Khamis, 8 November 2012

Lawatan Kelab Alam Sekitar KMS ke FRIM

peserta cilik

gambar kenangan

bukti kehadiran

taklimat sebelum memulakan lawatan

khusyuk mendengar taklimat

Renjer Pengiring

kumpulan 1

dengar betul2

bayang2 sapa nie?

pokok meraga

pokok ujan-ujan. spesis dari Amerika Selatan. ditanam pada 1953 sempena pertabalan ratu elizabeth II

tengok atas...!

spesis pokok Ara

Damar getah

pokok buluh burma ditanam pada 1927

semakin memanas

stesen ujian ketahanan kayu @ Tapak ujian kayu

Pokok kulim @ bawang hutan

pokok <baca sendiri>

daun bentuk love ----> pokok kembang semangkuk

cover majalah  nat geo tahun 1998

Menusuri hutan FRIM

Canopi hutan ----> satu-satunya di dunia! takbir!

Dukung udin

Udin di Canopi walkway

udin shak & renjer FRIM

Asni di canopi walkway

Shak udin kepenatan

stesen 3

Pemandangan selayang

Pokok kolang kaling

Udin shak rehat atas batu

air terjun

Picnic area

Rabu, 7 November 2012

Makhluk Allah


Larva bluebottle

Cats Flea

Housefly

Dust mite

Flour mite

Head Silverfish

Spider crane-fly

Human flea

Yellow beetle

Jumping spider

Fly

Tropical caterpillar

Froghopper

Dog flea

Wasp

Another wasp

Soldier ant

Bee

Bug

tidak akan tertolak..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu perkongsian yang menarik untuk kita jadikan renungan dan manfaat kita bersama, kisah di mana seorang wanita yang ternampak pasangannya curang secara terang-terangan dan disebabkan itu, dia ingin membunuh diri.. Mari kita hayati kisah tersebut..
Nak dijadikan cerita, suatu malam 500 meter dari 7-Eleven. Kelihatan dua gadis tengah berbicara. Situasi nampak tegang.
Anis: “Kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku! Biarlah aku mati dilanggar keretapi dari terseksa hati begini. Sampai hati bf sendiri curang depan mata dengan awek lain! Siap pegang tangan lagi! Aku tengok sendiri kegiatan tidak bermoral beliau ittewww!”
Farah: “Astaghfirullahaladzim. Istighfar Anis. Dia bf je. Bukan suami. Lantaklah dia nak buat apa. Nanti dia dapatlah balasannya tu. Suami yang baik, dia ada ciri-ciri setia. Ko patut bersyukur Allah dah tunjuk awal-awal dia tu tak layak jadi suami.”
Anis: “Tapi aku sayang dia dowh!”
Farah: “Tu bukan sayang kalau sampai nak mati. Sayang bukan boleh bawak sampai mati pun. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh solehah. Itu je yang boleh.”
Anis: “Argh. Boleh tak kalo tak bagi tazkirah time-time aku memerlukan macam ni?! Stress tahu tak!”
Farah: “Iya, maafkan aku. Cuma aku nak bagitau ko, Rasulullah SAW ada pesan jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik pada diri sendiri, anak-anak atau harta kita. Kerana apabila doa itu diucapkan tepat pada waktu Allah sedang menerima doa, maka dikabulkan doa itu.”
Pang! Penampar hingga di muka Farah.
Anis: “Ohh! Maksudnya, ko nak aku mampus la ni! Aku tengah panas ni. Asyik nak tazkirah je. Aku cari BFF lain je lah! Kita putus kawan! Ko pun sama, suka kat BF aku gak sebab dia ensem kan?! Aku tahu ko pernah hantar mesej dekat dia dulu! Ko pun sama je jahat!(emo)”
Farah: “Anis!”
Anis terus berlari meninggalkan Farah. Berlari dan terus berlari. Sampai di gate keretapi yang ditutup, dia teruskan juga larian. Semboyan keretapi kuat berbunyi.
Suasana bingit seketika. Hanya kedengaran bunyi bising roda keretapi bergesel-gesel berat dengan landasan besi. Hingga akhirnya keretapi tersebut sampai di stesennya.
Kelihatan tangan manusia berada di tengah-tengah landasan. Dua kaki lagi tercampak beberapa puluh meter dari landasan.
Mungkin mereka tidak sedar, tatkala kata-kata persis doa tadi diucapkan, waktu itu baru sahaja selesai azan Isyak. Belum pun dilaungkan Iqamah. Doa antara azan dan iqamah tidak akan tertolak..

tak putus2


Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan emailini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian. Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut. Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email.
Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.
Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan. Wallahhua’lam