Rabu, 10 Oktober 2012

astero

Barangkali ini mungkin hal sepele bagi sebahagian orang, namun saya merasakan perkara ini hak kita untuk mengetahui ke mana hilangnya wang kita. Boleh jadi juga sebuah taktik perniagaan. Saya tidak menuduh tetapi berikut adalah perkongsian saya:

Sepulangnya dari tempat kerja, emak menyerahkan bil ASTRO terkini untuk saya jelaskan bilnya. Saya perasan ada tambahan RM10 pada bil terkini. Kata emak, ada program baru.

Saya melarikan mata sepintas lalu pada butir-butir transaksi. ASTRO Best: The Hunger Games. Bila masa pula emak yang sudah tua dan uzur melanggan program ini. Emak hanya lebih gemarkan program di TV Al-Hijrah dan saluran 119. Bila saya tanyakan pada Emak,  jawapannya: Mana tahu. Kan, sudah masuk dalam bil. Jadi perlu dibayar.

Emak terpaksa melanggan ASTRO kerana langsung tiada siaran televisyen jika tidak melanggan servis ASTRO. Saya pula lebih selesa mendapatkan maklumat daripada internet.

Saya tidak berpuas hati lantaran yakin tiada antara kami yang akan melanggan program sedemikian. Lalu saya menelefon pihak ASTRO untuk memaklumkan kesilapan tersebut. (Nota: Pastikan anda miliki kredit yang cukup untuk mendail talian 1-300-82-3838 kerana tempoh masa yang lama diambil sebelum dapat bercakap dengan staf. Pastikan juga tekan butang 3 selepas pilihan bahasa.)

Pihak ASTRO memberitahu, dalam rekod mereka ternyata kami tidak membuat sebarang langganan untuk pakej tersebut. Lega saya. Namun di hujung-hujung perbualan tatkala saya yakin staf terbabit akan memaklumkan tentang kecuaian tersebut pada unit kewangan, wujud pula rekod.

Saya dimaklumkan bahawa langganan telah dibuat pada tarikh 16 September 2012 pada jam 6.21 petang oleh nombor telefon 019-569xxxx. Saya sudah menafikan bahawa kami telah membuat langganan tersebut. Bagaimana pun staf berkenaan membuat andaian bahawa ada budak-budak main.

Mustahil, fikir saya. Saya pasti amat bahawa nombor telefon tersebut sangat asing dan memang tidak tersenarai dalam rekod nombor telefon keluarga dan rakan. Sebelum mengakhiri perbualan yang mengambil masa kurang lebih 12 minit, saya diminta untuk tetap membayar tambahan RM10 tersebut.

Saya cuba menghubungi pemilik nombor tersebut dan ternyata dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah dan menetap di Perlis. Sedangkan kami di Perak.

Yang menimbulkan musykil di fikiran saya, bagaimana ada ‘budak-budak’ boleh melanggan serta menggunakan akaun emak saya pada tarikh tersebut walhal kami sekeluarga sedang menghadiri walimah saudara di luar Perak!

Sudah tiba masanya untuk pihak ASTRO benar-benar meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan pencapaian dan keuntungan mereka. Lebih-lebih lagi dalam isu keselamatan begini. Cukup-cukuplah untuk menerima hamburan marah dan segala bentuk ketidakpuasan hati daripada pelanggan.

Isnin, 8 Oktober 2012

Abu Hurairah RA

Semasa kecil Abdusy Syams (hamba Matahari) sangat sayang kepada seekor anak kucing betina, yang dalam bahasa Arab, kucing disebut Hurairah. Sejak itu, beliau dikenali dengan panggilan Abu Hurairah.

Setelah masuk Islam, Rasulullah SAW lebih suka memanggilnya Abu Hirr sebagai panggilan akrab, dan beliau lebih suka panggilan itu. Abu Hirr ertinya penyayang kucing jantan.

Namun, Rasulullah SAW kemudian menukar namanya menjadi Abdur Rahman (hamba Allah yang Maha Penyayang).

Abu Hurairah RA berasal daripada suku Daus dan beliau masuk Islam melalui Thufail bin 'Amir ad-Dausy, salah seorang pemimpin suku tersebut.

