Isnin, 17 Jun 2013

pokok

1 - Blessed Tree di Jordan. Pokok ini seakan-akan orang yang sedang sujud. Nabi Muhammad S.a.w pernah berteduh dan berehat di bawah pokok ini.



2 - Pokok Wisteria, (juga dieja Wistaria) adalah satu genus tumbuhan berbunga dalam keluarga pea, Fabaceae, yang termasuk sepuluh spesis tumbuhan memanjat berkayu yang berasal dari timur Amerika Syarikat ke China, Korea, dan Jepun.

Terowong pokok Wisteria


3 - Pokok pelangi atau Rainbow tree (Eucalyptus deglupta). Ia mempunyai warna-warna seperti pelangi, bukan dicat oleh manusia.



4 - Pokok Naga atau Dragon Tree di Canary Island



5 - Baobab Tree di Namibia. Pokok ini boleh simpan banyak kuantiti air dalam batangnya dan boleh hidup hingga beribu tahun.



6 - Silk Cotton Tree di kemboja



7 - El Árbol del Tule di Mexico



8 - El Arbol de La Sabina (Juniperus phoenicea), didapati di seluruh rantau Mediterranean, dari Maghribi, Portugal timur, Turki, Mesir, Madeira, Kepulauan Canary, dan di pergunungan barat Arab Saudi berhampiran Laut Merah.



9 - Boojum Tree (Fouquieria columnaris), ia adalah hampir endemik kepada Baja California Peninsula, dengan hanya populasi yang kecil di Sierra Bacha of Sonora, Mexico. Sekali pandang macam kaktus.



10 - Jabuticaba Tree atau Brazillian Grape Tree (Plinia cauliflora), pokok yang keluar buah yang banyak pada batang utamanya, berasal dari Minas Gerais dan São Paulo di tenggara Brazil.


U bukan robot

Saya tertarik dengan komen Datuk Mokhzani Mahathir yang menyelar graduan yang enggan mengotorkan tangan dan lebih suka kerja di pejabat. 

Memang diakui ramai kalangan graduan yang bersikap demikian. Saya melihat perkara ini berlaku akibat doktrin pengajian di pusat pengajian tinggi yang membentuk pemikiran sehingga menjadi begitu. Bahkan tidak dinafikan bahawa sebahagian masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang berpesan kepada anaknya supaya belajar rajin-rajin supaya tidak jadi macam ayah atau. Bekerja di bendang, kebun getah dan sebagainya.

Saya melihat doktrin dan budaya ini perlu ditukar. 

Yang utama sekali ialah doktrin pengajian di universiti itu sendiri mestilah mampu membentuk daya fikir pelajarnya agar tidak jumud dan terkokong dengan peperiksaan dan markah semata-mata. Kita tidak mahu adanya graduan yang lulus cemerlang mendapat kelas pertama tetapi langsung tidak mampu mengendalikan mesyuarat.

Selain itu, teringat saya suatu masa dahulu, sebuah universiti mewajibkan setiap pelajarnya berpakaian lengkap memakai tali leher, berbaju kemeja untuk ke kelas. Seluar jeans dilarang sama sekali. Selepas empat tahun didoktrin sedemikian rupa, adakah kita fikir mereka mahu turun ke sawah? Sudah tentu agak sukar.

Universiti bukan tempat melahirkan robot. Sistem penilaian wajar dikaji dan dirombak agar tidak hanya menilai kejayaan di bilik peperiksaan. Sebagai contoh, kegiatan kokurikulum memainkan peranan dalam membentuk sikap, jati diri, pengalaman luar kelas, pergaulan dan keyakinan diri. Antara contoh kegiatan kokurikulm di universiti yang bagus ialah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan Sukarelawan Polis (Suksis).

Saya mencadangkan juga kegiatan kokurikulum ini mempunyai 30 peratus - 40 peratus dalam penilaian mahasiswa untuk layak mendapat kelas pertama.

Selain itu sistem peperiksaan yang ada pada hari ini perlu dikaji semula, agar tidak terlalu mengongkong pelajar sehingga tidak dapat berfikir, berhujah, dan bergerak menggunakan akal. Berikan mereka sedikit ruang untuk mereka merasai keseronokan belajar dan menimba ilmu, bukan hanya menghafal untuk lulus periksa.

Di samping itu, para menteri, korporat dan golongan yang seangkatan dengannya, jangan hanya pandai mengkritik para graduan ini. Sedangkan pada masa yang sama mereka sendiri tidak sanggup melakukan apa-apa yang dikritik – sebab mereka ini dibesarkan dalam suasana tidak pernah merasai kesusahan orang lain. Sekali-sekala cuba letakkan diri anda ditempat graduan tersebut!

Sabtu, 15 Jun 2013

C-3

TIGA CAHAYA DIHARI KIAMAT

Dihari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan

Cahaya pertama seperti bintang-bintang
Cahaya kedua seperti cahaya bulan
Cahaya ketiga seperti cahaya matahari

Apabila ada yang bertanya cahaya apakah ini?

Lalu dijawab.

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air wudhu apabila mendengar azan"

"Cahaya Yang kedua adalah cahaya wajah mereka yang mengambil air wudhu sebelum azan"

"Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mesjid sebelum azan lagi"

Abah

Selalu bercerita tentang ibu...sesekali tentang ayah juga! :)

Biasanya.. 
"AYAH membelikan makanan yang kamu inginkan, dan ia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka….
AYAH tidak memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi ia sebenarnya tidak lena tidur semalaman, bimbang kalau2 berlaku kecemasan...
AYAH sedih melihat kamu pergi bermain dengan rakan2mu kerana mulai sedar yang kamu sudah besar, tidak lagi beramin dengannya...
AYAH akan berkata “tanyakan saja pada ibumu” ketika ia ingin berkata “tidak”...

AYAH benar-benar gembira bila berjaya membantumu tapi ia sukar meminta bantuan...
AYAH mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya...
AYAH berasa dihargai ketika dia melihatmu melakukan sesuatu persis seperti caranya….
AYAH lebih bangga dengan prestasimu, daripada prestasinya sendiri…
AYAH hanya akan bersalam denganmu ketika pertama kali kamu meningalkan rumah, keranana kalau dia sampai memelukmu mungkin ia tidak akan melepaskannya.

AYAH akan melupakan apa yang ia inginkan, untuk memenuhi apa yang kamu inginkan…
AYAH tidak cuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya cuba melakukan yang terbaik…untukmu!
Dan terpenting adalah… AYAH tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu karenaNya.

Hormatilah Ayah! Kerana Seluruh Hidupnya Dihabiskan UntukMu!"

Is-3

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati...