Jumaat, 21 September 2012

kepala adik pecah!!!


Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!

Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.

Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja “Jaga” kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.

Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa  sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!

Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan ” berehat “sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.

Adik suka duduk kat  sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, ” Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?” Mama mengelus jemari  Papa,” Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami..” “Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, ” Betul ke ni Papa?” ” Sumpah!”

***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. “Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…” Mana Papa kamu ni?” Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?

Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip  handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. ” Tak guna punya jantannn!!”  Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,”Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!”
**********************************

Adik dah kat luar Mama!  Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!

“Kau diam boleh tak????”
Adik ketawa lagi…”Mama,mamaa….ni Adik la,Mama”
“Budak ni? Kan aku suruh diammmm???”
“Mama…Mama…kenapa Mama?”

Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan,” Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…” Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.

Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.

************************************************
Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???”
“Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…”
**********************************************************

Beraya umah KU Fizik KMs-hehdi

santai

bukti kehadiran

ID 

sembang kuda

Khamis, 20 September 2012

jamuan makan DM1 T6

bday teman ke -32

jamu selera

menu : teh o ais, kari ayam, udang sambal, sayur campur, kulit lembu masak lemak, jambu batu, nasi putih

gambar kenangan DM1 T6.... ada yang pertama kali datang umah

ucapan selamat utk teman ----> tq vvmuch!

Rabu, 19 September 2012

18 WASIAT IMAM AS-SYAFEI



1.    Pendapat seorang tua lebih baik dari tenaga orang muda
2.    Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3.    Kebesaran seseorang itu bergantung pada hatinya
4.    Mereka yang bersifat sederhana dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5.    Jagalah ibu bapamu nescaya anak-anakmu akan menjaga mu
6.    Bakhil dengan apa yang ada di tangan adalah tidak percayakan Allah
7.    Kekayaan seorang bakhil itu akan turun kepada warisnya atau ke anaknya. Tidak ada yang terpencil daripada seorang yang bakhil
8.    Seorang yang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang yang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9.    Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta perlu dijaga.
10.                       Jagalah hartamu dengan menunaikan zakat dan angkatlah kesusahanmu dengan mendirikan solat
11.                       Sifat menahan marah lebih baik dari membalas dendam
12.                       Mengajar adalah belajar
13.                       Bersedekahlah mengikut kemampuanmu dan janganlah jadikan keluargamu miskin dan hina
14.                       insan terbahagi tiga golongan:
                    i yang mengenal Allah
                   ii yang mencari kebenaran
                 iii yang tiada pengetahuan dan tidak mencari kebenaran
15.           Golongan yang ketiga adalah paling rendah. Mereka akan ikut pemimpin secara membuta tuli
16.           Insan tidak melihat kesalahan manusia yang bersifat tawadhuk dan lemah
17.           Jangan takut kepada yang lain kecuali dosamu pada Allah
18.           Mereka yang mencari kesilapan sendiri akan terselamat dari mencari kesalahan orang lain

Selasa, 18 September 2012

selawat



أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ .

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم .


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

^_^ اَلْحَمْدُلِلّهِ , اَلْحَمْدُلِلّهِ , اَلْحَمْدُلِلّهِ