Setelah masuk Islam, Ad-Dausy ini pergi ke Madinah menemui Nabi dan berkhidmat untuk Rasulullah SAW sepenuh hati. Beliau tinggal bersama ahli shuffah di beranda Masjid Nabawi. Setiap waktu beliau boleh solat di belakang Nabi dan mendengar pelajaran berharga dari Nabi.

Abu Hurairah ada ibu yang sudah tua dan sangat disayanginya. Beliau ingin ibunya memeluk Islam, tetapi ibunya menolak bahkan mencela Rasulullah SAW. Abu Hurairah sangat sedih. Dia pergi menemui Rasulullah sambil menangis.

"Mengapa engkau menangis, wahai Abu Hirra?" Sapa Nabi. Abu Hurairah menjelaskan apa yang menyebabkan hatinya galau, sambil meminta Rasul mendoakan ibunya. Lalu Nabi berdoa agar ibu Abu Hurairah terbuka hatinya untuk menerima Islam.

Suatu hari Abu Hurairah menemui ibunya. Sebelum membuka pintu dia mendengar suara gemericik air, kemudian terdengar suara ibunya. "Tunggu di tempatmu, Nak!"

Setelah dipersilakan masuk, Abu Hurairah terkejut apabila ibunya langsung menyambut dengan ucapan dua kalimah syahadat. Alangkah bahagianya Abu Hurairah, keinginannya tercapai. Segera dia kembali menemui Rasulullah. "Dulu aku menangis kerana sedih, sekarang aku menangis kerana gembira."

Abu Hurairah sangat menyayangi ibunya, lebih-lebih lagi setelah ibunya masuk Islam. Beliau begitu meghormati dan berbakti kepada ibunya. Setiap kali akan pergi meninggalkan rumah dia berdiri lebih dahulu di depan pintu bilik ibunya mengucapkan salam, "Assalamu 'alaiki wa rahmatullah wa barakatuh, ya ummah!"

Ibunya menjawab dengan lembut, "Wa 'alaikas salam wa rahmatullahi wa barakatuh, ya bunayya."

Kemudian, Abu Hurairah mendoakan ibunya, "Rahimakillahu kama rabbay tini shaghira" (Semoga Allah mengasihi ibu sebagaimana ibu mengasihiku sewaktu kecil)."

Ibunya membalas doa anaknya dengan doa yang tidak kurang indahnya, "Wa Rahimakallahu kama barartani kabira" (semoga Allah mengasihimu sebagaimana engkau berbuat baik kepadaku setelah engkau dewasa).

Abu Hurairah aktif mengajak orang lain agar memuliakan dan berbuat baik dan menyayangi kedua-dua orang tua. Suatu hari, beliau melihat dua orang lelaki berjalan bersama-sama, yang satu lebih tua daripada yang lain. Abu Hurairah bertanya kepada yang muda, siapa orang tua ini? "Bapaku," jawab anak muda itu.

Lalu Abu Hurairah menasihatinya. "Janganlah engkau memanggilnya dengan menyebut namanya. Jangan berjalan di hadapannya. Dan jangan duduk sebelum dia duduk lebih dahulu. “

Begitulah, sisi lain Abu Hurairah, yang sangat sayang kepada ibunya dan hormat kepada yang lebih tua. 

German


German atau Germany adalah sebuah negara yang sememangnya dikenali sebagai negara yang dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang menyediakan suasana yang di luar imiginasi kita. Berikut adalah 17 gambar tempat menarik di German yang menjadi sebab mengapa German perlu dijadikan sebagai sebuah lokasi untuk berbulan-madu dan juga melancong.



























Amacam? Cantik tak?

Ahad, 7 Oktober 2012

fahami bajet

Saya ingin memberitahu rakyat bahawa bajet bukan suatu rancangan kewangan untuk memberi rebet, duit one off atau bonus. Kalau bukan duit kita, kita ada kuasa pulak, sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Najib. Tapi perbuatan dia tidak bertanggung jawab. Kita akan huraikan sebab2 mengapa kita kata demikian. Maka kita jangan ikut cara bodoh tersebut. 


Bajet ialah plan kewangan untuk membiayai pengurusan negara. Kalau dalam syarikat, bajet nya ialah bagaimana memastikan perkerja mendapat gaji yang baik dan syarikat terus untung. Jika syarikat tidak untung, perkerja tak dapat gaji. Kalau 16 tahun rugi, belanja lebih dari pendapatan, syarikat akan tutup. Pengurus syarikat diberhentikan. Pengurus baru degan model pengurusan bari kita ambil.

Rakyat disekat dari mengetahu apa bajet Pakatan Rakyat. Mereka tak dapat tonton TV atau dengar radio mengenai bajet PR. Yang kita dengar ialah cacian dan cemuhan Najib kepada bajet PR.

Bagaimana dia tahu PR tidak boleh lakukan lebih baik dari BN? PR bukannya kuasa yang menjaga wang pusat. Yang jaga dan urus ialah kerajaan Najib. Yang kita dengar ialah pembaziran dan perbelanjaan dengan harga2 projek yang telah diUMNOkan. Negara kita akan bengkrap akibat pengurusan kerajaan Najib.

Demikan juga perumpamaan dengan kerajaan. Kalau 16 tahun berturut turut deficit sejak tahun 1998, ini menandakan pengurusan kewangan dan pengurusnya tidak baik. Kita tukar dengan pengurusan dan pengurus yang lain. Jangan sentimental. Kalau Najib bukan PM, tidak mati rakyat disebabkan nya. Kalau Najib bukan PM, orang Pekan terus hidup. Yang susah ialah orang UMNO- itu pun tak lama jika mereka adjust diri mereka kepada reality baru. Reality barunya ialah rakyat hendak tukar kerajaan yang tidak cekap dan korap. Rakyat benci tengok ROsmah Mansor ek dengan cincin berlian, jam tangan yang mahal2 dan beg tangan ribuan Ringgit.

Kita tidak dengki. Tapi kalau kita hendak ajar rakyat jimat cermat, maka peliklah kita jika yang memberi nasihat hidup mewah mewah. Pergi shopping boleh suruh pemilik toko bukak hanya untuk seorang pembeli.
Rakyat berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi- ikan, daging, beras semua harga nya naik. Kos pengangkutan, kos pendidikan, kos perubatan, semua naik. Rakyat dapat RM 500 atau RM1000 tapi dapatnya mereka duit tersebut ketika semua barang naik.

Ramai orang tidak sedar, bila kerajaan menurunkan wang baru, ia mengakibatkan agihan pendapatan dari orang miskin kepada yang kaya. Dalam ilmu ekonomi fenomena ini disebut sebagai kesan Cantillon atau Cantillon effects.

Orang2 kaya, glongan elit merasai duit baru yang diberi oleh kerajaan pada peringkat awal ketika harga barangan belum naik. Ertinya, mereka menikmati mendapat wang ketika harga barangan semua masih belum naik. Apabila kerajaan menyuntik wang baru dalam ekonomi, yang merasai nya terlebih dahlu ialah golongan elit, peminjam2 yang berpengaruh dan syarikat2 besar. Mereka dapat wang baru pada round awal. 

Mereka yang dapat duit pada round2 yang terkemudian semua dapat wang ketika harga barang naik. Orang2 yang mendapat wang di pusingan kemudian, mereka dapat wang tapi ketika harga barang sudah naik. Maka sementara yang kaya dan berkuasa daapt wang ketika harga belum naik, yang dapat wang di pusingan yang kemudian, akan mendapati nilai wang mereka sudah menurun kerana harga barang sudah naik.

Maka, sentiasalah golongan elit diutamakan, rakyat biasa dikemudiankan. Ini adalah kesan agihan pendapatan akibat pertambahan wang dalam ekonomi. Siapa yang belajar ekonomi akan faham kesan2 Cantillon Effects ini.
Sekali lagi mesti kita ingat: bajet ialah cadangan untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari perbendaharaan. Ianya bukan duit Dato Najib atau duit UMNO untuk diberikan tanpa ada tanggung jawab. Dan ianya dapat dibelanjakan hanya pada tahun hadapan mulai januari 2013. Jika ada duit dari peruntukan tahun hadapan digunakan sebakarang, itu adalah pecah amanah. Orang pecah amanah m kena jel.

Dan saya dengar penjawat awam sudahpun dibayar. Dan sekolah2 Tamil sudah mula mendapat alokasi bajet 2013. Perdebatan pun belum habis lagi yang bermakna, parlimen belum lagi lulus duit yang diminta oleh kerajaan Najib. Ini bukan petanda dan tingkah laku sebuah kerajaan yang siuman. Ini laku perangai kerajaan yang gila kuasa.

Jangan kita terpengaruh sangat dengan pemberian gula2 yang diberikan Najib. Ia menyembunyi agenda jahat BN untuk terus kekal berkuasa supaya mreka boleh samun dan rompak negara kita.

Kerajaan BN yang di pimpin oleh Najib melakukan paling banyak supplementary bajet dalam sejarah. Ertinya, kalau tak cukup duit belanja, mereka akan datang ke parlimen untuk mintak wang lagi. Ini sebuah kerajaan yang tidak pandai mengurus wang rakyat.

Mengapa ahli parlimen BN mengambil masa lebih untuk membincangkan bajet yang di bentangkan oleh Pakatan Rakyat? Itu bermakna mereka mengiktiraf bahwa bajet PR lebih baik dari bajet BN. tidak ada orang hendak debat bajet BN . dan yang membahas hanyalah Khairi Jamaludin dan MP dari Kota Belud yang kedua dua nya akan digugurkan dalam PRU13 nanti.

Hanya orang yang tidak tahu politik dalaman UMNO sahaja yang beria ria berpegang kepada pandangan bahawa KJ akan terus dikekalkan. Budaya pilitik UMNO ialah budaya ikan haruan yang makan anak sendiri. Budaya politik UMNO ialah budaya raja membunuh budak yang berakal yang cadang menggunakan batang pisang untuk bunuh todak.

Bajet Najib penuh dengan perkara2 bodoh yang dimasukkan pada saat akhir. Ia memeningkan para pegawai kementerian kewangan yang terpaksa buat adjustments sana sini kerana Najib dan para punaisihat nya mahukan perkara2 popular dimasukkan.

Seperti diskaun kepada pengguna pengangkutan awam. Yang mempunyai gaji RM2000 kebawah akan dapat diskaun. Bagaimana mahu dilaksanakan? Adakah pengguna pengangkutan awam akan membawa slip gaji kemana mana untuk membuktikan mereka layak dapat tambang yang murah? Bagimana pula melaksanakan pemberian rebat RM 200 kepada pembeli talipon?

Jangan kita melompat kegembiraan bila kerajaan mengistiharkan deficit untuk bajet 2013 ini ialah 4%. Bukankah pada tahun 2011, Najib cakap besar hendak mengurangkan deficit pada tahap 2.5%? tahun lalu, deficit lebih baik dari yang disasarkan kerana ekonomi kita mendapat laba yang tidak terancang sebanyak RM21 billion. Tiba2 ada pendapatan lebih yang mengurangkan defisit. Kalau bukan kerana itu, defisit untuk bajet 2012 mestilah lebih sekitar 6%.

Kita mesti ada rasa tidak senang bila zaman berzaman, kerajaan membuat bajet deficit. Besar mana sangkatkah bahagian bajet yang digunakan untuk membantu rakyat miskin dan yang kesusahan?

Bahagian tersebut tidak dapat menjustifikasikan belanjawan deficit yang berturut trut. Yang rakyat mesti khuatir ialah deficit disebabkan rasuah, ketidakcekapan, tidak ada disiplin kewangan, ketirisan dan pembaziarn.
Rakyat mesti merasa hairan kenapa report card untuk bajet 2012 tidak di kemukakan. Biasa nya kita hendak tahu bagaimana prestasi wang yang diminta tahun lalu diperlakukan. Baharulah boleh mintak bajet baru. Mulai sekarang kita mesti desak sebelum apa2 wang dikeluarkan oleh parlimen, kita nak tahu bagaimana bajet tahun lalu diperlakukan.

Sebab itu agenda bajet PR lebih diyakini rakyat. Sebab agenda PR ialah membasmikan rasuah, ketirisan dan pembaziran. Agenda ini lebih baik dari agenda memberi wang dengan percuma.

hati2

"Madura adalah satu suku bangsa Indonesia yang banyak datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.

Kebanyakan bangsa madura bekerja sebagai buruh binaan.

Kaum lelaki suku ini mempunyai hobi atau minat yang mendalam dalam seni sabung ayam. Jika anda melihat terdapat banyak kurungan ayam jantan di sesebuah rumah, pastinya rumah itu didiami oleh suku madura.

Di Indonesia Suku Madura terkenal kerana keagamaan mereka. Di pulau madura terdapat banyak pesantren yang menyediakan pengajian sekolah pondok seperti di Malaysia dan Thailand.

Kaum lelaki madura biasanya banyak musuh. Dendam di kampung halaman dibawa hingga ke Malaysia. Banyak pergaduhan yang mengakibatkan kematian membabitkan lelaki madura berlaku di Malaysia. (Ini mungkin salah satu daripadanya).

Menurut seorang buruh binaan yang gua kenali bernama Matrop, "biasanya suku Madura hanya sanggup membunuh kerana isteri. Lelaki Madura tidak suka isterinya diganggu oleh sesiapa sekalipun. Banyak kejadian bunuh sesama Madura berlaku tidak kira sama ada di Madura atau di Malaysia. Semuanya kerana mengganggu isteri orang." katanya.

'Lelaki madura suka beristeri banyak, biasanya lebih dari satu, dua biasa, tiga biasa malah empat juga biasa' katanya

Orang madura tidak membunuh kerana wang, mereka sanggup bekerja keras menggunakan tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki. Walaupun begitu beliau tidak menafikan ada suami yang tidak tega membunuh tetapi mengupah orang lain melakukannya.

Teringat gua satu kes yang berlaku beberapa tahun lalu yang mengakibatkan seorang pemuda berasal dari Kelantan terbunuh di Padang Jawa, Shah Alam. Menurut sumber, pasangan madura itu tinggal di Padang Jawa. Hubungan pemuda tersebut dengan isteri Madura itu terdedah apabila si isteri tidak pulang ke rumah selama satu hari satu malam.

Apabila didesak suaminya wanita itu menceritakan perkara sebenar bahawa dia bersama pemuda Kelantan tersebut pada malam sebelumnya. Si suami memaksa wanita itu menghubungi pemuda berkenaan dengan alasan rindu untuk berjumpa.

Sebaik tiba pemuda itu terus dilibas dengan senjata tradisi madura yang dipanggil 'celoret' iaitu sejenis senjata yang berbentuk sabit oleh si suami yang bersembunyi di dalam semak berhampiran landasan keretapi.

Matrop juga mengingatkan gua supaya berhati-hati dengan wanita madura kerana mereka sanggup menipu dengan mengatakan bahawa mereka janda atau masih perawan apabila tertarik dengan seseorang lelaki lain. Matrop menjelaskan seperti wanita lain, ada juga wanita madura yang suka menduakan suami.Mereka suka menggoda orang-orang malaysia yang kelihatan bergaya dan berharta.

Teringat gua kepada beberapa kes orang pencen yang terpedaya dengan wanita Indonesia. Habis wang pencen dan saguhati pencen dicurah kepada wanita-wanita tersebut. Setelah wang mereka habis wanita-wanita itu menghilangkan diri. Tinggallah jantan-jantan tua yang pokai tanpa wang. Sedap sekejap deritanya lama. Si tua dapat pucuk muda la katakan. wakaka!

Awas anda yang kaki betina, apabila terkantoi dengan suaminya pasti nyawa melayang. Apabila ada kes bunuh atau cubaan bunuh menggunakan 'celoret' bolehlah dianggap itu perbuatan lelaki madura dan puncanya boleh pula dicongak sebagai 'kerana perempuan/bini orang'