oleh: aspan alias
Saham FGV (Felda Global Ventures) ditutup dengan harga RM5.39 sen semalam. Ini bermakna FGV telah mendapat kenaikan harga sebanyak 0.84 sen.
Tahniah
kepada sesiapa yang mendapat tawaran dengan jumlah yang besar yang
telah dibahagi-bahagikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa
baru-baru ini.
Jika
Isa Samad misalnya mendapat 5 juta saham semasa penyenaraiannya maka
Isa telah mendapat keuntungan sebanyak RM4 juta jika beliau menjualnya
kepada pasaran hari semalam.
Tetapi
yang saya hendak bertanya agaknya berapalah peneroka-peneroka dapat
hasil daripada penjualan 810 unit saham yang diheboh-hebohkan oleh pihak
kerajaan itu? Jika mereka menjual saham-saham yang mereka beli melalui
pinjaman bank itu, boleh ke tidak penoroka dapat membeli
setidak-tidaknya sebuah kereta kancil ‘second hand’?
Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya-raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.
Seperti mana yang kita semua ketahui peneroka telah diperuntukkan sebanyak 810 unit saham sahaja bagi satu keluarga. Kalau dipatah-patahkan jari untuk membuat perkiraan ia bermakna peneroka hanya mendapat RM680 sahaja. Pendeknya peneroka tidaklah mendapat sebanyak mana. Kalau kita dengar publisitinya dahulu seolah peneroka akan menjadi kaya-raya setidak-tidaknya dapatlah setengah juta seorang, kerana peneroka telah memerah keringat mereka selama lima dekad lamanya.
Setelah
ditolak kos ‘processing’ sebanyak RM200 maka sekeluarga peneroka akan
hanya mendapat sebanyak RM480 sahaja. Itu untuk satu keluarga. Kalaulah
keluarga peneroka ada seramai 6 orang maka, seorang ahli keluarga
mendapat RM48 seorang. RM48 itu jika dibelikan rokok Lucky Strike yang
saya hisap itu maka setiap ahli keluarga peneroka dapatlah sebanyak 4
kotak sahaja.
Jika
harganya naik sampai RM10 sekali pun sebuah keluarga peneroka hanya
mendapat RM8,100 sahaja dan itu belum ditolak kos ‘pemprosesan’ yang
dikenakan oleh CIMB misalnya. Dalam isu ini kita nampak peneroka hanya
mendapat air tangan sahaja. Yang mendapat keuntungan besar ialah
orang-orang kaya dan besar-besar yang tidak pernah menjejak kaki ke
tanah rancangan Felda itu.
Setelah
bertungkus-lumus selama 50 tahun peneroka hanya boleh diibaratkan
seperti kerbau yang membajak sawah pagi ke petang, tetapi tikus yang
gemuk-gemuk memakan dengan enaknya di kepuk padi. Bagi saya
peneroka-peneroka telah dipergunakan oleh pihak yang melakukan
penyenaraian itu.
Tetapi
apakan daya peneroka begitu terloncat-loncat kegembiraan kerana percaya
akan tindakan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO Baru itu. Dalam isu ini
peneroka-peneroka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana segala
usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan
penyenaraian itu tidak mendapat kerjasama dari peneroka.
Sekarang
ada peneroka yang sudah mula merasakan mereka telah dipergunakan oleh
pimpinan kita untuk kepentingan saku mereka (pimpinan) sahaja. Bagi kami
yang tidak boleh berbuat apa-apa kami hanya boleh berkata di dalam hati
kami “padan muka!” sahaja.
Tidak
tahulah berapa lama peneroka sekeluarga boleh bertahan dengan seribu
dua hasil dari penyenaraian itu. Mereka sahajalah yang akan
merasakannya. Tetapi apa yang mereka akan dapat tahu tidak lama lagi
ialah mereka sebenarnya tidak lagi ada kena mengena dengan FGV. KPF
tidak mempunya apa-apa saham dalam FGV. KPF hanya mempunya saham dalam
‘special purpose vehicle’ (SPV), Felda Asset Holdings yang mempunyai
saham besar di dalam FGV. Dividend dan sebagainya akan diterima oleh
Felda Asset Holding sahaja. Lain-lain perkataan peneroka memang sudah
terpisah dengan FGV bermula dari sekarang.
In
the first place, apa perlunya Felda disenaraikan kalau tidak kerana
kepentingan setengah pihak yang berwajib? Selalunya syarikat akan
disenaraikan di pasaran saham hanya kerana satu dua sebab sahaja dan
Felda tidak mempunyai alasan untuk disenaraikan.
Pertamanya
jika seseorang itu telah berjaya membina syarikat peribadi mereka
dengan jayanya dan ingin untuk berehat kerana elemen umur dan sebagainya
mereka akan senaraikan di pasaran jika telah melepaskan syarat-syarat
yang ditetapkan. Empunya syarikat akan menjual setengah daripada saham
mereka kepada ‘public’ dan mereka akan memberikan pemegang saham yang
baru untuk menguruskan syarikat yang telah disenaraikan itu.
Ahli-ahli
Lembaga Pengarah Syarikat yang baru disenaraikan itu dengan persetujuan
mesyuarat agong syarikat untuk melantik ahli-ahli lembaga pengarah
serta pengurus-pengurus yang bekelayakan untuk meneruskan perniagaan
syarikat tersebut.
Sebab
keduanya ialah jika syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya,
mengapungkan sahamnya di pasaran merupakan cara yang paling lazim kerana
dengan cara itu syarikat akan memperolehi dana awam untuk kegunaan
memperkembangkan perniagaan syarikat.
Tetapi
dalam kes Felda ini apa perlunya ia disenaraikan kerana Felda yang
dikatakan sangat berjaya itu memperolehi perolehan sebanyak RM4 sehingga
RM5 billion setahun? Felda tidak perlu mendapatkan dana dari terbitan
awam tetapi kenapa ia disenaraikan juga?
Pendeknya
penyenaraian Felda ini sebenarnya hanyalah untuk kepentingan pihak
lain, bukannya untuk kepentingan peneroka kita…...kadang-kadang sedih
juga melihat bagaimana peneroka yang telah berhempas pulas untuk
meneroka tanah itu selama lima puluh tahun akhirnya setelah begitu
berjaya datanglah pihak lain untuk meraih keuntungan hasil penat dan
jerih peneroka-peneroka selama lima dekad itu.
Peneroka
hanya disogok sebanyak RM15 ribu untuk memudahkan peneroka bersetuju
untuk melakukan kerja yang amat menyayat hati kepada siapa yang nampak
tujuan tidak molek sesetengah pihak untuk menyenaraikan saham-saham
Felda kepada awam.
Tapi
nak kata apa? Pemimpin utama kita lupa pada dasar asal Felda itu
ditubuhkan. Nampaknya peneroka sekarang ini dapat untung secupak ruginya
segantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan