Oleh Mohd Sayuti Omar
Penamatan
jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Abu Bakar
Abdullah telah menimbulkan berbagai reaksi dalam pentadbiran awam. Kini
sudah berbunyi berbagai sunggutan dan keluhan terhadap tindakan ke atas
Abu Bakar itu.
Apa mengejutkan beliau yang berkhidmat
selama 35 tahun diberhentikan begitu saja tanpa ada sebarangan imbuhan
atau ganjaran termasuk pencen.
Mungkin kalau pemberhentiannya
secara dipersarakan tidak timbul masalah dan sunggutan. Tetapi bila
diberhentikan tanpa mendapat apa-apa imbuhan ia dianggap satu kekejaman
dan penganiayaan terhadapnya.
Abu Bakar Abdullah |
Abu
Bakar dilahirkan pada 16 Februari 1955 sepatutnya bersara Feb 2015 pada
tahap usia 60 tahun. Beliau berkelulusan BA (History) Universiti Malaya
dan MIS dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat.
Mula berkhidmat dengan kerajaan bermula 19 September 1977 di MITI sehingga tahun 1988. Kemudian ditukar ke Mindef 1988 sebagai Ketua Penolong Setiausaha.
2001 dinaikkan pangkat Setiausaha Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang di Jabatan Perdana Menteri. Tahun 2004 menjadi timbalan KSU Kementerian Wilayah Persekutuan, KSU Mindef pada 17 Julai 2007 dan KPPA 1 Julai 2010.
Beliau juga merupakan pegawai yang disebut-sebut bakal menjadi KSN bagi mengganti Sidek Hasan.
Khabarnya Abu Bakar sendiri tidak berpuas hati dengan tindakan itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa selain menerimanya dengan sepenuhnya hati? Sebelum ini beliau bercadang untuk bersara menjelang usia 60 tahun seperti mana ditetapkan sistem SBPA. Lebih mengejutkan lagi penamatan jawatan Abu Bakar dibuat sebagai saja bersalinnya Ketua Setiausaha Kerajaan (KSU) baru Sidek Hasan kepada Ali Hamsa?
Apa yang dipertikaikan kewajaran tindakan itu diambil. Dengan memberhentikan tetapi tidak dibersaraankan untuk memungkin beliau mendapat ganjaran ia dianggap melampau. Tidak siapa mengetahui apakah kesalahan yang dibuat Abu Bakar maka beliau menerima nasib sedemikian. Cuma apa yang dapat diagak kemungkinan ia ada kaitan dengan penyusunan baru saraan perkhdimatan awam (SBPA) yang dilakukan sebelum ini kemudian dikaji semula.
Ketidaklentikan atau pun kemunasabahan kadar kenaikan gaji dalam SPBA dipersalah kepada beliau kerana beliau adalah pengerusi mewujudkan skim berkenaan. Namun itu tidak adil kerana bukan beliau seorang meluluskan skim berkenaan. Dalam hal ini apakah Sidek Hasan selaku KSN tidak menyemak terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke jemaah menteri untuk diluluskan?
Adalah mustahil kalau Sidek tidak mengetahui langsung. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan dasar dan polisi termasuk skim pegawai kerajaan akan diangkat kepada pengetahuan KSN sekurang-kurangnya. Jadi dalam erti kata lain Sidek mesti mengetahui mengenai SPBA dan tidak seharusnya dipersalahkan kepada Abu Bakar secara peribadi.
Melihat tindakan ke atas Abu Bakar ini ia seolah-olah ada agenda lain di sebalik kejadian itu. Tindakan ke atas Abu Bakar itu bukan kerana isu SPBA tetapi ada perkara yang lebih besar dari itu? Apapun yang jelas tindakan keterlaluan itu kini mendapat perhatian dan simpati kalangan pegawai kerajaan. Masing-masing mengambil iktibar atas kejadian itu bukan saja tertakluk kepada orang seperti Abu Bakar tetapi mungkin mereka juga.
Seharusnya perasaan bimbang, ragu dan resah dari kalangan pegawai kerajaan perlu diredakan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti perkhidmatan awam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan