Sabtu, 14 Julai 2012

jom masuk U

Assalamualaikum.


Yang pertama-tama sekali, tahniah buat semua yang dapat tawaran ke mana-mana universiti. Tahniah kerana terpilih. Tak suka dengan tawaran tersebut? Bersyukur.. Yang tak terpilih, jangan sedih-sedih. I'm going to help you by creating this new entry. La tahzan dear. =)


Hidup ini adakalanya tak perlu bergantung atau ikut satu arah sahaja. 
Bak kata orang, plan A tak berjaya. Try plan lain kan? 
Ini bukan masanya untuk mempertikaikan yang I SHOULD GET BETTER THAN OTHERS. DON'T DON'T DON'T!


Bagi yang dapat tawaran, tapi tak suka.


1. Saya hanya boleh kata. Bersyukurlah sebab ramai lagi yang nak sambung belajar, tapi tak dapat. 


tapi, 


kalau memang tak sanggup nak belajar bidang yang kita tak suka. Ya, saya faham. Mungkin jurusan yang kita dapat tu akan menyebabkan kita belajar subjek-subjek yang kita sebelum ini tak boleh skor. Contohnya, kita dari jurusan Sains Hayat masa matrik. Memang suka sangatlah Biologi. tetiba dapat Engineering. Mungkin agak payah kalau tak belajar Fizik dulu kan? Tapi kalau mampu teruskanlah. =)

1. Belajar satu sem dahulu, dapatkan pointer yang terbaik. Kemudian, jumpa Dekan atau Ketua Jabatan atau pihak akademik untuk tukar jurusan. Kebanyakan orang buat begini. tapi ada juga yang dah belajar jurusan yang dia "tidak minati" tu, tapi lama-lama suka pula. XD 

2. Belajar satu sem dahulu, dapatkan pointer terbaik, then mohon tukar universiti. Saya tak tahu procedurnya. Tapi ada kawan dah buat. Tanyalah pihak akademik nanti, kena kuatkan hati. Nanti diorang pujuk. haha. Selalunya orang minta tukar universiti sebab di U yang dia belajar tu, tidak ada jurusan yang dia mahu.


3. Apply IPTS. Selalunya akan dapat, cumanya MAHAL. 


4. Apply tempat pengajian lain. Cuma kena tunggu lah. Kebiasaan yang saya tahu, apply MAKTAB, SPA atau diploma selalunya kalau dari matrik. Yelah, sijil matrik mana laku kalau apply keje. huhuhu.. 


Tak dapat mana-mana tawaran


1. Buat rayuan. http://upu.mohe.gov.my/
Perlu diingatkan, rayuan akan diterima hanya jika ADA KEKOSONGAN. Bukan nak buat kalian down atau apa. Ianya benar. Sebab itu kena teliti masa buat rayuan. Sini ada tips yang saya cadangkan. 


Tips membuat rayuan.

a. Tengok balik result kita. Subjek mana yang dapat pointer paling tinggi? Saya cadangkan agar pilih jurusan yang "major" subjek tu. Kalau dari matrik contohnya, saya ambil sains hayat. Tapi markah kimia lebih tinggi dari biologi, ada baiknya ambil mana-mana jurusan kimia. Kalau pihak Universiti nak lelong pun, dia akan masukkan ke dalam jurusan yang berkaitan dengan kimia. Tapi ikut rezeki juga lah. =) dan make sure jurusan yang kita pilih betul2 menepati kelayakan kita. 


b. Elakkan daripada memohon semula jurusan yang sama dengan kita mohon dahulu. Mungkin "hati" kita terus berharap, tapi saya tak mahu kalian terus mengambil risiko. Lebih baik pilih jurusan lain daripada terus menanti. 


c. Elakkan daripada memilih universiti yang sama. Boleh juga nak pilih U yang sama, tapi jurusan jangan sama dengan yang kita apply sebelumnya.


d. Pilih universiti yang bersesuaian dengan pointer. Biasanya nak apply UM, contohnya, agak susah kalau pointer bawah dari 3. Itulah maksud saya. Faham kan? hehe. 


e. Pilih bidang yang mungkin orang lain ramai tak memilihnya. Oppps.. nak tekankan kat sini. Bidang itu tidak dipilih bukan sebab tak laku atau kurangnya bidang pekerjaan. Cumanya, bidang tu mungkin tak glamour atau diketahui umum macam Medik, undang-undang, farmasi. Dan yang tak glamour tu adakalanya lebih baik. =D. 




2. Selain dari itu, ada baiknya kalau mohon jenis pengajian lain selain daripada IPTA. 


i. IPTS.
ii. maktab
iii. SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
iv. Apply diploma. Selalunya UiTM. 
v. Dan lain-lain. Kalau ingat, saya akan tambahkan lagi.



3. Kalau tak mahu juga, ada baiknya bekerja. Buat bisnes ke.. Try apply job yang serasi dengan kelayakan. =)


TERUSKAN BERUSAHA DAN BERDOA DAN BERTAWAKKAL






“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

1 ulasan: