Rabu, 11 Julai 2012

beras


ramai yang masih tidak tahu petua untuk berasni.. antaranya

1. Membersihkan Beras 
- Jangan dibasuh beras lebih dari 3kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

2. Beras Tidak Berkutu
- Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

3. Menghilangkan Hapak Beras 
- Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

4. Beras Tidak Bermutu 
- Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, gorengkan beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

P/s: Ini adalah serba sedikit petua untuk beras yang jarang diketahui umum.. semoga petua ini dapat dimanfaatkan sesama kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan