Selasa, 10 Julai 2012

hati2

Salam,

Saja nak berkongsi supaya orang lain tak kena macam saya... Jumaat petang lepas habis keluar DKB1 saya dapat panggilan daripada seseorang yang kata dia dari Visa/Mastercard service center. Dia call saya, katanya untuk buat pengesahan kredit kad (Nak jadi cerita, kebetulan saya baru tukar kredit kad Maybank 2). Untuk pengesahan saya mintak dia baca no K/P saya, dan dia boleh bagi nombor yang tepat. 



Saya masih ragu-ragu, tapi dia guna kaedah hustle secara bertalu-talu seolah-olah macam dia tengah sibuk sangat. So, selepas 4-5 minit berdolak-dalik, saya pun baca lah dengan patuh nombor kredit kad dan 3 nombor di belakang. Lepas saja saya habis baca... dia terus kata, kami akan hantar polisi insuran ke alamat encik bla...bla.... Saya cakap, saya tak nak semua tu, dan saya tak dimaklumkan pun pasal insuran apa ke benda tu, sebelum detail kredit kad saya diambik... dia terus potong cakap saya dengan biadap... tak pa, Encik dah bagi maklumat yang saya nak... dan terus letak telefon...

Saya jadi blur sekejap dan boleh agak, pasti saya dah kena tipu ni... So, saya terus telefon Maybank Card Centre dan block kad tu... kena la tunggu 4-5 hari untuk replacement kad pulak... tapi Alhamdullillah saya masih sempat cancel kad sebelum dikena charge...

Jadi saya cadangkan supaya rakan-rakan yang lain berhati-hati. Antara langkahnya mungkin bila dapat panggilan meragukan ni.
1. Mintak nama penuh dan staff id/ ic dia
2. Mintak nombor telefon pejabat dia (biasanya diaorang ni guna handphone macam yang saya kena)
3. Letak telefon dulu, dan buat pemeriksaan balik... kalau betul baru buat proses seterusnya...

Sebelum ni saya rasa dah cukup bersedia untuk menghadapi segala macam scam yang ada melalui email dan telefon ni... tapi dalam bersedia tu pun masih boleh lagi terkena. So, berhati-hati lah untuk semua. Macam-macam kaedah penipuan sekarang ni, tak kira apa bangsa dan agama si penipu tu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan