Teringat kata-kata seorang ustaz yang bahawasanya kita selalu lupa yang Allah itu banyak memberi kepada hamba-Nya dari mengambil sesuatu dari hamba-Nya.
Sebagai contoh. Bila seseorang disahkan menghidap batu karang, sembelit & buasir barulah tersedar bahawa betapa besarnya nikmat membuang air kecil & besar. Nampak kotor & jijik bila disentuh berkaitan dengan isu ini tapi manusia akan tersedar bila nikmat telah ditarik Allah.
Contoh lain. Bila saya selesema teruk sampai nafas pun berbunyi, baru nak tersedar bahawa betapa nikmatnya nikmat pernafasan dalam kehidupan seharian kita. Tampak simple, mudah & remeh sebab oksigen kita tak mampu lihat dengan mata kasar.
Rupe bentuk hidung kita tak mampu lihat pada setiap masa melainkan bila ada kat depan cermin. Kita hirup tanpa perlu tekan button Start & Stop, On & Off. Tapi, disaat bila nikmat bernafas ditarik sedikit oleh Allah, baru kita tersedar. Bila dah ditarik sepenuhnya oleh Allah, itu maknanya kita telah kembali ke alam barzakh..
Seterusnya, nikmat 10sen. Nampak murah, tak berharga & useless kan?
Kalau 10 sen tu ada atas lantai, confirm disapu. Kalau 10 sen tu dalam poket insyaAllah tak terasa. Kalau 10 sen tu dalam purse, kadang-kadang memang tak terperasan pun kehadirannya.
Teringat zaman sekolah menengah. Nak gune public phone, call ibu ayah baru terkinja-kinja nak cari duit syiling kat kantin, kiosk & pinjam kawan pun tak termalu dah. 50 sen, 20 sen & 10 sen tyme tu adalah matawang yang sangat berharga. Jatuh dalam longkang pun sanggup kutip. Tanpa 10 sen, public phone dengan tanpa segan silunya mematikan panggilan yang didail oleh anda. Baru terasa betapa bernilainya sesuatu itu apabila kita berkehendak ke atasnya.
Ada lagi. Bila mata mulai rabun & bila mata kian silau baru terasa disaat itu betapa nikmatnya nikmat penglihatan yang diberi pinjam oleh Allah.
Lagi & lagi. Bila manusia makan, manusia kenyang, manusia buang. Sebab apa? Sebab dia yakin dengan duit yang berkepuk di dalam pursenya, dia yakin bahawa esok dia akan makan sesedap hari ini bahkan maybe lagi enak dari hari ini. Tapi kalau sekali Allah tarik? Maybe sebutir nasi, seulas bawang, secubit bahulu pun kita akan anggap sesuatu yang sangat bernilai. Manusia mencari tempat untuk membuang sisa makanan terbuang yang kelihatannya masih 'enak'. Tapi, mereka yang diuji Ilahi terus & terus mencari sesuatu untuk mengalas perut yang sememangnya sudah lama tiada 'beralas'.
Jangan sia-siakan, remeh-remehkan, senda-sendakan, kecil-kecilkan
sesuatu yang kita rasa tiada nilai disisi kita walaupun dengan hanya seukir senyuman kita kepada ibu ayah, suami isteri, guru-guru, sahabat-sahabat, adik beradik, jiran tetangga.
Siapa tahu dengan senyuman itulah mampu mengubat kesedihan yang ada di hati mereka tanpa kita ketahui dengan penglihatan mata kasar. Lihatlah dengan mata hati. Siapa kita untuk menilai sesuatu? Kita tiada hak & hanya Allah yang berhak.
Hargai & syukuri setiap sesuatu termasuk diri kita sendiri.
Belajar untuk memberi sesuatu untuk menerima sesuatu.
Kita mencintai Allah & Allah menghantar orang-orang yang dicintai-Nya hadir dalam jalan cerita hidup kita dalam pelbagai cara.
Di bulan Ramadhan kali ini, didik diri untuk memberi walau hanya dengan
seukir senyuman biarpun kita lapar
sebiji karipap biarpun kita kekurangan
seteguk air biarpun kita haus
sekelumit tenaga biarpun kita penat.
InsyaAllah tiada yang terlepas di mata Allah.
Sama-sama berdoa agar kita semua istiqamah di jalan-Nya =)
"Katakanlah (Muhammad), "Wahai hamba hamba-Kuyang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan-Mu." Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan."
(Az-Zumar, 39: 10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan