Selasa, 10 September 2013

surah Arrahman


"Lessons From Surah ar-Rahman" by Ustadh Nouman Ali Khan

Baru-baru ni, Ustaz Nouman Ali Khan datang ke KL. Nampak ramai kawan-kawan di fb pergi. Semua pun cakap best (termasuk Wardina!). Alhamdulillah.

Apa yang best tentang Ustaz Nouman Ali Khan ni, dia punya english sangat simple dan mudah saja nak faham apa yang diceritakan. Selamba dan cool (oh, dia dari US btw).

Dalam lecture tersebut, dia hanya sempat jelaskan tentang ayat 1 hingga 3 sahaja daripada Surah ar-Rahman yang ada 78 ayat.

Surah ini unik (buka al-Quran sekarang kalau nak lagi percaya hehe), sebab dalam surah ini, Allah ulang satu ayat ini sebanyak 31 kali!

Ini ayatnya:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

*****

Ustaz Nouman kata, surah ini turun antara zaman peralihan Mekah ke Madinah. Dan Allah turunkan surah ini ke atas orang-orang musyrikin Mekah yang masih degil (stubborn).

Dah bertahun-tahun Rasulullah berda'wah kepada mereka, tapi semakin lama, mereka semakin degil dan melampaui batas. Mereka memperlekehkan dan memperolokkan Rasulullah.

Kata Ustaz Nouman, macam seorang bapalah, kalau dia nak panggil anaknya makan, tak cukup sekali. Terpaksa si bapa itu tadi panggil berkali-kali, barulah si anak mahu menurut kata bapanya.

Begitulah, dengan penuh kasih sayang, Allah ulang dan ulang ayat-ayat-Nya kepada musyrikin yang degil itu.

*****

Apa yang menarik, bila Ustaz Nouman mula kupas perkataan 'ar-Rahman'. Kenapa Allah perkenalkan diri Dia sebagai 'ar-Rahman'?

Kata Ustaz Nouman, selama ini kita mungkin 'underestimate' perkataan 'ar-Rahman'. Apa yang kita tahu, ar-Rahman itu maksudnya 'Maha Pemurah' (The Most Merciful).

Tapi, 'direct translation' ini tidaklah menggambarkan hakikat sebenar sifat Allah 'ar-Rahman'.


Lalu, Ustaz Nouman pun menceritakan bagaimana perkataan 'ar-Rahman' itu berasal daripada perkataan 'ar-rahma'. Salah satu maksud 'ar-rahma' ialah 'rahim ibu (womb)'.

Cuba kita teliti keadaan baby di dalam rahim ibu.

Dalam rahim ibu, baby itu dijaga dengan penjagaan yang terbaik oleh si ibu.

Hubungan antara ibu dan baby itu sungguh ajaib!

Baby yang berada dalam perut tidak kenal pun si ibu tetapi si ibu kenal siapa di dalam perutnya.

Si ibu amat menyayangi dan menjaga baby itu dengan penuh perhatian walaupun baby itu langsung tidak kenal akan ibunya.

Begitulah sifat 'ar-Rahman', apabila Dia menyatakan Dia adalah 'ar-Rahman', Dia sebenarnya menyatakan bahawa:
- Dia Maha Penyayang ke atas kita, Dia sangat mengambil berat tentang kita, dan Dia Tahu bahawa kita ini sangat halus dan perlu dijaga dengan amat rapi.

Begitulah Allah, ar-Rahman ke atas makhluk-Nya sebelum kita kenal Dia lagi. Sebelum kita lahir, ketika kita dilahirkan kemudian membesar, segalanya Dia cukupkan untuk kita tanpa perlu kita meminta kepada-Nya.

(tangan, kaki, mata, jantung, oksigen, pokok dan haiwan untuk dimakan, dll)

*****

Kata Ustaz Nouman lagi, apabila kita baca perkataan 'ar-Rahman', ia seharusnya menjadikan kita berfikir, "Bagaimana Allah menunjukkan sayang-Nya kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini"

Lihat sahaja pada hidup kita hari-hari yang dikelilingi masalah. Masalah kerja, masalah dengan anak, masalah ibu bapa, dan macam-macam lagi masalah - kita memikirkan masalah LEBIH BANYAK daripada kita fikir tentang ALLAH AR-RAHMAN...

...dan berapa banyak masalah yang Allah dah keluarkan kita daripadanya?

*****

Seterusnya, Ustaz Nouman membawa kita kepada ayat terakhir Surah Ar-Rahman di mana Allah telah memuji nama-Nya:

"Maha Suci nama Tuhanmu, Pemilik Keagungan dan Kemuliaan"

Apa pengajarannya kepada kita?

Kata Ustaz Nouman, jika kita melakukan sesuatu perkara itu kerana/dengan nama Allah ar-Rahman, maka kita akan beroleh barakah.

Barakah itu pula ialah sesuatu yang 'sentiasa tumbuh dan berkembang, lebih daripada jangkauan'.


Maksudnya, bila kita buat sesuatu dengan nama Allah ar-Rahman, ganjaran daripada Allah itu sangat besar dan akan bertambah-tambah.

Jadi, insyaAllah kalau kita buat apa pun dengan nama Allah, kita tak akan rugi (walaupun kelihatan tak berapa memberangsangkan di mata manusia).

*****

Akhir sekali, Ustaz Nouman kata, disebabkan ayat ini, orang muslim seharusnya bersikap optimis dan takkan pernah pesimis!

Al-Quran bukan buku yang nak "mengharamkan itu ini", bukan juga buku untuk "ustaz-ustazah sahaja", dan bukan buku yang "nak menghukum sahaja".

Tapi, kalau kita fahami al-Quran, kita akan nampak bahawa Allah turunkan al-Quran ini sebagai tanda kasih sayang-Nya kepada kita.

Kata Ustaz Nouman, "The Quran is an act of Allah's LOVE"

Jadi, mesej terakhir daripada Ustaz Nouman, "build your relationship with al-Quran" - bina hubungan dengan al-Quran dan fahami maknanya agar kita merasa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.

Pesan Ustaz Nouman, kita buat perlahan-lahan, mula sikit-sikit untuk kenal dan baca al-Quran. Tak perlu terburu-buru dan tergesa-gesa, Rasulullah pun ambil masa 23 tahun untuk Allah mengajarkan al-Quran kepada baginda.

Berusaha fahami al-Quran, semoga menjadi orang yang beruntung!

Semoga Allah memberkati Ustaz Nouman Ali Khan atas ilmu yang dikongsikan.

Allahu'alam.


Rakaman ceramah: http://new.livestream.com/accounts/908954/events/2370804/videos/29193493

haram jadah


Dato D.Ramesh yang berugama hindu adalah pemilik Restoran Nasi Kandar Pelita telah membina kuil dari keuntungan yang di sumbang oleh sebahagian orang Islam yang selama ini makan dan minum di restoran tersebut..
Wahai umat islam ketahuilah bahawa sumber yang kita makan dari restoran tersebut menjadi darah daging pada tubuh badan kita yang selama ini kita tidak usul periksa akan halalnya bahan yang di bekalkan..

Yang menyedihkan restoren tersebut mempamirkan kalimah Allah swt dan Muhammad saw sebagai mengaburi mata pengunaan islam serta menipu pihak JAKIM...

Jangan lah kita menjadi orang yang fasik dengan membantu kaum kafir dan bersubahat dengan mereka untuk kepentingan ugama mereka...

Sedih melihat Pak Haji berkepiah putih berjubah dan Mak Hajah ber tudung labuh dengan berselera menjamu makanan di restoran tersebut...
Di mana kah akidah orang Islam..

Sebab itu orang Islam berada dalam kepanasan dan bertelagah sesama sendiri di sebabkan pemakanan yang tidak halal meresapi tubuh kita yang memudahkan syaitan mendampingi kita..
Pihak JAKIM buat lah pemantauan dan menurunkan kalimah Allah dari kedai yang bukan pemilik Islam...
Orang Melayu adalah penyumbang utama kepada Restoran Nasi Kandar Pelita yang di miliki oleh orang kafir...Malu.....

Ahad, 8 September 2013

Jawa


TID BIT PARENTING PRIHATIN 10 : AJAR ANAK BEKERJA

Anak terbentuk mengikut acuan kita. Jika kita tidak didik anak bekerja mereka akan jadi MALAS dan tidak kreatif. Jika kita tidak rajin menegur sejak awal, mereka akan jadi degil. Jika kita jarang senyum pada mereka mereka akan membentuk wajah yang sentiasa masam dan macam macam lagi.

Ada orang sayang anak, mereka biarkan anak jadi raja. Anak tunjuk itu kita beli, anak tunjuk ini kita beli. Anak nak itu dapat, anak nak ini dapat. Berbeza dengan pendekatan yang kami jalankan. Walaupun kami sayang anak kami, walaupun ada yang mampu berikan apa yang anak mahukan tetapi kami bertindak untuk berundur ke belakang mengikut cara dan uswah orang-orang Jawa dahulu yang MENDIDIK anak berbanding MEMBELA (ternak) anak.

Jika kita nak TERNAK anak, kita akan pastikan mereka cukup makan, pakai juga cukup gembira BERSUKARIA. Jika bela lembu, hujungnya kita boleh sembelih dan makan tanpa ada rasa bersalah atau kasihan kepada lembu itu. Tetapi, takkan anak mahu kita lakukan sama sahaja dengan lembu? Ironinya, lembu pun boleh di didik untuk membajak sawah. 

(JANGAN MARAH KAMI SEBAB SELEPAS FATIHAH, KITA ADA SURAH lEMBU).

Tulisan Arab, bahasa quran telah di`Melayu'kan melalui tulisan Jawi / Jawa. Sejarah “Wali Songo” juga membawa peranan pendidikan gaya Jawa "Totok" walaupun bukan semua 9 Wali itu dari suku Jawa. Ia datang dari jaluran Islam yang dipraktis secara istiqomah. Setelah roboh legasi Kota Melaka, Wali Songo antara sekumpulan ulama akhir sebelum kegemilangan Islam berkubur dengan pemansuhan Sistem Islam berKhalifah dan ditukar kepada sekular pada tahun 1924. Selepas itu Islam tiada kemudi dan terpisah-pisah.

Pendidikan bukan sekadar di sekolah. Amat mudah kerja ibu bapa jika semuanya dilonggok ke sekolah untuk mendidik anak mereka. Jika anak jadi rosak, tuding jari pada sekolah. Diri sendiri tak mahu muhasabah melihat kelemahan diri.

Anak-anak kami dari mula faham bahasa sahaja telah kami berikan tugas. Bayarannya hanya pujian, pendidikan dan kasih sayang sahaja. Contohnya Anakanda Jannah dan Siti Hajar yang baru berusia 3 tahun, setiap hari kita tugaskannya untuk menyusun kasut dan selipar saja. Bersesuaian dengan umur mereka. Untuk yang besar sedikit seperti Anakanda Ain Mardiyah & Damia, pada usia 7 tahun mereka dah boleh mula menolong kemasan rumah dan dapur. Anak yang sebesar Sarah Sofiah, NurHani, Fatini pula dah mula menolong memasak. Nik MohdHarrazi, Hakim, Irfan dan mereka yang berada di sekolah menengah dah mula turun tangan dalam pembinaan rumah, bengkel kereta, kerja kayu, welding dan banyak lagi.

Dengan cara itu, mereka mampu membina "Sense of Belonging" , “Sense of Engineering” dan kreativiti tangan secara semulajadi sejak awal.

Dalam gambar yang di ambil semalam ini ialah Mohd Raimie Masjuki Pencinta Damai. Beliau sedang bercuti dari pengajian di UITM. Masih mengekalkan CGPA tertinggi sehingga kini. Waktu ini beliau mengerjakan kerja-kerja mengecat kereta untuk dijual. Cuti sebelum ini, beliau dilatih secara intensif untuk mengecat kereta. Walaupun cara Jawa ni agak kasar sikit, sebagai pelajaran yang menyerikkan bagi kesilapan atas kecuaian yang berulang, tapi hasilnya nyata. Sepanjang cuti sahaja, Raimie atau mesra kami panggil Uda mampu menyiapkan kereta yang dengan hasil lebih dari RM25k sebulan (Jika dia bekerja sendirilah). Oleh kerana Uda bekerja dengan Prihatin, satu sen pun beliau tak ambil upah, HANYA kerana "sense of belonging" dalam mengutamakan pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin yang membelanjakan RM35-45 Ribu sebulan.

Bukan itu saja, Uda juga mahir dalam bidang welding, konkrit bahkan cekap mengendalikan KESEMUA mesin ringan dan jentera berat yang digunakan di Prihatin. Beliau juga antara MC, DJ, pemuzik, pemain kompang, vocal utama selawat dan marhaban, multimedia, serta sound engineering terbaik yang mengurus high level PA & Video System milik Prihatin menggantikan peranan bapa-bapa. Sekali sekala ada orang sewa PA System atau panggil jadi DJ, semua bayaran diserah kepada Prihatin juga.

Bukan Uda sahaja, Mohd AbidMuhamad Dinie, Hani, Harraz, Hakim, Irfan, Syafaat Yazid, Afiq Aisar dan ramai lagi. Semuanya tidak terjadi begitu sahaja. Mereka memerhatikan ibu dan bapa mereka bekerja sama dengan penuh semangat berkasih sayang dan mereka juga ikut bekerja.

Masalah utama ibu bapa moden sekarang, Mereka menyuruh anak mereka mengemas, mereka sendiri menyepah. Mereka suruh anak bekerja tapi mereka sendiri PEMALAS.

CUBA mulakannya dari kecil dan mereka akan membesar dengan kerajinan yang semulajadi. Boleh juga anda cuba dengan anak dara dan bujang anda, cuma mungkin liat sedikit sehingga mampu membentuk habit yang dah jadi habitat dalam diri mereka ini. Anda akan bahagia nanti anak anda jadi seperti anak di Prihatin, anak-anak jadi rungsing kalau tak diberi kerja.

Jika dahulu, kami pengasas-pengasas terpaksa lakukan kesemua kerja dan anak masih kecil memerhatikan kita sambil menolong sedikit sekali sekala di sana sini. TETAPI hari ini, jika kami nak buat majlis keramaian, kami HANYA PERLU CAKAP SAHAJA kerana selebihnya anak-anak yang uruskan. Dari PA system, dekorasi, susunan meja, memasak, persembahan, montaj video dan banyak lagi. Kami bapa-bapa pengasas yang 20 ini hanya pasang badan pakai baju cantik-cantik untuk sambut tetamu.

Bukannya kami tak mahu lakukannya...tetapi anda boleh bayangkan jika kami nak turun tangan buat kerja-kerja sahaja terus anak-anak besar datang sambar dan berkata "Ayah-ayah mandi dan pakai baju cantik-cantik, biar kami buat semua ni". Kami hanya senyum melihat hasil yang terbentuk dari penerapan kerjatangan pada anak-anak.

Inilah juga faktor yang meyakinkan kami bahawa PRIHATIN tidak akabn berkubur setelah kami semua 'tiada lagi' di mukabumi ini. Mereka inilah juga yang kami harapkan untuk menemani hidup anak-anak anda, terutama yang sudah mula prihatin dengan kerjabuat Prihatin dan belum dapat kami terima masuk anak-anak untuk di didik. Allah itu Maha Adil dan menapati JANJI.

Rupanya tak susah kalau kita ada ANAK RAMAI pun jika semuanya kita biasakan dengan kerjatangan. YANG SUSAH jika dari kecil anda RAJAkan anak-anak sehingga jika anda ada anak 4 orang sahaja pun dah cukup pening kepala kerana di rumah anda ada 4 orang raja…

Itu tak termasuk kalau ISTERI PUN NAK JADI RAJA JUGA...!

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

p/s:
-
1. Yang rasa nak SHARE Tidak perlu minta izin. Memang kami nukilkan untuk di share kepada seramai mungkin. Ilmu bukan milik kami, jika ramai share, ramai beri feedback, kami pun dapat tambah maklumat, tak rugi pun.
-
2. Kalau susah sangat nak fahamkan anak kita yang pemalas, tunjuk saja artikel ini biar mereka baca dan furqon sendiri.

Suria bumi anbia'

Kisah yang saya nak kongsikan dari seorang rakan sekolah, Dr Razmin Ghazali
. . . . . . .

assalamualaikum.. nak share satu cerita pengalaman sahabat yang jadi volunteer doctor di syria. Ini kisah benar.

malam td kami diuji dgn bekalan elektrik yg terputus waktu 2 pembedahan kecemasan sedang dijalankan...dlm kegelapan tu beberapa sukarelawan perubatan menjerit2 minta sesiapa pasangkan lampu. beberapa anggota mujahidin yg berkawal di sekitar hospital lapangan bergegas cuba hidupkan generator.

tp malangnya bekalan minyak habis. Dlm pd tu seorang doctor dr norway ternampak 1 kawasan terang benderang. Doctor tu pun arahkan katil pembedahan n peralatan kecemasan dipindahkan kesitu. Tau tak cahaya terang tu datang dari mana ?

dari seorang lelaki tua buta yg sedang mengaji AlQuran sambil menjaga anak saudaranya yg dipotong kaki....terangnya kawasan tu seperti disimbah cahaya bulan penuh....terang sgt walau xde lampu n kiri kanannya gelap gelita.

kawasan yg terang tu boleh menempatkan 2 katil pembedahan n ruang cukup utk petugas perubatan yg terlibat.. lebih pelik sewaktu kami perlukan bekalan elektrik utk hidup satu mesin yg diperlukan selepas pembedahan. salah 1 plug nampak mcm menyala lampunya.. seorg nurse dr maldives yg terlupa bekalan elektrik sedang terputus terus sambungkan plug tu n hidupkan suis.....lelaki buta tu berasal dr homs.sehari dia mampu khatam Al Quran sekali.setiap hari dia khatam Al Quran. Maha Suci Allah.

dgn kuasa Allah peralatan tu menyala.. sampai pembedahan selesai kami mcm bingung sekejap.lps tu baru tertanya2 mcm mana peralatan tu boleh menyala.kawasan tu boleh terang benderang.

terlalu byk perkara yg ajaib berlaku di sini.
mungkin ini sbbnya para doctor yg m di sini ada yg x nak balik walaupun dah ada kehidupan yg sgt selesa di negara sendiri.

bak kata seorang mujahidin dr bosnia "mcm dah ternampak2 taman syurga"

saat mula2 menjejakkan kaki ke homs mmg kawasan tu dah musnah teruk tp. 1 rasa nyaman masuk dlm jiwa..ajaib sgt.
semalam ada sorang budak perempuan. nama dia somaiyah.umur 7 tahun.dia tanya pd sorang sukarelawan tu knp nangis.sukarelawan tu kata sbb sedih somaiyah dah xde parents. somaiyah tu jwb " awak silap.disisi Allah ayah dan ibu sy masih hidup.mrk bahagia dan mulia".

Sahabat, Allah nak tunjuk Al-Quran itu mampu memberi cahaya. Di dunia pun Allah dah tunjuk. Apa lagi kat akhirat sana.

Kalau rasa bermanfaat, boleh share