Isnin, 17 Jun 2013

Super

Don't try these at home kerana beberapa adegan dari video ini adalah sangat bahaya. Berikut adalah beberapa contoh video dari rancangan Stan Lee's Superhumans, yang memaparkan tentang kisah-kisah manusia yang mempunyai keupayaan luar biasa. Fasten your seatbelt, bismillah .......

Unbreakable man - Lelaki kebal

Lelaki betis keras seperti batu

Pemanjat pantas - Lelaki berkeupayaan memanjat seumpama monyet 

Lelaki cengkaman mega 

Lelaki tangan kuat 

Lelaki hydrant - Boleh simpan air dalam tubuh hingga 4 liter lebih, dan boleh menyemburnya keluar kembali 

Pelompat ekstrim 

Pemanah tepat terunggul - Punyai mata seumpama burung helang 

Lelaki kotak muzik 

Lelaki memori super 

Lelaki dengan teknik terjun dari ketinggian 33 kaki (10 meter) ke dalam air sedalam 12 inci dalam kolam kanak-kanak 

Penyelam lama - Lelaki menyelam sedalam 685 kaki dalam laut tanpa guna tangki oksigen 

Manusia kalkulator dan manusia radar 

Lelaki elektrik



SubhanAllah. Walaubagaimana pun, setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.w.t,  ada kelebihan masing-masing. Dan manusia yang paling mulia, ialah yang paling bertaqwa kepadaNya. 

Ceramah


- Nabi Muhammad S.a.w sempat berpuasa Ramadhan sebanyak 9 kali. Kerana puasa diwajibkan mulai tahun 2 hijrah dan nabi wafat pada tahun ke 11 hijrah pada bulan Syaaban (maka nabi tak sempat berpuasa Ramadhan pada 11 hijrah itu).

Ada dikisahkan dalam hadits-hadits shahih, dan disebutkan dalam kitab Dalaa-ilun Nubuwwah karangan Imam Al-Baihaqi, bahawa Nabi Adam a.s pernah diperlihatkan oleh Allah S.w.t gambar-gambar para nabi (25 para rasul dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad S.a.w).  Gambar-gambar tersebut tertera di atas kain baldu.

Antara gambar yang Nabi Adam a.s berkenan ialah gambar Nabi Daud a.s.  Nabi Adam bertanya Jibril tentang Nabi Daud dan Jibril memberitahunya bahawa umur Nabi Daud a.s yang tertulis dalam Lauh Mahfuz ialah 60 tahun. Maka Nabi Adam a.s telah memberi sedekah 40 tahun umurnya kepada Nabi Daud. Kerana itulah usia Nabi Daud a.s dilanjutkan lebih 40 tahun menjadi 100 tahun.

2 orang sahabat Nabi Muhammad S.a.w pernah melihat gambar-gambar itu ketika menghantar surat dakwah Nabi S.a.w kepada Hercules (Heraklius) di Rome.  Dan sahabat-sahabat itu menangis apabila gambar dari pintu yang ke 25 dikeluarkan, kerana gambar itu ialah gambar sahabat mereka iaitu Nabi Muhammad S.a.w.  Sahabat pun minta izin dari Hercules untuk pegang gambar tersebut dan menciumnya kerana mereka amat rindu pada Nabi S.a.w dan telah lama tidak berjumpa nabi pada ketika itu, kerana membuat perjalanan ke Rome dalam masa hampir 2 bulan.

Bagaimana gambar-gambar tersebut boleh ada di tangan Hercules pada ketika itu?  Kerana dulunya Nabi Adam a.s menyimpan gambar-gambar itu di dalam perbendaharaannya. Hingga kemudiannya gambar-gambar itu dijumpai oleh Iskandar Zulkarnain.  Iskandar Zulkarnain memberinya kepada Nabi Daniel dan Nabi Daniel mewariskannya kepada raja-raja Rome hinggalah kepada Hercules dan seterusnya.

Gambar-gambar para nabi tersebut disimpan dalam istana Rome ketika itu dalam sebuah bilik, yang mana dalam bilik tersebut ada 25 pintu. Dalam setiap pintu itulah disimpan setiap satu gambar. Betapa rapinya cara ianya disimpan.

Dan gambar-gambar tersebut mungkin ada lagi sekarang ini, iaitu disimpan di Vatican City, iaitu dalam gereja Kristian Katolik terbesar di dunia.

Malaikat maut iaitu Izrail apabila sampai tugasnya untuk mencabut nyawa para nabi, dia akan bersembang dulu dengan mereka, tidak seperti dengan manusia-manusia lain. 

Ada disebutkan dalam kitab Ajaa-ibul Akhdamin oleh Syeikh Abdullah Talili, seorang ulama' hadits dari Maghribi, yang menceritakan kisah-kisah pelik dari hadits-hadits shahih, Nabi Daud a.s ada 100 orang isteri, dan Nabi Daud adalah seorang yang sangat cemburu. Setiap kali dia akan keluar rumah, dia akan kunci semua 100 bilik di istananya.  Pada suatu hari, ketika Nabi Daud balik ke rumah, apabila dia buka salah sebuah biliknya, dia dapati ada seorang lelaki. Mulanya dia marah dan ingatkan itu manusia biasa, tapi rupa-rupanya itu adalah Malaikat Izrail yang datang mahu cabut nyawanya.

Dia minta izin kepada Izrail untuk mengucapkan salam perpisahan kepada semua isterinya, tetapi Malaikat Izrail tidak mengizinkan kerana apabila datang tugas malaikat maut mencabut nyawa, tidak akan ditangguhkan walaupun sesaat.  Dan akhirnya Nabi Daud a.s bersedia dan meredhakan saja Izrail mencabut nyawanya.

Kisah Nabi Musa a.s dengan Malaikat Izrail lagi dasyat. Suatu hari Nabi Musa a.s balik ke rumahnya, tiba-tiba dia terkejut melihat ada seorang lelaki dalam biliknya dan terus menumbuk lelaki tersebut sampai terkeluar biji mata lelaki itu kerana terkejut. Rupa-rupanya lelaki itu adalah Malaikat Izrail. 

- Kekuatan tenaga dan kudrat para nabi sama dengan kekuatan lebih kurang 100 orang ahli syurga, di mana kekuatan seorang ahli syurga pula lebih kurang sama dengan kekuatan 100 orang manusia di dunia ini. Dan yang paling mengagumkan sekali ialah kekuatan Nabi Muhammad S.a.w ialah lebih kurang 4 kali ganda kekuatan Nabi Musa a.s.

Walaubagaimana pun, bayangkan kelembutan hati dan kesabaran Nabi Muhammad S.a.w, walaupun ada kekuatan yang amat kuat itu, tetapi nabi tidak pernah membelasah orang dan berbangga dengan kekuatan yang ada padanya. Nabi tetap rendah diri, memaafkan orang dan bersikap dengan sikap lemah lembut, penyabar dan penyayang. Bayangkan kalau anda yang ada kekuatan sedemikian, ntah apa lah yang anda akan buat agaknya? :D

Dalam peristiwa perang, hanya sekali nabi S.a.w menyebabkan seorang musyrik mati, itu pun nabi lontar tombak padanya dan terkena leher sedikit. Tetapi dari segi psikologinya membawa kepada kematian lelaki tersebut, kerana dia teringat peristiwa dia banyak mengacau nabi sebelum Hijrah dulu di Kaabah, dan Nabi S.a.w pernah berkata padanya bahawa nabi akan bunuh beliau. Dan tidaklah nabi itu membunuh orang melainkan orang yang dibunuh itu memang adalah manusia yang paling jahat.

- Keberkatan umur dikira apabila suatu umur itu dapat diisi dengan perkara-perkara yang baik dan diredhai Allah. Umur para nabi dan apa yang dilakukan mereka sudah tidak dinafikan lagi memang berkat. Tetapi contoh umur berkat bagi manusia-manusia biasa ialah seperti umur Imam Nawawi rahimahullah, yang hanya 45 tahun tetapi namanya hingga kini disebut dan dipuji sebagai seorang ulama' dan wara'. Namun, tidak semestinya umur yang berkat itu namanya mesti diingati sampai bila-bila, tetapi itu hanya sebagai salah satu contoh.

- Biasanya manusia akan mati ketika melakukan perkara yang dia sangat suka dan biasa lakukan. Maka, jika kita mahukan mati dalam keadaan solat sebagai contoh, maka hendaklah kita suka dan selalu melakukan solat-solat wajib tambah dengan sunat. Dan semoga kita dijauhkan dari mati dalam keadaan membuat maksiat, na'uzubillahi min zaalik.

- Jangan kita komplen dan kutuk macam-macam kepada orang yang mahu kembali kepada Islam.  Sepatutnya kita mesti puji mereka dan memberi semangat kepada mereka agar lebih dekat kepada Allah.

- Allah S.w.t telah memberikan kelebihan kepada umat Nabi Muhammad S.a.w dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadr. Ini kerana umur umat Nabi Muhammad S.a.w tidak sepanjang umur umat nabi-nabi terdahulu.  Semoga kita dapat beroleh pahala yang besar di malam Lailatul Qadr yang telah dan bakal menjelma, amiin.

- Dan untuk ilmu-ilmu selanjutnya, saksikanlah video di atas yang sangat menarik. Wallahu a'lam :)



10 emas

Perlombongan emas mewakili sebahagian besar daripada industri perlombongan global. Ia dilombong di kira-kira 90 buah negara yang berbeza di seluruh dunia dan dianggarkan bahawa kira-kira 250,000 profesional perlombongan diambil secara langsung dalam sektor ini.

Walaupun laporan kemerosotan baru-baru ini, harga emas tetap salah satu yang paling berharga dan dicari selepas komoditi di dunia, dengan 60% daripada semua emas yang dihasilkan bertukar menjadi barang kemas.

Pada tahun 2012, pengeluaran emas dunia mencapai 2,700 tan emas. China adalah pengeluar terbesar emas di dunia (13.1%), diikuti oleh Australia dan Amerika Syarikat dengan 9.1% setiap satu. Russia dan Afrika Selatan berada di tempat keempat dan kelima masing-masing.

Berikut adalah senarai sepuluh lombong emas yang terbesar di dunia pada tahun 2012;

10. Lombong Boddington (Australia)


Lombong ini dibuka semula pada Februari 2010. Lombong Emas Boddington menghasilkan 23,045 kg emas pada tahun 2011. Ia merupakan salah sebuah lombong emas yang terbesar di Australia dan juga dunia. Dalam setahun lombong ini juga menghasilkan puluhan ribu kilogram tembaga. Lombong ini dimiliki oleh Newmont Mining dan terletak di sebelah barat Australia.

9. Lagunas Norte (Peru)


Lagunas Norte terletak di utara Peru dan dimiliki oleh Barrick Gold Corp. Ianya juga merupakan lombong emas kedua terbesar di Peru. Lagunas Norte menghasilkan 25,188 kg emas pada tahun 2010. Syarikat pengusaha lombong ini sedang giat mengembangkan lagi projek perlombongan di tapak ini yang mana akan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran sehingga ke tahun 2016. Lombong ini dipercayai mempunyai jumlah emas sebanyak 205,283 kg.

8. West Wits (Afrika Selatan)


Operasi perlombongan emas di West Wits dipercayai merupakan operasi perlombongan terdalam buat masa ini. Western Wits terdiri daripada 3 lombong utama iaitu Mponeng, Savuka dan lombong Tautone yang merupakan lombong paling dalam di dunia. Pada tahun 2011, Western Wits menghasilkan 24,634 kg emas di mana 7,589 kg daripadanya dihasilkan daripada lombong Tautone. Keseluruhan Western Wits yang terdiri daripada tiga lombong emas adalah dimiliki oleh AngloGold Ashanti.

7. The Super Pit (Australia)


Lombong emas The Super Pit merupakan tarikan utama pelancongan di Kalgoorlie, Barat Australia. Lombong emas ini merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Australia seperti yang dapat kita lihat pada gambar. Ia menghasilkan 21,461 kg emas pada tahun 2009. Lombong ini dimiliki oleh Kalgoorlie Consolidated Gold Mine Pty Ltd., iaitu syarikat yang 50% dimiliki oleh Barrick Gold Corp. dan 50% lagi dipegang oleh Newmont Mining Corporation.

6. Vaal River (Afrika Selatan)


Ia merupakan operasi perlombongan emas di bawah tanah yang dimiliki oleh AngloGold Ashanti. Ia terdiri daripada beberapa lombong emas bawah tanah antaranya ialah Great Noligwa, Kopanang dan lombong Moab Khotsong. Ia menghasilkan 25,847 kg emas pada tahun 2011 dan rizab keseluruhan Great Noligwa yang terbukti adalah sebanyak 37,324 kg emas manakala lombong Kopanang memiliki rizab yang terbukti sebanyak 311,035 kg emas.  Pengeluaran emas di Afrika Selatan adalah 10% dari pengeluaran dunia.

5. Veladero (Argentina)


Lombong emas Veladero merupakan lombong emas ‘lubang terbuka’ yang terbesar di Argentina. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Pada tahun 2009, Veladero menghasilkan 19,000 kg emas dan ia mempunyai output sebanyak 27,993 kg emas pada tahun lalu. Veladero mempunyai rizab emas yang terbukti sebanyak 373,242 kg emas.

4. Goldstrike (Amerika Syarikat)


Goldstrike terletak di Nevada, Amerika Syarikat dan juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Goldstrike terdiri daripada tiga lombong emas – satu lubang terbuka iaitu lombong Betze-Post dan dua lagi lombong emas bawah tanah iaitu lombong Meikle dan Rodeo. Dicampur penghasilan ketiga-tiga lombong emas ini pada 2011 menghasilkan output sebanyak 33,840 kg emas. Rizab keseluruhan Goldstrike yang terbukti adalah sebanyak 379,462 kg emas.

3. Yanacocha (Peru)


Lombong emas Yanacocha merupakan lombong emas yang terbesar di Amerika Selatan. Yanacocha terdiri daripada lima lombong emas ‘lubang terbuka’. Ia menghasilkan emas sebanyak 40,217 kg pada tahun 2011. Lombong emas ini dimiliki oleh Newmont Mining Corporation, Beunaventura Group dan IFC.

2. Cortez (Amerika Syarikat)


Lombong emas Cortez terdiri daripada beberapa siri lombong emas lubang terbuka dan juga lombong-lombong emas bawah tanah. Ia merupakan lombong emas kedua terbesar di dunia dan yang terbesar di Amerika Utara berdasarkan kepada saiz dan jumlah pengeluarannya. Pada tahun 2011 sahaja ia menghasilkan 44,198 kg emas dan memiliki rizab emas yang terbukti sebanyak 451,000 kg emas. Ianya juga dimiliki oleh Barrick Gold Corporation. Untuk pengetahuan anda, lombong emas Cortez juga merupakan antara lombong emas tertua yang masih beroperasi. Ia mula beroperasi pada tahun 1862.

1. Grasberg (Indonesia)


Lombong emas Grasberg merupakan lombong emas terbesar di dunia! Bukan setakat itu sahaja, malah Grasberg juga merupakan lombong tembaga ketiga terbesar berdasarkan kepada saiz dan juga pengeluarannya. 60% pemilikannya dimiliki oleh syarikat Freeport-McMoran Copper & Gold Inc. manakala baki selebihnya dimiliki oleh Rio Tinto. Ia menghasilkan 44,913 kg emas sekaligus menjadikan pengeluaran yang terbesar untuk tahun 2011. Apa yang lebih menarik, lombong Grasberg ini memberikan kepada kira-kira 20,000 orang peluang pekerjaan.  Ia dibuka pada tahun 1973.


[hargaemas.com.my ,  Cowan International]


Tambahan
Barrick Gold Corporation adalah syarikat perlombongan emas yang terbesar di dunia, dengan ibu pejabat di Toronto, Ontario, Kanada, dan empat unit perniagaan serantau (RBU) yang terletak di Australia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Logonya menggambarkan tiga bongkah emas bertindan-tindan membentuk seakan piramid.
Goldcorp pula adalah syarikat perlombongan emas yang kedua besar di dunia. Beribu pejabat di Vancouver, Kanada. Aset operasi Goldcorp termasuk lima lombong di Kanada dan Amerika Syarikat, tiga lombong di Mexico dan dua di Amerika Tengah dan Selatan.

Logo Goldcorp juga tak kurang alahnya dengan logo Barrick Gold.


Wallpaper Islamik - Munculnya galian-galian bumi

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi s.a.w. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.   [Hadits Riwayat Al-Baihaqi]

Bongkar piramid

mpat bermulanya peradaban manusia adalah di Bakkah (nama lama bagi Makkah) di Arab Saudi, kerana di situlah perkampungan yang mula-mula sekali dibina oleh Nabi Adam a.s danHawa setelah mereka bertemu. Dan di situ juga lah rumah ibadat yang pertama sekali didirikan. 


"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia." [Surah Aali Imran : Ayat 96]

"Dan Dia (Allah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.  Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.  Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.  [Surah Al-Baqarah : Ayat 31 - 33]

Nabi Adam a.s telah diajarkan sendiri oleh Allah S.w.t nama-nama benda di dunia ini dan mungkin segala macam ilmu lagi, sehinggakan para malaikat pun mengagumi dan sujud hormat kepada Adam. Bayangkan lah betapa Allah sendiri yang menjadi guru kepada Adam, maka sudah tentu lah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Nabi Adam a.s sangat luar biasa hebatnya.

Dan dari Makkah lah, anak cucu Adam dan Hawa mula membanjiri ke seluruh pelusuk dunia.


Piramid dan Firaun

"Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". [Surah al-Qasas : Ayat 38]

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat. [1]


Membongkar rahsia Piramid dan teknologi zaman dulu kala



- Para Egyptologist mengatakan bahawa Piramid di Giza hanya mengambil masa selama 20 tahun sahaja untuk disiapkan. Lebih daripada 2 juta bongkah batu besar digunakan untuk membinanya.

- Blok-blok batu antara koridor dipotong dengan bentuk yang sama, seperti dalam gambar di bawah;

Blok-blok batu antara koridor berbentuk sama (gambar yang telah dicantumkan dua permukaan antara dinding koridor)

Gambar asal sebelah dinding koridor


- Kecanggihan susunan blok-blok batu yang bukan sahaja padat dan tepat, sehingga tiada lubang yang boleh memuatkan mata pisau cukur pun antara bongkah-bongkah batunya, tetapi juga dapat menahan gempa bumi. 

- Berdekatan dengan Great Pyramid of Giza ada batu lantai hitam. Apabila dilihat dengan dekat kesan-kesan keratan pada batu-batu tersebut, ia seumpama dikerat dengan mesin zaman moden.  Lihat contoh-contoh seperti di bawah;

Batu seolah-olah dikerat dengan mesin moden


Bandingan keratan batu tahun 1998 dengan tahun 2750SM


Bandingan keratan batu tahun 1998 dengan tahun 2750SM


- Pada tapak-tapak piramid yang lain pula, ada lubang-lubang yang ditebuk pada batu, yang seolah-olah mustahil ditebuk dengan tangan, melainkan menggunakan mesin seperti mesin moden.

Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden


Lubang pada batu seolah ditebuk dengan mesin moden


- Piramid di Giza dikatakan dibina lebih 4000 tahun yang lalu, tetapi di dalamnya ada lukisan-lukisan kenderaan zaman moden seperti helikopter, kapal selam, hovercraft dan kereta kebal.  Ada yang mengatakannya sebagai secara kebetulan. Tetapi bagaimana secara kebetulan boleh berada dalam kelompok yang sama, yang mana beberapa tulisan / lukisan itu berupa seperti kenderaan-kenderaan zaman moden?

Teori yang kuat yang saya dapat dinyatakan di sini ialah, kemungkinan tulisan-tulisan simbol berupa kenderaan-kenderaan zaman moden itu adalah lakaran kembali gambar kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum itu lagi. Mungkin diceritakan dan digambarkan semula oleh nenek moyang mereka kenderaan-kenderaan yang pernah wujud sebelum banjir terbesar dunia zaman Nabi Nuh a.s ataupun sebelum bala-bencana lain yang berlaku yang Allah timpakan ke atas umat dulu kala kerana derhaka kepadaNya.

Lukisan kenderaan moden dalam piramid bersama tulisan Hieroglyph

Tetapi tidak mustahil juga simbol-simbol seperti kenderaan zaman moden di atas adalah pemberitahuan dari tukang-tukang tilik dan nujum pada ketika itu. Kerana sebelum Nabi Muhammad S.a.w lahir, para jin masih boleh terbang ke langit dan mencuri berita-berita dari langit (dari para malaikat). Kerana itulah kebanyakan ramalan tok nujum zaman dulu biasanya betul-betul akan terjadi.


- Piramid-piramid itu sendiri boleh dikatakan adalah sebuah loji menjana-kuasa elektrik gergasi. Sarung luar Piramid Besar telah diliputi dengan batu kapur putih tufa, ianya padat sehinggakan pisau cukur tidak boleh muat antara blok. Batu kapur putih tufa itu tidak mengandungi magnesium dan mempunyai ciri-ciri penebat yang tinggi. Ciri-ciri penebat ini menghalang elektrik di dalam piramid itu daripada dikeluarkan tanpa kawalan.

Blok-blok batu yang digunakan di dalam piramid itu diperbuat daripada satu lagi bentuk batu kapur yang mengandungi kristal yang merupakan konduktor elektrik yang sangat tinggi dan sejumlah kecil logam, yang membolehkan penghantaran kuasa maksimum.

Paksi di dalam piramid itu telah dipenuhi dengan granit. Granit, sebagai satu konduktor, adalah bahan yang sedikit radioaktif dan membenarkan pengionan udara di dalam paksi.

Apabila kita melihat ke dalam kabel elektrik terlindung, kita lihat bahawa bahan-bahan konduktif dan penebat yang digunakan adalah cara yang sama seperti dalam piramid.


- Ada lukisan seperti mentol lampu yang besar dalam piramid Mesir itu. Adalah dipercayai pencahayaan di dalam piramid ketika itu adalah dengan menggunakan mentol lampu tanpa wayar. Konsepnya sama seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nicola Tesla dalam World's Fair di Chicago tahun 1893.

Antenna tanpa wayar

Lampu arka yang digunakan dalam Rumah Api Iskandariah (Lighthouse of Alexandria) adalah bukti selanjutnya bahawa elektrik telah digunakan di Mesir purba. Tenaga yang diperlukan untuk menyalakan Rumah Api Iskandariah selama 24 jam sehari hanya mungkin telah dibekalkan oleh sumber elektrik biasa. [2]


- Lakaran seperti Bateri Baghdad yang terkenal itu juga ada ditemui dalam piramid di Mesir.


- Ada ditemui barang yang mana dikatakan oleh ahli arkeologi sebagai arca atau ukiran, tetapi bagi ahli-ahli sains kejuruteraan menganggapnya sebagai salah satu komponen dari sebuah mesin. Seperti dalam gambar di bawah, bentuknya pun nampak seperti disk yang mungkin adalah komponen sesebuah mesin. Dan ditemui juga satu batang silinder yang muat jika dipadankan dengan bulatan di tengah disk di bawah.

Sebuah arca atau komponen mesin?


- Banyak kaedah matematikal yang berkaitan piramid di Mesir adalah sangat canggih dan menakjubkan. Sebagai satu contoh, ketinggian Piramid Besar di Mesir (Giza) adalah 149.4 meter, manakala jarak di antara Bumi dan matahari adalah 149. 4 juta kilometer tepat. Dan macam-macam lagi.

- Suhu di dalam bilik Piramid besar sepanjang tahun tidak melebihi 22 darjah Celsius. Bayangkan, berada di tengah-tengah padang pasir yang panas terik, di dalam batuan besar, tetapi dapat mencapai suhu serendah itu.

- Chris Dunn, seorang jurutera pengilangan mengatakan bahawa wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan. Ianya bukan hasil kerja tangan dengan menggunakan tukul dan pahat, kerana pembuatannya begitu tepat.  Bagaimana sebuah patung yang sangat besar boleh diukir dengan simetri kiri dan kanan pada zaman yang dikatakan kuno?
Wajah patung Luxor adalah simetri antara bahagian kiri dan kanan




- Telah ditemui piramid-piramid besar di Mesir, Peru, Mexico, China. Dimana Piramid Besar di Giza terletak di tengah-tengah antara kesemua piramid ini.

- Dan di setiap piramid itu ada terpapar tulisan-tulisan Hieroglyph di dalamnya. Seolah-olah ianya adalah signal kepada sesuatu dan bukannya tiada tujuan.

- Easter Island, Peru, Mexico, Mesir dan China walaupun terpisah jauh tetapi binaan-binaan kuno yang ditemui di sana ada beberapa persamaan yang ketara, seperti terdapat mumia di dalamnya, tulisan-tulisan Hieroglyph, teknik binaan tahan gempa bumi, kaedah astrologikal dan astronomikal yang digunakan dan terdapat binaan piramid (selain dari Easter Island).


- Perhatikanlah gambar-gambar teknik binaan yang sama di setiap tempat itu seperti di bawah. Tidak mustahil ia semua dibina oleh orang-orang atau kelompok-kelompok tertentu yang sama.
Blok binaan di Easter Island


 Blok binaan di Cuzko, Peru


 Blok binaan di Machu Picchu, Peru


 Blok binaan di Ollantaytambo, Peru


Blok binaan di Saqsayhuaman, Peru


Blok binaan di Giza, Mesir


- Dan banyak lagi rahsia yang dibongkarkan, sila saksikan video di atas dan juga di bawah .......

- Sambil itu, jika anda mahu melihat suasana di piramid dan sekitarnya secara INTERAKTIF, bolehklik di sini dan klik butang Launch Interactive di laman tersebut.

Bersambung ke tajuk Penemuan-penemuan artifak kuno bukti kemajuan teknologi dulu kala (dalam pembikinan insyaAllah)