Rabu, 11 Julai 2012

Matrix


Apabila hendak melanjutkan pelajaran, pasti ada yang mengalami masalah ini. Banyak soalan yang diajukan hingga letih menaip untuk menjawabnya. 

Diharap kawan-kawan dapat sedikit sebanyak informasi dari penulisan kali ini.
Kalau nak ditulis semua, pasti panjang huraiannya, untuk itu saya tuliskan serba sedikit ringkasannya. Sebenarnya soal pilihan ini, kawan2 perlu mengikut keperluan, kesesuaian, minat, keupayaan diri sendiri. Lain orang, maka lainlah kesesuaian pilihannya. Anda yang boleh tentukan sebenarnya.

Malah bukan itu sahaja, banyak lagi aspek yang perlu diambilkira dalam membuat pilihan ini. Oleh itu teman sediakan sedikit informasi supaya  kawan2 senang membuat pilihan.

Matrikulasi
Kebaikan
  • Untuk program satu tahun sudah tentu ia menjimatkan masa
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala universiti
  • Banyak pilihan kursus yang boleh dipohon di Universiti kelak.
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan
  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Lepas pengajian jika tidak mampu sambung universiti, sijil matrikulasi tidak boleh diguna..terpaksa guna sijil SPM untuk mohon kerja.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima. :)
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.

Asasi di IPT
Kebaikan
  • Selepas pengajian mudah dan senang ditawarkan terus ke ijazah ( universiti berkenaan sahaja, jika keputusan baik )
  • Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
  • Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.

Kelemahan
  • Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
  • Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
  • Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
  • Kekangan masa

Diploma
Kebaikan
  • Selepas tamat akan dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja..biasanya jawatan pembantu pegawai. Gaji permulaan sekitar seribu lebih.
  • Persekitaran baru dan kemudahan universiti
  • Pembelajaran yang agak senang ( tidak semua ) kerana masa yang cukup.

Kelemahan
  • Perlu buat pinjaman sekitar belasan ribu lebih untuk pengajian ( yang tidak mampu )
  • Tempoh masa 3 tahun lambat untuk ke ijazah jika berbading dengan matrikulasi, asasi dan ting 6.

STPM/tingkatan 6
Kebaikan
  • Masa yang singkat jika dibanding denga diploma
  • Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan jawatan jika memohon kerja.
  • Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan rumah. ( keadaan biasa )
  • Ada biasiswa :-D
  • Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan. kecuali aliran sains.
  • Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat ting 6

Kelemahan
  • Persekitaran yang biasa disekolah
  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi ke arah keburukan. ( tidak semua )

Kursus kemahiran
Kebaikan
  • Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
  • Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan
  • Peluang menjadi usahawan
  • Sesetengah pusat latihan memberikan elaun bulanan
  • Senang dapat kerja ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )

Kelemahan
  • Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )
  • Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya.
Ada banyak lagi kelemahan dan kebaikan setiap diatas, tetapi itu sahaja setakat ini yang ingat untuk ditulis. 

:-)Harap membantu..


No-WAY!


Nampak sangat ringkas, tapi ada yang berpendapat bendera Norway ni terhasil dari gabungan daripada 6 bendera dari negara lain.. nak tahu kenapa? tengok gambar di bawah ni..


Nampak tak? mesti tak ramai yang perasan tentang bendera bendera negara lain ni.. ada 6 kesemuanya..

1. Indonesia
2. Poland
3. Netherlands
4. France
5. Finland
6. Thailand

Jepang


pada suatu hari, seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana.

Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

Alam ciptaan Allah


Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.


Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

“Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah’, dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”
(al Anaam: 73)

Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta(Dr.Zakaria Awang Soh,1990)
~ Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang
wujud) tunggal.
~ Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
~ pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal
dan peningkatan jirim (ordering matter)

Perkataan “ratq” membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan “fatq” membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.

Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishan itu. Hal ini seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud;

“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab ‘kami datang dengan suka hati’ Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”
(Fushilat : 11-12)

Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuraan

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(AlQamar :49)

Manakala alam semesta yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa. FirmanNya bermaksud:

“Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan langit dan Kami kembangkannya”
(Azariat : 4)

Putaran bumi

Kita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.

Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100ºC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan.

Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya, akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja.

Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0ºC sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatang-binatang masih dapat hidup seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun ke bawah paras 0ºC maka sudah pasti akan lenyaplah segala kehidupan di muka bumi ini.

Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas: 72-73)

Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin. Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di permukaan bumi ini.

Ya… semamangnya kita harus renungkan siapakah lagi selain Allah yang dapat memutarkan bumi sebesar ini? Iaitu planet yang berukur lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita selalu mengingati dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah kita sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.

jambatan


Wildlife Overpass, Banff National Park, Alberta, Canada In Banff National Park, there are currently 41 wildlife crossing structures (6 overpasses and 35 underpasses) that help wildlife safely cross the busy Trans-Canada Highway. Since monitoring began in 1996, 11 species of large mammals—including bears, elk and cougar—have used crossing structures more than 200,000 times. [ link1link2]
Wildlife Overpass, Banff National Park, Alberta, Canada  link
Ecoduct in Netherlands; The Netherlands was one of the first countries to deploy a network of wildlife crossings across the landscape.  link
 Ecoduct De Woeste Hoeve over the highway A50, Netherlands; The Netherlands contains an impressive display of over 600 wildlife crossings (including underpasses and ecoducts) that have been used to protect populations of wild boar, red deer, roe deer, and the endangered European badger. [link1link2]
Ecoduct (wildlife bridge) on highway A1 through nature area the Veluwe, the Netherlands.  link
Green bridge over the A20 near Grevesmühlen, Germany link
"Animal bridge" in Montana, USA  link
Ecoduct in France  link
Aerial view of the wildlife overpass, Location unknown  link
Wildlife overpass near Keechelus Lake, Washington, USA  link
Wildlife overpass covered with vegetation; Location unknown  link
Aerial view of the wildlife overpass; Location unknown  link
Wildlife crossing over Compton Rd (SR30) at Kuraby near Karawatha Forest, Queensland, Australia  link
Ecoduct The Borkeld, Netherlands  link
Green bridge over the highway 464 near Boeblingen, Germany  link
Satellite image of the wildlife overpass; Location unknown  link
Unusual overpass for crabs: Red crabs climb over an overpass to cross a road on Christmas Island during their migration. (Christmas Island National Park, Australia)  link