Khamis, 13 September 2012

orang kata orang

Orang kata rakyat sedang menderita
tiap-tiap tahun jemaah haji terlebih kuota
di pasar raya, susah nak dapat parkir kereta

di lebuh raya kutipan tol berjuta-juta
rumah terbuka setiap hari merata-rata
berpusu-pusu manusia setiap kali pameran Matta
di pusat pelancongan orang ramai melata-lata.

Orang kata rakyat sedang hidup sengsara
tapi ramai pakai kereta luar negara
sedekah jariah duit ringgit tidak berkira
penting jenama bayar mahal pun tidak kira
serba-serbi hendak cepat serta segera.

Orang kata rakyat sedang hidup tersiksa
tapi pendatang asing masuk leluasa
mereka bekerja cari rezeki dengan selesa
anak muda kita banyak suka buang masa
hisap dadah sudah jadi perkara biasa
merempit tak kira malam isnin atau selasa
berfoya-foya ikut suka tidak kira pahala dosa.

Orang kata rakyat sedang hidup buntu
tapi ramai berperangai macam hantu
yang perempuan ke sana-sini main kutu
yang lelaki tak habis-habis nak tambah lagi satu
anak sekolah datang tak bawa apapun satu
semua tak perlu bayar bermula dari darjah satu
cikgu tak boleh marah sebab keadaan memang begitu.

Orang kata rakyat sedang hadapi masalah
memang keliru tak tahu siapa betul siapa salah
susah juga nak tentu siapa lurus siapa berhelah
orang lain bertepuk tengok kita suka berbalah
segala buruk dan busuk sudah terserlah.

Orang kata gejala rasuah semakin hebat
tapi yang kata pun sama-sama terlibat
pantang ada peluang semuanya nak disebat
kalau ada masalah jangan jumpa di pejabat
dalam tangan biar berisi kalau nak berjabat
kalau tidak segala saluran akan tersumbat
bukannya banyak sekadar nak beli ubat
nak tolong kawan mesti mengaku jadi kerabat
kalau cakap kosong yang cepat jadi lambat.

isteri solehah :)

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...