بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 15 Julai 2012
Sabtu, 14 Julai 2012
jom masuk U
Assalamualaikum.
Yang pertama-tama sekali, tahniah buat semua yang dapat tawaran ke mana-mana universiti. Tahniah kerana terpilih. Tak suka dengan tawaran tersebut? Bersyukur.. Yang tak terpilih, jangan sedih-sedih. I'm going to help you by creating this new entry. La tahzan dear. =)
Hidup ini adakalanya tak perlu bergantung atau ikut satu arah sahaja.
Bak kata orang, plan A tak berjaya. Try plan lain kan?
Ini bukan masanya untuk mempertikaikan yang I SHOULD GET BETTER THAN OTHERS. DON'T DON'T DON'T!
Bagi yang dapat tawaran, tapi tak suka.
1. Saya hanya boleh kata. Bersyukurlah sebab ramai lagi yang nak sambung belajar, tapi tak dapat.
tapi,
kalau memang tak sanggup nak belajar bidang yang kita tak suka. Ya, saya faham. Mungkin jurusan yang kita dapat tu akan menyebabkan kita belajar subjek-subjek yang kita sebelum ini tak boleh skor. Contohnya, kita dari jurusan Sains Hayat masa matrik. Memang suka sangatlah Biologi. tetiba dapat Engineering. Mungkin agak payah kalau tak belajar Fizik dulu kan? Tapi kalau mampu teruskanlah. =)
1. Belajar satu sem dahulu, dapatkan pointer yang terbaik. Kemudian, jumpa Dekan atau Ketua Jabatan atau pihak akademik untuk tukar jurusan. Kebanyakan orang buat begini. tapi ada juga yang dah belajar jurusan yang dia "tidak minati" tu, tapi lama-lama suka pula. XD
2. Belajar satu sem dahulu, dapatkan pointer terbaik, then mohon tukar universiti. Saya tak tahu procedurnya. Tapi ada kawan dah buat. Tanyalah pihak akademik nanti, kena kuatkan hati. Nanti diorang pujuk. haha. Selalunya orang minta tukar universiti sebab di U yang dia belajar tu, tidak ada jurusan yang dia mahu.
3. Apply IPTS. Selalunya akan dapat, cumanya MAHAL.
4. Apply tempat pengajian lain. Cuma kena tunggu lah. Kebiasaan yang saya tahu, apply MAKTAB, SPA atau diploma selalunya kalau dari matrik. Yelah, sijil matrik mana laku kalau apply keje. huhuhu..
Tak dapat mana-mana tawaran
1. Buat rayuan. http://upu.mohe.gov.my/
Perlu diingatkan, rayuan akan diterima hanya jika ADA KEKOSONGAN. Bukan nak buat kalian down atau apa. Ianya benar. Sebab itu kena teliti masa buat rayuan. Sini ada tips yang saya cadangkan.
Tips membuat rayuan.
a. Tengok balik result kita. Subjek mana yang dapat pointer paling tinggi? Saya cadangkan agar pilih jurusan yang "major" subjek tu. Kalau dari matrik contohnya, saya ambil sains hayat. Tapi markah kimia lebih tinggi dari biologi, ada baiknya ambil mana-mana jurusan kimia. Kalau pihak Universiti nak lelong pun, dia akan masukkan ke dalam jurusan yang berkaitan dengan kimia. Tapi ikut rezeki juga lah. =) dan make sure jurusan yang kita pilih betul2 menepati kelayakan kita.
b. Elakkan daripada memohon semula jurusan yang sama dengan kita mohon dahulu. Mungkin "hati" kita terus berharap, tapi saya tak mahu kalian terus mengambil risiko. Lebih baik pilih jurusan lain daripada terus menanti.
c. Elakkan daripada memilih universiti yang sama. Boleh juga nak pilih U yang sama, tapi jurusan jangan sama dengan yang kita apply sebelumnya.
d. Pilih universiti yang bersesuaian dengan pointer. Biasanya nak apply UM, contohnya, agak susah kalau pointer bawah dari 3. Itulah maksud saya. Faham kan? hehe.
e. Pilih bidang yang mungkin orang lain ramai tak memilihnya. Oppps.. nak tekankan kat sini. Bidang itu tidak dipilih bukan sebab tak laku atau kurangnya bidang pekerjaan. Cumanya, bidang tu mungkin tak glamour atau diketahui umum macam Medik, undang-undang, farmasi. Dan yang tak glamour tu adakalanya lebih baik. =D.
2. Selain dari itu, ada baiknya kalau mohon jenis pengajian lain selain daripada IPTA.
i. IPTS.
ii. maktab
iii. SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
iv. Apply diploma. Selalunya UiTM.
v. Dan lain-lain. Kalau ingat, saya akan tambahkan lagi.
3. Kalau tak mahu juga, ada baiknya bekerja. Buat bisnes ke.. Try apply job yang serasi dengan kelayakan. =)

TERUSKAN BERUSAHA DAN BERDOA DAN BERTAWAKKAL
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Rabu, 11 Julai 2012
EX-MATRIX
YA, memang matrik lain dengan STPM, lain dengan Diploma.
Matrik = 1 tahun (sains/akaun) / 2 tahun (sains)
STPM = 1 tahun setengah
Diploma = 3 tahun
[FAKTA 1]
ketiga-tiga program ini merupakan laluan untuk ke program Ijazah Sarjana Muda [degree]. so mesti la semuanya berbeza, kalau tak Malaysia akan menghasilkan keluaran yang sama sahaja.
Hanya sijil matrik sahaja yang tak laku kalau nak minta bekerja. tetapi, sijil STPM dan Diploma boleh digunakan untuk memohon kerja. Sijil matrik hanya laku untuk laluan pantas ke program Degree.
Pendek kata, STPM dan Diploma adalah perancangan jangka pendek dan Matrik perancangan jangka panjang, sebab maybe yang ambil STPM dan Diploma nak kerja dulu sebelum ke Degree.
[FAKTA 2]
weyhh susah la belajar kat matrik ni. Stress !!
mana taknya, kuliah dari 8 pagi sampai 4 petang. Pembelajaran setahun ni merangkumi 3 tahun Diploma dan 1 1/2 tahun STPM. memang la rush. Laju gila nak mati la wa cakap lu, sebulan je habis 6 bab matematik -_____-
tapi no worry la, walaupun laju, kadang-kadang dalam kuliah siap tidur lagi. Nanti balik study mula, haaa kalau tak nak study balik, jangan tidur. FOKUS ! haha
berbaloilah kan, pack tapi setahun. Takkan lah pack tapi 3 tahun. Aku pun tak nak weyhh
Tu pasal orang dok kata matrik susah, payah, sakit. Study sampai terURUT bagai. Sebenarnya tak susah, dan tak senang. Depends la nak study macam mana, nak bahagi masa macam mana. Kalau betul stress dan susah, takkan ada orang dapat 4 flat
Nampak, sampai orang kata budak matrik ni gila dan alien -______- erhh, alien comel :") dan bergaya
[FAKTA 3]
Orang selalu kata, kat matrik tak ada life, sebab jadual pembelajaran yang terlalu padat. Tak boleh nak bersuka ria, tak boleh nak rest. Asyik-asyik belajar je.
dah kalau macam tu, kenapa bahagian matrikulasi wujudkan KAKOM ? mesti la nak bagi pelajar bersukan. ehh betul ke KAKOM ? hee lupa pulak. dekat matrik, banyak gila benda korang boleh involve. tak ada maknanya tak ada life. Menipu tuu menipu !!! #dengan penuh perasaan
dengan dinamika lagi, setiap unit selalu akan wujudkan program. macam unit pengurusan perniaagaan kolej aku, tak henti-henti, so tak la boring or stress. Seronokkkkk jeeee . HEEE
kalau tak ada life, takkannya budak kolej aku siap daki gunung, pi jalan-jalan dekat penang, mandi air sungai dan aku merantau sampai langkawi. Matrik bukan hanya belajar, tetapi erti kehidupan. wah wah O.o
[FAKTA 4]
tak bestnya dapat matrik yang jauh. Susah la nak balik.
haa ini kelakar, aku duduk selangor, tiba-tiba dapat perlis. mula-mula tu macam nak meraung la jugak. aku hanya sekali pernah jejak kaki kat perlis, itu pun masa umur 8 tahun kalau tak silap.
Tapi bila dah merantau kat tempat orang pada usia yang muda, 18 tahun. what ??? muda ?? haha muda lah ni, baru aku sedar, sebenarnya "Jauh perjalanan, Luas pemandangan"
menimba ilmu kat tempat orang yang sangat jauh dari family, awalnya ramai jugak yang homesick. Tapi lama-lama okeyla.
[FAKTA 5]
Ramai orang kata, student matrik boleh jawab exam, sebab soalan digubal oleh bahagian matrikulasi sendiri. Mestilah ada soalan bocor kan ? lepastu carry mark 20%, hanya perlu skor 80% untuk final. Maybe itu adalah kelebihan matrik.
Tetapi tahukah anda, kami budak matrik memang tak ada soalan bocor. Bacalah semua yang ada berpuluh-puluh bab. That's why bila masuk matrik, jangan study last minute. Kalau tak memanglah tak dapat jawab exam.
[FAKTA 6]
Ala, kalau result bagus pun. belum tentu dapat kos yang kita nak. poor matriculation's student. silap silap masuk degree dapat kos lelong
eh eh eh, awak nak tahu tak ? pemilihan kos mesti la bersesuaian dengan pointer yang kita dapat. janganlah dapat ponter 2.3 nak apply kos Medic pulak. jangan dek oi.. bincang dengan kaunselor.
dah kalau 4flat tu boleh la nak apply apa-apa kos, jemputlah beramai-ramai untuk dapat 4flat dan sila pilih kos baik baik dan jangan salah isi borang. Mostly student matrik akan dapat tempat di universiti.
Rezeki Allah swt yang bagi, mungkin rezeki kita berbeza ada yang dapat matrik, diploma atau STPM. tapi kena percaya, apa yang Allah bagi, itu yang terbaik dan kena ingat, siapa yang berusaha dia yang akan dapat. RETI ?
BELAJAR, tak ada yang mudah. Terpulang kepada cara kita sendiri. Tapi BERJAYA tu tak mustahil.
Akhir kata, mari cek upu bersama-sama ! HEHEHE
katanya dah boleh cek jumaat ini. Tapi tak tahu la kan. selamat maju jaya untuk lepasan matrik, STPM dan degree 2012. EHhh sekali Asasi. Lupa pulak =)
IM PROUD TO BE A MATRICULATION LECTURER !
Matrix
Apabila hendak melanjutkan pelajaran, pasti ada yang mengalami masalah ini. Banyak soalan yang diajukan hingga letih menaip untuk menjawabnya.
Diharap kawan-kawan dapat sedikit sebanyak informasi dari penulisan kali ini.
Kalau nak ditulis semua, pasti panjang huraiannya, untuk itu saya tuliskan serba sedikit ringkasannya. Sebenarnya soal pilihan ini, kawan2 perlu mengikut keperluan, kesesuaian, minat, keupayaan diri sendiri. Lain orang, maka lainlah kesesuaian pilihannya. Anda yang boleh tentukan sebenarnya.
Malah bukan itu sahaja, banyak lagi aspek yang perlu diambilkira dalam membuat pilihan ini. Oleh itu teman sediakan sedikit informasi supaya kawan2 senang membuat pilihan.
Matrikulasi
Kebaikan
- Untuk program satu tahun sudah tentu ia menjimatkan masa
- Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala universiti
- Banyak pilihan kursus yang boleh dipohon di Universiti kelak.
- Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.
Kelemahan
- Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
- Lepas pengajian jika tidak mampu sambung universiti, sijil matrikulasi tidak boleh diguna..terpaksa guna sijil SPM untuk mohon kerja.
- Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima. :)
- Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
Asasi di IPT
Kebaikan
- Selepas pengajian mudah dan senang ditawarkan terus ke ijazah ( universiti berkenaan sahaja, jika keputusan baik )
- Persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
- Bersaing dengan mereka yang mampu mempengaruhi corak pembelajaran yang membina.
Kelemahan
- Jika jauh dari tempat asal boleh meningkatkan kos hidup walaupun ada biasiswa.
- Agak sukar belajar terutama mereka yang diterima masuk dengan syarat hampir minima.
- Perlu kerajinan, komitmen tinggi kerana perlu menghabiskan sukatan yang banyak dan pastinya sukar bagi yang malas.
- Kekangan masa
Diploma
Kebaikan
- Selepas tamat akan dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja..biasanya jawatan pembantu pegawai. Gaji permulaan sekitar seribu lebih.
- Persekitaran baru dan kemudahan universiti
- Pembelajaran yang agak senang ( tidak semua ) kerana masa yang cukup.
Kelemahan
- Perlu buat pinjaman sekitar belasan ribu lebih untuk pengajian ( yang tidak mampu )
- Tempoh masa 3 tahun lambat untuk ke ijazah jika berbading dengan matrikulasi, asasi dan ting 6.
STPM/tingkatan 6
Kebaikan
- Masa yang singkat jika dibanding denga diploma
- Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan ada kelebihan jawatan jika memohon kerja.
- Jimat kos kerana tempat belajar disekolah hampir dengan rumah. ( keadaan biasa )
- Ada biasiswa
- Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan. kecuali aliran sains.
- Boleh terus mohon Ijazah sarjana muda selepas tamat ting 6
Kelemahan
- Persekitaran yang biasa disekolah
- Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi ke arah keburukan. ( tidak semua )
Kursus kemahiran
Kebaikan
- Belajar sesuatu kemahiran yang berharga dan tak ramai orang lain boleh buat.
- Boleh digunakan serta sesuai untuk memulakan peniagaan
- Peluang menjadi usahawan
- Sesetengah pusat latihan memberikan elaun bulanan
- Senang dapat kerja ( bukan pegawai, tidak memilih kerja )
Kelemahan
- Lebih potensi bercampur dengan mereka yang cenderung mempengaruhi kearah keburukan. ( tidak semua )
- Kebanyakannya peringkat sijil dan perlu sambung ke peringkat seterusnya.
Ada banyak lagi kelemahan dan kebaikan setiap diatas, tetapi itu sahaja setakat ini yang ingat untuk ditulis.
Harap membantu..
Langgan:
Catatan (Atom)