CIRI-CIRI GURU PILIHAN utk ke akhirat..^_^
Via-Akademik
Saya pernah berjumpa seorang ulama,
saya bertanya bagaimana ingin mencari guru yang mursyid,
beliau berkata:"
jika kamu ingin mencari guru mursyid dia tidak di keliling orang
(pengikut yang taksub) sepanjang jalan,
tapi beliau bersendirian ketika berjalan,
beliau tidak tidur kerana menyelesaikan masalah masyarakat,
hidupnya membentuk masyarakat kepada islam,
beliau tidak mengejar wang ringgit dan harta kekayaan,
beliau hidup di kalangan orang tidak mengenali ketika beliau berjalan sepanjang jalan dan berada di majlis ,
beliau kurang berbicara hal dunia tapi banyak mengingatkan orang pada hari akhirat,
Beliau sentiasa menyuruh agar muridnya perbetulkannya mengikut landasan kebenaran iaitu al quran dan hadis Nabi s.a.w,
jika beliau silap,
(Kerana dalam dirinya adalah manusia yang lemah dan hamba yang tawaduk kepada Allah.)
Hidup nya penuh dengan ketenangan dan tidak pernah memihak pada keduniaan dan permusuhan..
Baginya persaudaraan sesama islam dan mengeratkan silatur rahim jika umat bertelagah.
Allahuakbar!!..sukar nak jumpa org mcm nie..^_^
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Rabu, 30 Januari 2013
Selasa, 29 Januari 2013
istiqamah
panas plak baca... astaghfirullalhazim!
SEJARAH PEMBODOHAN ANAK BANGSA
September 1993, saya dan rakan-rakan mengikuti Kursus BTN Di Kem Wirawaja, Janda Baik, Pahang. Kursus ini berlangsung hanya beberapa hari sebelum kami berlepas ke destinasi pengajian masing-masing, membawa cita-cita, harapan ibu bapa serta rakyat dan negara. Pada masa yang sama, saya turut mengingatkan diri bahawa saya adalah hamba Allah dan khalifah-Nya.
Program kami bergabung dengan satu lagi kumpulan pelajar yang akan ke UK. Kami pula akan terbang ke Jordan, Morocco dan Mesir.
Saya diundi menjadi Penghulu. Tugas tambahan, dan saya menerimanya dengan berat hati beriring tawakkal.
"Kamu semua jangan nak tunjuk pandai ya. Kami baru habis mengkursuskan imam-imam masjid Pusat Islam. Kalau Imam pun kami boleh tundukkan macam ni (sambil memegang betis), kamu semua apatah lagi!" kata ketua jurulatih BTN ketika itu.
Telinga saya panas.
Manis benar ucapan 'selamat datang' beliau.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai provokasi dibuat oleh jurulatih kami dan banyaknya adalah untuk memburuk-burukkan pembangkang, khususnya PAS. Saya kira, jika mereka bentangkan fakta tentang kelemahan prestasi PAS, ketidak upayaan PAS menguruskan Kelantan yang baru dimenangi dan pendekatan-pendekatan lain yang berasaskan hujah dan fakta, mungkin ramai sahaja di kalangan kami yang setuju. Kami pun bukannya ahli PAS.
Tetapi, seperti biasa. Kesombongan menghasilkan pembodohan.
Kami diperbodohkan.
Kami diberi gambarajah berbentuk bulat, segi tiga dan segi empat, kemudian disuruh memilih ikut kecenderungan diri. Ulasan selepas pilihan, "kajian menunjukkan, orang yang minat gambarajah bulat, biasanya gila seks. Hati-hati dengan pihak yang lambang bulat!"
Ya, sebuah pembodohan. Bagi biasiswa, suruh cemerlang, tetapi dimulakan dengan proses pembodohan.
Semuanya itu menambahkan rasa panas hati, sedangkan kami hadir sebagai 'happy kids'.
Kami dipaksa makan bercampur antara lelaki dan perempuan. Saya dan rakan berdegil dan kami bertindak sendiri makan minum berasingan.
Kami dikelirukan dengan arahan tinggi rendah berkejar mencari kumpulan dalam permainan simulasi. Peserta berlari-lari di dalam dewan dan berlaga-laga antara lelaki dan perempuan, kami berdiri di tepi dewan sehingga selesai dan kami masuk ke kumpulan yang sudah berhenti berlaga-laga.
Pelbagai cara yang mereka lakukan, tujuannya ialah seperti mahu 'mengubah' kami.
Sungguh memenatkan. Setiap masa, kami kena berfikir selangkah lebih hadapan untuk membaca apa yang sedang cuba jurulatih lakukan.
Menjelang hari akhir, kami diminta mengikuti kembara merentas desa yang dimulakan dengan meranduk kolam. Saya ok sahaja. Tetapi ada pelajar perempuan yang meminta mereka dikecualikan daripada meranduk kolam kerana masalah aurat. Pakaian basah, melekat ke tubuh, pelajar perempuan meminta saya berbincang dengan jurulatih. Walaupun saya kira pelajar perempuan itu boleh secara proaktif memikirkan pakaian yang sesuai untuk mencegah lekit dan penonjolan bentuk tubuh, namun dek 'rakyat' meminta 'wakil rakyat' menyampaikan hasrat mereka, maka saya sampaikan.
Mengejutkan, jurulatih terus bersetuju. Alhamdulillah. Saya pun menyampaikan khabar gembira kepada peserta perempuan.
Selepas solat Subuh, kami beratur di depan kolam.
Ketua jurulatih memberi taklimat, "tiada siapa dikecualikan daripada masuk kolam. Semua kena masuk. Dan peserta mesti disusun lelaki dan perempuan berselang seli.
Apa ini?
Saya mengangkat tangan, tetapi diarahkan diam oleh jurulatih.
Sebagai tanda protes, saya mencampak bata denda yang saya diarahkan gendong 24 jam kerana telur ayam saya pecah dirempuh jurulatih.
Kumpulan saya diarahkan masuk dulu.
Peserta perempuan tanya, "macam mana ustaz?"
Saya jawab "jangan masuk. Semua perempuan jalan ikut tepi kolam. Kami yang lelaki sahaja masuk. Kumpulan lain pun sama!"
Kami meranduk air kolam sedalam paras leher, dengan bergayut kepada tali. Peserta perempuan menunggu kami di hujung kolam, dan kami bergerak semula dalam kumpulan, memulakan perjalanan merentas hutan rimba di Banjaran Titiwangsa itu.
Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada kumpulan lain.
Kumpulan kami tersesat hingga ke perkampungan orang asli dan tiba paling akhir ke Masjid Kg Janda Baik.
"Padan muka, inilah balasan Allah kepada orang yang tidak mengikut arahan!" kata jurulatih kepada kami.
"Balasan Allah kepada tuan belum tahu lagi!" saya menjawab.
Pelbagai kejadian lagi yang berlaku. Semuanya tersimpul di dalam sebuah perkataan iaitu PEMBODOHAN.
Untuk berjaya dalam hidup, kita bukan hanya perlu belajar untuk pandai, tetapi berjuang untuk tidak bodoh.
STUPIDIFICATION: learn the word, spell it correctly, protect the dignity, save the country!

Langgan:
Catatan (Atom)