Jumaat, 5 Julai 2013

Coral

Koleksi close-up corak batu karang oleh Alexander Semenov ini diberi nama 'Living Stones'. Foto-foto ini ditembak di Laut Merah (Red Sea). Alangkah banyaknya jenis corak batu karang ni ya. Ini baru sebahagian dari semua batu karang di dunia .......

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang













Semua ini sudah tentu TIDAK TERJADI dengan sendiri melainkan ada PENCIPTANYA. SubhanAllah wa MasyaAllah .......

berguna

"Ustaz, ana rasa ana tak guna. Apa pun tak tahu… tak tahu datang dunia ini buat apa,” kata seorang pemuda di kampung….

“Apa kerja enta?” tanya ustaz tersebut…

“Malu nak cerita… tapi kerja yang hina, tak perlu guna otak, tak ada skil, rezeki kais pagi makan petang je…” jawab pemuda itu…

Melihat pemuda itu yang hilang semangat terhadap hidup dan kerjanya… ustaz tersebut menyuruh pemuda tersebut mengikutnya untuk berjalan di sekitar kampung….

Sambil berjalan, ustaz tersebut pun bercerita…

“Lihat matahari di atas… Allah pastikannya timbul tiap subuh dan terbenam setiap senja. Dalam tempoh tersebut, manusia kadang-kala merungut berkata panas, kulit sakit….

Tapi rumput-rumput di bawah ini – tak merungut… mereka perlukan cahaya untuk membuat makanan daripada apa yang diserap daripada tanah….

Mengapa rumput perlu buat makanan?

Kalau tak, daun dia tak tumbuh, lembu-lembu dan kambing-kambing akan kelaparan….

Bila lembu-lembu kelaparan, manusia hilang sumber protein lak pulak…

Allah tak cipta semua benda hidup boleh guna cahaya matahari dengan terus… cahaya matahari sumber tenaga universal… lepas itu Allah cipta benda hidup yang boleh menggunakan cahaya matahari untuk membuat makanan sendiri… seperti rumput.

Lepas itu, Allah mencipta benda hidup yang boleh memanfaatkan makanan yang dibina rumput… seperti lembu dan kambing…

Dalam lembu dan kambing ini, Allah wujudkan sistem, makan rumput, dapat bina daging, susu dan juga hasilnya najis….

Manusia pula menggunakan lembu dan kambing sebagai sumber makanan. Manusia tak makan rumput… manusia tak dapat guna cahaya matahari untuk hasilkan makanan daripada badan sendiri… Allah ciptakan setiap satu dengan peranan yang unik….

Faham tak cerita yang ustaz nak sampaikan?”

Pemuda itu melihat pada ustaznya, “Maksud ustaz ialah setiap perkara yang Allah letak di alam ini ada tujuannya dan tidak sia-sia….”

Ustaz itu tersenyum, “Jadi apa kerja enta?”

Pemuda itu tersenyum lalu memberitahu ustaz tersebut dia perlu beredar kerana banyak kerja yang Allah tinggal untuk dia belum siap.

Sebelum beredar, pemuda itu memeluk ustaz tersebut… ustaz tersebut membisik padanya, “Mungkin masa ini anta tak tahu apa tujuannya… tapi percayalah Allah tidak akan utuskan enta buat kerja sia-sia… asalkan enta rajin dan bertaqwa, Allah akan membuka jawapannya…”

Akhirnya, pemuda tersebut berubah dari seorang pengutip najis binatang ternakan menjadi pengeluar baja terkemuka di kampungnya…

Dapat isi tersirat?

Senyum.

otak nyamuk

Pada 22 Februari 2008 yang lalu, Jerman berjaya membina komputer terpantas untuk aplikasi awam di dunia. Komputer terpantas saiz gergasi ini, pertama kali dipaparkan di bandar Jülich, Jerman. Komputer ini akan digunakan untuk menyokong penyelidikan ilmiah di Jerman dan negara-negara Eropah yang lain untuk dikembangkan dalam pelbagai bidang seperti bidang astronomi, tenaga, industri farmasi dan bidang lain.

Komputer ini akan menjadi yang terpantas di antara 500 komputer untuk tujuan awam di dunia. Sebelum komputer ini dibina terdapat sebuah lagi  komputer pantas yang digunakan untuk aplikasi tentera di pusat tenaga nuklear Amerika di bahagian California.

Komputer "Eugenh", superkomputer bukan komputer peribadi yang didalamnya dipasang 65 ribu pemprosesan yang dipasang dalam enam belas tempat dan setiap kotak mempunyai saiz yang sama seperti cip elektronik yang diperlukan untuk telefon biasa. Pelawat perlu memakai peranti anti bunyi di telinga sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Dalam hal ini, Dr Neubert  Atej ketua jabatan aplikasi berkata enam belas kotak mengandungi pemprosesan memerlukan elektrik dengan kapasiti 30 Kw.

Semasa bekerja, komputer ini memerlukan suhu persekitaran 16 darjah. Kelajuan komputer hampir menyamai kelajuan 20 ribu PC biasa yang dihidupak bersama, iakni boleh melakukan pengiraan sebanyak 223 bilion hanya dalam satu saat dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan sebelumnya oleh Atej. Kira-kira 200 pasukan penyelidik dari Jerman dan Eropah bergantung pada sokongan komputer ini dalam melakukan pengiraan yang relevan untuk kajian mereka. Dalam hal ini, ada jawatankuasa yang menentukan projek mana saja yang akan diberikan keutamaan untuk memanfaatkan sokongan dari super komputer.

Hal ini berlaku kerana simulasi biasanya dilakukan dengan format chart pelbagai bentuk, seperti grafik yang telah menjadi tiang utama dari ilmu setelah teori dan aplikasi. Begitu juga membangunkan ubat baru memerlukan banyak percubaan untuk mengetahui kesan dari bahan-bahan yang terkandung. Melalui penggunaan komputer, para saintis boleh melayari kesan umum dan menjimatkan masa yang dihabiskan dalam melakukan banyak percubaan di makmal serta menjimatkan wang. Dalam bidang astronomi, komputer memainkan peranan yang lebih besar sejak percubaan makmal dinilai sebagai cara yang lebih keras dan lebih kompleks.

Mungkin sebahagian dari kita menganggap jika komputer yang ditemui masa kini merupakan kemajuan di bidang ilmu dan teknologi yang amat canggih. Tapi jika kita bercakap dengan keimanan, kita akan membandingkan komputer ini dengan serangga kecil seperti nyamuk. Perlu diketahui, nyamuk pasti melampaui peranti komputer. Di otak nyamuk, ada beratus ribu sel dan di setiap sel ada sebuah komputer yang sangat kompleks.

Super komputer ini tentunya memerlukan bangunan yang sempurna dan pasukan jurutera serta penyelidik yang hebat. Begitu juga dengan daya dan kekuatan istimewa, pendingin, peranti pengurangan bunyi, dan sistem kawalan. Jika super komputer hanya mempunyai 65000 pemprosesan sedangkan otak seekor lebah dan serangga lain mempunyai hampir satu juta pemprosesan.

Ini adalah kepala nyamuk. Reka bentuk ini diciptakan Allah swt dengan sempurna dilengkapi mata majmuk yang mempunyai beribu-ribu lensa. Sehingga nyamuk dapat melihat dan mencari jalan dengan mudah ketika terbang. Tanpa reka bentuk sempurna ini nyamuk tidak dapat hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Para saintis bingung dan bertanya-tanya dari mana reka bentuk yang indah ini datang. Jawapannya sangat jelas, Allah swt. tentunya sesuai dengan firman dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." (Surah az-Zumar : ayat 62)

Otak manusia mempunyai lebih dari satu juta sel saraf yang berfungsi dengan kecekapan tinggi dan dalam koordinasi yang tidak ada bandingannya. Jika kita merenungkan makhluk di bumi ini, kita akan mendapati bahawa otak mereka berfungsi lebih cekap daripada super komputer baru yang ada ketika ini. Semua fakta ini dapat membuktikan kekuasaan Allah;

"Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata. "(Surah Luqman : ayat 11)

Khamis, 4 Julai 2013

Mursi

eorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

            Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

            Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

            Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

            Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

            Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

            Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

            Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

            Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

            Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

            Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. 

Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? 

Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..

            Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi,  dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

            Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!

teladan


Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah.