Di sini apa yang kami hendak ketengahkan adalah nilai dan pengajaran dan tiada kena mengena antara yang hidup atau mati. Dan mungkin pada kita, ada benarnya juga walaupun ia hanyalah suaturekaan/fakta/dongengan semata-mata.
Apa yang hendak kami perkatakan adalah mengenai sebab cincin perkahwinan di sarungkan pada jari manis dan bukannya di jari-jari lain. Untuk mengetahuinya, anda bolehlah cuba aktiviti dibawah ini, dan diharap melaluinya anda akan dapat mesej yang hendak kami sampaikan kepada anda.
Apa yang anda perlu buat disini ialah, satukan kedua tangan anda dan lengkungkan jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya ditemukan pada hujungnya (Anda boleh rujuk gambar seperti diatas).
Setelah selesai, bolehlah anda ikut arahan seterusnya ini :
Cuba buka ibu jari anda dan anda akan dapati ibu jari boleh di buka kerana apa yang hendak dikatakn di ibaratkan disini ialah ibu jari mewakili orang tua kita. Setiap manusia pasti akan mengalami waktu sakit dan kematian, oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Anda akan dapati jari telunjuk anda dapat dibuka dan ia boleh diibaratkan seperti saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka pasti akan memiliki keluarga sendiri suatu hari nanti dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda pula. Anda akan dapati jari kelingking anda juga dapat dibuka dan ia boleh diwakili sebagai anak-anak kita akan datang. Cepat atau lambat, anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka juga akan berkeluarga sendiri pada suatu hari nanti.
Seterusnya,tutup jari kelingking itu semula dan bukalah jari manis anda. Dan anda akan dapati jari anda tidak dapat dibuka. Apa yang hendak perhatikan ialah disini ialah tempat dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan anda. Anda pasti berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Ini kerana jari manis mewakili suami isteri, selama mana hidup anda dan pasangan anda.. Sudah pasti anda akan terus bersama sehingga akhir hayatnya. – Wallahua’lam
Info tambahan buat penganut agama islam:
Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :
Rasulullah SAW memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : “Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. Hadith Riwayat Muslim.
Disamping itu Ali bin Abi Talib berkata “Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya(jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan