Isnin, 18 Februari 2013

pedang nano



Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.


Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini

Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.

Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi

Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.

Apa itu CNT?

Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.

Salahuddin Al-Ayyubi

Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Kehebatan pedangnya di geruni musuh-musuh Islam

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.

Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"

Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman

kantoi





Allah bersamamu!

Gambar oleh Paul Hansen yang memaparkan jenazah dua kanak-kanak Palestin yang dibawa untuk dikebumikan dalam satu serangan udara Israel memenangi anugerah World Press Photo 2013.

Jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden itu mengambil gambar tersebut ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya, Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November lalu.

"Kekuatan gambar itu terletak pada cara ia memaparkan kemarahan dan kesedihan sekumpulan orang dewasa yang mengangkat kanak-kanak tidak berdosa itu.

"Gambar itu tidak akan dapat saya lupakan selama-lamanya," kata juri dari Peru, Mayu Mohanna.



Ayah kepada kanak-kanak malang itu, Fouad, turut terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis yang meranapkan rumah mereka manakala ibu mereka pula diletakkan di dalam unit jagaan rapi.

Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP, Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari Amerika Syarikat (AS), masing-masing memenangi kedudukan kedua dan ketiga bagi kategori Spot News melalui gambar mereka yang diambil di kawasan pertempuran mengerikan di bandar Aleppo, Syria.

Persaingan World Press Photo tahun ini menyaksikan sebanyak 19 juri profesional dalam bidang jurugambar berita dan jurugambar dokumentari memilih 103,481 gambar yang dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124 negara.



Lalai



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.. 

Tiga golongan orang yang solat masuk ke dalam NERAKA.. 

Lalai - Orang yang solat dalam keadaan
lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal
dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita
untuk mendapat kekusyukan dalam solat,
tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba
berusaha untuk mendapat kusyuk dalam
solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan
tidak mengambil berat dalam hal-hal solat.
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk
sembahyangnya adalah dikira sia-sia
belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk
mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi
sebagai alat pencegah dari perbuatan keji
dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut
tidak akan berasa gerun ketika melakukan
perkara keji dan mungkar.

Riak - Orang yang solat bukan kerana Allah
tetapi kerana menunjuk- nunjuk kepada
manusia, apabila orang melihatnya dia
merasa senang tetapi bila dia keseorangan
dia merasa malas.

Bakhil - Orang yang solat tetapi dalam masa
yang sama dia tidak mengeluarkan zakat.
Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut
untuk bersedekah kepada yang memerlukan.. 

Selepas ini sama2 kita muhasabah diri kita agar solat kita tidak tergolong dalam tiga kategori diatas... Insyaallah.. Wallahualam..^_^.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين..

Tiga golongan orang yang solat masuk ke dalam NERAKA..

Lalai - Orang yang solat dalam keadaan
lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal
dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita
untuk mendapat kekusyukan dalam solat,
tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba
berusaha untuk mendapat kusyuk dalam
solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan
tidak mengambil berat dalam hal-hal solat.
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk
sembahyangnya adalah dikira sia-sia
belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk
mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi
sebagai alat pencegah dari perbuatan keji
dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut
tidak akan berasa gerun ketika melakukan
perkara keji dan mungkar.

Riak - Orang yang solat bukan kerana Allah
tetapi kerana menunjuk- nunjuk kepada
manusia, apabila orang melihatnya dia
merasa senang tetapi bila dia keseorangan
dia merasa malas.

Bakhil - Orang yang solat tetapi dalam masa
yang sama dia tidak mengeluarkan zakat.
Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut
untuk bersedekah kepada yang memerlukan..

Selepas ini sama2 kita muhasabah diri kita agar solat kita tidak tergolong dalam tiga kategori diatas... Insyaallah.. Wallahualam

kempen PRU