" oleh kerajaan dari pihak yang mempunyai wang tetapi di"agung"kan dengan nama bon. Bon akan memberikan pulangan terjamin kepada pembelinya (pemberi pinjam) dengan kadar faedah tertentu untuk jangka masa yang tertentu. Perlu diingatkan bahawa pulangan tersebut sudah semestinya disertakan sekali dengan faedahnya. Jadi siapa sebenarnya yang akan dibebankan jika bukan rakyat itu sendiri?

Menerusi konsep penjualan bon ini jugalah bagaimana yang kaya akan menjadi kaya kerana pulangan lebih memihak kepada mereka. Walaupun pelanggan utama kebanyakan bon kerajaan adalah KWSP, akan tetapi jumlah dividen yang kerajaan bayar kepada KWSP lebih berpihak kepada yang bergaji besar (lebih besar peratus caruman) berbanding kepada yang miskin, inflasi semasa sahaja sudah cukup untuk melenyapkan pulangan dividen mereka yang mempunyai caruman yang kecil itu. Akan tetapi ada cara lain yang lebih cepat untuk kerajaan mendapatkan wang dengan jumlah yang besar, contoh terbaru adalah penyenaraian Felda ke bursa saham (menjadi syarikat korporat) dengan harapan sejumlah wang yang besar dapat dikumpulkan dengan meng"gadai"kan tanah peneroka seluas 300 ribu hektar itu.

Dalamana peneroka diberikan "lolli-pop" yang nampaknya besar, jumlah yang lebih besar tersedia untuk mereka yang kaya-raya, lihat sahajalah kepada pengagihan saham-saham Felda yang disenaraikan oleh kerajaan, sedangkan yang bekerja berhempas pulas membanting keringat adalah peneroka, yang mendapat manafaat, keuntungan dan pulangan juga adalah terdiri dari mereka yang berpeluh, tetapi berpeluh samada kerana menghayun kayu golf ataupun sedang bersauna di spa-spa istirehat. Lihatlah peruntukan 11.5% untuk bumiputera yang diluluskan MITI, adakah ianya kita sebagai rakyat kebanyakan? Tidak, hanya mereka yang mmepunyai aset sekurang-kurangnya 3 juta baru boleh melabur, siapa lagi jika bukan golongan yang sudah kaya-raya dan golongan kroni-kroni yang mahu mendapatkan pulangan hasil dari penat lelah peneroka.

Ingin saya nyatakan disini bahawasanyapengkorporatan adalah peng"KEPARAT"an kepada rakyatbaik syarikat api, air, telekomunikasi dan sebagainya. Ianya adalah cara bagaimana yang kaya akan menjadi kaya dengan memerah keringat rakyat kebanyakan secara halus dalamana rakyat kebanyakan yang mendapat 2-3 saham sudah terkinja-kinja keseronokan sedangkan habuan yang amat besar untuk yang kaya-raya, dan golongan sebeginilah yang rata-rata "buta" dengan keseronokan ini lantas kekal memilih pemimpin yang korup (sudah tentu tidak dimata mereka). Sebab itu lah ketika negara nak bankrap yang kaya semakin kaya kerana menerusi sistem ekonomi barat (yang adakalanya ditiraikan dengan nama Islamik) membuatkan yang kaya menjadi semakin kaya.


Tetapi didalam kes Felda ini mungkin pihak peneroka tidak peduli sangat akan masaalah kepimpinan ini kerana"lolli-pop" 15 ribu ringgit telah pun dijanjikan, mungkin dengan jumlah itu para peneroka juga kemudiannya boleh bergoyang kaki pula dikedai-kedai kopi kerana pekerja dari negara asing juga akan dibawa masuk untuk bekerja diladang-ladang Felda. Ini sudah pasti akan membawa kesan buruk kepada sosio-ekonomi warga Felda itu sendiri, akan tetapi kesannya lambat dan halus maka berapa orang sahaja yang celik mata untuk dapat melihatnya. Mungkin apabila anak dara peneroka dibawa lari oleh "Abang Ladesh","Abang Yono" atau "Abang Nepal" barulah masa itu nak bising masuk akhbar tabloid merayu anak pulang dan sebagainya.

4. Inflasi
Inflasi adalah cara termudah kerajaan mendapatkan wang untuk memberikan "gula-gula" tersebut, dan inflasi sebenarnya adalah cukai terlindung atau tersembunyi kepada semua rakyat. Yang kaya raya dan punyai daya saing yang kuat didalam ekonomi akan terselamat malah menjadi semakin kaya manakala yang miskin dan lemah pula saban hari akan dihimpit oleh penangan inflasi tersebut. Ini terbukti apabila disaat kerajaan menyatakan yang mereka akan bankrap jika tidak mengurangkan subsidi kepada rakyat, golongan kaya menjadi bertambah kaya. Sistem ekonomi kapitalis dan sistem kewangan berlandaskan riba' yang diterima pakai hari inilah yang menyebabkan inflasi dan melaluinya jugalah pembahagiaan kekayaan tidak berlaku dengan secara adil.

Inflasi berlaku apabila kerajaan dengan mudahnya mencetak wang baik secara langsung ataupun tidak. Tiada apa yang boleh menghalang kerajaan memerintahkan Bank Negara dari mencetak wang sewenang-wenangnya atau pun melalui kemasukan kira-kira kepada bank-bank tempatan dan kemudian memberikannya kepada rakyat. Mereka yang terdesak akan melakukan apa sahaja untuk mencapai keinginan mereka (mempertahankan Putrajaya). Rakyat yang bodoh pula akan terkinja-kinja keseronokan menerima "gula-gula" tersebut tanpa menyedari akibat yang akan timbul. Mencetak wang tanpa bersandarkan sesuatu yang bernilai ini adalah resepi mudah untuk inflasi, amat merbahaya jika dilakukan seperti apa yang berlaku di Zimbabwe yang mana mahu membeli 3 biji telur pun kena dibayar berbillion-billion matawangnya. Kerajaan Argentina juga pada tahun 1989mencetak wang untuk membayar balik hutangnya menyebabkan kadar inflasi yang teramat teruk hinggakan harga barangan dikedai terpaksa dinaikkan 3 kali sehari untuk menyamakannya dengan nilai wang kertas mereka. Akan tetapi apabila pemimpin sudah bertegas untuk mempertahankan Putrajaya walau apa jua harga yang perlu dibayar, kalau sudah terdesak, kebarangkalian ianya untuk dilakukan adalah lebih besar. Apabila pemimpin mahu melakukan sesuatu "biar apa pun harga yang perlu dibayar", dia sebenarnya sudah lupa bahawa bukan dia sebenarnya yang perlu membayar "harga" tersebut akan tetapi rakyat, rakyat yang terpaksa menanggung beban membayar "harga" tersebut

Kerajaan juga boleh "mencetak" wang secara tidak langsung dengan berselindung disebalik memberikan pinjaman seperti skim amanah rakyat (Sara1M) yang dilancarkan tidak lama dulu. Jika rakyat yang layak mempunyai wang simpanan dan menyertai skim tersebut, kerajaan akan mendapat wang serta merta untuk pilihanraya dan juga untuk memberikan "gula-gula" yang lain pula. Akan kerajaan pula hanya perlu membayar balik selepas 5 tahun secara beransur-ansur. Dan pulangan yang dijanjikan itu samada cukai daripada rakyat sendiri (cukai dan harga barang kawalan dinaikkan) dan mungkin juga wang yang dicetak tanpa bersandarkan nilai atau pun melalui kemasukan kira-kira kedalam sistem perbankan. Akibatnya wang yang baru dicipta ini akan men"curi" nilai dari wang yang sedia ada, mencairkan nilainya dan menyebabkan inflasi dan menyebabkan kenaikan harga barangan dipasaran.

Jika rakyat meminjam daripada bank pula untuk melabur didalam skim tersebut, bank melalui kemasukan kira-kira juga akan mencipta wang baru melalui perbankan pecahan simpanan (fractional reserve banking). Akibatnya wang baru juga akan tercipta dan inflasi akan meningkat secara automatiknya. Lebih menarik lagi adalah bank juga akan menerima pendapatan tambahan daripada kerajaan daripada faedah yang diperolehi, bank umpama menangguk diair keruh mendapat keuntungan dari kesusahan orang lain. Bukan sahaja kesusahan malah penipuan yang dilakukan kerajaan itu sendiri. Akan tetapi apalah bank jika ianya bukan untuk menindas kerana itulah sebab utama mengapa bank ditubuhkan.

Melihat daripada kebarangkalian dari mana sumber wang diperolehi oleh kerajaan untuk diberikan sebagai gula-gula, perlu diingatkan sekeras-kerasnya bahawa ianya pasti akan kembali kepada diri kita sendiri sebagai rakyat. Tiada yang percuma didunia ini, baik dari sudut agama mahupun dari sudut hukum alam itu sendiri, ada harga yang perlu dibayar.

Pemimpin disokong kerana kepimpinannya yang ikhlas, adil dan telus dan bukannya kerana pemberian "gula-gula" beracun yang mana akan merosakkan diri rakyat itu sendiri. Bukan pemberian fizikal tetapi pemberian rohani, kerana apa? Kerana yang fizikal (wang ringgit, keuntungan, manafaat) itu semua adalah dari duit rakyat itu sendiri, hanya kepimpinan yang adil, telus dan iklhas itu sahaja sebenarnya yang benar-benar dari mereka. Agak sukar untuk menentukan ketelusan, keihklasan pemimpin dalam usaha menolong rakyat, walau banyak mana sekali pun cakap-cakap manis atau "gula-gula" yang diberikan, lihatlah kepada hasil dari kepimpinan mereka itu sendiri. Akan tetapi "melihat" itu sendiri perlulah dari sudut keseluruhan kehidupan masyarakat itu sendiri. Masaalahnya kebanyakan dari kita sudah teramat selesa didalam penjara masing-masing hingga terlupa yang mereka sebenarnya telah terkurung. Umpama dikurung oleh riba' didalam rumah besar tetapi tanpa sedar menjadi hamba kepada bank hingga ke liang lahad.

Kita perlu kaji kesan kepimpinan tersebut kepada seluruh masyarakat baik dari segi ekonomi mahu pun dari segi akhlak keseluruhan masyarakat itu sendiri. Ingatlah, manusia tidak dilahirkan sebagai seorang pencuri, penyangak, pemakan rasuah, penipu, pengampu dan sebagainya. Setiap anak yang lahir fitrahnya adalah Muslim yang tunduk kepada Maha Pencipta dengan penuh sifat-sifat kemanusiaan, akan tetapi mengapa akhir-akhir ini semakin ramai ramai yang bersikap kebinatangan dan lari dari sifat kemanusiaan itu sendiri?.

Ambil contoh buah tembikai yang dibiarkan membesar didalam keadaan semulajadinya akan menjadi bulat, letakkan buahnya yang masih kecil didalam kotak maka ia akan membesar menjadi bersegi mengambil rupa kotak tersebut. Begitulah juga dengan umat manusia, siapakah yang menyediakan persekitaran untuk rakyat membesar jika bukan pemimpin-pemimpin? Sebab itulah pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Nabi Muhammad SAW dan juga khalifah penggantinya yang amat menjaga rakyat kerana mereka tahu bahawa ianya adalah amanah yang teramat besar, lihatlah Saidina Umar yang tidak mahu memakan daging dan juga lemak haiwan sehinggalah rakyat kebanyakan dapat memakannya, adakah pemimpin sebegitu yang kita miliki atau yang lebih tepat kita pilih pada hari ini? Melihat pada pengagihan saham Felda itu sendiri nampaknya pemimpin dan kroni dapatkan daging dan lemak, peneroka yang bertungkus lumus dapat tulangnya sahaja.

Masaalahnya kebanyakan manusia hari ini adalah mereka lebih suka memilih pemimpin yang paling banyak memberikan kesenangan dunia kepada mereka dan disebabkan kesenangan dunia itulah mereka telah menjadi buta dan tenggelam didalam alunan janji-janji manis pemimpin tersebut. Pemberian "gula-gula" menjadi ukuran tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa diri mereka sendiri nanti. Bukankah kerosakan didunia itu angkara perbuatan manusia itu sendiri. Adakah kita sebagai rakyat sudah menjadi terlalu bodoh dengan akal umpama keldai masih berpegang kepada kepimpinan yang sama?

Didalam fizik kuantum, kita tidak boleh melihat dunia ini tanpa kita sendiri memberi kesan kepadanya, jika dunia hari ini semakin rosak, ini adalah kerana kita sendiri terbabit merosakkannya. Contohnya, jika cuaca semakin panas kerana "global warming", ini kerana kita saban hari menggunakan minyak fossil jadi secara tidak langsung kita juga terbabit. Jadi apabila kita merasakan kehidupan tidak lagi seaman dahulu dengan perlu menoleh kiri-kanan senantiasa kerana takut diragut, tidur malam tidak lena kerana takut rumah dipecah, ini adalah kerana kita bersama dengan pihak bank (melalui pinjaman yang kita ambil) membenarkan wang dicipta tanpa sandaran dan menyebabkan mereka yang kalah didalam persaingan terpaksa mengambil langkah meragut, mencuri, menipu, makan rasuah dan sebagainya untuk terus bersaing. Dan siapa yang membuat dan membenarkan keadaan tersebut berlaku jika bukan kerajaan sebagai "bapak didalam keluarga Malaysia" ini.

Sekali lagi saya cuba mengingatkan bahawa tiada yang percuma didunia ini, semua ada harga yang perlu dibayar. Didalam dunia fizik kuantum sekalipun, walaupun ada ketikanya sesuatu yang percuma itu boleh diperolehi akan tetapi ianya hanyalah bersifat sementara. Wang mewakili usaha yang diberikan dan jika ianya diperolehi tanpa sebarang usaha, ianya akan lari daripada diri kita, malah bukan itu sahaja kesan buruknya akan berbalik kepada diri kita sendiri yang mana dalam contoh diatas didalam bentuk inflasi dan juga kenaikan harga barang akibat cukai yang semakin meningkat. Dan ingatlah, inflasi adalah penindasan yang paling buruk buat manusia di akhir zaman ini. Disebabkan inflasilah rakyat terpaksa bersaing merebut wang yang tidak pernah cukup dipasaran kerana wang yang perlu dibayar balik lebih daripada jumlah yang mula-mula tercipta. Akibatnya ada yang teraniaya dan ketinggalan lantas bertindak diluar batasan norma-norma manusia seperti mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya untuk memastikan terus hidup. Sebab itu Nabi SAW bersabda kemiskinan menyebabkan kekufuran, akan tetapi cara dan sistem pemerintahan kerajaan itu sendiri yang menyebabkan rakyat menjadi miskin lantas kufur, bukankah tiba masanya memilih pemimpin yang baru dan yang berjuang untuk rakyat.

Bolehkah seorang pemimpin itu dikatakan benar-benar berjiwa rakyat jika dia sendiri tidak pernah menjadi rakyat biasa dan tidak pernah kenal erti kesusahan? Jika dari kecil hidup senang, makan bersudukan perak, sekolah berjemput hantar dengan pemandu persendirian, dijalanan tidak pernah tersangkut didalam kesesakan kerana senantiasa jalan dilancarkan maka tidak pernah terbentuk jaringan-jaringan neuron didalam otak mereka dan merembeskan kimia-kimia emosi tertentu untuk memberitahu kepada seluruh sel-sel ditubuh mereka erti sebenar kesusahan. Jadi orang yang senang dan menyatakan mereka berjiwa rakyat itu hanyalah omong kosong semata-mata. 

Anak kecil mana yang tidak sukakan gula-gula, selagi tidak diperhatikan, dikawal dan dilarang, biar habis giginya buruk tidak menjadi masaalah asalkan dapat menikmati gula-gula. Mengapa mereka berkelakuan begitu? Ini adalah kerana mereka masih tidak berakal, frontal lobenya masih tidak terbentuk dengan sepenuhnya untuk membolehkan mereka memikirkan akan akibatnya.

Mengapa rakyat sukakan dengan pemimpin yang selalu memberikan "gula-gula"? Tidak boleh menyalahkan mereka sukakan gula-gula tersebut kerana desakan hidup. Dan atas desakan hidup itu jugalah frontal lobe mereka menjadi semakin lemah tambahan pula dengan budaya hiburan baik musik, tv, filem video dan sukan yang rata-ratanya membantu mengurangkan daya berfikir kritis. Akibatnya mereka tidak mampu lagi berfikir sedalam-dalamnya kesan hari esok atas perbuatan hari ini, dan kemudiannya lupa akan akibat yang menimpa mereka diesok hari sedangkan itu adalah perbuatan mereka dihari semalam lantas menyalahkan orang lain atas keburukan yang menimpa mereka.

"Hey... Engkau peduli apa, suka hati akulah nak pilih siapa!"

Manusia bercakap seolah-olah mereka mempunyai kebebasan untuk memilih iaitu free will, akan tetapi free will itu sendiri sebenarnya adalah ilusi. Minda separuh sedar kita sendiri yang lebih berkuasa menentukan apa yang akan kita pilih dan lakukanhanya boleh di"veto" jika seseorang itu mempunyai frontal lobe yang kuat dan disertaikan dengan cabang-cabang neuron maklumat yang luas. Pastikah kita membuat penilaian yang tepat jika corak kehidupan itu sendiri melemahkan frontal lobe apatah lagi dihambur pula dengan media yang berat sebelah lantas memberi basuhan minda yang membentuk minda separuh sedar.

Penyelesaiannya adalah kembalilah kepada Islam, khusyuklah didalam solat dan berpuasalah dengan ikhlasagar frontal lobe menjadi kuat dan diri juga mampu menahan desakan-desakan dari minda separuh sedar untuk memilih dan membuat pilihan yang lebih mengenyangkan nafsu dan mendapat habuan dunia. Pelajarilah pelbagai ilmu agar lebih banyak lagi jaringan neuron tersedia untuk frontal lobe membantu kita berfikir, menganalisa semua kebarangkalian dan kemungkinan lantas membuat keputusan lebih tepat mem"veto" "suka hati akulah nak pilih siapa" itu tadi. Pilihlah pemimpin yang mampu memberikan kita kejayaan didunia dan juga diakhirat. Ingatlah jika pemimpin hanya memberikan kejayaan dunia dengan segala perhiasan dan kesenangan, ianya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mereka yang terpedaya (Surah Al-Imran 3:185). Pilihan di frontal lobe kita semua.


sumber asal : http://syurgadidunia.blogspot.com/2012/06/bahana-gula-gula-pemimpin.html

keter penyet







HBN


Amiruddin Ismail,

Rata-rata pihak menyuarakan bantahan dan kebencian dengan sikap bersahaja kerajaan Malaysia menghalal raikan konsert artis-artis K-Pop dan Jepun ke Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

Saya tidak mahu bercakap terlalu panjang. Bukan tampil membuat kenyataan rasmi bantahan wakil Ma’ruf Club. Secara dasarnya, kami pasukan penggerak Amar Ma’ruf Nahi Munkar memang bencikan sikap bersahaja pihak penganjur merelakan budaya hedonisme kurang sihat ini, lebih-lebih lagi apabila memfokuskannya kepada kami anak muda harapan negara.

YA, MEMANG KAMI BANTAH HIMPUNAN BELIA NEGARA!

Tidak dinafikan memang banyak aktiviti yang bermanfaat dalam Himpunan Belia Negara, contohnya pengisian kerohanian, booth-booth kerjaya dan pengajian tinggi, jambori, kolokium, ceramah motivasi, pertandingan-pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Sempat juga beberapa sahabat saya berkunjung ke sana, mereka kongsikan pengalaman melawat mega karnival. Saya tidak pergi, saya mengambil pendekatan menjauhi perkara yang lebih besar keburukan berbanding kebaikan.

Benarkah keburukan lebih besar berbanding kebaikan?

Mudah sahaja. Anda tanyakan pada diri sendiri. Sejauh mana aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti kerohanian dan pendidikan digembar-gemburkan dan menjadimain highlight dalam promosi Himpunan Belia Negara? Berapa banyak peruntukan diberikan untuk tujuan-tujuan tersebut? Apakah relevannya mencampur-adukkan pentas dengan persembahan nasyid pada siangnya, dan persembahan maksiat pada malamnya? Berapa banyak aktiviti pendidikan dan kerohanian yang dikunjungi Perdana Menteri dan diwar-warkan di media?

Saya nak tanya sendiri kepada pihak penganjur. Apa jenis belia yang anda mahu hasilkan manifestasi daripada Himpunan Jutaan Belia tahun ini? Belia sekularkah? Belia harapan negarakah?

Maaf pihak penganjur, kami bukan bermaksud apa-apa. Jujurnya, anda telah merosakkan anak muda. Orang ramai memandang serong kepada anak muda. Kata mereka, “Agaknya tiada masalah kalau anak muda hari ini siangnya diisi dengan motivasi, nasyid dan kerohanian, malamnya diisi dengan maksiat dan persembahan artis separa telanjang. Begini ialah model pemimpin negara akan datang.”

Habis busuk nama Islam! Habis busuk nama anak muda Malaysia! Kononnya Islam agama rasmi Persekutuan. Kononnya Kepercayaan kepada Tuhan, kononnya keluhuran perlembagaan, kononnya kedaulatan undang-undang, kononnya kesopanan dan kesusilaan menjadi intipati Rukunegara yang disanjung-sanjung. Mana perginya keunikan identiti Malaysia yang disanjung-sanjung seluruh dunia hari ini? Habis sepah dibuang dan dicampak-campakkan oleh pemimpin negara Malaysia sendiri!

Ya kami memang marah dan benci! Kami sangat sayangkan kerajaan kami, hanya cuma kami cukup marah dan benci dengan sikap kerajaan yang tidak pernah sayangkan kami.

Saya nak nasihatkan kepada pihak kerajaan yang menganjur, lain kali kalau nak anjurkan Himpunan Belia Negara, bawa-bawalah berbincang dengan kami anak muda. Bawa-bawalah berbincang dengan kami mahasiswa. Kami lebih memahami jiwa anak muda, kami lebih kreatif, kami lebih tahu bagaimana nak corakkan generasi pemimpin negara suatu masa nanti.

Jangan salahkan kami kalau anda ‘hilang kuasa’ di Putrajaya ‘suatu hari’ nanti.

Jangan salahkan kami kalau Tuhan timpakan malapetaka terhadap dosa-dosa anda. Naudzubillahi min zalik.

Kami terus mendoakan...Amin.

Penulis ialah Presiden Ma'ruf Club IIUM

Rabu, 13 Jun 2012

demo lo ni doh tok supo mulo


http://ghaflah.blogspot.com,12 Jun 2012



Kuala Lumpur. Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu
 "

Melaka. Sepanduk : "Zalim Itu Binasa"

Demo oleh Melayu Kelantan menentang Malayan Union

Demonstrasi secara besar besaran ini dilaporkan berlaku pada Februari 1946. Menurut akhbar MAJLIS (9/2/1946), perhimpunan itu dihadiri sejumlah 36,000 orang melayu Kelantan manakala akhbar SERUAN RA'AYAT pada hari yang sama telah melaporkan kehadiran seramai 65,000 orang.

Nota:
Rakyat Kelantan memang dah bijak dalam politik dan hak mereka sejak sekian lama.. syabas betta

Kalau Rais Yatim dah ada pada ketika itu sebagai menteri, mungkin akhbar MAJLIS akan melaporkan hanya 3277 orang saja yang hadir, termasuk jurugambar dan pasukan cheerleaders.. kah kah kah


Perarakan anggota API, AWAS & GERAM di Melaka menentang Malayan Union. Demonstrasi ini diadakan setelah gabungan politik berhaluan kiri selesai mengadakan Sidang Kongres di Melaka.

Nota: pada manusia manusia yang berkepentingan yang sesuka hatinya mengatakan demonstrasi bukan dari budaya melayu/malaysia, sila buka mata dan jangan pekakkan telinga. Demo itu hak yang terjaim dalam perlembagaan yang bertunjangkan demokrasi .. bukan sebab demo tak kasi ..err.. demo lo ni doh tok supo mulo 

Selasa, 12 Jun 2012

Andalusia

Kronologi Kerajaan Islam boleh dilihat di sini

Andalusia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain.

Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.

Sejarah Perjalanan Penaklukan Andalusia

Thariq bin Ziyad

Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, di daerah sekitar Algeria, Afrika utara. Beliau lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Beliau ahli menunggang kuda, menggunakan senjata, dan ilmu bela diri. Beliau adalah salah seorang Panglima Perang Islam pada masa pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau al-Walid I (705-715 M) dari bani Umayah.

Pada bulan Rajab 97 H atau Julai 711 M, beliau mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia (Semenanjung Iberia yang sekarang meliputi negara Spanyol dan Portugis). Bersama 7.000 tentera yang dipimpinnya, Thariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar (berasal dari kata “Jabal Thariq” yang berarti “Gunung Thariq”) menuju Andalusia.

Setelah mendarat, beliau memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.

Beliau mengatakan, “Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya dua pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini serta mengembangkan Islam, atau kita semua binasa (syahid).” Kata-kata ini adalah untuk membakar semangat pejuang-pejuang.

Mereka segera menyusun kekuatan untuk menggempur pasukan kerajaan Visigoth, Spanyol, di bawah pimpinan Raja Roderick. Atas pertolongan Allah swt, 100.000 tentera Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim. Raja Roderick pun menemui ajal di medan pertempuran ini.

Penaklukan sedikit demi sedikit.

Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10.000 tentera menyusul Thariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berhasil diduduki tentara Thariq dan Musa; Toledo, Elvira, Granada, Cordoba dan Malaga. Lalu dilanjutkan Zaragoza, Aragon, Leon, Asturia, dan Galicia. Dan penyebaran Islam ke Eropa pun dimulai dari Andalusia.

Pasukan Musa dan pasukan Thariq bertemu di Toledo. Keduanya bergabung untuk menaklukkan Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Spanyol berhasil dikuasai. Beberapa tahun kemudian Portugis mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan Al-Gharb (Barat).

Sungguh itu keberhasilan yang luar biasa. Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad ingin membawa pasukannya terus ke utara untuk menaklukkan seluruh Eropa kerana waktu itu tidak ada kekuatan lain yang mampu melawan mereka. Namun, niat itu tidak tereaslisasi karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik memanggil mereka berdua pulang ke Damaskus (Damsyik) . Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Spanyol.

Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah swt. tidak kembali ke Eropa kerana sakit dan menghembuskan nafas.






Kerajaan Cordoba (756-1013)

Pada tahun 750 M, kekuasaan khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik digantikan dengan kekuasaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.

Amir Kerajaan Cordoba berturut-turut: Abdurrahman I (756-788), Hisyam I (788-796), Al-Hakam I (796-822), Abdurrahman II (822-852), Muhammad I (852-886), Al-Mundhir (886-888), Abdullah ibn Muhammad (888-912)

Kemudian semenjak kekuasaan Abdurrahman III di tahun 929, sebutan penguasa Amir kemudian digantikan dengan titel Khalifah: Abdurrahman III (912-961), Al-Hakam II (961-976), Hisyam I (976-1008), Muhammad II (1008-1009), Sulaiman II (1009-1010), Hisyam II (1010-1012), Sulaiman II (1012-1016), Abdurrahman IV (1017), Abdurrahman V (1023-1024), Muhammad III (1024-1025), Hisyam III (1026-1031).

Bawah pemerintahan Abdurrahman III dianggap zaman keemasan Andalus. Simpanan makanan dan makanan diimport dari timur tengan cukup untuk rakyatnya dan kota2 lain di Andalus. Sektor pertanian di Corodoba adalah paling maju di eropah dan populasinya mengatasi Costantinople.

Andalusia merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai karya2 yang hebat. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. Cordoba juga mampu menandingin Baghdad dalam pelbagai sektor. Bandar Cordoba mempunyai lampu jalan,air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar, dan lain-lain. Orang eropah di laur Andalus yang datang ke Cordoba terpegun dan seronok melihat bandar Cordoba. Pada masa itu negara-negara lain di eropah tidak mempunyai pembangunan dan gelap gelita.

Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.



  • mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau diasingkan dari orang Islam
  • mereka tidak dijadikan hamba untuk orang Islam
  • mereka tidak dihalang dari mengikut kepercayaan mereka.
  • mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam
  • mereka boleh terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan orang Islam seperti bekerja di bank dan urusan jual beli emas dan perak.
  • mereka juga boleh bekerja di sektor-sektor awam
Mezquita

Mezquita merupakan bukti kegemilangan pemerintahan Islam di Cordoba dalam bidang seni bina. Mezquita ini dibeli dari gereja dan kerja-kerja pengubahsuaian bermula pada tahun 784 M dan dari tahun ke tahun mezquita semakin membesar. Mezquita juga merupakan masjid terbesar di eropah dan kedua terbesar di dunia Islam. Senibina Mezquita di bahagian gerbangnya telah diadaptasikan dalam gereja-gereja lain di eropah.





Madinat Al Zahra

Madina Zahra


Pada tahun 936, Abdur Rahman III mengambil keputusan untuk membuka satu bandar lain. Bandar Madina Zahra dibina 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena . Nama itu diambil sempena nama isterinya Azaharah. Malangnya kegemilangan nya hanya singkat apabila hancur diserang askar Berber sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong, itu pon sudah hancur.





Kejatuhan Cordoba
Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M.

Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pon terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.
Toledo

Toledo antara Taifa yang masih terus membangun selepas kejatuhan Cordoba. Toledo telah banyak memberikan sumbangan terhadap gerakan pemikiran dalam kebudayan Islam. Selain itu Toledo sangat hebat dalam bidang astronomi.
Kejatuhan Toledo

Pada bulan Safar tahun 487 H. / 1085 M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Dengan jatuhnya ke tangan Castile ini bererti Toledo telah jatuh ke tangan Tentera Salib. Usaha untuk merebutnya kembali telah beberapa kali dilakukan tetapi semuanya gagal






Kawasan-kawasan lain juga satu persatu telah jatuh ke tangan tentera Kristian.
———————————————————————————————————————

Kisah di tempat lain Kerajaan Abassiyah yang berpusat di Baghdad

Baitulmaqdis

Dalam masa yang sama pada tahun 1095 berlaku perang salib 1 di Baitulmaqdis. Perang salib ini adalah kempen perang atas dasar agama oleh orang Kristian untuk mendapatkan Baitulmaqdis dan kawasa sekitaranya serta Constantinople (Istanbul). Dalam perang salib pertama, tentera Kristian berjaya menawan Baitulmaqdis.

Kemudiannya pada tahun 1137, panglima perang Islam iaitu Salehuddin Al Ayubi dilahirkan dan beliau berjaya menawan Baitulmaqdis semula pada tahun 1187.

Pada tahun 1218-1221 tentera Monggol telah menakluki Mesir dan pada tahun 1258 Tentera Monggol telah menyerang Baghdad dan kerajaan Abassiyyah akhirnya jatuh.

Kisah-kisah ini inshaAllah akan di ceritakan kemudian.

————————————————–——————————————————————————

Kerajaan Granada



Sisa-sisa umat Islam di Andalusia itu masih dapat bertahan dan bangun kembali di Granada, di bawah dinasti Bani Ahmar (1232-1492). Peradaban kembali mengalami kemajuan seperti di zaman Abdurrahman an-Nasir. Akan tetapi, secara politik, dinasti ini hanya berkuasa di wilayah yang kecil. Universiti Granada dan Istana Al Hambra yang termasyhur itu pun dibangun walau di tengah ancaman tentara musuh. Alhambra boleh dikatakan seperti istana dalam fairy tale bagi mereka yang tidak pernah melihatnya pada masa itu. Senibina Alhmbra memerlukan kepakaran matematik yang tinggi dan seni ukir yang tinggi.


Alhambra
—————————————————————————————————————————

Kisah di tempat lain Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1260M merupakan kebangkitan semula kerajaan Islam (Bani Mamluk) selepas mereka berjaya menewaskan tentera Monggol semasa peperangan di Ain Jalut dan tertubuhlah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Constantinople juga berjaya ditawan kembali oleh orang Islam bawah pimpinan Muhammad Al Fateh pada tahun 1453M.

Kisah ini juga akan diceritakan pada masa lain, inshaAllah.

——————————————————————————————————————————————

Setakat kisah ini, kerajaan Islam yang semakin mengecil di Andalus masih ada bakinya di Granada.

Kejatuhan Granada

Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Spanyol ini berakhir karena perselisihan orang-orang istana dalam memperebutkan kekuasaan. Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya karena menunjuk anaknya yang lain sebagai penggantinya menjadi raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kekuasaan. Dalam pemberontakan itu, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdenand dan Isabella untuk menjatuhkannya. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan penguasa yang sah dan Abu Abdullah naik tahta. Tentu saja, Ferdenand dan Isabella yang mempersatukan dua kerajaan besar Kristen melalui perkawinan itu tidak cukup merasa puas. Keduanya ingin merebut kekuasaan terakhir umat Islam di Spanyol. Abu Muhammad Abdullah IX tidak kuasa menahan serangan-serangan orang Kristen tersebut dan pada akhirnya mengaku kalah. Akhirnya keemasan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.

Umat Islam setelah itu dihadapkan kepada dua pilihan, masuk Kristian atau keluar dari Sepanyol. Umat Islam pun terusir dengan pedihnya dari bumi Andalusia. Hanya yang mau meninggalkan Islam (murtad) yang boleh tinggal. Yang tetap beriman kepada Allah bersama Raja Abu Muhammad di persilahkan naik ke kapal dan berlayar menuju Afrika Utara menyeberangi Selat Gibraltar. Kalau dulu Tariq menyeberanginya dengan kepala tegak penuh semangat dan optimis, namun Abu Muhammad berlayar dengan sedih dan menundukkan kepala dengan penuh keaiban. Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Baik Cordoba maupun Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di daerah ini.

Namun Alhambra tidak dihancurkan oleh orang Kristian, mungkin kerana tidak sanggup. Alhambra merupakan peninggalan terhebat menunjukkan kegemilangan pemerintahan Islam di Sepanyol.



Jangan lupa juga untuk menonton sendiri video-video dokumentari Kerajaan Islam di Andalus di nasyid-online.com. Ada banyak lagi kisah-kisah yang menarik :)