Ahad, 17 Mac 2013

Hidayah Allah

Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang 

Semua ahli keluarganya bukan beragama Islam. 

Akan tetapi Lim dihantar belajar agama Islam di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak setahun lalu. 

Beliau sudah menghafaz Al Fatihah, doa belajar dan doa penerang hati. 

Beliau juga mengikuti latihan solat seperti rakan sekelasnya yang lain.

Bukalah pintu seluas-luasnya buat Non-Muslim mempelajari Islam. 

Tiada paksaan untuk memeluk Islam. 

Sesiapa yang mengkaji Islam dengan niat yang ikhlas pastinya akan melihat Islam itu INDAH dan Islam itu penyelesaian segala macam polemik yang melanda dunia kini.

Hidayah Allah itu untuk sesiapa yang dikehendaki-Nya

Jom SHARE :)

Via Ustaz Nasir

Ustaz Haslin Baharin - USA

Sabtu, 16 Mac 2013

Dolan dino Setu

Pelan ke majlis kawen

Banner Pengantin
Selamat Pengantin Baru

Bersama Tuan Tanah Gopeng

Peta jalan Yan

Belakang Sri Cheeding aje...

Bukti Kehadiran

Kashmir

Kashmir merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian barat laut India. Selain daripada buminya yang sangat mempersona dan memukau mata, ianya juga merupakan satu kawasan yang sangat penting dari segi kajian geografi kerana statusnya sering dipertikaikan, yang sering menyebabkan terjadinya konflik di rantau tersebut, terutamanya antara India dan Pakistan.

Konflik bermula apabila berakhirnya pemerintahan British di India pada 1947, di mana Kashmir diberi pilihan samada untuk bergabung dengan India, Pakistan ataupun untuk kekal merdeka. Pemerintah Kashmir ketika itu, Maharaja Hari Singh, yang beragama Hindu memilih untuk bergabung dengan India telah menimbulkan kemarahan pemimpin Pakistan, yang mendakwa Kashmir yang dihuni majoriti muslim seharusnya berada di bawah pemerintahan Pakistan.

Perang bermula antara Pakistan dan India untuk merebut wilayah Kashmir pada 1947, yang berlanjutan kepada dua siri peperangan berikutnya pada tahun 1965 dan 1999. Walaubagaimanapun setelah hampir lebih setengah abad konflik tersebut bermula, kata putus masih belum tercapai antara kedua-dua negara.

Hari ini wilayah Kashmir terbahagi antara tiga negara, iaitu India, Pakistan dan China. Pakistan menguasai bahagian barat laut, manakala India menguasai bahagian tengah dan selatan dan China pula menguasai bahagian timur laut. India menguasai bahagian terluas iaitu seluas 101,338 km persegi, Pakistan (85,846 km persegi) dan China (37,555 km persegi).

Walaupun Kashmir merupakan sebuah wilayah yang sangat indah dan sering digelar syurga dunia yang menjadi tarikan pelancong, namun sayang kerana perebutan kuasa politik ianya sering dilanda pergolakan yang tidak berkesudahan hingga ke hari ini dan telah mengorbankan ribuan nyawa. Mari kita doakan semoga satu hari nanti Kashmir akan merdeka dan dapat keluar daripada kemelut politik ini, Inshallah.

Su-34

Sukhoi SU-345 Fullback ialah pesawat pengebom berkelajuan tinggi terbaru Russia yang menggantikan SU 24 Fencer yang sudah beroperasi sejak 1974. Ia mula beroperasi tahun lalu selepas menjalani proses rekaan dan percubaan semenjak 2006. 

SU-34 Fullback ialah pesawat pengebom moden. Bahagian hadapan pesawat SU-30 diubah. Kokpit yang lebih besar dengan susunan juruterbang dan pemandu arah duduk sebelah menyebelah digunakan. Dari segi enjin dan bahagian lain pesawat tidak macam perubahan dilakukan. Sayap diperkukuhkan sedikit bagi memberikan kemampuan membawa 8000 kilogram lebih banyak senjata dari pesawat tempur SU-30. Yang menariknya SU-34 dilengkapi dengan tandas bagi memberikan keselesaan kepada krew.

Harga sebuah SU-34 bermula dari USD 36 Juta (RM 111 Juta)