Sabtu, 12 Oktober 2013

naper nie...

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

“Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.

Saya pun pergi tempat tu dgn dia.”

Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?

“Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja.”

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri.”

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

“Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. ”

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.
_ _ _ _ _ _ _

Semoga semua pihak dapat membuka mata dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga kebajikan mereka yang sangat memerlukan.-fitrihadi.com 

rahmat Allah

Dari Jabir RA berkata bahawa Rasulullah SAW. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah SAW katanya; “Wahai Muhammad, demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.”

Dan di situ Allah SWT mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah SWT juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah SWT supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari kebangkitan. Maka Allah SWT pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi; “Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT menyuruh Malaikat - masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku.” Maka berkata orang itu; “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah SWT menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat penglihatan yang Allah SWT berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah SWT berfirman: “Masukkan ia ke dalam neraka”. Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu.” Lalu Allah SWT berfirman kepada malaikat: “Bawakan ia ke mari”.

Kemudian Allah SWT bertanya orang itu; “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada.” Lalu orang itu menjawab; “Engkau ya Allah.” Kemudian Allah SWT bertanya lagi; “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?” Jawab orang itu; “Ya Allah, dengan rahmatmu.”

Allah SWT bertanya lagi; “Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?” Jawab orang itu; “Engkau ya Allah.”

Allah SWT bertanya lagi; “Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?”

Lalu orang itu berkata; “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya.”

Allah SWT berfirman; “Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat Jibrail berkata; “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah SWT.”

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah SWT sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Hanya dengan rahmat Allah SWT sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah SWT memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga Firdaus.

Khamis, 10 Oktober 2013

Pencerahan

Bekas PM Australia bosan dengan orang cina Australia...!!!

1.Orang cina yang harus sesuaikan diri dinegara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.

2.Bahasa:
Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa cina. Sikap kamu orang cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.

3.Agama:
Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?

4.Pendidikan:
Orang cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.

5.Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.

6.Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana mana orang cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.

Rabu, 9 Oktober 2013

kasih sayang Allah

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah. 

benci


Pada satu ketika dahulu, Aminah berkahwin dan tinggal bersama suami dan mak mertuanya. Hubungan Aminah dengan mak mertuanya bermula saja sudah seperti anjing dengan kucing.

Mereka berdua tidak pernah berhenti bergaduh kerana kedua-dua tidak dapat menahan sikap dan tabiat masing-masing. Mak mertuanya, Jannah mengkritiknya setiap hari.

Disebabkan budaya menghormati orang tua, Aminah sentiasa akur dengan permintaan mak mertuanya yang dirasakan melampau seperti seorang diktator. Suaminya pula tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Aminah merasakan mak mertuanya inginkan menantu baru – samada ada dua pilihan, paksa suaminya untuk menceraikannnya atau suruh suaminya berkahwin seorang lagi.


Setiap hari Aminah memikirkan perkara ini…

Akhirnya Aminah tidak tahan, dan berjumpa dengan seorang Ustaz Rawatan Herba Ustaz Yahya, sahabat karib ayahnya, untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Aminah mengadu segalanya pada Ustaz Yahya, dan meminta untuk mendapatkan herba racun untuk menyelesaikan masalah mak mertuannya.

“Pakcik boleh bagi. Tapi Nah kena ikut cakap pakcik sampai akhir. Kalau tidak, pakcik tak tanggung apa-apa yang berlaku nanti,” kata Ustaz Yahya.

Aminah kegembiraan, “No problem. Saya mesti dengar cakap pakcik!”

“Nah tak boleh guna racun yang cepat to menyelesaikan mak mertua awak, kerana orang akan syaki. Jadi, pakcik akan berikan beberapa herba yang akan menyebabkan racun terhasil secara sendirinya dalam badan mak mertua secara slow-slow. Setiap hari, Nah kena masak sedap dan letakkan sedikit herba ini dalam makanan untuk mak mertua.

Supaya tiada orang yang akan syaki Nah apabila terjadi apa-apa, Nah kena berlakon untuk menjaganya dengan baik. Jangan gaduh dengan dia, ikut cakap dia, dan layanilah mak mertua macam mak kamu sendiri.”

Aminah gembira sangat dengan cadangan pakcik dan mulakan langkah untuk menyelesaikan mak mertuanya.

Hari, masuk ke minggu, masuk ke bulan, Nah membuat hidangan yang cukup sedap untuk mak mertuanya supaya mak mertuanya tidak sedar kehadiran racun herba tersebut. Nah juga berhenti bergaduh dengan mak mertuanya kerana tidak mahu disyaki, Nah mengawal emosinya, dan mengikut segala perintah dan melayani mak mertuanya seperti maknya sendiri.

Setelah 6 bulan, mood di rumah Aminah berubah. Mak mertuanya sering memberitahu jiran-jiran dia dapat menantu terbaik di dunia ini. Aminah pula sudah tidak kenal erti marah, segalanya adalah seperti biasa untuknya. Sekarang mak mertuanya mudah dijaga dan bergaul seperi maknya sendiri.

Suami Aminah adalah orang paling gembira di rumah. Aminah sudah mengandung dua bulan.

“Pakcik, pakcik. Nak minta tolong. Ingat tak 6 bulan lalu, pakcik bagi saya herba racun untuk menyelesaikan mak mertua saya… boleh tak pakcik bagi penawarnya. Mak mertua dah bertukar menjadi seorang yang baik… saya sekarang sayang padanya macam mak saya. Saya tak nak dia mati kerana racun yang saya letak di setiap hidangannya,” kata Aminah yang pergi berjumpa dengan Ustaz Yahya.

Ustaz Yahya bergelak besar.

“Usah bimbang Nah. Pakcik tak pernah beri racun, dan tak pernah jual racun. Yang pakcik beri ialah vitamin pada mak mertua awak dan penawar untuk racun di minda Nah dan juga kelakuan Nah pada mak mertua… sekarang nampaknya racun itu dah habis dibuang dengan timbulnya rasa sayang Nah pada mak mertua… HAHAHAHAHHAHAH,” kata Ustaz Yahya.

Dapat isi tersirat?

Wahai anakku,
Ada masa, kamu tidak dapat lari daripada meracun diri sendiri dengan teori konspirasi yang hanya wujud di kepala kamu sendiri sedangkan tiada orang yang berniat sedemikian rupa di luar.

Sekiranya kamu dah terkena racun diri sendiri dan teori konspirasi mainan minda sendiri, cubalah tarik nafas panjang dan bertukar pandangan dan memokus kepada kerja yang ada di tangan. Hentikan berhujah mengenai teori konspirasi tersebut. Jangan biarkan dirimu terus menelan racun air liur akibat bayangan teori konspirasi di minda sehingga mempercayainya seperti sesuatu yang pasti berlaku.

Wahai anakku,
Jika kamu benci pada seseorang, cubalah cari benda yang baik untuk dipuji padanya. Nescaya jika dibuat berulang-ulang, perasaan benci itu akan pudar – dan hidup kamu akan kembali tenang.

Wahai anakku,
Sedarlah bila kamu membenci seseorang, yang tidak tenteram hanyalahmu, dan bukan si dia yang dibencimu. Membenci bukanlah serangan yang mengena pada lawanmu, tapi sebaliknya ia melukakan kamu sendiri.

Salam sayang daripada ayahanda. Senyum