OTAK KANAN / OTAK KIRI
Apakah ciri-ciri pelajar yang menggunakan otak kanan?
- Pakaian comot
- Rambut tidak bersikat rapi
- Baju keluar
- Baju tidak berapa kemas
- Selalu berangan di dalam kelas
- Biasanya banyak mulut
- Suka bersembang di dalam kelas
- Perhatian mudah terganggu
- Tidak organized
- Memiliki daya tumpuan yang pendek
- Bilik tidur bersepah
- Kebanyakannya cemerlang dalam sukan, seni dan muzik
- Suka dan pandai melukis
- Memahami perasaan orang lain.
- Selalu dilabel sebagai pelajar lemah dalam pelajaran
Apakah ciri-ciri pelajar yang menggunakan otak kiri?
- Pakaian kemas, rapi dan tersusun
- Rambut disikat rapi dan kemas (cam skema kew)
- Baju masuk ke dalam dan kemas
- Bekas pensel lengkap dengan alat tulis dan kemas
- Meja study kemas , bersih dan tidak bersepah.
- Bijak di dalam matematik puzzle dan markah IQ test tinggi.
- Pelajar cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa
dan guru-guru
- Selalu menjadi anak emas cikgu di sekolah.
- Kurang kreatif kurang pandai melukis dan tidak suka
sangat seni
- Kurang bersosial.
P/S MANA YANG LEBIH BAIK , NAK OTAK KANAN KE
OTAK KIRI?
JAWAPANNYA : TIADA PILIHAN LAIN MELAINKAN MENGABUNGKAN KEDUA-DUANYA DENGAN TEKNIK DAN CARA YANG PERLBAGAI.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan bagaimana kita boleh meningkatkan fokus study kita. Jom
Tips 1 – Tekan butang “pause” – rehat seketika
Berhenti dan rehat seketika. Faktor terbesar yang mempengaruhi tumpuan adalah rehat yang cukup dan ini telah diperakui oleh banyak kajian. Penumpuan memerlukan minda anda sentiasa tenang dan rileks. Tetapi pemikiran anda akan terganggu jika anda tidak cukup rehat. Pastikan anda mendapat jumlah tidur yang cukup dan pada masa yang tepat. Jangan tidur pada waktu yang tidak sesuai, ianya akan mengganggu ketenangan otak. Sebaiknya mempunyai masa tidur yang tetap, dan ini merupakan langkah utama untuk meningkatkan tumpuan belajar. Belajar dalam keadaan tidak cukup rehat akan mendatangkan rasa letih dan kepenatan.
Rancang waktu rehat anda dengan gunakan setting masa pada jam atau HP anda. Jika anda merancang waktu rehat, anda tidak akan terlepas waktu untuk menyegarkan diri, atau anda tidak pula asyik kerap berehat dan berehat. J
Kenapa perla ambil waktu untuk rehat seketika? Otak anda memerlukan masa untuk cas semula selepas ia memproses sekumpulan maklumat. Dalam beberapa kajian, berehat dan berjalan seketika akan meningkatkan daya ingatan memori kita menjadi lebih baik.
Tips 2 – Masih tekan butang “pause” lagi – muhasabah diri
Berhenti seketika dan muhasabah diri. Kenapa kita tidak fokus? Apa sebabnya? Apa puncanya? Jika kerana kita kurang keseriusan, atau kerana kita kerap membuang masa, maka perbaiki sikap kita. Check hati kita. Bagaimana hubungan hati kita dengan Allah. Anda solat tak? Doa tak? Solat sunat tak? Masa study berwuduk tak? Luruskan kembali matlamat belajar. Ambil masa rehat sebentar, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan sambil di dalam hati katakan, Ya Allah, kuatkan diri ini! Ya Allah, berikan kefahaman kepada diri ini. Ya Allah, tolong hamba-Mu ini!
Lakukan kaedah penghapusan (zero defect) dengan istighfar. 10kali, 21 kali, 33 kali, 70 kali, 100 kali. InsyaAllah, kekuatan akan muncul. Dan kembali study.
Tips 3 – Buatlah perancangan
Sentiasa mempunyai rancangan untuk apa sahaja yang anda mahu lakukan. Rancang masa ulangkaji, masa rehat, masa bersantai, masa sosial, masa outing, masa khas dengan Allah SWT. Jika tiada perancangan maka anda akan belajar mengikut rasa hati anda. Miliki jadual hidup. Dalam jadual kehidupan adanya jadual belajar.
Tips 4 – Elakkan Gangguan dan belajar di tempat yang sesuai
Anda perasan tak, semasa kita study, dalam masa yang sama kita sering melayan FB, SMS, menonton TV or Youtube, layan panggilan masuk dan macam-macam lagi. Semua ini faktor gangguan fokus. Adalah tidak bijak untuk belajar dengan HP disisi, walaupun anda sudah set vibrate. Sebaik sahaja sms baru masuk, anda akan melihat. Kita ini manusia! Anda tidak boleh fokus pada belajar jika anda sedang berbual dengan seseorang yang lain atau melayan sms. Maka, tutup seketika HP anda.
Carilah tempat belajar yang sesuai. Terkadang, bilik tidur atau bilik darjah kita bukanlah tempat terbaik untuk belajar. Cari tempat yang tenang, selesa, ada kerusi dan meja, anda boleh duduk dengan sebaik-baiknya tanpa televisyen, komputer atau telefon bimbit dalam jangkauan anda.
Katakan Tidak! Ya, tidak pada ajakan kawan anda yang tidak penting. Ajakan kawan yang tidak penting merupakan satu bentuk gangguan fokus. Berterus terang padanya, katakan anda perlu menyelesaikan ulangkaji anda dulu.
Cari tempat yang ada ruang udara yang lancar. Jauh dari kebisingan dan gangguan bunyi. Perpustakaan atau bilik study khas adalah tempat yang terbaik.
Tips 5 – Memilih masa yang sesuai
Ia akan membantu anda meningkatkan pusat perhatian kepada study. Bilakah waktu anda belajar yang terbaik adalah saat yang paling produktif. Jika anda seorang jenis bangun pagi, maka study waktu pagi. Jika anda merupakan jenis “burung hantu”, maka study waktu malam. Anda tahu diri anda lebih baik daripada orang lain, maka tentukan masa yang terbaik apabila anda berada di kemuncak fokus anda dan kurangnya rasa letih. Ia akan menjadi lebih sukar untuk fokus jika anda sedang melawan keletihan dan masanya tidak sesuai.
Masalah utama pelajar ialah bila waktunya hendak belajar, isu ini adalah kritikal. Maka yang baik ialah belajar harus dilakukan hanya apabila anda dalam keadaan rehat yang cukup, dan memilih masa belajar yang sesuai.
Tips 6 – Memberi ganjaran kepada diri sendiri
Ini kadang-kadang membantu jika ianya boleh mendorong anda menjadi rajin . Sebagai contoh, anda mungkin mengatakan yang saya akan lakukan 30 minit kerja rumah, maka saya akan memberi ganjaran diri saya dengan 15 minit menonton televisyen atau 10minit melayari FB. Atau, setelah berjaya dari pagi hingga ke tengahari melakukan latih tubi menjawab soalan, maka sebelah petangnya outing ke bandar atau ke pantai. Lama-kelamaan, anda membina tabiat melakukan tugas tanpa mengharap sebarang ganjaran. Namun, insyaAllah jika anda jelas bahawa belajar adalah satu ibadah kepada Allah, maka anda akan punya semangat dan fokus untuk belajar kerana akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Tips 7 – Membahagikan tugas yang lebih besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
Kadang-kadang, kita rasa beban dan tidak semangat belajar kerana kita merasakan banyak sangat tugas belajar yang perlu di buat. Maka fokusnya mula menurun. Sebaliknya, kita boleh elakkan perasaan ini dengan membahagikan tugasan anda mengikut sub topik dan keutamaan. Mulakan yang anda minat dan suka dahulu. Perlahan-perlahan anda bergerak ke bahagian-bahagian yang lain. InsyaAllah dengan cara ini dapat mengelakan rasa tertekan, bosan, kecewa dan stress.
Tips 8 – Pilih rakan belajar anda yang tepat.
Pilihlah seseorang yang serius untuk berjaya dan berfokus seperti anda. Jangan belajar dengan kawan yang suka berbual dan bermain-main, ianya hanya membuang masa anda. Memiliki rakan kongsi belajar yang osem adalah satu idea yang hebat. Anda boleh berkongsi pandangan, mengagihkan tugasan, saling berbincang dan menjawab soalan. Sewajarnya pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia kedengaran seperti sinis, tetapi banyak orang terlepas pandang akan hal ini. Jika anda mahu belajar, memilih rakan belajar yang pintar, berdedikasi, dan tidak keberatan mengajar kita. Sesi belajar anda akan menjadi lebih baik. Kumpulan belajar yang efektif akan dapat meningkatkan kuasa fokus belajar. Cuma jangan jadikan kumpulan belajar kita tempat bergosip atau mengadu domba. J
Tips 9 – Amalkan kaedah belajar yang efektif.
Sebagai contoh, disiplinkan masa belajar anda 30 minit. Gunakan alat penjaga masa samada dengan jam atau HP anda dan tumpukan belajar anda selama 30 minit tanpa gangguan. Kemudian berehat 5 minit. Kembali dan ulang lagi 30 minit dan kemudian rehat lagi. Selepas 4 sesi, berehatlah 30 minit. Pergilah ke luar, menonton tv, meregangkan otot, dan melakukan apa sahaja yang anda mahu. Kadang-kadang kita berasa berat belajar kerana apa yang kita lihat ialah bahawa kita perlu belajar selama 4 jam. Pelbagaikan pendekatan dan anda akan rasa seronok belajar. Fokus akan meningkat apabila kita seronok.
Tips 10 – Bina Kekuatan Motivasi
Apabila setiap kali anda merasa seperti hilang fokus, maka bisikan pada diri anda kata-kata yang dapat menguatkan motivasi anda untuk kembali fokus. Ingat, belajar ini adalah masa depan kita. Bukan sahaja di dunia malahan di akhirat sana. Allah menjanjikan kepada hamba-Nya yang berilmu ini kelebihan beberapa darjat.
Motivasi yang kuat khususnya dari dalam hati kita akan mendorong kita bersungguh dan berfokus. Bacalah Al Quran sebagai penguat jiwa. Bacalah buku-buku motivasi dan kisah-kisah orang berjaya. Jangan pernah tinggal untuk berdoa dan berharap. Lemah motivasi akan menenggelamkan potensi dan menggelapkan masa depan anda. Sering hilang fokus adalah mungkin kerana jiwa kita tidak tenang dan celaru. Serabut dan bermasalah. Motivasinya adalah dengan kembali kepada fitrah, carilah Allah dalam kehidupan anda.

بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 14 Jun 2013
Doktor n remaja
Pada suatu malam kira-kira dalam jam 3.00 pagi, seorang doktor telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon.
Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor ini bangun lalu menjawap panggilan tersebut.
Ternyata ia datangnya dari hospital dari tempat dia bekerja.
Nurse itu memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlaku dan mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga.
Apabila telah sampai di hospital, doktor itu mendapati mangsa adalah seorang remaja dalam lingkungan 18 tahun dan berbangsa Melayu.
Keadaan dia amat tenat sekali dan harapan adalah 40-60.
Tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki.
Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk tujuan penggantian, namun ia hanya dapat bertahan hanya untuk sementara sahaja.
Ketika itu keadaan dia tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali.
Setelah beberapa ketika, remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih lagi dalam keadaan mabuk.
Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:
Doktor: dimana awak sekarang?
Remaja: saya rasa di kandang lembu.
Doktor: okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang untuk dia berehat.)
Namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.
Doktor: dimanakah awak berada sekarang?
Mangsa: saya rasa di kandang kuda..
Doktor itu terus bertanya lagi dan lagi agar dapat memulihkan keadaannya.
Setelah agak lama bertanya, barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba.
Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180 km/j cukup dengan hanya sebuah motor kriss.
"Patutlah dia muntah tadi..!!" bisik doktor itu..
Remaja terbabit mendapat kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu.
Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus 2.
Sebelum kemalangan itu berlaku, dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian..
Sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita itu dari doktor berkenaan, remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa yang telah dibuatnya.
Lantas doktor itu bertanya lagi..."adakah kamu pernah bersolat sebelum ini?"
Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..
Masya Allah.doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out" so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t Yang Maha Kuasa tanpa sebarang bekalan iman.
Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal...
Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi.
Tiba-tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup berkumandang.
Lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh.
Dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar .
Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa IKHLAS dan INSAFnya remaja itu untuk berTAUBAT.
Ketika itu juga air matanya tak putus-putus mengalir.
Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, "Adakah taubat saya di terima Allah?".. dengan nada yang sebak.
Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal.
Sejurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang.
Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana merekalah dia jadi begini.
Dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan sebelum ini..
Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa...
Setelah selesai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja.
Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah.
Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.
Ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya dan tidak sempurna iman seseorang selagi arak berada di dalam tubuh badannya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya......"
(HR Bukhari Muslim)
Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar TAUBAT insya'Allah Allah akan mengampuni kamu.
Remaja itu terus menangis.
Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Setelah disahkan kematiannya, kemudian mayatnya telah dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutinya.
Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban!
Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya suara remaja itu tadi.
Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah.
Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata...
Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
"Barangsiapa akhir perkataannya adalah “Laa ilaha illaLlah” dia masuk syurga"
(Hadis sahih dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479.)
Sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita.
Wassalam....

Isteri curang
Pembalasan Isteri Curang
Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis...
Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.
Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.
Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.
Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.
Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.
” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.
Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.
Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.
Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.
Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.
Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.
Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.
Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.
Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.
“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.
Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.
Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.
Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.
“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”
Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.
Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.
Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.
“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.
Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.
Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.
Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.
Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.
“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.
Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.
“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.
” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.
“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.
“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.
“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”
Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.
“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.
” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.
Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.
Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.
Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.
Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.
Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.
“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.
Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.
“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.
Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.
Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.
Haji Shafie sekali lagi menemui saya.
“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .
” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.
Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.
” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.
Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.
“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.
“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.
Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.
Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.
” Terima kasih ustaz,” balas Halim.
Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.
“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”
“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”
” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”
“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”
“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”
“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”[/box]
Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

Khamis, 13 Jun 2013
Cangkir kopi
Seorg professor berdiri di dpn kelas filsafat. Saat kelas dimulai, dia mengambil stoples kosong & mengisi dgn bola2 golf. Kemudian ia bertanya kpd murid2nya, apakah stoples sdh penuh...... ?
Mereka setuju !!!!
Kemudian dia menuangkan batu koral ke dlm stoples, mengguncang dgn ringan. Batu2 koralpun mengisi tempat yg kosong di antara bola2 golf.
Kemudian dia bertanya kpd murid2nya, apakah stoples sdh penuh ? Mereka setuju !!!
Selanjutnya dia menabur pasir ke dlm stoples ...
Tentu saja pasir menutupi semuanya.
Profesor sekali lagi bertanya apakah toples sdh penuh..?
Murid , "Yes"...!!
Kemudian dia menuangkan dua cangkir kopi ke dlm stoples, & secara efektif mengisi ruangan kosong di antara pasir.
Para murid tertawa....
"Sekarang.. saya ingin kalian memahami bahwa stoples ini mewakili kehidupanmu."
"Bola2 golf adalah hal yg penting; Tuhan, keluarga, anak2 & kesehatan.
"Jika yg lain hilang & hanya tinggal mrk, maka hidupmu msh ttp penuh makna."
"Batu2 koral adalah hal2 lain, spt pekerjaanmu, rumah & mobil."
"Pasir adalah hal2 yg sepele."
"Jika kalian pertama kali memasukkan pasir ke dlm stoples, maka tdk akan tersisa ruangan utk batu2 koral ataupun utk bola2 golf..
Hal yg sama akan terjadi dlm hidupmu."
"Jika kalian menghabiskan energi utk hal2 yg sepele, kalian tdk akan mempunyai ruang utk hal2 yg penting buat kalian."
"Jadi Beri perhatian utk hal2 yg penting utk kebahagiaanmu.
"Bermainlah,, berbincanglah,, dgn anak2mu."
"Luangkan wkt utk check up kesehatan."
"Ajak pasanganmu utk keluar makan malam"
"Berikan perhatian terlebih dahulu kpd bola2 golf. Hal2 yg benar2 penting. Atur prioritasmu. Baru yg terakhir, urus pasirnya.
"Salah satu murid mengangkat tangan dan bertanya, "Kalau kopi mewakili apa Prof ?"
Profesor tersenyum, "Saya senang kamu bertanya."
"Itu utk menunjukkan kpd kalian, sekalipun hidupmu tampak sdh sgt penuh, tetap selalu tersedia tempat utk secangkir kopi bersama ""sahabat'",,,
Morning All...

Imam Mahdi
KEMUNCULANNYA TIDAK DAPAT DISOROKKAN LAGI
NASA telah lama tahu kedatangan komet ini. Mengapa mereka tidak pernah bersuara sebelum ini?
Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;
Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".
Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor ini sudah lama termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.
Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".
Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil dibuat seperti berikut;
-Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya. Kita tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah? Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri. Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.
-Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas. Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu. Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad. Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh. Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya. Beliau juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa abad.
Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 kononnya baru di jumpai pada 21 September 2012 oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang yakni lebih 15 kali ganda terang dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar di siang hari.
Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria. Benarkah mereka memang tak tahu sebelum ini? :P Kaki kelentong betul la NASA ni.
Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun ini, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.
Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga ufuk langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.
Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013 ini adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu. Silap2 kita akan dihujani oleh serpihan2 nya...
Semoga bermanfaat difikir2 kan.
Public Secret - Allahu'alam... Wassalam.

Langgan:
Catatan (Atom)