Rabu, 11 Julai 2012

makang sila


http://omakkau.blogspot.com,10 Jul 2012

GAMBAR YANG MENYUSUK KALBU YANG DIKELABUKAN DARI PENGETAHUAN UMUM..



Gambar-gambar ini taubat lahom tidak akan disiarkan di semua media cetak arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.

Cukup terharu dan kagum amat, gaya hidup yang dilalui oleh seorang insan berjawatan sebagai Presiden Parti Islam terbesar di negara kita ini, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Rumahnya sekadar bertanggakan  kayu yang sudah hampir lusuh dan cat yang sudah menggelupas.

Dalam rumahnya berlapikkan tikar getah dengan karpet murah.

Meraikan tetamu istimewa, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Mantan Menteri Penerangan dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, secara duduk bersila dengan menjamu selera di atas lantai dengan hidangan masakan kampung yang cukup sederhana tetapi menyelerakan.

Begitu sempoi dan cool sekali gaya hidup TGHA..

Jiwa admin amat tersentuh sekali.

Motivasi PDT I KMS-hehdi

Link video sila klik di sini



















Selasa, 10 Julai 2012

Menteri kesihatan Malaysia

pak cik pernah menempuh detik hitam yang memarahkan hati pak cik di sebuah hospital kerajaan ini terutama di negeri selangor. Pak cik menyeru lah orang luar datang cari rezeki kat selangor nie, jaga budi bahasa, kelakukan dan kata-kata sebab dia masih bertugas lagi kat hospital nie. Pak cik harap la, kalo ada wartawan terbaca penulisan pak cik, tolong siarkan no tel atau pihak yang boleh dihubungi untuk membuat aduan awam berkenaan hospital nie, bagi email pun ok. 
 
Pastu, nurse dan doktor pelatih yang tak pandai cucuk budak, jangan la try belajar cucuk budak. nie mesti tak belajar habis lagi nie. Wife pak cik tangan bengkak seminggu, pastu, anak pak cik pernah kena, bengkak tangan. kalo kat tangan tak boleh, tempat lain tak boleh ker. kalo darah beku kat urat, macam mana? 

Bodoh namanya nie, pak cik tak jadi doktor tapi kita banyak membaca. Tangan bayi yang baru 1 minggu lahir, urat besar mana brader?, Bodoh, kalo tak boleh cucuk kat lengan, kat tapak kaki pun boleh brader, kalo setakat nak ambik darah test, nie otak letak mana nie, pak cik boleh baca standard US dan UK untuk test darah bayi, korang ada baca tak?. kita juga perlu tahu tahap urat bayi baru lahir dengan orang dewasa berbeza. dulu kat universiti tak belajar. bodoh nie namanya. Nie salah individu tersebut. belajar main main. menyusahkan orang tua tua. Bila tangan bengkak, berapa kali aku nak ulang alik ke hospital. 

kalo tangan anak aku mati, darah beku, cacat, ko boleh cakap la, ambil la buat report bawak mahkamah. mentang mentang la law tu tak kena kat ko lagi. Paling tinggi top management hospital cakap, kami akan beri rawatan yang terbaik untuk anak tuan. haram jadah, bodoh. kalo tangan anak aku kena potong, cacat, macam mana. cuba korang pikir, patut ker tak patut aku marah? aku ulang sekali lagi, Patut tak patut aku marah. Aku nak guna polisi macam mana yang terbaik? Anak aku tu!

Nie dulu belajar tak habis nie. Pak cik pernah melihat doktor pelatih tak reti tekan mesin isulin bagi ibu mengandung. kalo tak reti, belajar la, nie tak tahu, main tekan saja. nasib ada nurse yang pandai, kalo nurse tu tak tolong, malang la ibu mengandung tersebut. pastu, lari, nasib la ada nurse tu. apa ker mangkuk doktor pelatih nie. haram jadah, nak bunuh orang ker. Ini berlaku depan mata aku nie.

Pak cik menyerulah kepada kementerian kesihatan Malaysia. kalo korang suruh sujud, pak cik sujud sebab tugas pak cik adalah menyelamatkan nyawa semua manusia. Orang yang masalah disiplin macam ini lah berlindung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana mereka merasakan diri terlalu kebal dari undang-undang. Sampai bila?

Aku yang sembahyang 5 waktu sehari, bila berhadapan dengan keadaan ini, kalo korang kat tempat aku, marah tak marah. bayi baru lahir, darah boleh ambik kat kaki. tak semestinya kita nak penuhkan satu tabung uji macam kat dalam makmal tu, cucuk-cucuk kat lengan sampai bengkak. ADOI.

Ada satu ketika tu, ada seorang tu, dah la tangan anak aku bengkak, cucuk lagi kat tentang bengkak tu. tak lepas pulak, tak jumpa urat, dah LA TAK BAGI AKU MASUK BILIK DAN TENGOK, BILA TAK LEPAS, MUNGKIN TAK JUMPA URAT, AKU DENGAR ANAK AKU MELALAK LAIN MACAM. ORANG TU LARI BILA AKU REDAH MASUK JUGAK, TINGGAL ORANG LAIN, DIA ADA HAK KER MARAH AKU?, KALO ANAK AKU CACAT? ORANG YANG TINGGAL TU CAKAP LA, DIA CAKAP TANGAN ANAK AKU BENGKAK, AKU TAHU DAH MEMANG BENGKAK, KO INGAT AKU BODOH KER. LAST-LAST, DIA AMBIK LA KAT KAKI, ITU PUN AKU BAGI CADANGAN SEBAB SETAKAT NAK TEST DARAH UNTUK DEMAM KUNING, BOLEH AMBIK KAT KAKI. CUBA KORANG BAYANGKAN. BETAPA MARAH AKU NIE. CUBA KORANG BAYANGKAN ANAK AKU TU BAYI MELALAK MACAM MANA. CUBA KORANG BERADA DEKAT TEMPAT AKU. TANGAN BAYI TU DAH BENGKAK BRO. BODOH TU NAMANYA.

Bahasa kurang ajar, nie aku nak marah jugak nie, wife aku baru bersalin, anak kena DEMAM kuning, dia dah lemah, dah lama tunggu sebab tukar tukar wad, cuba korang pikir, wife aku baru bersalin, aku boleh bawak balik umah kejap, aku bawak balik 1 hari, anak tinggal kat dalam tong sebab tak cukup bulan. bersalin kat hospital, bukan kat umah, aku cite kat kat office, terlopong dia orang… ha…bila dapat bilik, dapat bilik time dah petang hari ke tiga, bersalin pagi bro, korang pening tak macam mana takde bilik. nie kisah panjang nie, aku pening bila ingat balik, masuk hospital awal sebelum bersalin, pastu tukar-tukar wad punya hal. bila dapat masuk wad, anak aku duk la bogel bawah lampu. lampu tu panas, anak aku tu lapar, sebab dalam 3 hari tak jumpa ibunya. 

2 hari duduk dalam tabung tong tu, maksudnya, bersalin pagi, anak aku dalam tabung tu, tukar -tukar wad, takder bilik, aku bawak balik wife aku kat rumah, dah 1 malam bro, hari ke tiga, dapat bilik petang, jadi aku and wife tumpang kat wad bayi, tu aku masuk kerap ajer kat bilik bayi dari pagi sampai petang hingga dapat bilik. wife aku baru bersalin, kesana kemari sampai nak dapat bilik, penat bro, kisahnya, anak aku nie, NIE KISAH HARI KE TIGA, mesti dia nangis melalak, wife aku pulak lemah, takder orang tolong, penat, ulang alik, tunggu bilik, kesana kemari, penat bro, orang baru bersalin. aku nak masuk tapi guard tak bagi coz TIME KUL 8.00 MALAM. 

dapat bilik petang dah kira malam bro. matahari dah terbenam. senang kata, EVENING TIME la. Nie kisah pasal anak aku menanggis tak berhenti-henti dan tukar wad punya hal. tu satu, al kisahnya bila AKU TERIMA CALL, KAT TELINGGA AKU DENGAR “ADA NURSE CAKAP ANAK AKU LEBIH BAIK MATI DARI MELALAK AJER” DIA PUNYA AYAT MACAM TU. wife aku call pada pukul 3.30 pagi cite ader nurse cakap macam tu pada dia. aku dengar, aku drive terus ke hospital, sampai kul 4.20 pagi. guard aku redah, nurse kurang ajar tu dah lari, aku nak jumpa sangat. hari tu, niat aku memang nak lempang nurse tersebut. 
 
bahasa kurang ajar. orang luar tu. aku tak kisah, kena tangkap polis, tangkapla. Sampai bila manusia yang disiplin kurang ajar macam nie berlindung dalam kementerian kesihatan nie dan buat perkara yang tak baik. kalo polis boleh marah, aku nie boleh marah kalo kena bab-bab macam nie. aku tanya, dah berapa lama anak nie nanggis, CUBA KORANG BAYANGKAN DARI PUKUL 10 MALAM SAMPAI AKU DATANG. BILA AKU DATANG, GUARD AKU MAKI SEBAB SURUH AKU KELUAR COZ DIA MAKI MAKI AKU SURUH KELUAR. 


TUJUAN AKU, AKU KENA HANDLE KEADAAN SUPAYA REDA SEBAB WIFE AKU LEMAH. AKU ANGKAT ANAK AKU, BAWAK ANAK KE WIFE AKU, BAGI SUSU DULU, PAS DIA DAPAT SUSU, AKU LETAK BALIK BAWAH CAHAYA LAMPU TU, DIA DIAM AND TIDO. AKU BERI AIR GLUKOSA KAT WIFE AKU. BILA SEMUA RASA DAH OK, AKU KELUAR DAN LEPAK KAT KANTIN. MACAM NIE PUNYA HAL, PATUT KER AKU DI TANGKAP POLIS. CUBA KORANG PIKIR BILA KORANG LALUI SAAT MACAM NIE DAN BERADA KAT TEMPAT AKU. APA KE HARAM JADAH MANUSIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB NIE. 


BAHASA APA TU? BUANG SAHAJA ORANG MACAM NIE SEBAB MENYUSAHKAN ORANG LAIN YANG BAIK-BAIK. CUBA KORANG BAYANGKAN BETAPA KECOHNYA DAN BERAPA RAMAI GURAD TUNGGU AKU. AKU BUKAN KURANG AJAR, TAPI BILA KEADAAN MACAM NIE, AKU SEBAGAI SEORANG SUAMI TERPAKSA MENYELAMATKAN KEADAAN DAN MENERIMA SATU TOMAHAN YANG SANGAT KERAS. KALO NURSE TU ADA OTAK, DIA TAK BOLEH KER BUAT MACAM MANA AKU BUAT. KITA REDAKAN KEADAAN DULU DAN MENGENAL PASTI APA KEADAAN. BODOH PUNYA MANUSIA TAK BERDISIPLIN NIE. 


KENAPA TAK TOLONG WIFE AKU, NIE SIAP MAKI DENGAN PERKATAAN YANG BAIK KER? TU BELUM CITE KISAH TUKAR WAD TU. PASTU ORANG CITE ANAK AKU MELALAK HARI KE DUA TIME MALAM SEBAB AKU BAWAK WIFE BALIK HARI KE DUA TU MALAM, BILIK TAK DER BRO. DARI PAGI SAMPAI PETANG AKU LEPAK TU. TU KISAH HARI KEDUA LAIN CITE PULAK.

AKU JUGAK NAK CERITA KAT WAD BAYI, BILA ANAK ANAK BARU LAHIR, ADA WAD BAYI YANG MANA DI TEMPATKAN DAN ATUR DALAM TROLI. KITA TAHU SEBAB KITA ORANG TUA, BAYI NIE BILA TERKEJUT, DIA AKAN TERBANGUN DAN MENANGGIS. KALO TAK PUJUK, MELALAK BOLEH LAMA SAMPAI HILANG SUARA. AKU NAK CERITA, DEPAN MATA AKU, NURSE BAWAK TROLI, ATAS DIA ADA SUSU TEPUNG DALAM BOTOL. 


NIE ISU JUGAK, PAGI TADI NURSE MARAH-MARAH NAK SUSU IBU, TAPI PAKAI SUSU TEPUNG AJER, SUSU IBU SIMPAN AJER DALAM PETI, LAST-LAST BUANG, ITU SATU HAL, HAL LAIN, DIA BAWAK TROLI TU, MAIN LANGGAR AJER, MEMANG KASAR SANGAT DAN TENTU LA BERLANGGAR BAYI YANG DITEMPATKAN DALAM TROLI TU. CUBA KORANG BAYANG, BERAPA BANYAK BAYI MELALAK NANGGIS SAMPAI ADA SERAK SUARA. 


SAPE CAKAP TAK BERLAKU, KALO AKU BOLEH BAGI SATU SENARAI SAKSI, APA MACAM? KO LAYAK KER NAK TEGUR AKU KALO KO PUNYA PERANGAI MACAM HARAM JADAH TAK BERTANGGUNGJAWAB. aku tengok, budak yang bagi susu tu, budak lagi tak kahwin lagi, yer la nurse. AKU CAKAP DAN TEGUR, KORANG INGAT AKU TAK TEGUR KER. MESTI LA AKU TEGUR. korang boleh agak dia cakap apa. Sampai bila perkara nie harus berlaku?

orang ini la yang memalukan dan tidak bertanggungjawab wujud dalam perkhidmatan. Mereka ini sepatutnya dibuang sahaja kerana tindakan mereka ini menyusahkan orang yang baik-baik. Oleh itu, sebagai langkah kawalan, saya merayu kepada Kementerian Kesihatan malaysia dan bersujud agar melaksanakan beberapa pekara:

1. Setiap doktor dan jururawat hendaklah memakai pengenalan diri dengan nama penuh dan no kad dengan jelas tertera dan boleh dilihat, dikenal, dibaca dan mesti WAJID pakai.

2. Pihak penjaga terutama ibubapa diberi hak untuk melihat anak semasa proses rawatan dilakukan dan diberi hak untuk mendapatkan nama siapa yang merawat tu. KALO DOKTOR PELATIH, TULIS DOKTOR PELATIH.


3. Wujudkan satu badan yang mana orang macam aku nie nak buat report. Aku cakap terus terang, tak kisah la doktor ker, lawyer pun aku dah jumpa, kes tak cukup kuat nak menang. bila berlaku lagi pada masa akan datang, aku sendiri akan buat report polis. habis, nak biarkan sahaja? orang yang tidak bertanggungjawab macam nie la terus melakukan pekara tidak berdisiplin dan mengambil kesempatan dan dia pulak nak report suruh aku kena tangkap ngan polis. 



Ini kah undang-undang? membiarkan yang batil di depan mata? Cuba korang bayangkan, wife aku kakitangan kerajaan. macam tu punya gaya layanan mesra. kalo orang yang bukan kakitangan kerajaan, kerja kilang ker, orang miskin ker. tak tahu la bro. 

AMBIL LA TINDAKAN. SAMPAI BILA HARUS BERLAKU? SEKIAN TERIMA KASIH.

langgar belakang



Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."
Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

 Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

 "Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

 "Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

 "Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
 Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

 "Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
 Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
 Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
 Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

 Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

 Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

 Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

hati2

Salam,

Saja nak berkongsi supaya orang lain tak kena macam saya... Jumaat petang lepas habis keluar DKB1 saya dapat panggilan daripada seseorang yang kata dia dari Visa/Mastercard service center. Dia call saya, katanya untuk buat pengesahan kredit kad (Nak jadi cerita, kebetulan saya baru tukar kredit kad Maybank 2). Untuk pengesahan saya mintak dia baca no K/P saya, dan dia boleh bagi nombor yang tepat. 



Saya masih ragu-ragu, tapi dia guna kaedah hustle secara bertalu-talu seolah-olah macam dia tengah sibuk sangat. So, selepas 4-5 minit berdolak-dalik, saya pun baca lah dengan patuh nombor kredit kad dan 3 nombor di belakang. Lepas saja saya habis baca... dia terus kata, kami akan hantar polisi insuran ke alamat encik bla...bla.... Saya cakap, saya tak nak semua tu, dan saya tak dimaklumkan pun pasal insuran apa ke benda tu, sebelum detail kredit kad saya diambik... dia terus potong cakap saya dengan biadap... tak pa, Encik dah bagi maklumat yang saya nak... dan terus letak telefon...

Saya jadi blur sekejap dan boleh agak, pasti saya dah kena tipu ni... So, saya terus telefon Maybank Card Centre dan block kad tu... kena la tunggu 4-5 hari untuk replacement kad pulak... tapi Alhamdullillah saya masih sempat cancel kad sebelum dikena charge...

Jadi saya cadangkan supaya rakan-rakan yang lain berhati-hati. Antara langkahnya mungkin bila dapat panggilan meragukan ni.
1. Mintak nama penuh dan staff id/ ic dia
2. Mintak nombor telefon pejabat dia (biasanya diaorang ni guna handphone macam yang saya kena)
3. Letak telefon dulu, dan buat pemeriksaan balik... kalau betul baru buat proses seterusnya...

Sebelum ni saya rasa dah cukup bersedia untuk menghadapi segala macam scam yang ada melalui email dan telefon ni... tapi dalam bersedia tu pun masih boleh lagi terkena. So, berhati-hati lah untuk semua. Macam-macam kaedah penipuan sekarang ni, tak kira apa bangsa dan agama si penipu tu....