Rabu, 3 Oktober 2012

Cemerlang kimi-'A'! amin

video satu

video dua



kehadiran

Bukti kehadiran

saya nak tanya nie...

senaman leher

Barisan lelaki belakang

senyum

suasana

mike faham ker?

khusyuk

layan

bukti kehadiran lagi

lagi suasana

khusyuk dan khusyuk

penceramah begitu bersemangat

apa yang aku tuliskan nie..?

sesi salam pohon restu

pun sama


Selasa, 2 Oktober 2012

beras


LAGI KISAH GAMBAR SEBAGAI BUKTI...WARGA MISKIN DIBULI DENGAN MEMAKSA MEREKA MENYARUNG BAJU T 1M'SIA BERWAJAHKAN NAJIB RAZAK, BERATUR PANJANG DIBAWAH MATAHARI TERIK JIKA MAU SEKAMPIT BERAS GRED HANCUR 5KG SECARA PERCUMA!!!!!



BERBICARA DENGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI BUKANNYA BERCAKAP PAKAI AIR LIUR BASI!!!!


Demi sekampit beras seberat 5kg gred hancur, warga miskin dibuli dan dizalimi oleh UMNO/BN dengan memaksa mereka menyarungkan baju T tertera logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak, berdiri beratur panjang dibawah sinaran matahari terik.

Siapa yang tidak menyarung baju T tersebut tidak akan mendapat sekampit beras.

Paling tidak, mereka kena bawa baju T sebagai bahan bukti tanda "menyokong" kerajaan 1M'sia pimpinan Najib Razak konon.

Sudahlah tujuan asalnya mau sabotaj program pemeriksaan kesihatan percuma yang dianjurkan PKR Cabang Kapar, tapi menzalimi dan membuli rakyat dengan sebegitu rupa dengan melayani mereka macam warga pengemis yang tiada harga diri, itu sudah dianggap amat melampau.

APA PUNYA AKHLAK DAN BUDI YANG DIMILIKI UMNO SAMPAI SANGGUP WARGA MISKIN DAN DAIF DIBULI!!!!!....

INILAH DINAMAKAN KEANGKUHAN KUASA.. YANG KAYA DIJULANG DAN DIPUJA, YANG MISKIN DIBULI DAN DIHINA!!!!

Bajet kantoi

Dr. Mohd Khairuddin A. Razali,02 Okt 2012

Merangka perbelanjaan di luar batas pendapatan sehingga berlakunya tunggakan hutang negara adalah  bajet defisit yang bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7

•لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا } [الطلاق:7]
Bermaksud: "Hendaklah berbelanja orang yang berkelapangan daripada kelapangannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia berbelanja daripada apa yang diberikan oleh Allah. Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang diberikannya."

Selama berbelas tahun sebelum ini bajet defisit dan laporan kewangan menyaksikan hutang negara yang semakin meningkat. Tunggakan hutang   apatah lagi apabila melibatkan negara sangat dibimbangi mendedahkan negara dan kerajaan kepada penguasaan pihak asing.

Justeru itu, Nabi saw berdoa:
اللهم اني اعوذ بك من غلبه الدين وقهر الرجال
Bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung dengan kamu daripada dikelilingi hutang dan daripada penguasaan manusia-manusia lain

Pada 28 September yang lalu YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentangkan bajet untuk tahun 2013. Sejam selepas itu dan hari berikutnya segunung pujian diberikan kepada Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib. Kenyataan seperti ‘mesra rakyat’, menyeluruh, prihatin, cakna dan segala pujian yang baik dihamburkan oleh pakar-pakar ekonomi termasuk profesor-profesor yang dianggap berkelayakan dan mempunyai autoriti dalam memberikan pendapat berkenaan dengan ekonomi.

Malangnya setiap tahun pujian demi pujian sedangkan hutang makin bertambah sudah hampir belasan tahun. Ini bermakna secara mudahnya pemikiran pembuat bajet lebih kepada menambah hutang bukan ingin membayar hutang. Bahasa yang mudah ekonomi kita tenat dan makin tenat.

Kami kemukakan di sini beberapa noktah agar mudah difahami berkenaan dengan bajet yang baru dibentangkan baru-baru ini:

• Kadar hutang negara makin bertambah. Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas belanja tahun lepas mencecah RM20 bilion. Hutang naik RM456 bilion. Sekarang hutang sudah menjadi RM502 bilion. Semasa pembentangan tiada disentuh langsung oleh pembentang untuk melunas dan melangsaikan hutang. Begitu juga seolah-olah angka hutang dibiarkan ‘tersilent’. Sedangkan angkanya bertambah dari tahun ke tahun dan mengikut statistik terkini hampir menuju ke tahap yang dibenarkan. Jika melebihinya akan menuju kepada muflis. Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pemimpin utama negara supaya tidak terjerumus ke gaung bankrap seperti yang berlaku di Greece.

• Bajet hutang. Sebuah negara yang mengamalkan hutang sehingga menjadi kemestian mengingatkan kita falsafah karut ‘biar papa asal bergaya’. Bayangkan satu keluarga yang mempunyai pendapatan RM4 ribu sebulan, tetapi setiap bulan perbelanjaannya 5 ribu sebulan dengan pelbagai aksesori dan keperluan yang tidak diperlukan sangat. Apa kata kita terhadap keluarga tersebut? Jawapannya kita hilang respek atau penghormatan dan nampak betapa keluarga tersebut gagal menguruskan ekonominya sendiri. Kita akan katakan kepadanya: Hai saudara ukurlah baju di badan sendiri. Inilah yang terjadi kepada negara kita. Hutang, hutang, hutang dan hutang….

• Semangat membayar hutang. Sejauh mana prihatinnya kerajaan dalam membayar hutang sama ada pokok atau bunga (ini kerana dasar ekonomi yang masih terbelenggu dengan sistem ribawi). Berdasarkan setiap kali belanjawan dibentangkan sudah hampir 14 tahun, sentiasa menambahkan hutang. Inilah penyakit dalam pemikiran pemimpin seperti ‘Pak Pandir’ yang berkata: ‘Bukan anak aku sahaja yang mati.’ Justeru, samalah seperti katanya: Bukan aku sahaja yang berhutang tetapi yang terdahulu pun berhutang. Soalnya bila mahu bayar hutang??? Kalaulah rakyat marhaen yang berhutang 10-15 ribu untuk PTPTN, pembelian motorsikal yang lambat bayar sudah pasti bank-bank mengejarnya hingga ke lubang cacing. Justeru, alangkah gembiranya rakyat jika dalam bajet dari tahun ke setahun sentiasa diumumkan pembayaran hutang melebihi dari berhutang seperti kata Menteri kewangan yang akan datang: “Tahun ini kita telah melangsaikan 40 bilion hutang negara. Begitulah setiap tahun yang menunjukkan komited dan ‘kebertanggungjawaban pemimpin yang berada di tampuk kuasa.”

• Bajet tambahan. Hampir setiap tahun kebelakangan ini akan dibentangkan bajet tambahan. Ini menandakan bertambahnya hutang negara. Soalnya mana dia pakar-pakar ekonomi yang begitu cerdik pandai, bertaraf profesor dan sentiasa menghadiri seminar antarabangsa tetapi setiap kali diamanahkan menggubal bajet, angka-angka yang besar dalam bajet tambahan menunjukkan jangkaan amat meleset.

Sudah sampai masanya sebuah keinsafan dipamerkan dalam hati yang takutkan Allah untuk menggubal dan melaksana bajet agar ia benar-benar memberi manfaat semaksimum mungkin kepada rakyat jelata dan negara.

• Mencontohi bajet berhemah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Sudah sampai masanya pemimpin negara merujuk kepada dasar-dasar ekonomi khalifah Islam yang berjaya seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mencatatkan kemasukan harta negara yang melimpah ruah sehingga boleh membantu pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat. Hinggakan yang ingin berkahwin pun dapat dibantu. Inilah yang kita dambakan. Pastikan negara sifar hutang bahkan mampu memberi hutang dan membantu negara Islam yang lain.

Semoga bajet yang akan dibentangkan pada tahun hadapan dan seterusnya adalah bajet yang boleh membayar hutang dan melangsaikannya. Dengan iman dan takwa kita yakin pasti boleh kerana janji Allah akan membuka keberkatan-keberkatan daripada langit dan bumi.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.

10 Soalan 1 Jawapan


Ada sorang hamba ALLAH ni. Sejak kenal, aku rasa ada something special pada dia.

Dia ni nampak simple, tak banyak cakap, and dalam banyak keadaan lebih suka ambik jalan paling simple. Tapi yang uniknye, dia ni agak famous. Pergi la mane-mane pun, orang akan berpendapat lebih kurang macam aku.

Dia sendiri pernah kata, ‘selalu orang kata saya ni ada dua watak. Dalaman dengan luaran.’ Lepas tu dia tersengih.

Dia diam-diam ubi. Kata-kata dia biasanya buatkan orang yang dengar tu terkesan ataupun kagum walaupun sepatah dua je yang dia cakap. Dia jugak tak yang macam disangka. Kalau belum kenal memang semua orang kata dia pendiam. Tapi bila dah rapat, mesrenye dia ni akan buat kita rasa tengah bergaul dengan orang lain. Bukannya diri dia yang macam kita tengok mula-mula dulu.

Dia ni jugak nampak biase je macam orang lain. Tapi bila dah selalu berkawan dengan dia, mesti akan sentiase rase nak dengar kata-kata dia, termasuk aku sendiri.

Dari luaran dia ni nampak macam suka mengelamun. Tapi rupanya dia ni pemikir yang agak luar biasa bagi aku. Bila bekerja dalam kumpulan, dia memang nampak agak pasif tapi cuba tanya pada group member dia atau bekerja sendiri segrup dengan dia. Mesti akan terkejut sebab aku sendiri pernah rasa macam tu. Tak kire la dalam grup tu ada bangsa asing ke... dia tak peduli.

Selalu orang kata kita akan berubah jadi rendah diri and takut-takut dengan bangsa asing. Tapi dia ni terbalik. Diorang pulak yang akan jadi automatically hormat pada dia. Automatically jugak diorang akan ubah, dia yang akan jadi leader grup tu walaupun asalnya dia cuma buat kerja sendiri. Tapi disebabkan skill, knowledge and cepat pick up dia tu, senang je dia jadi ketua.

Pastu, yang aku paling respect pasal dia ni, cara hidup dia memang nampak cukup-cukup berkualiti. Apa pun jugak yang dia buat, selalunya berjaya. Boleh dikatakan ramai la yang jealous kat dia ni.

Apa rahsia dia pun aku tak tahu. Nak kata dia ni aktif dengan budak-budak masjid, tak pulak aku nampak dia berkepit dengan orang yang sama. Kawan dia bertukar-tukar setiap masa. Yang jenis tudung labuh, tudung singkat, tak bertudung. Kaya, miskin. Senior, junior. Semua okey dengan dia. Non-muslim pun dia boleh berbaik, muslim lagi ar.

Aku sendiri cuba perhati cara hidup dia. Nak bongkar rahsia. Tapi yang aku dapat tak macam dijangka.

Amal ibadat dia biasa aje. Buat yang wajib macam orang lain. Study pun boleh dikira banyaknye. Kebanyakan waktu, dia lebih banyak ‘mengelamun’, pastu buat kerja sendiri yang tak tetap rutinnye.

So disebabkan dah tak sabar lagi dengan rahsia dia, aku directly jumpa. Tanya apa rahsia, apa tips yang boleh buatkan dia mantap sampai macam ni. Apa yang dia makan, macam mana jadual tidur dia, dia berguru dengan siapa. Banyaklah.

Tapi jawapan dia?

“Jaga solat.”

Punyalah aku terdiam waktu tu. Panjang giler mukaddimah soalan aku. Alih-alih itu je jawapan yang dia bagi.
Disebabkan tak puas hati, aku jumpa pulak orang yang paling dekat dengan dia.

Kali ni baru la aku dapat ape yang aku nakkan. Orang tu jawab satu persatu tentang cara hidup dia hasil dari jaga sembahyang.

Kata dia, bila kita jaga sembahyang, automatically hal-hal yang lain akan terjaga dengan sendirinya.

Nak sah sembahyang, kena betul tajwid. So disebabkan nakkan kelancaran dalam sembahyang, dia kene jaga tutur kata waktu kat luar sembahyang. Zikrullah memang kena selalu kat bibir and hati, supaya kita tak teringin untuk cakap bende-bende lagha. Yang dosa lagi ar. Basmallah dalam semua kerja, supaya kerja tu senang and baik hasil untuk diri sendiri and orang lain, untuk masa sekarang and masa akan datang.

Pastu, nak sah sembahyang jugak, kena bersih. So dia akan jaga kebersihan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Baik pada pakaian, tempat tinggal and apapun jugak yang ada kaitan dengan hidup dia.

Nak sah sembahyang kena jaga akhlak sebab tanda sembahyang tak diterima, bila perangai teruk. So dia kena sentiasa jaga hati. Sebab hati yang baik je akan lahirkan perangai baik spontaneously. Tak nampak kekok dengan kebaikan, tak jugak bermusim. Berterusan.

Then, makanan ni jugak salah satu syarat untuk sah sembahyang. Jadi pemakanan memang benda yang sangat-sangat dia ambik berat. Dia lebih rela masak sendiri sebab sekurang-kurangnya dia tahu dari mana datangnya setiap bahan yang dia masak tu. Yang ragu-ragu dia tinggalkan.

Disebabkan nak jage kualiti makanan, dia selalu online untuk dapat info. Dari situ, macam-macam ilmu lain dia boleh dapat.

Aku sendiri pernah masak dengan dia. Memang tak boleh nak kate ape ar. Kebersihan memang betul-betul dia jage. Dah tu, sekejap je dah siap sume dia masak.

Bila sembahyang dah sah, maknanya kita dah buat benda-benda wajib. Insya-ALLAH, ALLAH dah mula hitung sembahyang kita. So sekarang cara nak tambahkan saham pulak.

Nak lebih keredhaan ALLAH, dia kena sembahyang awal waktu. Tak kire sibuk macam mane pun jugak, sakit ke, apa ke, sembahyang awal tu dia wajibkan pada diri. Dia setkan dalam otak, ‘kalau dah masuk waktu, selagi tak sembahyang hati akan terasa macam setiap degup jantung jadi tak berkat.’ Kecuali kalau darurat.

Jadi bila dah terbiasa dengan sembahyang awal waktu lima kali sehari, dia mudah untuk proceed pada next daily tasks. And disebabkan dia jugak dah terbiasa tepat pada masa, so penjagaan mase dia agak strict.  Date, group discussion, semuanya on time. Jadual harian pun dah terset pada otak.

Ada orang kata, khusyuk tu salah satu syarat untuk sembahyang diterima. Jadi dia wajibkan jugak diri untuk khusyuk dalam sembahyang. Aku perasan, dia praktikkan jugak that thing dalam daily life. Mungkin disebabkan dah terbiasa fokus, dia jadi mudah ingat setiap apa yang dia buat. Dia jugak faham apa benda, bila, kat mana, apa kesan and apa tahap prioriti bende tu. So akan berkualitilah apa jugak yang dia buat, insya-ALLAH.

Salah satu cara nak khusyuk, mesti fahamkan setiap apa yang disebutkan dalam sembahyang. And setiap satu yang dia sebutkan dalam sembahyang tu, buatkan terasa semakin bangga jadi seorang muslim, semakin bersemangat teruskan hidup dalam pandangan ALLAH, semakin bermotivasi and semakin berazam untuk perbaiki diri. Dia jugak terasa semakin dekat dengan ALLAH and Rasulullah.

Kagumnya aku.

Bagi dia, dengan apa yang dimotivasikan tu, dia akan sentiasa rasa nak hidup dalam suasana sunnah. Sebab dia dah rasa betapa seronok dan tenangnya bila dapat rasa dekat dengan ALLAH and Rasulullah. So dia semakin nak rasa benda tu.

Caranya kat luar sembahyang, dia usaha sedaya upaya supaya cara hidup dia ikut Al-quran dengan sunnah. Kalau tak mampu banyak, dia buat yang termampu. Bermula dengan yang sikit, yang tersimple. Sebab dengan yang simple tu, bila dah jadi darah daging and sebati dengan diri, to proceed to the next level, its not too hard, insya-ALLAH.

Then ikhlas. Prinsip dia, ‘ikhlas itu iman’. Ada ikhlas ada jugakla Iman. Baru sembahyang kite diterima, insya-ALLAH.

Dia kate lagi, jangan risau kalau hari ni kita cuma  mampu tingkatkan sikit je amalan kita. Selagi ikhlas, berkualiti and konsisten, itu dah cukup. Kadang-kadang itu yang lebih baik daripada kita buat something yang drastik tapi tak bagi apa-apa makna pada hati and diri. Lebih teruk kalau tak mampu konsisten.

Perumpamaan die: sorang hamba ALLAH baca lima ayat Al-quran setiap kali lepas sembahyang. Lepas tu setiap ayat tu dia hayati, teliti, dia fahamkan and dia amalkan atas sebab faham and yakin. Sorang lagi ni baca dua juzuk sehari, tapi tak cek makna, tak betul tajwid and tak tahu kenapa dia mesti baca Al-quran melainkan ikut kawan. Lepas tu teruskan dengan cara hidup yang sama. Tak berubah ke arah lebih baik.

Jadi kite sendiri boleh tahu yang mana lebih baik.

Banyak lagi ar yang dia cakap. Aku nak taip pun rasa tak sempat. Cuma daripada satu-satunye rahsia yang dia kongsikan tu, aku ternampak satu bende hebat yang terhasil pada luaran. Benda tu pun aku citerkan jugak kat dia. Mintak pendapat.

Dia kate, memang ada orang yang kena ada kawan dalam usaha nak baiki diri. Untuk bangkit malam, kena ada kawan baru boleh bersemangat. Untuk mantapkan amalan harian, kena ada kawan yang selalu bagi nasihat.

Tapi bagi dia, tak setiap masa kena ada kawan. Hidup dia bukan 24 jam depan kawan. Tapi yang sepanjang masa dia kena jaga, cuma pandangan ALLAH. Tu aje akan buat dia rasa cukup untuk baiki diri non-stop.

Baru aku faham. Sebab tu ramai yang jealous dengan dia, sebab dia ni nampak cukup-cukup menghayati setiap ape jugak yang dia buat.

Jawapan dia, ‘bila kita berbuat sebab nakkan pandangan ALLAH, jadi aib kita akan terjaga dari dipandang manusia.’

Apa yang aku faham dari apa yang dia kata tu, dia mengaku dia sendiri ada kelemahan. Tapi disebabkan dia betul-betul harapkan keredhaan ALLAH and bukan buat atas sebab kawan atau sesape pun jugak, jadi takde manusia yang sedar kelemahan dia.

Terharu mendengarnye.

Aku tanye, macam mana kalau susah nak jaga amalan harian?

Dia senyum. Dia kate, “sedikit demi sedikit. Buat yang termampu, fahami, hayati, dalami, konsisten. Bila dah sebati, teruskan dengan yang lebih baik.”

Aku tanya lagi yang pasal dia nampak pendiam tapi bila bercakap, kata-kata dia cukup terkesan pada hati. Jawapan dia,

‘Itu cuma hasil dari apa yang ALLAH pernah ilhamkan untuk saya fikir. Saya cuma kena ucapkan...’

Hmmm...

Syukurla aku kenal orang macam dia. Sekurang-kurangnya aku tahu, kita takkan pernah mustahil untuk jadi hamba yang berkualiti. Sebabnye, dia dulu bukannya dari SMKA. Pernah pergi sekolah agama rakyat waktu sekolah rendah aje. Yang lain-lain tu, dia berguru dengan tuan guru yang dia yakin betul ilmu.

Tu yang buatkan ramai orang agak terkejut dengan dia. Orang tertanya-tanya, macam mana dia boleh maintain sedangkan persekitaran dia betul-betul mencabar.

Jadi bila tanya pasal yang tu, jawapan die,

‘Cintai, cari, fahami, hayati, dalami, jadi rutin diri, sebarkan dengan hati suci, insya-ALLAH itulah ilmu yang diberkati.’

Subhanallah.

Jadi, senyum selalu. J J J

PDT 4 rata PSPM i & III

video amanat Pengarah

video 2

video 3


MC bersama pengarah

Pensyarah yang hadir

TP, KJM & PP HEP I

PDT I

Bersemangat Tuan Pengarah menyampaikan amanat

PDT I juga

pandangan belakang

Sally, Khajar, Lilis, Pn Hajah Hayati

PDT III

lagi PDT III

lagi lagi PDT III

Pandangan Belakang kiri

Pandangan lantai

kehadiran PDT III

kehadiran PDT I

Amanat kedua

Amanat kaunselor

Aktiviti hand slide

senaman tangan