Jumaat, 20 Julai 2012

Charlie


Seekor serangga atau lebih dikenali dengan nama kumbang Rove ini mirip seperti seekor kerengga. Namun ia merupakan haiwan yang sangat berbahaya kepada manusia. Kenali apakah kumbang rove ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                                 Kumbang Rove Yang Berbahaya  
Waspada terhadap serangga ini. Walaupun Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini sangat-sangat bahaya. Nama serangga ini Charlie ataupun Kumbang Rove. Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas.
Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Habitat Dan Tabiat Permakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah – antara rumput dan lain-lain. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biologi untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.
Kesan pada manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Cara Menghidari Serangga Ini
  • Tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu atau  tingkap kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam,
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus.
  • Semburan aerosol serangga
  • Gunakan perangkap berpelekat
  • Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar
  • Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.
Melayukini.net – Serangga ini sangat berbahya kepada manusia. Jika ada terjumpa sila segera menjauhkan daripadanya. Jika bersentuhan, dan mengalami simpton yang disebutkan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan