Kehadapan anakanda suami isteri yang dikasihi,
Ayahanda harapkan anakanda sekeluarga dalam kandungan sihat walafiat bersambung zuriat dan dilimpah kurnia Allah seru sekian alam. Peluk cium ayahanda untuk cucunda yang amat amat ayahanda rindui.
Amin ya rabbul alamin.
Anakandaku,
Ayahanda telah terdengar khabar berita bahawa anakanda telah menulis surat kepada yang mulia Tun. Ayahanda ada juga mendengar khabar berita bahawa anakanda telah bersusah payah cuba menerangkan duduk perkara kepada Tun. Ayahanda juga difahamkan yang anakanda menulis surat itu untuk mempertahankan nama baik keluarga kita. Amin.
Biarlah di sini ayahanda terangkan bahawa semenjak ayahanda dipaksa meletakkan jawatan, ayahanda telah mendiamkan diri. Ini bukan bermakna ayahanda tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kalau mengikut kata Tun Musaa, ini adalah elegance silence atau dalam bahasa Melayunya ‘sepi nan indah'. Ayahanda tidak sekali-kali ingin membuat heboh seperti yang dilakukan oleh Tun Madey.
Tun ini telah ke hulu ke hilir menabur fitnah terhadap ayahanda. Kebelakangan ini apabila parti United Malays National Organisation ini semakin terpencil dan semakin hilang sokongan, kelihatan semakin garang serangan Tun terhadap ayahanda. Kalau dahulu serangan Tun ini agak berlapik kini kelihatan telah datang secara terbuka.
Biar ayahanda terangkan tentang duduk perkara. Ayahanda cukup yakin satu hari nanti sejarah akan menilai kembali tentang apa yang ayahanda telah berjaya lakukan dan apa yang ayahanda cuba lakukan. Tetapi sejarah sedemikian ini bukanlah sejarah yang boleh ditulis oleh ahli sejarah kaki bodek seperti Khoo Kay Kim atau Ramlah Adam.
Anakandaku,
Setelah Anuar Ibrahim ditangkap dan ditendang dari parti kita, Madey telah mengambil masa untuk mengumumkan siapa yang akan menjadi timbalan. Begitu banyak tukang lobi datang melobi untuk jawatan ini. Madey telah menelefon ayahanda sebanyak tiga kali. Ayahanda mengambil sikap ‘buat dek' sahaja kerana ayahanda tahu sangat sikapnya.
Sikap 'buat dek' ini telah menjadikan Madey gelabah. Justeru, si Madey ini telah menggunakan arwah seorang bekas pemimpin United Malay Nasional Organisation untuk datang menemui ayahanda. Di sini Madey tersilap besar kerana ayahanda melihat pemimpin ini hanya bertaraf bell boy untuk Lim Koh Tong. Ayahanda tak ambil pot tentang apa yang dikatakan oleh pemimpin ini.
Dari seorang ahli kabinet, ayahanda mendengar bahawa Tun Madey telah menyinga kerana ayahanda tidak memakan umpan pancingnya. Ayahanda tahu sangat sikap Madey ini, jika kita tunduk maka kita akan kena pijak. Tidak lama selepas lawatan pemimpin itu, Madey telah mengutus Azeez Samsudeen. Azeez juga membawa pesanan yang sama, Madey ingin berbincang dengan ayahanda tentang hal timbalan.
Ayahanda amat sedar bahawa ketika itu imej Madey amat hodoh sekali di kalangan orang Melayu. Sesudah sahaja Anuar dipecat, gerakan Reformasi telah meletus. Anak-anak muda ketika ini menuntut Madey berambus dari muka bumi Malaysia. Gerakan Reformasi 1998 telah berjaya mengadakan demonstrasi hampir setiap minggu di Kuala Lumpur.
Orang Melayu amat yakin dan marah dengan Madey. Orang Melayu tahu bahawa Anuar telah difitnah oleh Madey. Tuduhan liwat itu sebenarnya dirancang hanya untuk menjadi alasan. Tuduhan liwat ini juga bertujuan mengolah persetujuan orang ramai untuk menghina Anuar. Madey telah menggunakan mata-mata upahan dan menggunakan tuan hakim di mahkamah. Macai, kaki bodek dan barua-barua telah ke hulu ke hilir membuat cerita dongeng.
Biar ayahanda kisahkan di sini. Ketika arwah Megat datang menemui ayahanda si Megat ini, secara jujur telah berkata bahawa dia sendiri tidak percaya tentang kes itu. Tetapi si arwah ini tidak ada pilihan kerana Madey ada menyimpan fail kes besar yang dikatakan si Megat ini terlibat.
Kalau anakanda hendak tahu siapa sebenarnya si Madey sila bertanya dengan Tun Musaa ketika dia masih sihat lagi. Anakanda tahu, Tun Musaa sendiri pernah diugut oleh Madey agar meletak jawatan jika tidak Tun Musaa akan didakwa merogol gadis bawah umur. Anakanda jangan terkejut menerima berita ini. Rakyat Malaysia mungkin tidak tahu sangat kesah ini walhal perkara ini telah ditulis dalam tesis Phd seorang pelajar dari Korea Selatan tahun lalu.
Cerita Tun Musaa akan dituduh merogol ini juga diketahui oleh ramai murid-murid bekas pelajar Kolej Melayu. Surah ‘rogol' ini telah mereka dengar dari mulut presiden murid tua Kolej Melayu sendiri.
Dalam masa yang sama di zaman Reformasi memang ramai ahli-ahli parti kita termasuk Zahiid Hameedy sendiri yang mahu Madey ini berambus. Mungkin ketika itu anakanda sering ‘berdengung' di Turf Tavern Oxford atau sibuk cross dressing untuk Kinky Gelinky di Heaven maka anakanda tidak mengikuti perkembangan politik tanah air. Di zaman anakanada masih seronok ‘beryamseng' ketika inilah anak-anak muda Melayu bertempur dengan mata-mata upahan Madey di Batu Road. Anak-anak muda ini sedang melaungkan "undur Madey undur".
Anakandaku yang dikasihi,
Biar ayahanda berkata jujur di sini, bukan ayahanda tak sedar Madey melantik ayahanda sebagai timbalan dengan niat busuk lagi hina. Madey mahukan satu imej Islam dalam pentabiran negara. Madey mahukan sosok ayahanda untuk meredakan kebencian orang Melayu terhadap dirinya.
Ayahanda dilihat bersopan santun, memiliki didikan agama, dari keluarga alim ulama dan penuh dengan budi bahasa. Kehadiran ayahanda sebagai timbalan akan memberikan imej Melayu Islam kepada kabinet half past six Mahathir. Dengan terlantiknya ayahanda maka orang ramai akan melihat kerajaan ini memiliki sifat kemelayuan berbanding dengan Madey yang tidak diketahui asal usulnya.
Sebelum menerima lantikan ini ayahanda anak beranak bersama arwah isteri kesayangan ayahanda telah berbincang. Nona yang sekarang menjadi isteri anakanda dan ibunya agak keberatan untuk menerima lantikan ini kerana mereka tahu niat busuk si Kitul ini.
Orang perempuan melihat bukan dengan mata tetapi dengan hati. Sekoleh air todi telah diketahui pokok yang mana asal usulnya. Sekali Madey membuka mulut akan diketahui tongkang SS Rajula atau tongkang SS Sidambaram.
Tetapi anakanda Kamaluddeen, abang si Nona melihat dari sudut yang berbeza. Si Kamaluddeen ini mempunyai niat untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Dia telah dididik oleh kawan ayahanda dalam dunia perniagaan. Anak jantan ayahanda yang seorang ini berangan-angan untuk menjadi Soros Melayu. Dia ingin membuka perniagaan sehingga boleh mengekspot bom nuklear. Kamaluddeen dan kawan perniagaan ayahanda melihat lantikan ayahanda ini sebagai peluang besar untuk meluaskan perniagaan.
Ayahanda juga tahu ketika ini anakanda sedang mengurat dan sedang memasang jerangkap samar untuk mencari pasangan yang boleh membantu tangga politik anakanda. Jangan anakanda tidak sedar bahawa ayahanda tahu yang anakanda pada mulanya telah cuba-cuba merapati Anuar. Anakanda ketika itu sedang memerhatikan siapa anak siapakah yang akan dijadikan tangga politik rapid express. Kroni kumpulan Itos anakanda yang penuh idealisme pada ketika itu belum lagi menjadi ACM Libera yang rakus mengumpul harta.
Anakanda yang dikasihi,
Di sini ayahanada ingin memberitahu bahawa Madey ini adalah kaki pembohong dan pembongak. Cakap dan kata-katanya tidak boleh dipakai. Jika anakanda kurang yakin tentang apa yang ayahanda tulis ini sila bertanya hal ini dengan Ku Lee atau dengan Zahiid. Mereka akan membuka surah bagaimana Madey ini akan berbohong dalam kabinet. Menafikan apa saja walau pun ada bukti sahih di depan mata.
Madey sengaja mengatakan orang Melayu mudah lupa. Ini pembohongan besar. Orang Melayu tidak pernah lupa akan tongkang SS Rajula. Malah orang Melayu dalam kitab sejarah bangsanya - Salalatus Salatin - telah merakamkan watak-watak Kitul dan Keling Mendeliar yang kerjanya hanyalah menabur fitnah sehingga runtuhnya kerajaan Melayu Melaka.
Ayahanda merasa sedih bukan kerana ayahanda dituduh bertanggungjawab membawa keruntuhan kepada United Malays National Organisation. Ayahanda bersedih kerana masih ramai orang Melayu yang dapat dikelentong dan ditipu oleh Mahathir Muhamad.
Anakandaku yang dikasihi,
Ayahanda juga merasa sedih apabila melihat anakanda telah ditibai oleh Madey berkali-kali. Anakanda dikatakan masih berhingus. Apakah Madey tidak sedar bahawa berhingus bukan satu jenayah.
Ayahanda tidak hendak mengungkit cerita lama tentang bagaimana Madey telah memaksa Anwar yang ketika itu menteri kewangan untuk mengeluarkan dana negara untuk menyelamatkan perniagaan Merzan. Apakah anakanda telah mendengar surah Lebai Desas bin Haji Desus tentang percubaan Merzan hendak mencekik lehernya sendiri apabila syarikatnya bungkus.
But my dear son in law, this is not my style. What is the because Madey menyerang anakanda? Ini kerana Madey melihat kemunculan anakanda di persada politik telah menggelapkan masa depan politik anaknya.
Kerana semua ini ayahanda menyokong seratus peratus idea gempaq anakanda. Hanya anakanda yang berkelulusan PPE dari Oxford sahaja yang dapat memikirkan penubuhan tribunal untuk Madey. Tribunal kesalahan Madey terhadap rakyat Malaysia ini wajib diadakan secepat mungkin. Ayahanda berharap dengan wujudnya tribunal ini maka nama keluarga kita akan digilap bersinar kembali.
Ayahanda akhiri surat ini dengan harapan agar anakanda rapat-rapatlah kembali dengan Anuar. Si Anuar ini pasti akan mengingati peranan anakanda yang memungkinkan dia dibebaskan. Malah semua rakyat Malaysia tahu tanpa bantuan anakanda mustahil Anuar akan mendapat pasport untuk ke Jerman berubat. Wassalam dan peluk cium untuk cucu tersayang.
Sumber: Malaysiakini.com
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 28 Jun 2012
kimi-'A'! itu M U D A H Insya Allah ...A! Buktikan!
Adakah anda TAKUTkan subjek kimi-'A'! itu M U D A H? Adakah anda TIDAK SUKA subjek
kimi-'A'! itu M U D A H ? Adakah jantung anda seringkali berdegup kencang apabila tibanya waktu
kimi-'A'! itu M U D A H di sekolah? Adakah keputusan
kimi-'A'! itu M U D A H anda kurang memuaskan? Adakah anda merasai guru
kimi-'A'! itu M U D A H anda garang dan menakutkan? Adakah anda merasai bosan apabila mempelajari
kimi-'A'! itu M U D A H ?
Adakah anda rasa
kimi-'A'! itu M U D A H bukan satu subek yang penting untuk dipelajari? Anda mungkin menghadapi masalah dalam mempelajari
kimi-'A'! itu M U D A H . kita akan membincangkan tentang pemikiran positif dalam mempelajari
kimi-'A'! itu M U D A H .
Setiap pelajar pasti inginkan kejayaan dalam bidang akademik. Perasaan bahagia, puas hati, berbangga pasti hadir dalam diri anda apabila anda menempa kejayaan dalam apa bidang sekalipun. Tidak mustahil untuk anda berjaya dalam subjek
kimi-'A'! . Apkah langkah pertama bagi mencapai kejayaan ini? Mestilah anda harus membuang sikap dan tanggapan negatif tehadap
kimi-'A'! dan menggantikannya dengan yang postif.
Pertama sekali anda harus tahu bahawa anda tidak boleh lari daripada mempelajari
kimi-'A'! selagi anda berada di bangku sekolah. Oleh itu, adalah lebih mudah jika anda menghadapi subjek ini dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keberanian. Minat yang telah lama anda kuburkan harus dihidupkan semula bagi memudahkan anda mempelajari subjek yang dikatakan sukar ini. Bersama-samalah kita berusaha mencungkil minat untuk mempelajari
kimi-'A'! . Terdapat beberapa langkah boleh anda ambil untuk jadi berminat untuk mempelajari
kimi-'A'! , iaitu:
1. Hiasi ayat-ayat perangsang dalam jiwa anda dan juga di sekeliling anda.
Ulangi ayat-ayat perangsang ini setiap hari untuk beberapa kali. Hiasi bilik anda, meja belajar anda, peti sejuk anda, kelas anda dengan kata-kata perangsang di bawah ini. Jadikan ia poster-poster yang ceria dan menarik perhatian demi melahirkan semangat untuk mempelajari
kimi-'A'! Slogan-slogannya adalah seperti berikut, anda juga boleh mencipta slogan positif sendiri yang bersesuaian dengan diri anda:
§ ‘Semakin hari saya semakin mahir dalam bidang
kimi-'A'! ’
§ ‘Saya boleh menguasai
kimi-'A'! ’
§ ‘Saya semakin memahami
kimi-'A'! ’
§ ‘Saya sentiasa rileks ketika mempelajari
kimi-'A'! ’
§ ‘Saya yakin dengan kebolehan saya dalam
kimi-'A'! ’
§
kimi-'A'! itu menarik!
2. Jadikan diri anda semangat untuk mempelajari
kimi-'A'! .
Untuk melahirkan semangat ini, anda boleh
§ mencari sebab mengapa anda harus mempejari
kimi-'A'! . Senaraikan seberapa banyak mungkin.
§ Mencari aplikasi
kimi-'A'! dalam kehidupan seharian. Anda pasti terkejut apabila melihat betapa banyaknya kegunaan
kimi-'A'! dalam kehidupan kita!
§ Bersemangat untuk pergi ke kelas dan menyalin nota
§ Bertanyakan soalan. Jika anda tidak memahami sesuatu perkara dalam kelas
kimi-'A'! , jangan takut untuk mengangkat tangan dan bertanya soalan. Guru sebenarnya suka apabila pelajar menunjukkan minat dalam subjek yang diajarnya. Guru amat suka apabila pelajar bertanyakan soalan di kelas.
§ Anda juga haruslah cuba menjawab dan menyelesaikan soalan dan latihan
kimi-'A'! yang guru anda berikan. Adalah bagus anda berbincang dengan rakan anda untuk menjadikan pelajaran ini lebih menarik. Sama-sama anda pasti boleh!
3. Banyakkan berdoa dan memohon kejayaan dari Allah
§ Setiap kejayaan kita peroleh adalah sebenarnya datang dari Allah. Kita harus sentiasa menjadi hamba yang bersyukur di atas segala pemberianNya. Saya menggalakkan setiap hari anda, memohon dari Allah s.w.t (bagi yang muslim) supaya diberikan kejayaan dalam setiap perkara yang diceburi. Ikhlaskan diri anda untuk lakukannya demi mencari keredhaan Allah s.w.t, demi melihat kebesaranNya, demi mendekatkan diri kepadaNya dan demi menjadi hamba yang lebih, bersyukur, sujud dan tawadduk kepadaNya. Allah s.w.t pasti mendengar setiap doa hambaNya.
§ Amalkan doa penerang hati setiap kali memulakan pelajaran dan jangan lupa membacakan Bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Harapkan pertolongan dan perlindungan dariNya dalam setiap langkah yang anda ambil, Allah s.w.t suka dan sayang kepada insan yang sentiasa mengingatiNya, mengagungkanNya dan bersyukur akan setiap pemberianNya.
§ Jangan lupa untuk tunaikan solat lima waktu dan membaca Al-Quran setiap hari untuk menerangkan hati dan memudahkan ilmu masuk ke jiwa anda. Amalkan zikir dan selawat dan sentiasa meminta ampun akan dosa-dosa yang anda telah lakukan.
Hati yang ikhlas, dan niat yang luhur untuk mencari keredhaanNya pasti menempa kejayaan!
4. Percaya anda boleh!
Jangan biarkan tanggapan orang mengkaburkan niat anda untuk berjaya. Jangan biarkan mereka mematahkan semangat anda! Jangan biarkan mereka pijak kepala anda! Yakin pada diri bahawa dengan usaha yang gigih, pemikiran yang positif, kejayaan pasti milik anda!
Juzuk
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar…
Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala…
sulit
KEMENANGAN gemilang di perang Badar sungguh mengembirakan Nabi saw. Ramai yang ditawan dan diantaranya terdapat menantu baginda iaitu Abul As, suami kepada puterinya Zainab.
Zainab telah beriman kepada Allah dan Rasul tetapi suaminya itu masih musyrik. Beliau menyertai orang-orang quraisy dalam perang Badar dengan kaum muslimin yang dipimpin oleh baginda saw.
Perkara Abu As ditawan dalam perang itu telah diketahui Zainab dan beliau perlu menebus suaminya yang sangat disayanginya itu. Beliau tidak mempunyai harta yang banyak dan dilehernya terdapat kalung pemberian ibunya Khadijah sewaktu beliau berkahwin dengan Abu As dulu. Kerana tiada pilihan lain maka kalung itu dikirimkan ke Madinah bagi menebus suami menurut oeraturan tawanan perang ketika itu.
Kini kalung itu berada di tangan Nabi. Baginda segera dapat mengenalinya dan merasa amat terharu melihatkan kalung Khadijah itu. Betapa sebaknya jiwa baginda tidak dapat dibayangkan kerana kalung itu sekaligus menumbulkan kenangan lama baginda bersama Khadijah.
Perang Badar telah menyebabkan kalung itu telah dimiliki oleh puterinya Zainab bertahun-tahun lamanya kini berada di tangan untuk menebus suaminya dari tawanan ayahandanya sendiri. Bagaimanapun Abu As dibebaskan dan dikembalikan kepada Zainab.
Semasa keadaan itu berlaku Allah telah menurunkan ayat kepada Nabi saw:
”Wahai orang Mukmin. Bila datang kepadamu wanita beriman yang ikut hijrah maka ujilah (keimanan) mereka. Allah lebih tahu dengan keimanan mereka. Maka jika kamu tahu mereka beriman maka tidak boleh lagi mereka kembali kepada (suami mereka) yang kafir. Mereka tidak halal lagi bagi mereka,” (Mumtahanah : 10)
Dengan turunnyat ayat itu, Zainab harus berpisah dari suaminya, beliau tidak boleh berada di tangan orang Musyrik. Nabi segera memberitahu ini kepada Abu As walaupun pahitnya kerana memisahkan kasih sayang mereka sebagai suami isteri.
Abu As cuba memujuk Nabi tetapi baginda tidak boleh tawar menawar dan harus lakukan walaupun mengenai anak kandungnya sendiri.
Abul As pun kembali ke Mekah dengan disertai dua orang Ansar iaiti Zaid Haristah dan seorang lagi untuk melaksanakan kehendak ayat. Sampai mereka di Mekah, maka diberitahu segera kepada Zainab akan pesanan Nabi bahawa beliau hendaklah bercerai dengan suaminya. Sebagai wanita mukminah dia taat kepada perintah Allah dan Rasul walau betapa duka lara yang dialami.
Zainab berangkat ke Madinah dengan hajat bersama Nabi dengan ditemani Zaid dan seorang lagi. Seorang saudara suaminya bernama Kananah bin Rabi’ ikut menghantar atas permintaan suaminya.
Keluarlah rombongan Zainab ke Mekah menuju ke Madinah. Tetapi belum pun jauh perjalanan mereka dikejar oleh segolongan quraisy dengan kemarahan yang amat sangat.
Zainab telah dipukul Habar Aswad sehingga beliau jatuh ke batu. Zainab yang ketika itu sedang mengandung terkejut apabila terkena tombak dan terjatuh ke batu menyebabkan kandungannya gugur. Sakit yang amat sangat terkujur menahan derita yang dialami Zainab telah memaksa Kananah melawan bagi membelanya, tapi Abu Sufian dari quraisy segera membisikkan kepadanya jalan keluar yang baik.
”Keluarlah malam hari, kerana keluar siang sangat memalukan quraisy, ia suatu penghinaan. Kami tidak melarang Zainab untuk tinggal bersama bapanya,”
Bisikan Abu Sufian itu pada mulanya tidak mahu diterima oleh Kinanah, tetapi memandangkan Zainab dalam kesakitan yang amat apatah lagi gugur kandungannya, maka cadangan itu diterimanya.
Rombongan itu kembali semula ke Mekah dan dapatlah Zainab berehat seketika. Pada malamnya mereka berangkat semula tanpa sebarang halangan. Dengan izin Allah mereka selamat tiba dan bertemu Nabi.
Rasul turut marah setelah dikhabarkan peristiwa tadi dan ramai yang turut mengutuk dan menyatakan simpati kepada Zainab. Betapa pun keadaan, hukum Allah tetap berlaku dengan tegas walaupun dengan risiko yang berat. Maka tinggallah Zainab di Madinah di tengah saudara-saudara Islam yang lain.
Pada suatu masa yang lain, sekali lagi baginda menghadapi masalah dengan Zainab iaitu berpunca dari bekas suaminya Abu As yang masuk ke Madinah dan dilindungi Zainab. Kafilah dagang yang dipimpin Abu As telah ditawan dan mereka enggan pulang ke Mekah sebaliknya beliau lari ke Madinah dan bersembunyi di tempat Zainab tanpa diketahui Nabi.
Perbuatan Zainab akhirnya diketahui dan baginda mencela Zainab kerana berbuat demikian kerana itu boleh mendatangkan fitnah dalam masyarakat dan beliau sepatutnya bermusyawarah dengan Nabi terlebih dahulu.
”Wahai puteriku. Muliakanlah tempatnya (sambut beliau dengan baik), engkau tidak halal lagi baginya, beliau haram dari mendekatimu,”
Nabi memberikan peringatan itu sebab keduanya berpisah dalam kasih sayang, masih ada hubungan keluarga maka pergaulan dalam melindunginya haruslah dibatasi.
Akhirnya Nabi memberitahu kepada orang ramai akan hal Abu As berada di Madinah dan menyebutkan tentang barang dagangannya yang jatuh ke tangan muslimin.
Demi menghormati Zainab dan baginda Rasul Allah, maka rampasan kafilah yang telah menjadi hak mereka itu dikembalikan semula. Tetapi waktu diajak beliau masuk Islam dia menolaknya. Dengan membawa barang dagangan itu Abu As kembali semula ke Mekah dan membahagikan kepada pemiliknya.
”Adakah sesiapa lagi yang belum menerimanya?” tanyanya lagi.
”Jika tidak?” jawab mereka.
”Jika tiada, dengarlah baik-baik : saksikanlah sekalian bahawa aku mengucapkan : Asyhasu an la ilaja illah Lah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah,” demikian katanya.
”Demi Allah. Diharap tiada yang mencariku setelah aku Islam melainkan khuatir aku kamu nanti menyangka aku ini akan memakan hartamu dan selesailah tugas aku dan hari ini aku peluk Islam.
Hari ini juga aku akan berangkat ke Madinah bagi mendapatkan apa yang selama ini telah luput dalam diriku bagi berjihad bersama kaum muslimin dibawah pimpinan amin Muhammad” katanya lagi
Berangkatlah dia ke Madinah membawa imannya. Bergembiralah penduduk Madinah menyambutnya lebih’lebih lagi Zainab dan Nabi sendiri.
Dulu dia menolak dan hari ini membawa imannya. Maka Nabipun mengembalikan Zainab dengan pernikahan menurut Islam kepada Abul As.
Bermulalah hidup mereka dengan lebih bahagua di bawah cahaya Islam, inilah salah satu suka duka dalam keluarga Nabi dalam baginda mematuhi Allah dan kerasulannya.
Langgan:
Catatan (Atom)