Sabtu, 22 Jun 2013

s8

Kemalangan yang berlaku di Belgium ini melibatkan sebuah kereta sedan mewah berjenama Audi S8. Kereta ini dipandu laju dan hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok.

Impak pelanggaran membuatkan kereta tersebut terputus dua. Satu bahagian kereta ini tercampak ke rumah penduduk manakala sebahagian lagi berteraburan di atas jalanraya. Apa yang menakjubkan, pemandu kereta ini hanya cedera ringan.

ohtidak-audi-s8-accident-6

ohtidak-audi-s8-accident-5 ohtidak-audi-s8-accident-4 ohtidak-audi-s8-accident-7 ohtidak-audi-s8-accident-3 ohtidak-audi-s8-accident-2 ohtidak-audi-s8-accident-1









Berpantang maut sebelum ajal. Kalau dah sampai ajal, bawalah kereta apapun bila kemalangan nak meninggal dia meninggal juga. Apapun berhati-hatilah sentiasa ketika memandu. Jangan memandu ikut perasaan.

Saaban


Dari Aisyah r.a katanya:
Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith:

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. - See more at: http://www.awanibiru.com/2013/06/amalan-sunat-di-bulan-syaaban.html#sthash.b1LN3QWr.dpuf

Jumaat, 21 Jun 2013

warna terawal



Foto Biara Svetlitsa Island, Saint Nihil Stolbenskii Biara, Tasik Seliger Tahun 1910 oleh Sergei Mikhailovich Prokudin


Kereta Api Trans-Siberia di atas Sungai Kama berdekatan Perm, Pergunungan Daerah Ural tahun 1910 oleh Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii


Kilang tekstil katun interior di Tashkent antara tahun 1905 dan 1915 Sergei Mikhailovich Prokudin-Gorskii


Petani wanita, zaman Kekaisaran Rusia yang sedang menawarkan buah berry di daerah perdesaan di sepanjang Sungai Sheksna, berdekatan kota Kirillov, foto diambil tahun 1909


Salah satu sisi dari Altar Dmitrievskii Katedral, Vladimir tahun 1911


Lelaki yang duduk di ambang pintu yurt di latar depan, antara 1905 dan 1915


Isfandiyar, Khan dari protektorat Khorezm Rusia, antara tahun 1910 dan 1915.


Bashkir switchman, tahun 1910


Lelaki dan unta penuh dengan barang bawaannya antara 1905 dan 1915


Fotografer bergambar dengan dua orang lain, 1915

Kilat banjir

Gambar dibawah menunjukkan sekitar kawasan yang terjejas dengan banjir kilat di India.




Insaf peluk islam

Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan "pengganas" di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo. 


Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama "ganas" Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.

Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum. 

Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk "TRAITOR" yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry. 

Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;

“I had all the freedom in the world,But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.

Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.