Jumaat, 5 Julai 2013

true

Kenapa ada orang yang sukar memahami kebenaran?

Para salaf menyebut bahawa salah satu sebab yang menjadi penghalang kepada kita untuk menerima kebenaran ialah kerana kelaziman melakukan dosa. 

Seorang daripada mereka berkata ; 
أذنبتُ ذنباً فحرِمت قيام الليل سنَة
'Aku telah berbuat dosa lalu aku pun terhalang untuk melakukan qiyamullai selama setahun.'

Manakala yang lain berkata ;
أذنبتُ ذنباُ فحرمتُ فهم القرآن
'Aku telah berbuat dosa lalu aku pun terhalang daripada memahami al-Quran.'

Ilmu kefahaman dan hidayah ini adalah nikmat, kadang-kadang kerana dosa maka kita terhalang daripada memilikinya.

Bukan sebab kerana si penyampai tak pandai menerang....

Jika hati terang dan diizin mendapat hidayah mungkin ucapan si gagap atau penulisan yang penuh berbelit pun kita dapat faham !

Detik akhir

‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.


Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang.  

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

“Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel.

“Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.

Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando. 

“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.

“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.

“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.

Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.

“Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.

“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.

“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi. 

“Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!

“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.

************

“Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,” katanya.

“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu. 

Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.

“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”

“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.

“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.

“Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam 'alaikum!” Ganggang terus diletakkan.

‘"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati.

************
 
Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi  askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir.

Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti.

“Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan,” begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen.

Dr Morsi


Kacau bilau di Mesir.. Huru-hara di kebanyakan daerah... Demonstrasi jalanan sana-sini... Itulah yang digembar-gemburkan media antarabangsa - menyatakan sukanya rakyat jelata kerana kejatuhan bekas Perdana Menterinya - Dr. Muhammad Morsi... Sampai media massa kita pun mengiyakan laporan tak bertali nie bulat-bulat.... Sesungguhnya Islam ditindas mentah-mentah cenggitu jer...

Dr. Muhammad Morsi - Aku rasa satu-satunya pemimpin Mesir yang betul-betul berpendirian nak menegakkan Islam secara total... Segala bentuk dan proses pembangunan ekonomi negara dijana tanpa ada bantuan dari Amerika.. Lebih rela bersusah-payah dari meminta bantuan Ameriak yang sering dilihat satu langkah yang lebih senang dan efektif... Membangunkan sistem ekonomi sehingga negara Mesir dapat meningkatkan penghasilan pengeluaran gandum secara drastik...

Dr. Muhammad Morsi -  pemimpin Islam yang berani bersuara secara lantang memarahi Israel kerana menceroboh Palestin.. Satu-satunya pemimpin Islam yang lantang cuba membantu kaum muslimin di Syria... Seorang pemimpin yang cuba menegakkan konsep sebenar Islam di dunia secara total - Islam brotherhood bukan sebab kaum dan bangsa - tapi agamanya... Pemimpin yang tinggal di Apartment sewa sahaja, bukan di rumah agam indah bak menteri-menteri dunia yang lain. Pemimpin yang berjiwa rakyat - bercuti menggunakan kos sendiri, sediakn 30 saluran untuk mengkritik kesalahannya, menerima gaji yang rendah sahaja.

Tapi, kenapa satu dunia bencikan beliau? Kenapa sampai digulingkan pihak tentera dan kononnya rakyat bersuka ria? Sesungguhnya peranan kuasa dunia sangat besar dalam proses penggulinganDr. Muhammad Morsi... Dunia Penyokong Dajjal Laknatullah sangat rugi dengan adanya si Morsi nie... Suara kebangkitan Islam mula kedengaran dek kelantangan Morsi menentang kezaliman... Itu suatu perkara yang sangat tidak disukai kaum penyembah Setan nie..

Sesungguhnya cubaan menegakkan kebenaran sangatlah perit dugaannya. Kalian akan ditentang habis-habisan puak-puak jahil dan degil. Dicuba berdiri, ditekan lututnya sampai melutut. Dicuba mendongak, ditekan kepalanya sampai tunduk. Dicuba duduk, dibaringkan sampai terbaring kaku. Dicuba bersuara, dipotong lidahnya berdarah keseorangan. Dituduhnya cuba menderhaka, sedangkan si penuduh penderhaka. 

Cuba fahamkan dan fikir jap... Ada lagi - Negara yang cuba tegakkan islam tidak akan aman. Bukan pendapat, tapi hakikat. Sangat tidak kena jika negara bergolak selalu dikaitkan dek kerana dosa mereka yang lalu. Walhal mungkin aman sentosa dek menjadi pak turut ajaran songsang terikat hidungnya, disuruh masuk ke lubang jamban pun diikut tanpa membantah. Di mana maruah, di mana iman? Di mana kesedaran, di mana warasnya fikiran? 

Cubalah fikirkan lagi... Gadhafi dulu dikatakan pemimpin kejam... tapi boleh memerintah selama berpuluh-puluh tahun di Mesir tanpa campur tangan luar... Morsi... pemimpin yang ikhlas menegakkan Islam... Hanya mampu bertahan selama hanya hampir SETAHUN?? Bencinya dunia dengan Islam... Bencinya kuasa besar dunia dengan pimpinan cara Islam... Asal ek? Kebangkitan rakyat? Sangat salah kenyataan itu.. Sedangkan rakyat dipaksa dan dirancang membuat demonstrasi jalanan secara amat terancang dengan menutup tiga sumber UTAMA - AIR, ELETRIK, MINYAK. 

Dan media antarabangsa yang mendapat dana dari puak jahil nie menunggu semut-semut kepanasan keluar dari rumah masing-masing, diambil video dan gambarnya... Kemudian dinyatakan dan dijelaskan dalam saluran masing-masing - KEBENCIAN RAKYAT... Sungguh mudah cara PROPAGANDA menipu mata-mata setiap manusia di bumi... Satu tipu-helah ilusi yang sangat berjaya dipraktikkan dari zaman-berzaman.... Media kita? Copy dan paste...terjemah bulat-bulat dan melaporkan sahaja tanpa usul periksa kerana telah didoktrinkan dalam minda semasa belajar Ijazah dahulu - Sumber antarabangsa adalah sumber yang paling dipercayai rujukannya? Tercalit habis maruah keislaman dalam diri...

Habis? Apa yang perlu kita buat? Mengamuk di jalanan kah? Berdemonstrasi jalanan jugakkah nak bagitahu Islam masih berdiri dan utuh di jiwa kita? Tak perlu pon.... Tepuk dada tanya iman masing-masing je dulu... Apa yang korang semua rasa... Tanya iman masing-masing.. Di mana level kita? Level Dr. Muhammad Morsi - Al-Quran dihafalnya, berpuluh-puluh (mungkin beratus) hadis dihafalnya dan dijadikan rujukan hidupnya. Sudah ikhtiar memimpin dunia ke jalan Allah. Sudah membuktikan kepada dunia yang Israel pun sanggup ditentang. Kita?

Sokong dari belakang je? Sokong dari belakang pintu je? Angkat tangan separuh je? Kene gertak terus terkencing? Kena hulur seratus ringgit terus diam kaku dalam dunia masing-masing? Itulah level kita.. itulah tahap iman kita... Selesa ke dengan level sekarang nie? Level yang banyak menghala ke neraka dari ke syurga?Sampai bila nak duduk di bucu-bucu dinding cam tu? Bila nak bangkit berdiri? Bila kita nak berdiri sama tinggi dengan perjuangan Dr. Muhammad Morsi? Bila kita nak jadi seorang pejuang agama Islam yang berani? Bilakah kita nak naikkan diri kita sendiri??

Coral

Koleksi close-up corak batu karang oleh Alexander Semenov ini diberi nama 'Living Stones'. Foto-foto ini ditembak di Laut Merah (Red Sea). Alangkah banyaknya jenis corak batu karang ni ya. Ini baru sebahagian dari semua batu karang di dunia .......

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang

Koleksi close-up corak batu karang













Semua ini sudah tentu TIDAK TERJADI dengan sendiri melainkan ada PENCIPTANYA. SubhanAllah wa MasyaAllah .......

berguna

"Ustaz, ana rasa ana tak guna. Apa pun tak tahu… tak tahu datang dunia ini buat apa,” kata seorang pemuda di kampung….

“Apa kerja enta?” tanya ustaz tersebut…

“Malu nak cerita… tapi kerja yang hina, tak perlu guna otak, tak ada skil, rezeki kais pagi makan petang je…” jawab pemuda itu…

Melihat pemuda itu yang hilang semangat terhadap hidup dan kerjanya… ustaz tersebut menyuruh pemuda tersebut mengikutnya untuk berjalan di sekitar kampung….

Sambil berjalan, ustaz tersebut pun bercerita…

“Lihat matahari di atas… Allah pastikannya timbul tiap subuh dan terbenam setiap senja. Dalam tempoh tersebut, manusia kadang-kala merungut berkata panas, kulit sakit….

Tapi rumput-rumput di bawah ini – tak merungut… mereka perlukan cahaya untuk membuat makanan daripada apa yang diserap daripada tanah….

Mengapa rumput perlu buat makanan?

Kalau tak, daun dia tak tumbuh, lembu-lembu dan kambing-kambing akan kelaparan….

Bila lembu-lembu kelaparan, manusia hilang sumber protein lak pulak…

Allah tak cipta semua benda hidup boleh guna cahaya matahari dengan terus… cahaya matahari sumber tenaga universal… lepas itu Allah cipta benda hidup yang boleh menggunakan cahaya matahari untuk membuat makanan sendiri… seperti rumput.

Lepas itu, Allah mencipta benda hidup yang boleh memanfaatkan makanan yang dibina rumput… seperti lembu dan kambing…

Dalam lembu dan kambing ini, Allah wujudkan sistem, makan rumput, dapat bina daging, susu dan juga hasilnya najis….

Manusia pula menggunakan lembu dan kambing sebagai sumber makanan. Manusia tak makan rumput… manusia tak dapat guna cahaya matahari untuk hasilkan makanan daripada badan sendiri… Allah ciptakan setiap satu dengan peranan yang unik….

Faham tak cerita yang ustaz nak sampaikan?”

Pemuda itu melihat pada ustaznya, “Maksud ustaz ialah setiap perkara yang Allah letak di alam ini ada tujuannya dan tidak sia-sia….”

Ustaz itu tersenyum, “Jadi apa kerja enta?”

Pemuda itu tersenyum lalu memberitahu ustaz tersebut dia perlu beredar kerana banyak kerja yang Allah tinggal untuk dia belum siap.

Sebelum beredar, pemuda itu memeluk ustaz tersebut… ustaz tersebut membisik padanya, “Mungkin masa ini anta tak tahu apa tujuannya… tapi percayalah Allah tidak akan utuskan enta buat kerja sia-sia… asalkan enta rajin dan bertaqwa, Allah akan membuka jawapannya…”

Akhirnya, pemuda tersebut berubah dari seorang pengutip najis binatang ternakan menjadi pengeluar baja terkemuka di kampungnya…

Dapat isi tersirat?

Senyum.