Isnin, 19 November 2012

bila laki....

FAKTA SEBENAR LELAKI

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak

basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki.. :)

Setia

Setia Suami Suatu Akhlak Mulia

Ada seorang lelaki yang menikahi wanita ekspatriat (wanita yang berkerja di negara asing). Usianya lebih tua dari lelaki itu 20 tahun. Dia masuk Islam dan taat beragama. Tapi, dia mandul. Sekarang mereka menetap di Amerika. Suaminya bercadang menikah lagi. Tapi risau nanti menjejaskan ke

-Islaman isterinya. Dia merujuk pendapat ulama muktabar terlebih dahulu.

Amat menakjubkan apabila membaca jawapan Syeikh Dr. Ali Jumu'ah berkaitan hal ini. Beliau merupakan ulama besar Mesir, lulusan Universiti Ain Shams, dan lulusan PHD Universiti al-Azhar menulis dalam bukunya Al-Kalim al-Tayyib Fatawa Asriyyah. Sila rujuk dalam Majalah Al-Ustaz, terbitan Telaga Biru, isu Walimah.

Kata Syeikh Dr. Ali Jumu'ah:
"Saya menasihati agar SUAMI JANGAN BERNIKAH LAGI.
Tidak mengapa jika tidak memiliki anak kerana bukannya syarat pernikahan itu supaya zuriat dilahirkan.
Bahkan KESETIAAN dengan ISTERI YANG MANDUL merupakan SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN."

Syeikh berkata bahawa, "Imam Al-Sya'rani berkata: "Sesungguhnya antara tanda baiknya pergaulan dan iman seorang suami adalah MENJAGA ASPEK ini. Yakni ASPEK KESETIAAN KEPADA ISTERI PERTAMA melebihi keinginannya untuk mencari isteri yang lain ataupun anak." perkara ini telah DITEKANKAN oleh PARA FUQAHA'. Dan kes yang disebutkan ini lebih-lebih lagi.

"Justeru saya nasihatkan (bukannya mengarah), agar suami BERPEGANG DENGAN NILAI-NILAI ISLAM, akhlak mulia dan SETIA KEPADA ISTERINYA. Tindakan ini LEBIH BAIK berbanding mendapatkan anak daripada ISTERI BARU."

(Bukan pendapat saya, tapi pendapat Dr. Ali Jumuah, ulama besar Mesir).

Seruan saya:

Kajilah kedudukan sebenar POLIGAMI dalam ISLAM daripada para ulama muktabar, bukan daripada pendapat insan yang tak dikenali autoriti ilmunya, smada lelaki atau perempuan. Jumhur ulama sedunia menganggapnya cuma rukhsah, bukan galakan agama, bukan kewajipan, bukan syiar dan bukan juga sunnah. apatah lagi ia bukan kemegahan palsu.

Kita berbaik sangka kepada mereka yang SUDAH berpoligami. Kita tak tahu kondisi mereka. Lapangkan dada dengan pilihan mereka. Usah dihina.

Kita mesti membela ramai yang dizalimi.

Bagi yang belum, gunakan kebijaksanan MENCEGAH SEBELUM MERAWAT.

Ezzadeen

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -

Ahad, 18 November 2012

Jan


Jin dan manusia adalah ciptaan Yang Esa , dijadikan kita untuk beribadat. Kita hanya patut menyembah Allah Yang Esa, pemilik seluruh alam.
Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
Dalam sebuah Hadits Qudsi yang masyhur bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang mafhumnya seperti berikut,
“Aku adalah Kanzun Makhfiyan (perbendaharaan yang tersembunyi), maka Aku cinta untuk dikenali, maka Aku telah menjadikan makhluk agar Aku dikenali.”
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu
(sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong..” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di adapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi….
11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya
13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.
16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid
(tahu ikut peraturan).
Wallahua’lam
 
p/s : tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah..janga lupa kalimat ini ye ^_^

Never never ever give up!


Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.
Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): “Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Setiap orang dianjurkan untuk berdoa, akan tetapi tidak semua doa itu akan langsung dikabulkan Tuhan. Ada yang cepat dikabulkan dan ada pula yang lambat. Jika lambatnya doa itu dikabulkan oleh Allah, janganlah hendaknya berputus asa. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Sehingga tidak mungkin Allah tidak mengabulkan doa hamba-Nya. Hanya saja diterima-Nya doa itu adalah menurut kehendak Allah, bukan menurut kehendak hamba-Nya. Firman Allah SWT : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan permohonanmu itu”. (Al-Mukmin:60)
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah pasti mengabulkan semua permintaan hamba-Nya. Hanya saja cara mengabulkannya itu sesuai dengan pilihan Allah tidak menurut selera orang yang berdoa. Kerana manusia tidak dapat mengetahui manfaat atau mudarat sesuatu yang diminta.
Oleh kerana itu, kadangkala ada orang yang meminta agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak. Permintaannya itu didasarkan atas perkiraan, bahawa jika rezekinya murah, serta mempunyai anak, tentu akan bermanfaat dalam kehidupannya. Akan tetapi Allah tidak mengabulkan apa yang dimintanya itu. Sebab Allah lebih tahu, apa yang dimintanya itu kalau dikabulkan akan memberi mudarat bagi dirinya. Sebagaimana firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:216)
Jadi kalau Allah kadangkala tidak mengabulkan permohonan salah seorang hamba-Nya itu bukanlah bererti ia menolak, akan tetapi berkemungkinan ada kemudaratan yang terkandung di dalamnya yang mencelakakan hamba-Nya, justeru itu penolakkan juga bererti pemberian.
Sebagai contoh pasangan suami isteri yang menginginkan anak, sudah lama ia berdoa, memohon kepada Allah agar dikurniakan anak. Akan tetapi sudah sekian lama pula Allah tidak mengabulkan doanya. Maka bagi pasangan ini janganlah berputus asa dan berburuk sangka bahawa Allah tidak akan mengabulkan doanya. Berkemungkinan juga Allah tidak mengabulkan doanya itu kerana Dia Maha Mengetahui, jika doa itu dikabulkan, akan menimbulkan kemaksiatan dan kemudaratan bagi orang tersebut. Dengan demkian penolakkan Allah yang demikian itu pada hakikatnya sudah bererti memberi.
Dalam suatu riwayat dikatakan, bahawa pada suatu hari ada orang yang melihat Abu Abbas Al Mursi yang sedang dalam keadaan sakit, orang tersebut mendoakan supaya Abu Abbas Al-Mursi deberi kesejahteraan oleh Allah SWT. Akan tetapi Abu Abbas berkata: “Adakah kamu mengira bahawa aku tidak memohon kepada Allah untuk kesejahteraanku? Sesungguhnya saya telah meminta kesejahteraan kepada-Nya. Sebagai pengetahuanmu, penderitaanku inipun termasuk kesejahteraan pula.”
Abu Abbas Al-Mursi kembali berkata: “Untuk kamu ketahui, Khalifah Abu Bakar Siddiq juga memohon kesejahteraan kepada Allah, akan tetapi beliau mati terkena racun. Umar bin Kattab juga memohon kesejahteraan kepada Allah, akan tetapi beliau mati terbunuh. Usman bin Affan juga memohon kesejahteraan kepada Allah, ternyata beliau mati terbunuh. Begitu juga dengan Ali bin Abi Talib, ia juga memohon kesejahteraan kepada Allah, beliau juga mati terbunuh.”
Justeru, bila sesorang itu memohon kesejahteraan kepada Allah, maka mohonlah kesejahteraan menurut yang dikehendaki Allah, kerana yang demikian itulah yang paling baik bagi diri seseorang, walaupun keadaanya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsunya.
Dalam sebuah hadith Qudsi Allah berfirman yang maksudnya: “Aku tidak akan memperhatikan hak hamba-Ku, sebelum ia menunaikan hak-Ku” (HR. Tabrani)