Rabu, 19 Jun 2013

Baru tau

Baru tahu...

Rupa2 nya anak kita semasa di dalam perut dia akan mengikut perangai ibunya...
Jika ibunya penyayang, pemurah..insyaAllah dia akan lahir sebagai anak yang penyayang dan pemurah...

Tetapi setelah anak semakin membesar, dia akan mula mengikut sikap bapanya...
Dia akan ikut sikit demi sedikit perlakuan bapanya
Jika bapanya baik, insyaAllah begitulah perangai anaknya nanti.
Jika bapanya panas barang, kemungkinan begitu la sikap anaknya bila besar...

Jika anak degil, jangan dimarahi dia...
Cuba semak dulu apa kelemahan/sikap tidak elok yg kita telah tunjukkan pada dia...
Dia hanya manusia kecil, yg belum mengenali apa2...

Input dari ceramah Ustaz Hassan Din Al - Hafiz

Selasa, 18 Jun 2013

Alif Wau


SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS

Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini..

Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..??

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984.

Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959)

Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia..

Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua ( ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura )

TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??
P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..
TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga.. ( Sambil ketawa ).

TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMNO

Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu.

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Image: P.Ramlee ketika menerima anugerah Filem Komedi Teraik Asia

manok

Mungkin anda menyangkakan bahawa ada di antara gambar-gambar burung ini yang diedit atau di 'photoshopped' , tetapi sangkaan anda sebenarnya meleset. Ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian.

1 - King of Saxony Bird-of-paradise (Pteridophora alberti), adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Ada lebih kurang 42 spesis burung Cenderawasih. King of Saxony adalah lazim kepada hutan gunung di New Guinea. Keunikannya adalah pada antennanya yang besar dan panjang.




2 - Long-wattled Umbrellabird (Cephalopterus penduliger), Spesis ini boleh didapati di kawasan yang agak sempit sepanjang cerun Pasifik Choco barat Colombia dan Ecuador. Keunikannya pada jambul di atas kepalanya, yang seolah-olah menjadi payung kepadanya juga.
Foto oleh Murray Cooper



3 - Wilson's Bird-of-paradise, (Cicinnurus respublica), adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Lazim di Indonesia, burung ini biasa di kawasan bukit dan tanah rendah hutan hujan Waigeo dan Pulau Batanta di luar Papua Barat. Bersaiz kecil lebih kurang 21 cm. Makanannya terdiri dari buah-buahan dan serangga kecil. Keunikannya pada ekor melenting macam misai dan warnanya yang sangat menyerlah.



4 - Ribbon-tailed Astrapia atau Shaw Mayer's Astrapia (Astrapia mayeri), bersaiz medium dan boleh mencapai 32cm panjang (tidak termasuk ekor). Lazim di hutan subalpin di bahagian barat tanah tinggi tengah Papua New Guinea. Keunikannya pada ekornya yang sangat panjang (ekor burung terpanjang di dunia) dan seperti riben.




5 - Superb Bird-of-paradise (Lophorina superba), didapati di seluruh hutan hujan di New Guinea. Adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Berukuran lebih kurang 26cm panjang. Yang jantannya pandai menari untuk memikat yang betina, dan ekornya boleh mengembang.



6 - Shoebill atau Whalehead (Balaeniceps rex), mendapat nama Shoebill kerana paruhnya besar seperti kasut, dan itulah keunikannya. Ia hidup di tropika timur Afrika di kawasan paya besar dari Sudan ke Zambia. Bila diperhatikan dari tepi wajahnya, nampak seperti senyum lebar, tetapi pandang dari depan seperti sedang marah yang amat.



7 - Three-wattled Bellbird (Procnias tricarunculatus), salah satu daripada empat spesis Bellbird yang hidup di Amerika Tengah dan Selatan. Berukuran antara 25 - 30cm panjang. Keunikannya mempunyai seakan-akan misai panjang macam misai Raja China zaman dulu kala.



8 - Blue Bird-of-paradise, (Paradisaea rudolphi), adalah dari keluarga burung Cenderawasih. Mempunyai sayap tambahan seakan-akan burung Standard-Winged Nightjar tetapi meliuk-lentuk, tidak lurus seperti Nightjar. Berukuran sekitar 30cm dan lazim dijumpai di Papua New Guinea.



9 - Sri Lanka Frogmouth atau Ceylon Frogmouth (Batrachostomus moniliger), adalah frogmouth kecil ditemui dalam Ghats Barat di selatan India dan Sri Lanka. Boleh mencapai saiz 23cm panjang. Bahagian kepalanya seakan-akan seekor katak.



10 - Andean Cock-of-the-rock (Rupicola peruvianus), berasal dari hutan awan Andean di Amerika Selatan. Keunikannya ialah yang jantan mempunyai jambul di atas kepala seperti disk.




[Wikipedia , toptenz.net]


SubhanAllah, di atas bumi ini saja pun sudah ada pelbagai ciptaan Allah, yang sudah dan belum dijumpai, apatah lagi mungkin di planet-planet lain dan yang pasti dalam syurga nanti, masyaAllah .......

Bejat

Dr Dzulkefly Ahmad,18 Jun 2013
1. Saman jutawan Tan Sri Halim Saad terhadap tiga pihak  defenden; kerajaan  Malaysia, Khazanah Nasional Berhad dan Tan Sri Nor Mohamad Yaakop bakal mendedahkan pelbagai hakikat ‘kebejatan tadbir-urus korporat’ yang kerap didakwa pihak pembangkang dari era pentadbiran Tun Dr Mahathir dan dasar ekonominya sebagai Mahathirnomics!

2. Andainya kes ini tidak dipaksa mengikuti ‘penyelesaian di luar mahkamah’ seperti seorang lagi korporat Melayu Tan Sri Tajuddin Ramli, rakyat akan berpeluang mendapat ‘pencerahan minda’ tentang tata-kelola ‘Corporate Malaysia’ dan fenomena “Political Business” atau “Perniagaan Politik”– sebuah ‘dunia perniagaan korporat’ yang terhindar daripada pengetahuan orang Melayu teramai khasnya dan rakyat amnya.

3. Hanya segelintir ‘Melayu-Umnoputera’ yang ‘bertuah’ (privileged) – satu ‘class’ yang mendapat ‘patronage’ (penaungan) daripada perlaksanaan polisi ini dalam ‘gelombang penswastaan mega’ Mahathirnomics. Kepercayaan Tun Mahathir terhadap penjanaan kekayaan (Wealth Creation) melalui metodologi ini yakni Pasaran Saham (Equity Market) dan ‘Pemilikan Saham Korporat’ (Corporate Equity) bagi mencipta ‘satu kelas kapitalis Melayu yang super-kaya’ adalah sangat jelas. Hampir-hampir Mahathirnomics adalah sinonim dengan ‘kelas Kapitalis Melayu super-rich’ itu.

4. Mengapa Halim Saad memilih tarikh 27 April 2013, tiga hari sebelum pembubaran Dewan Rakyat tidak sukar untuk diselami. Namun, hanya Halim Saad sahaja yang tahu jawapan setepatnya kepada ‘soalan-RM1 bilion’ ini. Penulis bersedia memberi ‘bacaan’nya tetapi itu bukanlah matlamat penulisan ini.

5. Apa tujuan penulisan ini? Tujuannya ialah ‘Pencerahan minda’ rakyat supaya tabiat buruk ini tidak diulangi, sama ada ‘pemangsaan’ sesama kelompok mereka sendiri atau lebih penting lagi bagaimana kekayaan negara berakhir dalam pemilikan  parti pemerintah dalam amalan ‘Kapitalisme Kroni’ atau ‘Crony Capitalism’. ‘Nominee’ atau ‘Penama’ yang mendapat ‘naungan’ atau ‘patronage’ penguasa politik adalah ‘pemegang amanah’ parti-parti tersebut. Barisan Nasional sudah terlalu selesa dengan cara begini hingga lahirlah contoh-contoh seperti Fleet Holding milik Umno, Multi-Purpose Holding milik MCA dan Maika Holding milik MIC.

6. Kapitalisme Kroni or ‘Crony Capitalism’ adalah satu fenomena yang tidak asing dalam bidang ilmu ‘Political Economy’ atau lebih khusus lagi dalam “Political Business”. Di Malaysia, tokoh-tokoh akademik yang telah menumpu bidang ini antara lainya ialah Profesor Jomo Sundram dan Profesor Terrence Gomez. Mereka menghasil puluhan buku dan terbitan akademik yang sangat kritis terhadap ‘amalan sumbang’ (incestuous relationship) antara penguasa politik dan segelintir elit bisnes khasnya sejak era Tun Mahathir sehingga mempopularkan istilah ‘Mahathirnomics’.

7. Halim Saad adalah contoh ‘nominee’ Umno seperti ditegaskan Tun Mahathir sendiri dalam penjelasannya. Walaubagimana pun atas ukuran dan tuntutan keadilan, wajarkah beliau diperlakukan seperti yang bakal kita perincikan ini, tidak juga sesuatu yang mudah untuk kita hukumi. Aspek ini memerlukan wacana dan penelitian yang lebih mendalam dan sekarang ini telah menjadi kes tumpuan di mahkamah. Meskipun Halim berhutang sejumlah RM26 bilion pada kemuncak Krisis Kewangan Asia 1997 itu dan RM13 bilion selepas bayaran sebahagian dibuat, aset Renong-UEM masih punya nilai pasaran yang tinggi. Plus Expressway sahaja di bawah UEM berjaya menjana terbitan RM30 bilion dalam bentuk sukuk dan Prolink Sdn Bhd contohnya yang dimiliki Renong, mempunyai ‘land bank’ 25,000 ekar tanah di Johor yang kini adalah Iskandar Malaysia.  Anggaran nilai pasaran melebihi RM21 bilion. Maka tidak mudah juga untuk kita persalahkan hanya ‘kroni-kroni’ Umno ini sahaja tentunya.

8.  Sejauh mana Halim Saad seorang akauntan asalnya, turut menambah nilai aset Renong-UEM adalah satu pertikaian yang tidak akan berkesudahan. Penulis ‘tawakuf’ dalam membuat hukuman dari segi ini. Betul lah dia ‘kroni’ tetapi bayangkan kalau dia tidak ‘kroni’ dan tidak pula dia perlu bersaing dalam kancah yang sarat amalan ‘kronisme’. Itulah jenayah Mahathirnomics – yang tidak pernah memberikan ‘padang yang sama-rata’ untuk melahirkan ‘local champions’ kepada semua. Yang ‘dinaunginya’ pun dia ‘pancung’ juga apabila bertembung kepentingan.

9. Tegasnya kesimpulan tema : Perbalahan atau ‘perang korporat’ di antara penguasa politik-pemimpin parti yang ‘memangsakan’ kroninya sendiri. Renong dan UEM sebagai satu “Kumpulan”, pada kemuncak kejayaan mereka, memilikki 9 lagi syarikat awam (PLCs). Struktur ekuiti juga tidak mudah dirungkaikan. Sementara UEM memilikki 32.5% ekuiti dalam Renong Berhad, UEM pula dimilikki 37.1% oleh Renong Berhad (yakni pegangan saham bersilang atau cross-holding). Tan Sri Halim Saad sendiri memilikki 16.5% ekuiti Renong sekali gus menjadi pemilik utama ke atas ‘Kumpulan’ konglomerat ini.

10. Sebagai kesimpulan kes, Halim Saad telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan bagi menuntut penyelesaian pembayaran sebanyak RM1.3 bilion yang didakwanya adalah baki dari tawaran kepadanya sebagai ‘galakan’ (inducement) supaya beliau melepaskan seluruh pegangannya dalam Renong Berhad dan United Engineers Motor (UEM) dan menjual ‘Kumpulannya’ ini kepada Khazanah pada tahun 2001.

11. Halim Saad mendakwa pengambilalihan Khazanah ke atas Renong dan UEM itu berlaku dengan kerelaan beliau kerana beliau dijanjikan akan mendapat beberapa bayaran antara lainnya:
i. RM1.3 bilion yakni RM325 juta akan dibayar secara tunai dan RM325 juta dalam bentuk ‘cash equivalent’ dan bakinya RM650 juta dalam bentuk tanah ‘Prolink Development’ yang kini adalah Iskandar Malaysia
ii. Khazanah akan membeli saham Halim sebanyak 16% blok dalam Renong dengan harga RM1.25 sesaham berjumlah RM485 juta.
iii. Sebuah syarikat alam sekitar bernama Kualiti Alam Sdn Bhd akan dipindahmilikkan kepada Halim Saad bernilai RM1.805 juta

12. Kini setelah 12 tahun menantikan bayaran bakinya, Halim mengesahkan beliau telah tertipu untuk melakukan sedemikian atau ‘fraudulently induced’ dengan pihak defenden tidak punya niat untuk membayar keseluruhan tawaran tersebut. Sehingga ke saat penulisan ini, Halim menyatakan mendapat bayaran sebanyak RM165 juta sahaja.

13. Menyingkap rentetan kontroversi tentang Renong-UEM ini membawa kita supaya memahami peristiwa latar yang menyebabkan tindakan Tun Mahathir ke atas ‘anak buah’ Tun Daim ini. Tun Daim ketika itu mempunyai masalah dengan bossnya, Tun M.

14.   Pada 17 November 1997, UEM, sebagai sebuah syarikat awam (PLC), melaporkan kepada KLSE bahawa mereka telah membeli 32.6% saham Renong Berhad bersamaan 722.9 juta saham, pada harga RM2.3 bilion pada 13 November. Ini bermaksud bahawa UEM telah membayar RM3.24 bagi setiap saham Renong Berhad.

15. Pembelian itu yang ditanggapi pasaran dan khasnya oleh pemegang saham minoriti sebagai satu langkah menyelamatkan pemilik utama Renong atau satu ‘bailout’. Ia telah mendapat reaksi keras daripada pelabur yang membantah tindakan tersebut serentak telah mencetuskan peristiwa “Black Week”dalam sejarah pasaran Bursa Malaysia. Krisis Kewangan sudah mula menggawatkan  pasaran saham dan menjejaskan ekonomi negara-negara Asia bermula dari Thailand.

16. Akibatnya berlaku satu penjualan besar-besaran pihak pelabur secara ‘panik’, yang menyaksikan indeks composit di KLSE menjunam 20% sekaligus melenyapkan ‘market capitalisation’ bernilai RM126.78 bilion! Peristiwa ini diberi jolokan ‘Black Week’ atau ‘Minggu Hitam’ dalam sejarah pasaran saham di negara ini.

17. Pelbagai persoalan penting masih belum mendapat jawapan secara tuntas dan muktamad. Siapa penjual saham Renong itu atau dari mana UEM membeli 32.6% saham Renong itu? Mengapa UEM tidak mendedahkannya perkara itu lebih awal sekali gus memangsakan pemegang saham minoriti? Apakah pembelian saham Renong diluluskan oleh lembaga pengarah UEM?

18. Pada Januari 1998, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berjaya mendapatkan Halim Saad untuk membeli kembali 32.6% blok saham Renong dari UEM pada harga RM3.1 bilion, melalui satu instrument perniagaan “Put Option” yang memberikan beliau keanjalan untuk menjual saham tersebut dalam 12 bulan bermula Mac 2000. Perkara tersebut tidak mendapat tindakan lanjutan ketika Menteri Kewangan ketika itu (Dato Seri Anwar Ibrahim) dipecat dan berkebetulan Halim Saad juga gagal membayar 2 lagi ansuran sebanyak RM100 juta yang dijanjikan sebagai sebahagian perjanjian beli balik saham Renong tersebut secara “Put Option”.

19. Pada 17 Julai 2001, bertindak di atas arahan Tun Mahathir, Nor Mohamad Yaakop telah berjaya mendapat persetujuan Halim Saad untuk kerajaan, melalui Khazanah Nasional Berhad, mengambil alih UEM dan seterusnya Renong Berhad berikutan kegagalan Halim Saad melunaskan hutang hutang pembelian semula dari UEM. Halim Saad meletakkan semua jawatan daripada menjadi Lembaga Pengarah UEM dan kemudiannya daripada Renong Berhad pada Oktober 3, 2001 ketika Khazanah mengambil kedua-duanya ( kerana bersetuju dengan tawaran tawaran di atas ).

20. Di antara September 2001 hingga Ogos 2002, Halim telah mengutus beberapa pucuk surat peringatan kepada Tun Mahathir dan Nor Mohamad untuk mendapatkan bayaran daripada kerajaan. Halim mendakwa hanya dibayar dua kali sahaja, pertama RM100 juta sebagai ganti kepada RM100 juta yang beliau bayar ketika menggunakan instrument “Put Option” pada Februari 2001 dan RM65 juta sebagai pampasan bagi bayaran ‘foreclosure’ atau ‘penyitaan’ aset-aset kepada pihak kreditor.

21. Di antara 2003 hingga 2010, Halim mendakwa bahawa beliau telah beberapa kali berjumpa Nor Mohamad untuk mendapat bayaran perjanjian 17 Oktober 2001. Menjadi lebih malang lagi buat Halim apabila Tun Dr Mahthir pada 23 April 2010, melalui Nor Mohammad akhirnya menegaskan bahawa kesemua aset yang diambil alih oleh Khazanah adalah milik Umno dan tidak ada sebab mengapa kerajaan mesti membayar apa-apa lagi dari segi bayaran ganti rugi kepada beliau.

22.   Perang antara penguasa dan kroni Umno ini, jelasnya akan memaparkan kepada rakyat bahkan seluruh dunia apa yang disebut-sebut oleh pihak pembangkang sebagai ‘kebejatan tata-kelola kewangan dan kepincangan pembangunan negara’. Tidak sukar untuk membayangkan bahawa kalau ‘dakwa-dakwi’ antara dua pihak ini dilanjutkan, berapa banyak lagikah transaksi yang seumpama ini yang menjadi sinonim dengan ‘Umno dan mesin mencetak jutawan-bilionawan’ dalam ‘era penswastaan raksaksa’ akan diketemui? MAS, Perwaja Steel, MISC, LRT dan lain-lain, yang berjaya dibongkar telah menjadi subjek penyelidikan dan terbitan Jomo dan Terrence buat beberapa dekad lamanya.

23. Maka tidak hairan kalau seorang ahli ekonomi daripada Morgan Stanley pernah menyebutkan setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan PM, (The Edge, April, 2004), beliau bertanggungjawab ‘meleburkan’ RM 100 bilion dana awam. Hal sama disebutkan oleh seorang lagi penulis yang lebih masyhur yakni Barry Wain yang yakin seratus peratus (100%) bahawa Tun bertanggungjawab atas sebab pembaziran, penyelewengan dan rasuah ‘menghanguskan’ RM100 bilion wang rakyat. Pengharaman bukunya ‘Malaysian Maverick’ (2010) di Malaysia, adalah testimoni paling jelas akan ketakutan penguasa politik di negara ini akan kebenarannya.

24. Wain antara lain mendakwa dalam bukunya, bahawa Tun Mahathir mempunyai memori singkat. Kerugian dalam Perwaja Steel adalah antara RM15-20 bilion tetapi Tun hanya mengakui sebanyak RM1-2 bilion sahaja. Wain membuktikan bahawa Menteri Kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse Cooper di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu sahaja, beliau nyatakan sudah berjumlah RM9.5 bilion dan makin bertambah selepas itu.

25.  Tun Mahathir juga keliru dan kekadang tidak tahu duit Umno atau dana rakyat yang digunakan sebagai contoh dalam hal bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tun menafikan dakwaan PWTC dibina dengan dana awam. Sebaliknya Barry Wain tegaskan bahawa beliau ada satu salinan akaun Umno yang diaudit (yang menunjukkan sedemikian), termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika Tun Daim Zainuddin mengambil alih bendahari Umno.

26. Sebagai iktibar awal, bukankah kekayaan yang dijana sepatutnya adalah ‘kekayaan dari sumber negara untuk rakyat’ yang kemudiannya wajar berakhir dengan ‘pengagihan semula kekayaan’ (wealth redistribution’) bagi mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara? Tampaknya yang berlaku adalah sebaliknya. Ia persis seperti yang diherdik dan dikecam Allah SWT dalam al-Quran  mafhumnya :“Supaya kekayaan itu tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya dan super-kaya (aghniya’) di antara kamu sahaja” dan larangan serta cemohan Allah supaya “jangan kamu memakan dari harta-rezeki antara kamu secara batil”.

27. Sangat malang sekiranya PM Najib terus menjejaki laluan atau ‘lebuh raya’ (trajektori) yang sama daripada Mahathirnomics kepada Najibonomics… menjalankan perbuatan dan polisi yang sama dalam penswastaan pembangunan infrastruktur mega-mewah serta sektor pembinaan tidak berkesudahan - (Menara Warisan, TRX, MRT, HSR dsbnya) menjalankan kerja-kerja yang sama. Pastinya natijah akan seperti era Mahathir. Bezanya cumalah mempunyai set ‘nominee’ (kroni) baru tetapi tetap dengan dasar  ‘Kroni Kapitalisme’ dalam amalan “Political Business”.

28. Impian dan cita-cita mengeluarkan negara daripada kebejatan tadbir-urus kewangan dan kepincangan pembangunan bagi ‘mensejahterakan rakyat dan memakmurkan‘  tidak akan terlaksana dalam regim pemerintahan ini. Frasa ‘mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara’ adalah asing bagi mereka.

Sampai bila mahu begini?

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat