Rabu, 16 Januari 2013

Salji Tabuk

Sesuatu yang aneh terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.

Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu. Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.







Baikal

Tasik Baikal yang terletak di Siberia ialah tasik tertua di dunia. Ia dianggarkan berusia 25 juta tahun. Ianya sepanjang 636 kilometer dan mempunyai kedalaman purata 744 meter! Setiap Januari sehingga Mei permukaan tasik ini membeku dan ia menghasilkan pemandangan yang menakjubkan. 

#Tahukah anda Tasik Baikal menyimpan 20% bekalan air tawar dunia? Cikgu sekolah tak ajar semua ni






Selasa, 15 Januari 2013

semak pung


Salam buat semua penggemar smartphone..especially Samsung Galaxy..aku nak share cerita pengajaran membeli telefon untuk semua orang yg berhajat nak beli..

Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je..sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..

so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama..Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’…

Dengan happy aku balik..dapat AP set RM 1050.00 maa…..balik aku charge..pastu aku terus update version 2.0.3 gingerbread tu ke version 4.0.1 ICS..tuhan nak tunjuk…tetiba hanset tu problem software..pelik gak aku..sbb seblum ni AP set aku update selamber je…so aku rujuk la ke kedai cina lain kat kampung aku (time cuti new year)…dia tgk jer cek2 belakang betri..’’ni CHINA set maaa..u da kena tipu maa..berapa u beli?..ini tepi jalan punya handset maa’’…perggh..berderau darah aku dengar..dengan pastas aku drive balik Shah Alam..

1/1/2013 aku pun pergi jumpa cina dekat PAS tu..dia mati2 taknak mengaku..so aku bawak handset tu pegi kedai lain suruh cek..mmg cina situ pun cakap tu China Set…siap tunjuk aku comparison lagi dengan yg betul punya..so aku bergaduh2 dekat 3 jam kat situ..dia tetap taknak pulangkan duit aku balik..dia marah aku sebab pergi update version la..dia cakap if nak update hantar kedai dia..dia hantar kilang nak update..dia ingat aku tak pergi sekolah ke?..siot..lepas tu kasi alasan cakap tu AP korea la ape la..lepas tu aku tarik pekerja perempuan melayu dia pergi cakap dekat tempat lain..aku pressure dia tanya suruh dia cakap jujur..mula2 dia pun tak mengaku..nak cover boss dia kan..last2 dia mengaku..boss dia jual handset tipu..

so aku mintak refund..dia tak bagi..tapi dia boleh plak offer aku ‘AP set yang betol’..siot je kan…trade in..aku kena tambah RM 200..memang dasar penipu..
Sebab dah malas nak kena tipu lagi..atas nasihat kawan2…aku pun pergi Balai Polis buat laporan..dan polis pun suruh aku pergi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tribunal buat laporan..tapi agak mengecewakan dengan layanan pihak KPDN yang lebih menyebelahi pihak cina tu..siap suruh aku pikir masak2 if nak buat laporan kes ni…aku pun balik dengan kecewa…sbb mereka tak ada kuasa nak tangkap..dakwa..if paling berat pun hukuman denda RM 5000 atau penjara dan lepas tu cina tu still boleh jual handset tiruan dan tipu orang Melayu dengan selambernyer…dia ckap if nak lebih2..kena pergi mahkamah civil..upah lawyer..bla bla..hmm..

Pastu 3/1/2013..tetiba seorang detektif polis call aku..nak barang bukti..dia nak pergi serbu kedai cina tu..and tangkap..perrghh aku rasa mcm cerita Gerak Khas..1st time aku rasa nasib aku dibela polis..seblum ni asyik menyamannn je kan..kira-kira 2-3 jam lepas tu..Inspektor dorg call aku..bagitahu cina tu dah bagi statement dan bersetuju nak refund duit aku if aku tarik balik report..so atas nasihat polis taknak kes ni panjang2 aku pergi la amik refund..aku puas hati la bab refund..tapi kecewa sebab dia still boleh tipu orang melayu dengan sewenang2nyer..

So kepada KPDN hope korang udah2 la makan gaji buta..guna la kuasa yang ada..buat kerja yang sepatutnya..buat skuad Polis IPD seksyen 9..dan Seksyen 11..terima kasih kerana buat kerja yang aku rasa ni just jenayah kecil and KPDN yang patut ambil tindakan..

Badiuzzaman Said Nursi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah menarik yang perlu dikongsi bersama untuk dijadikan renungan bersama. Kisah tentang seorang pejuang agama bertaraf ulama’ juga seorang wali Allah yang dikenali sebagai Badiuzzaman Said Nursi. Mungkin ada di antara kita tidak mengenali beliau. Mungkin juga ada yang pernah mendengar nama ini, tetapi tidak tahu tentang sejarah hidupnya. Kisah hidupnya penuh dengan cabaran, namun beliau tetap tabah mengharunginya biarpun pernah dipenjarakan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Badiuzzaman Said Nursi adalah merupakan seorang pejuang, pemikir islam Turki dan seorang Wali Allah swt.. Pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat besar maknanya buat seluruh rakyat Turki dan seluruh dunia islam.
Ketika Negara Turki bertukar menjadi sebuah Negara Republik dan mengenakan dasar sekular, Allah swt telah mempersiapkan seorang Mujahid unggul untuk menentang segala agenda musuh-musuh Allah swt ke atas seluruh umat islam yang berpusat di Turki.
Beliau seorang manusia yang pintar dan bijaksana, sehinggakan didalam biliknya ketika dia menjadi pelajar dahulu , dia menulis dan menggantung ayat : “Di sini akan diselesaikan setiap permasalahan yang rumit dan setiap soalan akan dijawab, tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada orang lain.”
Beliau adalah seorang ulama yang memperjuangkan agama dan menegakkan syariat.Beliau juga turut dianugerahkan ilmu ladunni oleh Allah swt. Dia juga pernah berkata : “Sesungguhnya agama adalah sinaran bagi hati, sedangkan ilmu-ilmu moden adalah cahaya bagi akal”
Maka benarlah seperti Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ra : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini di setiap permulaan kurun, orang-orang yang memperbaharui urusan agama mereka”
Ternyata Mujahid yang dibangkitkan pada kurun itu bukan dikalangan ahli sufi. Badiuzzaman Said Nursi selalu menyebut bahawa zamannya itu bukannya zaman tasawuf atau tareqat, tetapi adalah zaman bagi menyelamatkan iman.Tulisan-tulisan beliau dalam Risalah An-Nur yang masyhur itu bukanlah risalah-risalah sufi, tetapi ia berkaitan dengan persoalan-persoalan akidah.
Beliau menulis : “Sesungguhnya aku andaikan sekiranya Syeikh Abdul al-Qadir al-Jaylani, Shah al-Naqshabandi dan Iman Rabbani sekiranya hidup pada zaman kita ini, nescaya mereka akan mencurahkan segala kemampuan mereka bagi memperteguhkan hakikat keimanan dan akidah islam.”
Sifat luarbiasa Said Nursi terjadi ketika beliau masih bayi lagi.Pada setiap bulan puasa, pada siang harinya dia tidak mahu menyusu dan hanya menyusu pada sebelah malam sahaja. Kepintarannya terserlah sejak dari kecil lagi.
Pernah suatu masa beliau pergi menuntut ilmu dengan Molla Abdul Karim.Gurunya itu pada mulanya tidak mahu mengambilnya sebagai murid kerana usianya baru 15 tahun, tetapi Said Nursi tetap mahu berguru dengannya, oleh itu Molla Abdul Karim pun menyuruh dia membaca dan memahami dulu 7 buah kitab , kerana ketika itu murid-muridnya yang lain sedang belajar kitab yang ke-8. Said Nursi pun menghabiskan membaca 8 buah kitab hanya dalam masa 3 hari sahaja dan faham kesemua isi kandungannya sehinggakan dia dikagumi oleh gurunya dan seluruh pelajar disitu.Ketika itu juga dia ditawarkan oleh gurunya untuk menjadi seorang guru di madrasah itu namun ditolak dengan baik oleh Said Nursi.
Dia pun bertolak ke Madrasah Beyazid untuk berguru dengan Syeikh Muhammad Jejali pula.Tempoh belajar yang biasanya diambil oleh kebanyakan murid gurunya untuk belajar ilmu dengan Sheikh tersebut biasanya memakan masa 15 tahun, tetapi telah dihabiskan oleh Said Nursi hanya dalam masa 3 bulan sahaja! Dengan kejayaannya itu Said Nursi dikurniakan Ijazah oleh gurunya dan diberi gelaran “Molla Said” serta ditawarkan menjadi guru di madrasah itu, “kamu sudah boleh memakai jubah dan serban ulama” kata gurunya itu namun ditolak dengan baik oleh Said Nursi dengan berkata “ Saya lebih suka memakai pakaian darwis sahaja”
Ketika berjumpa dengan abangnya Abdullah selepas 8 bulan tidak bertemu kerana masing-masing sibuk menuntut ilmu ,abangnya dengan bangga memberitahu bahawa dia telah membaca dan mengkaji kitab syarh asy syamsi dan beberapa buah kitab lagi sehingga dia layak dan diberikan kebenaran untuk membuka sebuah madrasah tempat pengajian agama oleh gurunya. Lalu dia bertanya pula kepada Said Nursi sebanyak mana pula ilmu yang telah Said Nursi pelajari. Dengan merendah diri Said Nursi menjawab bahawa beliau telahpun membaca dan menghafal 80 buah kitab termasuk syarh asy syamsi! Abdullah terkejut dan tidak percaya pada mulanya, tetapi setelah diuji, ternyata adiknya itu seorang yang pintar dan berkata benar.Abdullah sangat gembira lalu memohon untuk menjadi murid adiknya itu pula.
Oleh kerana kepintarannya yang luar biasa Said Nursi telah diberi gelaran “Badiuzzaman” yang bermaksud “Kekaguman Zaman” kepadanya oleh gurunya Sheikh Fathullah Efendi. Beliau pernah berdebat dengan seorang guru ilmu Geografi dari Eropah dan hanya mengambil masa 24 jam untuk membaca kesemua buku berkaitan dengan ilmu alam sebagai persediaan lalu mengalahkan guru itu.
Beliau juga pernah berdebat dengan seorang ahli Fizik dari Eropah tentang ilmu fizik dan hanya mengambil masa selama 4 hari untuk mentelaah kesemua buku-buku fizik dan memahami hukum-hukum fizik lalu mengalahkan ahli fizik yang telah menghabiskan masa selama 4 tahun untuk mendalaminya. Keadaan itu menyebabkan ahli fizik tersebut berasa kagum dan terus menjadi anak murid Said Nursi pula.
Setelah Said Nursi membaca kesemua buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan Tahir Pasya, dia telah dapat menguasai ilmu-ilmu sains moden seperti matematik,astronomi, fizik, kimia,falsafah, sejarah , kaji hayat dan banyak lagi menyebabkan ilmunya begitu dikagumi pada zaman itu. Oleh kerana kebijaksanaannya itu maka ada segelintir pihak yang benci dan irihati terhadap kemasyhuran Said Nursi lalu memfitnahnya sebagai mengidap penyakit jiwa.Dia pernah ditangkap dan pernah suatu hari seorang doktor merawatnya.Dia memberikan sebuah buku perubatan dan yang belum pernah dibaca oleh Said Nursi.Dengan izin Allah swt Said Nursi membaca sepintas lalu sebanyak lima mukasurat lalu memberikan semula buku itu kepada doktor itu.Dia mula membaca semula apa yang tertulis sebanyak lima mukasurat itu sambil disemak oleh doktor itu tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun.Doktor tersebut terkejut dan dalam keadaan takjub itu beliau berkata : “Sesungguhnya tuan bukan seorang yang gila tetapi seorang yang luar biasa!”.Selepas itu Said Nursi dibebaskan dan tuduhan gila keatasnya gugur setelah doktor itu mengesahkan Said Nursi seorang yang sihat .
Ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan fitnah mencetuskan kekacauan, beliau dengan berani berkata di depan hakim : “Sekiranya saya ada seribu nyawa, saya sanggup mengorbankan semuanya demi untuk syariat islam.Kerana syariat itu adalah sumber kesejahteraan dan kebahagiaan, keadilan sejati serta kebajikan” Bila ditanya oleh hakim apa pendapat said Nursi terhadap pemerintah, beliau dengan tegas menjawab : “Ketua sebuah Negara adalah hamba kepada Negara itu.Selagi seseorang ketua Negara itu menurut sunnah Rasulullah maka dia pemimpin kami dan kami patuh dengan arahannya.Tetapi sekiranya ketua sesebuah Negara tidak mengikut sunnah, maka dia adalah perompak”
Beliau seorang yang berani dan pernah berjuang menentang tentera rusia dengan menubuhkan pasukan “Tentera Songkok Bulu” yang amat digeruni oleh musuh.Didapati bom tidak meletup jika dilemparkan ke arahnya dan peluru tidak pernah singgah ke tubuh wali Allah swt itu.
Antara kekeramatan beliau yang lain ialah, boleh berjalan di atas air, boleh membuka gari ditangannya sendiri untuk mengambil wuduk, boleh ghaib dan keluar dari sel tahanan di penjara sebanyak dua kali dan pergi bersolat jumaat di tiga tempat berlainan dalam satu masa.Beliau juga diracun berpuluh-puluh kali ketika dalam tahanan tetapi masih selamat dengan izin Allah swt.
Tekanan lebih hebat dikenakan ke atas beliau, terutamanya selepas kejatuhan kerajaan khilafah Uthmaniah dimana Kamal Attartuk menjadi Presiden Republic Turki. Said Nursi telah dibuang ke daerah pendalaman dan dikenakan hukuman penjara berkali-kali selama lebih dari 30 tahun dengan tujuan untuk menghapuskan pengaruh dakwah wali Allah swt yang terkenal ini.
Selepas Badiuzzaman Said Nursi meninggal dunia, orang ramai berduyun-duyun menziarahi pusara beliau.Keadaan ini menyebabkan pihak keselamatan terpaksa memindahkan kubur Said Nursi ke satu tempat yang tersembunyi.Bila kuburnya diselongkar, ternyata jasad wali Allah swt berserta kain kafannya itu masih utuh , tidak hancur walaupun setelah tiga bulan beliau disemadikan.
Walaupun dia sering mendakwa bukan seorang sufi, namun cara hidup dan amalannya adalah mirip seorang ulama sufi.Ketika meninggal dunia beliau hanya meninggalkan seutas jam tangan, jubah, serban dan wang sebanyak 20 lira.
Karangan beliau yang termasyhur iaitu Risalah al-Nur telah diterjemah kedalam 40 bahasa dan disebarkan keseluruh dunia.Ia merupakan satu tafsiran al-Quran yang disusun melebihi 130 tajuk.Secara umumnya risalah ini berkisar kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan akidah dan keimanan.Satu-satunya sumber rujukan untuk risalah ini ialah kitab suci al-Quran. Kebanyakan dari risalah – risalah tersebut ditulis ketika beliau dibuang daerah dan semasa beliau ditahan di dalam penjara.

Seiringkah Mahasiswa Berpolitik


Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir
“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”
- William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.

Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.
Universiti atau Tadika?
Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.
Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu.
Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.
Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz ‘Listen’ oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?
Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas ‘Listen’.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?
Hujah vs hujah
Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai ‘When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’, ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?), ‘you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’, ‘animals have problem’,   ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makanshark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’.
Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.
Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status ‘degree holder’ seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.
Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  ‘When I speak, you listen!’.
Fungsi Mahasiswa
Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara.
Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan.
Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut.
Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan ‘settle down’.
Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri.
Apa selepas ini?
Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas ‘politik-merengek’ sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka.
Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan ‘Ideologi Kaum Intelektual’. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan ‘Suara Wanita 1 Malaysia’, saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari.
Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka.
Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka;
Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.
Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas;
Kalau mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.
(Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)
 * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org