Penipuan melalui jual-beli di internet bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Kita seringkali dingatkan kalau nak buat pembelian di internet, pastikan Cash on Delivery (COD) barulah beli. Tengok barang, puas hati dan kemudian barulah bayar secara tunai. Tapi kejadian yang akan kami kongsikan ini adalah pembelian berasaskan COD tetapi tetap menjadi mangsa penipuan. Bagaimanakah penipuan ini dilakukan si durjana? Bagaimanakah modus operandi mereka kali ini? Encik A menghubungi kami untuk berkongsikan pengalaman tertipu yang dilaluinya minggu lepas.
——
Salam..saya En A..salah seorang dari pengguna mudah.my..setahun berurusan dgn mudah, tiada sebarang masalah mahupun penipuan yang saya alami..sehinggalah 21.2.2013..
21.2.2013 – Pada jam 1pm saya membuka mudah.my untuk mencari iphone 5 yang ditempah oleh seorang dari pelanggan saya.utk pengetahuan saya seorang dealer telefon..jadi saya akan mencari telefon yang lebih murah pada harga pasaran dan akn menjualnya kepada pelanggan saya.selepas bertanya berkenaan dengan iklan yang disiarkan,si penjual (wanita dlm lingkungan awal 30an org utara berdasarkan loghat aka si puaka) mengesahkan iphone 5 masih ada stok.dia buka harga RM1900..setelah proses tawar menawar,si puaka tersebut bersetuju utk menjualnya pada harga RM1750.
22.2.2013 – Si puaka tersebut mengajak saya berjumpa di masjid Kg Baru selepas Isyak tetapi saya minta tukar waktu sebab saya balik ke kampung pada waktu tersebut.
23.2.2013 – Pada jam 1pm si puaka tersebut mengatakan mahu berjumpa saya di Kepong pada 4pm.dan saya bersetuju..semasa menuju ke Kepong si puaka tersebut call saya mengatakan tidak jadi bertemu di Kepong pada jam 4pm..saya kata ok walau sudah mula curiga dgn si puaka
tersebut..kemudian dia mengajak saya berjumpa di Mid Valley pada jam 8.30pm.selepas didesak oleh si bakal pembeli sy yg mahukan iphone 5 tersebut,saya bersetuju utk berjumpa di Mid Valley.
23.2.2013,8.30pm – dengan langkah yang kacak,saya sampai di Mid Valley.Saya menerima panggilan dari si puaka tersebut yang mengatakan bahawa dia tidak dapat datang tetapi menghantar wakilnya iaitu En K (seorang lelaki awal 40an).Mengikut kata si puaka tersebut,En K adalah sepupunya.
23.2.2013,9pm – En K sampai dan kami terus memulakan urusan jual beli.setelah berpuashati dgn iphone 5 tersebut,saya call si puaka tersebut memberitahu yang saya bersetuju utk membeli iphone 5 tersebut dan si puaka menyuruh saya bank in kan duit ke akaunnye dgn alasan x mahu memberikan cash money tersebut kepada En K(yg didakwa sepupunya)..selang 1 min kemudian saya dapat mesej dari si puaka menyuruh bank in duit ke akaun suaminya..Maybank,acc num 162227282720 atas nama Mohd Hassan Mohamed .si puaka mengatakan setelah saya bank in,dan duit masuk dia akn menyuruh En k beri iphone 5 tersebut kepada saya..tetapi selepas 10min menunggu, En K masih belum menerima sebarang panggilan dari Si Puaka tersebut.saat ini saya sudah dpt rasa yang saya sudah ditipu.
23.2.2013,9.30pm – setelah menunggu lama En K kelihatan resah.saya sudah mula syak yang En K terlibat sama dalam penipuan ini.En K menyuruh saya berjalan2 dahulu sementara menunggu panggilan dari si puaka..tp saya xnak sebab saya dah x sedap hati..tak lama kemudian En K bertanya kpd saya akaun num tadi atas nama siapa..saya ckp atas nama Mohd Hassan Mohamed.kemudian die tny saya siapa dia tu..saya ckplah itukan suami si puaka.dia ckp diapun x kenal siapa si puaka tersebut..jeng jeng jeng!!sah saya kena
tipu!!!!!!!!!damn!!!!!!hati dah mula panas..En K seolah olah mahu pergi mcm tu saje..jadi utk langkah selamat saya rampas hp tersebut dan berlari laju kearah polis yg ada tidak jauh dari kami..nasib baik x kena pukul dgn org ramai..saya member iphone 5 tersebut kpd polis dan saya cakap saya rasa saya dah kena tipu.dan saya bersama En K pergi membuat laporan polis..polis cakap dalam masa 24jam dia akn call saya utk diambil keterangan,tp sehingga sekarang masih senyap..mungkin bagi mereka, nilai 1.7k itu kecil bagi dia, tp tidak bagi saya!!
23.2.2013,11pm – rupa2nya En K ini memang ada menjual iphone 5 dengan harga 2.1k di mudah.my dan si puaka tersebut mengatakan dia mahu membeli iphone tersebut dan mahu jumpa di Mid Valley pada 8.30. si puaka mengatakan pada En k bahawa dia x dpt dtg,tetapi menghantar sepupunya (saya ler) utk melihat dan membayar iphone 5 tersebut. menurut cerita En K,si puaka tersebut cakap yang saya akan bank in kan duit terus ke akaun En K, (padahal akaun si puaka tersebut).jadi,saya dan En K sudah menjadi mangsa si puaka.. demi utk mendapatkan untung RM170,saya kerugian RM1700.. agak sedih disitu.saya tidak doa supaya jadi begini,saya tidak minta jadi begini,tp semua ini kehendak Dia..mungkin ade kelalaian saya sebelum ini.ini semua peringatan kepada diri saya agar tidak lupakan Dia walau diuji kesusahan atau kesenangan..saya terima.Cuma terkilanlah ade jugak saudara seIslam kita sanggup buat perkara ini utk income mereka..
Kesilapan saya adalah:
1) Tidak jumpa direct owner
2) Tidak beri cash pada owner
3) Terus bank in walaupun nama pemilik akaun tak sama jantina dengan org yg saya deal (si puaka)
4) Tindakan merampas hp pada tgn En K adalah tindakan yang bagi saya langkah selamat utk membawa En K ke balai polis sebab saya syak beliau terlibat sama..Sori En K
2) Tidak beri cash pada owner
3) Terus bank in walaupun nama pemilik akaun tak sama jantina dengan org yg saya deal (si puaka)
4) Tindakan merampas hp pada tgn En K adalah tindakan yang bagi saya langkah selamat utk membawa En K ke balai polis sebab saya syak beliau terlibat sama..Sori En K
Jika saya org senang,xdelah saya keluarkan modal yg besar,utk dptkan untung yang kecil.sebab saya susahlah saya buat mcm ni.
Disini,saya perlukan anda semua utk mendoakan dan mengaminkan doa ini..doa ini dituju kepada si puaka tersebut dan org2 yang terlibat..
Ya Allah Ya Tuhanku,hambaMu yang hina dan lalai ini dengan rendah diri memohon pertolonganMu agar berilah balasan yang setimpal kepada si puaka tersebut jika beliau membelanjakan duit tersebut dgn tanpa perasaan yg serba salah dan dgn niat memang hendak menipu aku..berilah balasan sekeras kerasnya kepada si puaka dan si penipu tersebut agar beliau sedar akn perbuatannya..tetapi jika beliau terpaksa dlm melakukan penipuan tersebut,maafkanlah dia,bantulah dia agar kembali kejalan yang benar…Engkau perkenanlah doa ku ini.sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..amin..amin..amin..