Ahad, 25 November 2012

haram rokok


IsraHelL menghantar BOM dan peluru ke Palestin. Dia berjaya membunuh ribuan umat Islam di sana dengan BOM dan PELURU yang sangat mahal harganya. Israel hanya menghantar 'ROKOK' ke Malaysia dan mereka berjaya membunuh 10 RIBU orang setahun dengan ROKOK malah sekaligus mendapat keuntungan sebanyak RM2.5 juta sehari dari MANGSA yang bakal MATI disebabkan rokok. Muslim di Palestin akan mati jika dibunuh dengan peluru dan bom. Muslim di Malaysia, mati dengan RELA hanya dengan menghisap rokok. Apa maksudnya ini? Adakah ini menunjukkan suatu tahap 'kecerdikan' kita atau sebaliknya? 

Sabtu, 24 November 2012

Janji Allah

ALLAHUAKBAR! Tersentak seketika. Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..

Pa

gi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

Istiqomah boikot

Ada orang dakwa saya ni menentang usaha boikot produk yahudi... :)

Kalau nak tahu...(Kalau nak tahu lah kan..)..


Saya secara peribadi telah dapat kesedaran untuk boikot yahudi sejak tahun 2006..

Saya ada print poster produk yahudi dan tampal kat bilik,tiap kali beli barang saya akan elakkan dari beli barang yahudi,alhamdulillah ia berlaku istiqamah sejak tahun 2006 (bukannya boikot bermusim spti sesetengah org yg semangat je lebih tapi boikot nya bermusim)..
Selain dari boikot produk yahudi,saya juga boikot cara hidup yahudi,pakaian yahudi,cara makan yahudi dan lain2 ttg yahudi,
Dulu saya pakai jeans,baggy-style,carrot-style,t-shirt snoop dog,tribal back,fubu,rambut pacak2,kasut adidas,nike..

Tapi sejak 2006,saya bakar semua tu dan cuma pakai jubah,baju pagoda,t-shirt putih kosong,kain pelikat dan seluar tae kwon do yang sesuai digunakan bersama jubah putih dan juga sesuai untuk training martial arts...

Bahkan semua negara yang saya jejak kakinya,saya pakai jubah dan kain pelikat je...
Semata2 kerana tidak mahu musyabbih(menyerupai) orang2 yahudi nasrani...

Kepala saya pula sentiasa tertutup seperti yang diajar nabi,masuk tandas,makan,minum,belajar,memasak,semuanya saya tutup kepala...

Dan juga saya sangat anti kepada bank,
Saya boikot bank kaw-kaw sampai lalu kat bayang2 bank pun saya akan istigfar...
Sebab bank ni ciptaan yahudi dan institusi riba terbesar dunia...
Saya tak pernah ada hutang dengan bank walaupun satu sen dan cuma guna bank untuk KEMUDAHAN transfer wang semata-mata,dapat duit,terus keluarkan,saya simpan duit sendiri seperti yang diajar nabi bukan simpan dalam bank seperti yang diajar yahudi,bila dah banyak sangat dan khuatir tak dapat jga dengan baik,baru saya akan masukkan sebahagian ke dalam tabung haji kerana tabung haji bukan bank tapi "sebuah tabung" untuk pergi haji.....
Lagu,muzik,movies semuanya saya boikot dan haramkan ia terutamanya dari hollywood...
Lagu2 jihad sahaja dan nasyid2 tarbiah yang saya simpan dalam laptop saya..
Nasyid2 lalai meleleh2 pun saya boikot...
Movies pun saya cuma simpan movie jihad seperti cerita 'lion of the desert' kisah umar mukhtar pejuang jihad di libya sebelum zaman gadaffi dan movies2 dan dokumentari islam seperti jejak rasul...
Movies2 islamik lalai meleleh2 macam ayat2 cinta,kcb,7 petala cinta,tahajud cinta dan lain2 juga saya boikot...

Eh c'mon lah...kata nak boikot???

Apa barang 'semangat lebih' tapi cuma boikot mcd?

Kalau nak boikot,boikot lah seperti seorang muslim!
Benci kerana allah..cinta kerana allah...
Boikot sungguh2,benci sungguh2,bukan boikot sebahagian je,yang nafsu suka tak nak boikot...

Zul n Jaja nikah Sabtu 24 Nov 2012











teddy

Siapa ada Teddy Bear? Golongan gegurl ni mesti ramai yang ada bebear kan. Yang beboy ada tak? Kalau ada, mai sini nak boh penampaq sedaih. Biasa nih! Wat malu kaum ja. Haha.. Tapi, pernah tak terfikir, macam mana menatang patung beruang tu boleh lekat nama Teddy Bear? Kenapa bukan Mickey Bear, Donald Bear ataupun Abe?



Ceritanya begini..

Pada bulan November 1902, gabenor Mississippi telah mengajak Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt pergi berburu di Mississippi. Ramai jugak yang join. Dan pada masa tu ramai pemburu lain dah dapat tangkap dan bunuh binatang tu. Kemudian, pasukan Presiden tu pula dapat tangkap seekor beruang hitam.

Lepas puas bertinju bertomoi dengan beruang tu sampai beruang tu dah lembik, diorang ikat beruang tu kat sebatang pokok. Lalu diorang panggil Presiden untuk tembak sendiri beruang tu sampai mati. Kiranya macam bagi penghormatan kat dia la sebagai seorang Presiden. Kalau tak, malu la dia sorang ja tak dapat tembak mangsa buruan. Dahla dia dulu hero masa perang kat Cuba dulu.



Colonel Theodore Roosevelt

Tapi, Presiden tu menolak dan mengangggap itu tak profesional dan tiada semangat kesukanan (keburuan). Lalu, dia mengarahkan diorang menembak sendiri beruang tu sebab taknak beruang yang dah lembik kena belasah tadi tersiksa. Peristiwa tersebut menjadi topik hangat di seluruh Amerika. Dan dijadikan kartun politik dalam paper The Washington Post. Ala.. Macam kartun dalam Utusan Meloya tu. Dalam kartun tu, beruang tersebut yang realitinya adalah seekor haiwan yang besar dan nampak ganas dilukis kecil dan nampak comel.



A 1902 political cartoon in The Washington Post spawned the Teddy bear name.


Seorang pemilik kedai mainan, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun tersebut dan memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta mainan baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden Theodore Roosevelt untuk meminta kebenaran menamakan patung beruang tu dengan nama samarannya, Teddy. Maka, lekatlah nama Teddy Bear dan popular hingga sekarang.