Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Tajuk ini sudah basi pun sebenarnya tetapi saja saya mahu aktifkan kembali menulis tentang konspirasi Dajjal dan anak-anak wek nya ni. Maka di sini saya telah cuba mengumpulkan fakta-fakta yang diperolehi setakat pengkajian saya terhadap isu ini.
Sangat menarik Sukan Olimpik ini akan di adakan di kota London, ibu negara yang didiami oleh 'permaisuri' mereka sekarang ini iaitu Queen Elisabeth II , salah seorang keluarga The Merovingian (iaitu salah sebuah keluarga Illuminati). Dan dijangka banyak peristiwa besar juga akan berlaku dalam tahun 2012 itu nanti. Kelihatan seperti satu rancangan yang sungguh teliti dan hampir kepada matlamatnya.
Sukan Olimpik 2012 atau nama lainnya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948. Ya, nombor 3 naik lagi tu!
Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?
Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?
Kita sedia maklum, logo Sukan Olimpik London 2012 ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya. Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu, bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis.
Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.
Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo Shell.
Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo Shell.
Dan bukan logo Sukan Olimpik London 2012 ini sahaja yang ada perkataan ZION dan mata satu tersembunyi di dalamnya, tetapi juga logo Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum ini.
Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata SATU. Yang sememangnya sudah menjadi identiti Dajjal iaitu bermata satu. Ya saya tahu Dajjal yang sebenar seperti yang disebut di dalam hadith bermata dua, tetapi matanya BUTA sebelah. Mata satu itu adalah satu KIASAN. Begitu juga hadith-hadith nabi yang menyebut tentang Dajjal juga banyak KIASANnya.
Ada banyak bentuk piramid di bahagian atas tepi stadiumnya ya .......
Stadium Olimpik ketika dalam pembinaan - September 2010
Great Eastern Road, East Cross Route, Carpenter's Road, Angel Lane, Temple Mills Lane, Church Road, Leyton Road, Leytonstone Road merupakan nama-nama jalan yang ada di sekeling stadium itu. Yang anehnya, jalan-jalan tersebut sudah wujud selama ratusan tahun di situ, tetapi tidak pernah dibina apa-apa di atasnya. Mungkin jalan-jalan tersebut menunggu 2012 ini?
Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon.
Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon.
Tapak Sukan Olimpik 2012 terletak antara jalan Leyton dan Leytonestone. Perkataan "Ley" ditemui dalam nama-nama yang berasal dari istilah 'Garis Ley' / 'Ley Lines'. ('Ley','lea' - 'A clearing')
Negara-negara lain juga ada istilah masing-masing tentang 'garis' ini. ('Heilige Linien' 'Fairy lines' bagi Jerman ke Ireland, 'Dragon Lines' bagi orang China, 'Spirit Lines' bagi orang Peru dan 'Dream path' (Turingas) bagi orang asli Australia - dan seterusnya di seluruh dunia) .
Bagi mereka yang berada dalam kegelapan, garis Ley, atau Leys, adalah penjajaran (alignment) dari tapak kuno yang membentangi satu lanskap. Tapak Purba atau tempat suci mungkin terletak dalam garis lurus mulai dari satu atau dua hingga beberapa kilometer panjangnya. Ley mungkin dikenalpasti dengan terletaknya tanda untuk tapak-tapak pembinaan yang selari, atau mungkin kelihatan atas tanah untuk semua atau sebahagian panjangnya dengan sisa-sisa dari sebuah jejak lurus tua.
Orang-orang dulu tahu bahawa Garis Ley, grid bumi dan vortex merupakan sumber tenaga dan pusat yang dianggap suci. Satu 'Garis Ley' adalah salah satu sejumlah garis yang merupakan sebahagian daripada suatu grid tenaga yang merentasi bumi. Tenaga - dalam keadaan metafizik. Jadi apakah ada bukti dokumentari yang 'Garis Ley' merentasi dekat Leyton dan Leytonestone? Tentu ada ...
Tapak pembengkok (Bender), dan pohon Yew tua di dalamnya, adalah jantung hidup-pendek dari Leytonstonia, dihiasi dengan 'kerb-henge' (batu penghadap tepi jalan yang tinggi), replika 'Stonehenge' dibuat dengan 'kerbstone'. Tapak Olimpik terletak di daerah yang sinonim dengan tenaga bumi - mistik - metafizik.
'Ley lines' ini berkait juga dengan 'Galactic alignment' yang ahli Astronomi berkata mungkin berlaku pada 21 Disember 2012 nanti. 'Galactic alignment' itu ialah satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.
Di bawah ini video tambahan berkenaan logo dan maskot Sukan Olimpik 2012 dan kaitannya dengan Konspirasi.
Adakah semua ini berlaku secara KEBETULAN? Banyak nya dia punya kebetulan ya :) Dan saya mahu tegaskan di sini, kajian tentang konspirasi golongan elit dunia ini bukan untuk membuat manusia menjadi paranoid. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Tetapi bagi saya secara peribadi, pengetahuan ini lebih membuatkan kita lebih berhati-hati, bertambah yakin bahawa Dajjal akan muncul tidak lama lagi (sesuai dengan hadith-hadith nabi S.a.w) , berusaha agar dapat elak fitnah Dajjal dengan mengamalkan doa-doa dan membaca AlQuran, dapat mengetahui rancangan musuh-musuh dan paling penting, kebenaran adalah untuk semua :)
Lagi pun , fakta-fakta ilmiah ini memang menarik, so jangan mara eaaaaa. Bagi mereka-mereka yang benci Teori Konspirasi dan hanya pandai kata orang BODOH sahaja tetapi hendak menghujjah FAKTA tiada, teruskan lah akhlak dan adab sopan kamu tu. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. :)
Rujukan:
1 - truthoflies.com
2 - ancient-wisdom.co.uk
3 - Wikipedia
Sumber asal
http://unikversiti.blogspot.com/2011/04/konspirasi-di-sebalik-sukan-olimpik.html"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan